Isnin, 6 Jun 2011

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Mael <b>Pengerang</b>: Terbukti Anwar rancang rusuhan <b>di</b> Malaysia <b>...</b>

Posted: 22 May 2011 10:53 PM PDT

Rupa-rupanya Anwar baru-baru ini pergi ke Yogjakarta membawa AMK nya adalah bertujuan pergi menuntut ilmu dengan puak-puak Mesir bagaimana hendak menjatuhkan kerajaan dengan cara bergaduh & merusuh di jalanan.

Hari ini, puak- puak pakatan haram ini dah mula merayap ke seluruh pelusuk negara untuk menghasut rakyat melakukan keganasan jalanan itu.

Saksikan video di bawah... Ini lah buktinya...

Sumber: Cili Api Bloggers

Badrul Hisham mahu bakar api keganasan di Negara ini khususnya Negeri Sembilan. Mereka cabar untuk kita begaduh...

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


USRAH BAHRIN FTOM: Kenduri Kahwin <b>di Segamat</b>

Posted: 17 May 2011 08:25 PM PDT

Pada 7/5/2011 kami sekelurga balik ke Muar sebab esoknya kami nak pergi kenduri kahwin kawan di Segamat. Bertolak dari rumah dalam kul 4pm singgah solat Asar di Seremban. sampai ke Muar dekat nak Magrib. Esok dalam kul 12 tghr bertolak ke Segamat jauh juga sampai dalam kul 3 lebih lepas makan solat di masjid berhampiran lepas tu bertolak balik Semenyih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


MACAM-MACAM HAL: Kena Calit Minyak

Posted: 01 Jun 2011 12:08 AM PDT


Nyaris dilarikan lelaki Lombok

IBNU Sina bersama Nurul menunjukkan salinan laporan polis mengenai lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri ketika ditemui di rumahnya di Masai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 31 Mei - Seorang bakal pengantin melalui pengalaman yang menakutkan apabila nyaris dilarikan seorang lelaki Lombok, Indonesia awal bulan lalu.

Namun, kepantasan bapa gadis berusia 21 tahun itu dengan bantuan orang kampung berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki yang dikenali sebagai Hasan Basri itu.

Bapa wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ibnu Sina, 50, berkata, selepas menyedari kehilangan Nurul, 21, kira-kira pukul 4 pagi pada 9 Mei lalu, dia terus menghubungi rakan-rakannya untuk meminta bantuan bagi mencari gadis itu.

"Alhamdulillah, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang tekong bot di laluan keluar Ulu Tiram berjaya mengesan anak saya bersama lelaki berkenaan ketika ingin menaiki bot untuk ke Lombok.

"Lelaki tersebut memberitahu kepada tekong itu bahawa wanita yang dibawanya itu warganegara India, namun kad pengenalan yang diserahkan menunjukkan nama dan nombor yang sama dengan SMS yang diterimanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Gudang hari ini.

Dalam pertemuan itu, anaknya Nurul turut berada di dalam rumah, namun dia tidak menjawab pertanyaan wartawan akibat masih trauma dengan kejadian tersebut.

Ibnu Sina berkata, sejak kejadian itu anaknya seakan-akan hilang ingatan dan tidak menyedari semua kejadian yang dilaluinya sepanjang dilarikan lelaki berkenaan.

Katanya lagi, anak kedua daripada lapan beradik itu yang bakal berkahwin Sabtu ini pernah bertanya kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku terhadapnya.

"Apa dah jadi dengan angah mak? Cuba mak tampar angah, mungkin angah boleh sedar. Itu kata anak saya kepada ibunya. Selepas kejadian tersebut dia jadi murung dan jarang bercakap," katanya lagi.

Dia percaya lelaki berkenaan menggunakan ilmu hitam bagi menundukkan Nurul kerana selepas kejadian itu, dia membawa anaknya bertemu pengamal perubatan tradisional dan diberitahu bahawa lelaki berkenaan mencalitkan sejenis minyak pada Nurul.

Malah, kejadian awal Mei lalu bukan pertama kali kerana Nurul pernah dilarikan bersama adiknya setahun lalu oleh lelaki yang sama.

"Saya sudah buat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan. Ia memberi kesan mendalam terhadap anak saya apabila menyedari lelaki berkenaan masih bebas dan perkara yang sama boleh berulang," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


CuMa SeKeLuMiT CoReTaN KaTa HaTiKu.......: FAMILY DAY <b>DI DESARU</b> <b>...</b>

Posted: 15 May 2011 08:12 PM PDT

Pada 14/05/2011 & 15/05/2011 yang lalu, kami sekeluarga pergi menyertai 'Family Day Anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Sokongan, FKE, UTM Skudai. Hari ni, aku keletihan sangat, jadi ambil cuti. Esok memang dah terang2 cuti sebab Hari Wesak. Yang tu biar dulu, mari aku citerkan sikit hari pertama aku kat sana. Erm.....sebenarnya ada banyak gambar lagi, tapi ntah macam mana mase proses copy mengopy gambar nie leh hilang lak gambar2 yang dalam phone nie. Pelik aku. Tapi tak pela, mana yang tinggallah kite guna ye.

Penggembaraan bermula seawal pukul 10.00 pagi (katanye). Chewah.......penggembaraan tuh! Hehehe. Biasalah kan kiteorang diarah berkumpul kat depan Mc.D nie jam 10.00 pagi. Tapi seperti insan2 biasa kul 10.26 pagi nie pun lom gerak lagi.

Oopss......tetiba nasi dah terhidangkan? Yang nie kiteorang stop kat Kota Tinggi. Ala, tempat yang famous tuk makan belangkas tu. Waktu nie jam dah menghampiri kul 11.40 pagi. Walaupun baru kul 11.40, tapi perut nie lapar tuh.......

Aku ngan Ahmad (suami) dah tak beringat, nampak makanan terus makan, tak ingat dah kawan2 kat sebelah. Ammar ntah ke mana? Hehehe.

11.54 pagi, selesai sudah kami makan. Amik air sirap, sirap limau, limau suam, belangkas masak asam pedas tuk 2 orang makan, kobis tuk 2 orang makan kena RM20.40, tapi tokey tu kata RM20.00 dah la...... cam mahal kan?tapi belangkas susah nak cari. Kira berbaloi la. Ape kat tv tu cakap, berbaloi-baloi.

Aii bang, minum air pun nak amik gambar ker???

Aku pun sama. Hahaha.......

Haa......kat sini rupenye Ammar Fahri. Syukurlah si Siti nie dah sarap Mc.D n tak nak makan belangkas. So, dielah yang tolong jagakan Ammar sepanjang kiteorang makan tadi. Thanks Siti.......

12.31 tengahari : Perjalanan diteruskan. Tengok Ammar cam die plak makan n dah kenyang. Tido tak ingat dunia.

Adif susu dalam botol dah habis pun jadik.......

12.40 tengahari : Awam mendung mula berarak mengiringi perjalanan kami.

12.50 : dah sampai Bandar Penawar, hujan selebat tidak.

5.00 petang : Sebenarnye kul 3.30 petang kami ada sukaneka seperti larian dadu, bola racun, ntah ape lagi ntah namenye, tapi gambar aku tak dapat nak n3 sebab ntah kemana hilangnye (cam mula2 aku cakap tadi). Tapi yang nie kira aktiviti membina istana pasir.

5.01 petang : Saje amik gambar permandangan Pantai Desaru.

9.53 malam : Tukar hadiah sesame kakitangan. Yang nie semua orang kena bawa hadiah tak kurang RM10.00 tuk tukar-tukar. Time nie kami dapat hadiah .

Yang nie lak, kami cabut tuk beri orang hadiah.

9.55 malam : masing2 cam dah ngantuk, menunggu cabutan bertuah.

9.56 malam : Adif kata nak gambar die je diambil. Amik je la.

9.57 malam : Kata Adif : bila nak balik rumah nie......" Hahaha. Aku saje je reka ayat tue.

9.58 malam : Aku pun nak gambar gak.


10.08 malam : Ammar pun nak gambar sorang gak mama.......

Oklah, begitulah berakhirnye malam pertama kami di sana. Masing2 dah letih n penat. Tv pun harap suara je kuat, gambar tak terang. Ape lagi.Susun bantal, Tido la.......

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Orang minyak <b>di Batu Pahat</b>! :: AKUANAKPAHANG

Posted: 26 Apr 2011 02:08 AM PDT

Gambar sekadar Hiasan drp Google

Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya wujud sekumpulan empat penjenayah ala 'orang minyak' yang hanya berseluar dalam sedang bermaharajalela menyamun beberapa buah rumah di lereng bukit di daerah ini. Khabar angin yang bertiup kencang itu wujud berikutan kehadiran helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat berlegar di ruang udara daerah ini dan pelaksanaan sekatan jalan raya sepanjang lima hari bermula 19 April lalu. Setelah melakukan samun di rumah pada lewat malam dan awal pagi, kumpulan orang minyak itu dikatakan melarikan diri ke markas mereka yang terletak di kawasan hutan di bukit berdekatan Kampung Istana di sini.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Adnan Azizon menegaskan, tinjauan udara helikopter itu adalah sebahagian daripada operasi cegah jenayah bagi memantau lokasi berisiko tinggi menjadi sasaran penjenayah termasuk rumah-rumah di lereng bukit.

Beliau memberitahu, operasi turut membabitkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di rumah-rumah kongsi penempatan pekerja warga asing dan pusat hiburan bagi memastikan mereka mempunyai permit yang sah untuk bekerja di sini. "Tidak wujud orang minyak. Kalau ada orang minyak, kita tak guna helikopter tetapi guna bomoh," katanya sambil berseloroh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat hari ini. Selebihnya DISINI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Apartment <b>di stulang</b> laut [PID:17894] - Propnet Malaysia

Posted: 24 May 2011 12:00 AM PDT

Property Pictures

Reload/ Refresh this page if you don't see the pictures.

Property Detail

  • Layout: Unknown
  • Bedrooms: 3
  • Bathrooms: 1
  • Furnishing: Unfurnished
  • Tenure: Freehold
  • Restriction: None

Property Map Beta


This map shows estimated location. Soon, we will update this feature to show accurate location.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


PUSAT BAHASA PELANGI: Sambutan HARI GURU <b>di</b> Mandella Seafood, <b>Kukup</b>

Posted: 25 May 2011 09:50 PM PDT

Hari Sabtu lepas (21/05/2011)

Pusat Bahasa Pelangi telah mengadakan sedikit jamuan

Sempena Hari Guru utk 2011..

Team Pusat Bahasa Pelangi turut sama2 meraikan..

Sempena menghargai jasa dan titik peluh mereka.....

Yang telah disumbangkan..

The simple cake..

Kami semua bertolak dari office tepat jam 6:30 petang..

Sebab hari sabtu ader kelas sampai kul 6 kan..

So decided petang tu jugak pergi celebrated ramai2..

Tapi ader 5 org staff yang tak dapat datang atas sebab2 tertentu..

3 daripadanya pulak jejaka idaman Malaya...huhuhu

Dah lah perjalanan ke Mandella Seafood ni mengambil masa 1 jam ++..

Huhuhuhu...memang lapar giler2 sepanjang perjalanan tu..

Kami sampai around jam 7:50 malam...

Sampai2 jer solat dulu kat surau..

Nasib baik makanan cepat sampai..

Terkejut gak tau sebab sampai cepat betul...

Walaupun banyak meja penuh dengan tulisan "tempahan"

Memang pantas services mereka

Antara makanan yang diorder..

Ayam goreng kunyit..

Kailan ikan masin

Ikan siakap masak 3 rasa..

Tapi yg ni rasa agak pelik lah..huhu

Tak berapa umphhh...sebab rasa macam masak merah jer..


Mandella ni memang femes ngan udang..
Kalau datang Mandella...memang tak sah kalau tak order udang...
Tu, Tom yam Udang


Dan ni udang goreng tepung...
Tapi agaknya bila dah ramai sangat org...
Masakan pun macam ala-ala jer..
Sebab selalu datang sini, udangnya besar2 saiz XL...
Ni macam saiz L jer...huhu

Pabila semua makanan dah sampai..

Masa utk sama2 menikmatinya..

Terima kasih kepada Big Boss sebab sudi belanja kami semua...

Masa utk tiup lilin...

Wahhh...BIG BOSS dikelilingi peminat!!!

Sebelum makan kita baca doa dulu!!!

En. Khairuddin & Puan Zarina

Kaum pompuan, biasalah...posing jer lebih..hehe..

Dah licin semua barulah sibuk cari kek...

Our TEAM!!!


Pencarian RATU PUSAT BAHASA PELANGI...hehehe
Masing2 kalau dah berposing....


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


:Dunia seorang pelajar::: : Program Anak Angkat <b>di</b> Kampung <b>Parit Raja</b>!

Posted: 24 May 2011 07:26 AM PDT

Salam,

Cerita kali ini seperti di tajuk di atas ya! semuanya mengenai program anak angkat di parit raja, Batu pahat, Johor tempoh hari. haha, ini merupakan kali PERTAMA! aku terlibat sama dalam program anak angkat ini. kami dijadualkan pergi mulai 13 mei hinggalah 16 mei. tepat jam 10:00 pagi waktu tempatan kami bertolak ke Parit Raja tesebut.

Jam 3:00 petang, kami sampai di sana. proses pembahagian anak angkat dilakukan. Aku dan lagi dua orang rakanku yang bakal duduk serumah sudah main teka-teka yang mana satu ayah angkat yang bakal kami dapat. Pada mulanya tekaan kami semua salah, namun atas permintaan Makcik [yang sepatutnya menjadi mak angkat kami], kami ditukarkan dengan keluarga angkat yang lain. Dan cuba teka la! tekaan aku yang awal tadi yang benar. hahaha, rakan-rakan ku lagi dua orang itu sangatlah tension kerana melihat keluarga angkat seperti sangatlah seriusnya.

Dah habis majlis penyerahan anak angkat, kami pun masing-masing balik mengikut keluarga angkat kami. Dalam perjalanan tu aku dan rakanku dah dok bisik-bisik macam manala nak borak-borak kalau ayah angkat ni serius je manjang. sampai je rumah, kami asyik beborak sahaja dengan ayah angkat. penuh dengan gelak ketawa, cerita politik Malayisia, motorsikal honda cup 70, kedai barang secondhand, kerepek yang sedap, makanan jawa dan macam-macam lagi.

Eh! layang gambar sajalah. tak larat nak taip panjang-panjang.

 

IMG_0019

ini lah rumah kami. KACAK bukan?! :)

IMG_0025

ini kami bersama keluarga angkat.

IMG_9658

ini aktiviti senaman di pagi hari sabtu.

IMG_9695

lawan takraw bersama pemuda-pemuda kampung parit jawa

IMG_9705

mana tak kami kalah, sekali mereka lipat camni. dua kali kami kalah.

IMG_9746

Oh! ini rumah sedara. [kira sedara la sebab ayah angkat dan tuan rumah ini adik beradik]. hebat bukan ada cendawan BESAR punya!

IMG_9776

Malam di sekolah agama parit raja. sedikit ceramah dari kami!

IMG_9820

ini pula aktiviti pagi ahad! membersihkan kawasan surau.

IMG_9844

ha! ini aktiviti tanam pokok setelah selesai membersihkan surau tersebut.

IMG_9880

sedikit birthday party dirumah sedara!

IMG_9909

ha! ini namanya rewang-rewang untuk masak nasi ambeng. cari la kat google apa itu nasi ambeng.

IMG_9992

ha! ini persembahan dari penduduk parit raja. KUDA KEPANG! BEST tau!

 

Tapi, gambar sewaktu majlis perpisahan tidak sempat diambil, sebabnya batery kamera sudah kehabisan sehabis mungkin. Balik penuh kepenatan. tapi! ayah angkat kami bagi macam-macam, daripada bekal makan tengah hari hingga la duit raya akan datang. advance tak kami? hehehe

p/s: entry akan datang mungkin lebih luar biasa lainnya. hehe

 

si muncai etot

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Ceramah Pakatan Rakyat <b>di Muar</b> bersama Anwar, 27 Mei ini <b>...</b>

Posted: 24 May 2011 06:35 PM PDT

Bagi meneruskan kempen dan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, satu ceramah Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan pada 27 Mei ini di Markaz PAS Parit Pechah, Muar bermula jam 9 malam.

Barisan penceramah pada malam itu akan diketuai oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain membariskan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim.

Orang ramai dijemput hadir dan digalakkan supaya datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14075

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Judi ekor haram <b>di Kluang</b>, B. Pahat lumpuh

Posted: 29 May 2011 02:55 AM PDT



KLUANG — Polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang melibatkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis di sekitar bandar ini dan Batu Pahat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal berkata serbuan di 14 premis di sekitar bandar ini dan tujuh premis di sekitar Batu Pahat itu dilakukan pada pukul 3 petang sehingga pukul 8 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

"Dalam serbuan itu, seramai 11 lelaki dan empat wanita ditahan di Kluang manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan di Batu Pahat. Seorang daripada lelaki yang ditahan di Kluang itu, merupakan pembeli nombor ekor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, malam tadi.

Amer berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lepas.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan.

Katanya, kesemua rakyat tempatan berumur 20 hingga 40an itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala lelaki yang membeli nombor ekor haram itu akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads