Jumaat, 3 Jun 2011

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


.Hanya.A.K.U.: MARINE&#39;10 Bersama <b>di Kota Tinggi</b> Waterfall

Posted: 29 May 2011 10:59 AM PDT

Perancangan last minit mmg selalu menjadi.. Itulah yg terjadi kepada kami..
Hehehe plan nak g malam semalam masa wat BBq.. Plan asal nak gerak pukul 10pagi tp malang nya masih ramai membuat peta di bantal masa itu termasuk aku.. hahaha
Penat kot wat bbq n ngok bola.. mcm aku penat + kecewa ngok Man United kalah.. tapi takpe, barang yg lepas jgn dikenangkan.. hehehe
Perjalanan kami Alhamdulillah, berjalan lancar.. Selamat pergi dan Selamat tiba.. Walaupun terpaksa meredah hujan semasa pergi dan juga nak balik.. Masa nak pergi tu mmg hujan tp bila masuk area air terjun tu kawasan kat situ tak hujan, Alhamdulillah mmg rezeki kami dpt mandi.. Pelbagai peristiwa dpt kami rakamkan.. Peristiwa kelakar paling banyak.. tp takleh ceritalah.. Biarlah jd rahsia kami.. Bahaya ckit.. Hahaha nie antara kenangan-kenangan dpt kami rakamkan semasa kat sana..


















p/s: Minggu depan gerak Mersing plak.. Kita mandi Laut plak.. Hehehe ^_^
Takpun KL pun layan juga.. Hahaha Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Rakyat Untuk Rakyat.: Polis halang ceramah Anwar <b>di Gelang Patah</b>

Posted: 02 May 2011 06:38 AM PDT


Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? 

Polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Kempas malam tadi apabila mengarahkannya memendekkan ucapan.

Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter.

Anwar sepatutnya berceramah di program terakhir dalam siri lawatannya ke Johor di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, namun akibat halangan polis menyebabkan pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi ke Taman Dahlia.

Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara.

"Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap.

"Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat).

Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa.
"Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun.

"Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya.

Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa.

"Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah?

"Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda.-K/Daily

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Panduan membeli kamera DSLR <b>di Johor Bahru</b> - Syed Syahrul Zarizi

Posted: 06 Jan 2011 11:46 PM PST

Kepada kaki-kaki kamera khasnya dan yang baru nak beli kamera amnya, tentu kalin punya cerita sendiri tentang kedai kamera kegemaran masing-masing. Tinggal di Johor Bahru tidak banyak pilihan jika mahu membeli kamera, mahupun kompak atau pun SLR. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip sepanjang menjadi pengguna SLR di Johor Bahru

Murah dan murah

Pertama sekali, untuk mendapatkan harga murah kita perlu ringan mulut dan bersedia untuk melalui proses tawar menawar. Jika tidak penjual biasanya akan menjual dengan harga asal yang diberi pengedar atau, bagi sesetengah kes, lagi mahal dari yang sepatutnya.

Begitu juga dengan hubungan dengan tuan punya kedai atau juru jual. Lebih akrab lebih murah harga yang anda dapat.

Pun begitu, harus kita ingat, tawar meawar dah harga rendah hanya boleh didapati dari kedai milik persendirian dan bukan rangkaian franchise atau chain retail store contohnya Fotokem atau SenQ ini kerana harga adalah tetap. Merayu macam mana pun, satu sen pun harga tidak akan berganjak.

Untuk harga yang berpatutan saya cadangkan kedai yang anda boleh terus berurusan dengan pemilik kedai atau boleh memberikan anda harga yang terbaik mengikut trend pasaran dan harga semasa.

Trade in

Kebanyakkan kedai kamera yang besar menerima trade-in tetapi tidak membeli SLR atau lensa terpakai dari pengguna. Ingat, kamera DSLR sahaja, kamera kompak tidak diterima jika hendak di trade in.

Biasanya nilai trade in akan susut dari RM600 hingga ke RM1000 dari harga asal

Foto Berlain dan Johan Foto juga menerima trade-in SLR dan lensa anda dengan harga yang tinggi berbanding kedai kamera yang lain di Johor Bahru. Sebagai contoh, untuk lensa Canon 70-200mm f4L non IS yang berusia kurang setahun, masih dalam waranty dengan keadaan 9/10 diterima untuk trade in oleh Johan Foto dengan harga RM2200 manakala Mee Too Photo Photo di Tebrau City hanya menawarkan RM1400 manakala Foto CLS pula menawarkan harga yang jauh lagi muah iaitu RM1000

Kedai atau talian barangan fotografi yang berpengkalan di Skudai iaitu Shaskinki juga menerima trade in tetapi dengan harga yang agak murah. Jadi saya syorkan anda ke Johan Foto atau Foto Berlian jika ingin trade in lensa atau kamera anda.

Produk dari pengedar sah dan grey import

Dipasaran tempatan terdapat 2 sumber di mana penjual mendapatkan barangan kamera mereka iaitu dari pengedar sah yang mewakili jenama itu sendiri dan ada juga yang diimport terus dari luar negara. Kedua-dua sumber ini mempunyai harga dan kadangkala spesifikasi yang berbeza mengikut dari mana ianya diimport

Untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan terus dari pembuat kamera saya syorkan anda beli dari pengedar sah tetapi ada masanya permintaan melebihi bekalan yang ada menyebabkan penjual kamera mengimport dari sumber lain. Ini yang dinamakan grey import.

Di Johor Bahru kedai kamera yang banyak menjual produk grey import ialah Mee Too foto yang terletak di Plaza Angsana dan juga mempunyai cawangan di Tebrau City. Shashinki juga banyak menjual lensa dan body kamera import. Harga yang mereka tawarkan agak murah dari harga dari pengedar sah tetapi merupakan alternatif kepada mereka yang mahukan bekalan yang cepat dan tidak kisah dengan hal warranty dari pengedar sah dan sebagainya.

Aksesori

Tidak banyak kedai yang menjual aksesori kamera yang lengkap di Johor Bahru, namun untuk mendapatkan aksesori seperti beg, tripod, monopod, ball head dan lain-lain anda boleh ke Foto CLS di Pelangi Leasure Mall. Untuk mereka yang mahukan aksesori seperti backdrop, sistem lampu dan juga rig untuk sistem video DSLR, anda boleh ke Mee Too Proshop Sdn Bhd yang terletak di Tmn Desa Tebrau iaitu bedekatan dengan Tebrau City.

Kalau anda punyai pendapat dan komen anda sendiri bolehlah kongsi bersama sebagai panduan kita semua!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


All About Us: Aiskrim Goreng <b>Di Senai</b>

Posted: 02 Jun 2011 01:42 AM PDT

Petang nie Lynn nak update sket pasal Aiskrim Goreng...Last Saturday Mr. Hubby dah bawa Lynn dan Qistina gie makan Aiskrim Goreng...Kawan satu pejabt Mr. Hubby inform ada satu kedai kat Senai yang buat Aiskrim Goreng nie...Jadi lepas jer solat Asar petang Sebtu tu, terus la kitorang gerak ke Senai...Tak jauh mana pun rumah kitorang dengan Senai...Ada dalam 20 minit perjalanan...

Cari punya cari rupanya kedai nie memang buat frozen food macam Karipap, Popia dan kuih-kuih lain...Dan yang paling latest Asikrom Goreng...Harga Aiskrim Goreng nie RM1.00 satu...Ada banyak flavor...Disebabkan Lynn nie cuma nak merasa maka kitorang hanya beli 3 ketul jer Aiskrim Goreng nie...Flavor Vanila, Chocolate & Jagung...Nak tengok rupanya?

 Haaaa...Itu la dia Aiskrim Goreng...Yang kitorang makan nie roti yang dalamnya ada Aiskrim...Jadi bila nak makan digoreng dulu...Nasib baik la makcik kedai tu leh gorengkan...

 Rupa Aiskrim Goreng sebelum dingappppp....

 Aiskrim Goreng yang dah dingaapppppppp...Yang nie flavor Chocolate...Mr. Hubby yang nak Chocolate...

Haaa...Yang nie favorite Lynn...Vanilla flavor...Hehehehe...

Anyway rasa bersyukur sangat sebab dah dapat rasa Aiskrim Goreng tu macam mana...No wonder la ada kawan-kawan cakap boleh buat sendiri...Hehehehe...Tak per2...Nanti ada peluang Lynn buat sendiri yer Aiskrim Goreng nie...Mana tahu lagi sedap dari yang beli...Betul tak? Nanti Lynn updatekan pasal Red Velvet Cake plak yer...Hehehehe...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Ceramah Umum &#39;Sejahtera Rakyat Malaysia&#39; <b>di</b> Pasir Gudang, 28 Mei <b>...</b>

Posted: 26 May 2011 06:20 AM PDT

Dewan Himpunan Penyokong Pas Johor dengan kerjasama Lujnah Hal Ehwal Kaum Pas kawasan Pasir Gudang menganjurkan ceramah umum 'Sejahtera Rakyat Malaysia' pada hari Sabtu, 28 Mei ini bertempat di Hotel Li Garden, Masai, Johor.

Program dijadualkan bermula jam 7.30 malam dengan membariskan pimpinan dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Antaranya ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah dan merupakan Adun Tronoh, V Sivakumar, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Tiket amal dijual pada harga RM 10. Kepada mereka yang berminat untuk hadir digalakkan untuk mengubungi sekretariat program di talian 012-7501750.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14263

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


{The Songs of My Hearts}: Majlis Perkahwinan <b>Di Segamat</b>

Posted: 10 May 2011 07:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Majlis Perkahwinan Di Segamat · Selesai Sudah Majlis Saya *MALU* · Yahuuuu! Merdeka!!! Aku Pasrah Dengan Ketentuan-Nya · Skru Lutut Longgar · Ciri-Ciri Orang Yg Mencintai Anda ...

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


kisah annur: bergumbira dengan family <b>di desaru</b>

Posted: 05 May 2011 05:37 AM PDT

hai korang. assalamualaikum. hell yeahh. dah lama tak mengupdate. aritu annur dah janji nak update pasal holiday kat desaru tu kan? pehh. sumpah best. dah lama tak berenang kuak rentang kat pantai. okayy tipu. annur tak pandai pun berenang.

bergerak dalam pukul 10 pagi. ikut plan sebenar nak gerak kol 8 pagi. tapi tetiba elektrik kat rumah buat hal. kontraktor punya hal lah. nasib baik TNB datang menyelamatkan. hehe. macih !

sampai hotel dalam pukul 12 gitu. haihh. anak-anak buah annur ni tak menyabor nak berenang. sampai-sampai terus "mummy, nak swimming ! " yang kelakar gila, si qaisara dah lah baru nak masuk 3 tahun. kecik-kecik dah buat aksi stunt depan kiteorang. dia pegi dekat gelongsor air kat swimming pool tu pastu dia terjun secara solo. mak aii. berani betul budak ni. boleh buat muka selambe jea lepas jatuh tu. kering darah annur masa tu. takot lah lemas ke apa.

kiteorang tempah villa. very the sesuai untuk family. petang tu aktiviti pergi pantai jea malam pulak sambut birthday my younger sister, erin. suka letteww.

desaru golden beach hotel. suka hotel ni!

inilah kasih qaisara yang annur ceritakan kat atas tu.konon buat castle. tapi tak jadi langsung. HAHAmy sister in law.
paginya kiteorang berendam lagi kat pantai pastu balik bilik terus siap nak check out. kiteorang pegi bandar kota tinggi. banyak gila kain kat situ. siapa penggemar kain, silalah pergi sana. lepas tu pergi shopping kat jusco tebrau city pulak. annur macam nak gila masuk padini concept aritu. ada sale gila-gila. rugi sape tak pegi. dapatlah high heels satu. teehee.with my debab debab. kelakar budak ni. dia buat aksi geli masa duduk kan dia dekat atas pasir pantai. kelakar gila. best sgt tgk gelagat budak-budak ni.shoopppping lagi. cari shawl and tudung je kat sana. kain banyak. tapi jakel lagi best kot.


lepak and shooping lagi dekat aeon tebrau city.



itu saja yang dapat dikongsi. agak menyirap lah kan nak mengupload gambar ni. see you at the next entry. bye korang!

cheers!

withlove:annurlarra

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


Hartanah Johor: TANAH <b>DI</b> KAWASAN <b>KUKUP</b>.

Posted: 05 May 2011 10:32 PM PDT



Lokasi bersebelahan dengan Kukup Golf Resort.

Berada di lapisan kedua dari jalan utama (Kukup - Pontian).

Keluasan 50 ekar.

Berhampiran dengan tepi pantai.

Terdapat tanaman dusun.

Harga RM4.50 skp.

 







Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Road Tour bersama wakil rakyat Selangor <b>di Pontian</b>, Johor 5 Jun <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 10:08 PM PDT

Road Tour xeramah perdana 'Menolak Fitnah bersama wakil rakyat Selangor' akan diadakan pada 5 Jun ini di Markaz PAS Parit Sikom, Jalan Kayu Ara Pasong, Pontian.

Program tersebut dijadualkan bermula jam 9 malam dibarisi penceramah antaranya Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Adun Batu Caves, Amirudin Saari dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Orang ramai dijemput hadir dan digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14660

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


LUVLYNANA: UNplanning

Posted: 10 May 2011 08:35 AM PDT

ini cerita tentang aku dan die :


pukul 12 tengahhari mak menah call ajak keluar : sebab minyak kereta banyak :D

mencecet tercicir sampai aku bekejar untuk bersiap
pukol 3 mak nenek nih baru sampai
dengan xde plan nak ke mana
kitorang pon jalan merapu-rapu

kalau nak tahu :
kami sangat failed jalan JB mane taknye duduk tempat lain balik sekali sekale
biler keluar dengan family.
nih sekali keluar kaw menjajor call orang tanye macam mana nak ke sana sini :D

kami tak kemana pon hanya ke stulang dan rasa sangat busan so kami balik :(
TAPI jumpa lah jugak kan kawan yang masing-masing macam PM cehh!

tak de hape cerita tengok jeklah gambar kami di stulang laut nih

p/s: kepada yang menyampah jangan tengok gambar kami :D


oke perasan macam telor itu muka, sekarang kasi bukak lah itu rambut

rasa nampak chumil lah kan??:D

encik drebar yang masih P ( :D saja nak mention )

hah nih nak habaq mai : kami kawan sebilik semasa di teknik SEGAMAT, Johor
yang baju pink tuh SYA : nur syahirah syafiqa katil atas saya :)

lupe nak kenalkan yang baju biru gedik semacam tuh nama die TIA :nur fateha samad
dan kami panggil die LELEY :D ade cerita di sebalik itu nama yer !

nih kawan-kawan poly sya :) yang nama beliau saya terlupe :p sory kawan

dan ini saya yang rasanya macam dah kurus sikit.:D
KURUS KERHHH??

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


AGEN DSAI....: Ceramah DSAI <b>Di Skudai</b> Johor(video)

Posted: 17 May 2011 07:26 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Nama Dr Dzulkefly Akhirnya Dimasukkan Dalam Senarai Pemilihan PAS Pusat - Setelah GB membongkar isu ketiadaan nama YB Dzulkefli Ahmad di dalam senarai 82 orang calon AJK PAS Pusat, akhirnya, pada jam 10.40 malam, nama beliau dis. ...

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Apa Aku Rasa: Masalah jalan <b>di parit raja</b>

Posted: 05 May 2011 12:48 PM PDT

Selama 3 tahun aku menetap disini, aku dapati pemandu dan penunggang disini amat kurang terdidik. Nak kata lesen P semua dah kompeten konon. Tapi bila membawa kenderaan sumpah cam kucing melintas jalan. Otak ada akal letak dalam laci.

Selama ini, dah 2 orang kawan aku eksiden teruk. Satu patah gigi, Satu jari putus. Because i dont see those excidents right infront of my eyes, aku tidak berani cakap siapa salah siapa betul. Tapi kebanyakannya mereka menerima kecelakaan kerana ada binatang yang tak reti bagi signal, melintas umpama singa nak mengawan, tak sabar sabar semuanya.

Comeone la. Sian budak budak uni, ramai dah arwah, yang sakit pun dah ramai, penat belajar jauh jauh pastu terlantar dekat hospital atas sikap kurang proffesional awak.

Kedua, di hadapan perwira adalah tempat paling najis sekali keadaannya. Kadang kadang tak faham dengan pihak berkuasa ni, kan boleh pacakkan traffic light dekat situ, senang sikit student nak melintas pergi kelas. Ini tidak, dah macam matador dalam kandang lembu. Semua terpaksa menyelit, mengelak , dan membahayakan nyawa demi untuk sampai ke kelas awal.
Adoi. wahai wakil rakyat, tolonglah, buat la proposal kepada kerajaan negeri mintak peruntukan ke, gunalah kuasa anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Papan Hitam: UNTUK DIJUAL : Taska <b>di Pasir Gudang</b>, Johor

Posted: 26 May 2011 07:06 AM PDT

Papan Hitam: UNTUK DIJUAL : Taska di Pasir Gudang, Johor
skip to main | skip to sidebar

UNTUK DIJUAL : Taska di Pasir Gudang, Johor

TASKA UNTUK DIJUAL : RM 20K
LOKASI: TAMAN BUKIT DAHLIA PASIR GUDANG
JUMLAH KANAK-KANAK: 12 ORANG

TASKA BARU BEROPERASI SEBULAN BERPOTENSI UNTUK BERKEMBANG.

SEBAB UTAMA JUAL KERANA MASALAH KESIHATAN & TIDAK SEMPAT UNTUK
MENGURUSKAN KERANA ADA TASKA & BISNES LAIN

SERIUS BUYER BOLEH HUBUNGI: 013-7606978
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


LaWaTan Ke Kilang Kanta Sentuh <b>di GeLang PaTah</b>, JoHor

Posted: 14 May 2011 12:14 AM PDT

Perkarangan kilang Kanta sentuh di Gelang Patang, Johor.



3/5/2011 (Selasa)
11.00 a.m
Kami bertolak dari Kilang Kanta Sentuh di Singapura ke Kilang Sentuh Ciba Vision di Johor pula. Apa yang membuat anis terkenang sehingga sekarang ialah perbezaan antara pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Singapura dengan pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Malaysia. ianya suatu yang amat berbeza. Pemeriksaan imegresen untuk ke Singapura amatlah ketat sehinggakan telefon bimbit juga tidak terlepas daripada pengimbasnya. Namun jika dibandingkan dengan pemeriksaan imegresen Malaysia, pengawasannya kurang ketat berbanding Singapura.

Beg galas inilah yang tidak terlepas daripada pengawasan imegresen.




Namun, kami bersyukur kerana semua ahli lawatan terlepas daripada apa-apa sekatan. oleh itu, kami teruskan perjalanan kami pulang ke Malaysia dengan gembira.

Bertolak balik dengan melalui tambak johor. tata kota singa....




12.15 p.m
Kami tiba di R&R Tanjung Pelepas sekali lagi untuk makan tengahari dan bersolat zohor di sini. Kami makan bersama sebelum bertolak ke Kilang Kanta Sentuh CIBA Vision yang terletak di Gelang Patah, Johor. Kami berkumpul semula untuk meneruskan lawatan pada pukul 2.00 p.m.


2.30 p.m 
Kami tiba di Perkarangan Kilang Kanta sentuh CIBA Vision Malaysia di Gelang Patah disambut dengan lambaian daun pinang yang menghiasi kawasan kilang. 

Dihadapan kilang kanta sentuh CIBA Vision Malaysia.




     Kami amat terpesona dengan keluasan kawasan kilang kanta sentuh ini berbanding kilang kanta sentuh di Singapura. Setibanya kami di sana, kami dibawa ke bilik taklimat dahulu. Kami dimaklumkan bahawa di sini terdapat pelbagai kepakaran yang diperlukan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. antara disiplin yang ditawarkan di sini termasuklah kejuruteraan, sumber manusia dan sebaginya.

Taklimat yang diberikan oleh Jabatan Kerja dan sumber manusia kilang ini.




Kemudian kami dipecahkan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat sekitar makmal membuat kanta sentuh. Kali ini kami cuma berpeluang untuk melihat daripada luar makmal sahaja. Pihak kilang memaklumkan kepada kami bahawa di sini antara kilang yang membuat kanta sentuh seperti kanta sentuh silikon hidrogel seperti air optix, air optix untuk astigmatisma, air optix focus night and day dan air optix multifocal. Antara kanta sentuh lain termasuklah kanta sentuh warna seperti freshlook. 

Antara kanta sentuh yang dikilangkan di sini.

Ada juga kanta sentuh bewarna yang dihasilkan di sini.

Disini banyak tenaga kerja manusia digunakan untuk pembuatan kanta sentuh tidak seperti di Kilang kanta sentuh di Singapura. Namun begitu, tenaga manusia yang digunakan cumalah untuk membantu memperkemaskan kulaiti kanta sentuh. bukannya 100% tenaga mesin seperti di Singapura.


3.45 p.m
Kami dihidangkan minum petang di kafe Kilang kanta sentuh tersebut. kami dihidangkan dengan mihun goreng, kuih muih dan pelbagai juadah lain yang enak. inilah perbezaan antara negara kita dengan negara lain. Di tanah tempat tumpah darahku ini sahaja adanya istilah jalan-jalan cari makan. Maklumlah makanan mudah dan murah diperolehi. Jika di negara orang, sebotol air mineral sudah bernilai 1 dolar bersamaan 2 ringgit lebih. Betullah kata orang, bila mengembara kita mulai hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Saya bangga jadi anak Malaysia.


4.15 p.m
Habis sesi kudapan petang, kami bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan. 

Sesi fotografi sebagai tanda kenangan dengan kunjungan kami ini.




Tidak lupa juga adanya cenderahati daripada pihak kilang kepada kami. 

Kecil saiznya, tapi besar manfaatnya lawatan ini kepada kami.




Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami bersiap-siap untuk bertolak ke lawatan ke kilang seterusnya. Terima kasih kepada pihak Ciba Vision kerana atas sambutan lawatan yang amat meriah dan cukup mesra. 

Kesimpulannya, lawatan dapat mengajar kita 1001 pengalaman yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup ini. Melancong, mengembara dan sebagainya adalah guru terbaik untuk kita belajar bersyukur dan menimba pengalaman baru di tempat orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Kayuhan Mesra Komuniti Bersama PDRM: Penjualan Kupon

Posted: 26 May 2011 03:16 AM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Sambutan Hari Polis ke-204 peringkat IPD Johor Bahru Selatan, yang akan diadakan pada 3 Julai 2011 di Plentong, pihak penganjur juga mengadakan penjualan Kupon Cabutan Bertuah.

Kupon boleh dibeli daripada urusetia sambutan dengan harga RM 5 bagi setiap kupon.

Setiap kupon melayakkan anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa:

Hadiah Utama:
Sebuah Motosikal Yamaha Lagenda
10 Hadiah:
Sebuah basikal mountain bike bernilai di antara RM500 hingga RM 1000

Hanya dengan RM 5, hadiah di atas akan menjadi milik anda. Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi Urusetia untuk mendapatkannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


SUARA SIMPANG KIRI: MENYUSURI SEJARAH <b>PARIT SULONG</b>

Posted: 21 Apr 2011 05:28 AM PDT

Jambatan Parit Sulong dari pandangan berbeza

Aku sedang menyiapkan cerita perang Jepun ni...ini introduction je...tak sempat. Anak perempuan aku mintak belikan rak buku pulak ni..Merengek-rengek dengan emaknya itu..tunggu Pic-pic menarik dari aku ok...

........................................

OK sambung lagi cerita, tetapi siarkan dulu gambar-gambar terbaru yang aku ambil petang tadi....Biarlah gambar-gambar ini yang bercerita...kerana kalian lebih hebat pengetahuan sejarahnya daripada aku.

Sungai Simpang Kiri ini menjadi saksi bisu terhadap kematian beratus-ratus tentera

Australia, Punjabi dan Jepun.

Sebahagian jasad mereka abadi di kawasan ini

Dewan Parit Sulong

Mesjid Sungai Lontok yang baru, berhampiran jambatan Parit Sulong.


Siapakah Hackney? Aku pernah ceritakan dalam entri yang terdahulu....Hackney seorang Leftenan.. 



Kawasan ini digali pada bulan lepas kerana mencari tulang-belulang tentera yang terbunuh dalam Perang Dunia Kedua itu. Namun jumlah tulang yang ditemui tidaklah seperti yang diharapkan...semuanya telah sirna....

Dan lagi kesan-kesan pencarian itu.....

Dan lagi...mungkinkah waris-waris mereka di Australia dan Britain mengharapkan sesuatu di kawasan ini

Siapakah yang mengambil bumbung bangunan usang ini?

Sesuai untuk penggambaran Seekers

Harap-harap malam ini aku tak bermimpi apa-apa...

Jambatan Parit Sulong diambil pada tahun 1980-an. Jambatan ini telah dirobohkan.

Dan diganti dengan jambatan baru yang ada di atas itu...  

Gambar Jambatan Parit Sulong pada tahun 1940-an.

.......Kalau ada masa, aku sambung lagi petikan ini....KERANA aku bukan wartawan yang bergaji....cuma sekadar hobi yang suka terhadap sejarah setempat...Namun jika nak tahu juga ikuti dulu entri aku sebelum ini:

  1. SEJARAH NAMA PARIT SULONG-KLIK
  2. SEJARAH KOMUNIS MENGAMUK DI JOHOR-KLIK
  3. PERANG DUNIA KEDUA DAN PARIT SULONG-KLIK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Kaki Kereta: Kemalangan <b>di Pagoh</b> 1Jun 2011

Posted: 01 Jun 2011 01:35 AM PDT

Dear Kaki Kereta's readers,
Thank you for visiting this blog. To make this blog more interesting, please donate to us by clicking any ads appear in this blog. We are glad to provide you more useful and interesting info to all readers. This blog is updated daily, so do not forget to bookmark this page. Tq... ;)

To bookmark this page, press Ctrl+D

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads