Isnin, 13 Jun 2011

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


DUNIA ITU: Nyaris dilarikan lelaki Lombok

Posted: 31 May 2011 08:51 PM PDT

IBNU Sina bersama Nurul menunjukkan salinan laporan polis mengenai lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri ketika ditemui di rumahnya di Masai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 31 Mei - Seorang bakal pengantin melalui pengalaman yang menakutkan apabila nyaris dilarikan seorang lelaki Lombok, Indonesia awal bulan lalu.

Namun, kepantasan bapa gadis berusia 21 tahun itu dengan bantuan orang kampung berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki yang dikenali sebagai Hasan Basri itu.

Bapa wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ibnu Sina, 50, berkata, selepas menyedari kehilangan Nurul, 21, kira-kira pukul 4 pagi pada 9 Mei lalu, dia terus menghubungi rakan-rakannya untuk meminta bantuan bagi mencari gadis itu.

"Alhamdulillah, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang tekong bot di laluan keluar Ulu Tiram berjaya mengesan anak saya bersama lelaki berkenaan ketika ingin menaiki bot untuk ke Lombok.

"Lelaki tersebut memberitahu kepada tekong itu bahawa wanita yang dibawanya itu warganegara India, namun kad pengenalan yang diserahkan menunjukkan nama dan nombor yang sama dengan SMS yang diterimanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Gudang hari ini.

Dalam pertemuan itu, anaknya Nurul turut berada di dalam rumah, namun dia tidak menjawab pertanyaan wartawan akibat masih trauma dengan kejadian tersebut.

Ibnu Sina berkata, sejak kejadian itu anaknya seakan-akan hilang ingatan dan tidak menyedari semua kejadian yang dilaluinya sepanjang dilarikan lelaki berkenaan.

Katanya lagi, anak kedua daripada lapan beradik itu yang bakal berkahwin Sabtu ini pernah bertanya kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku terhadapnya.

"Apa dah jadi dengan angah mak? Cuba mak tampar angah, mungkin angah boleh sedar. Itu kata anak saya kepada ibunya. Selepas kejadian tersebut dia jadi murung dan jarang bercakap," katanya lagi.

Dia percaya lelaki berkenaan menggunakan ilmu hitam bagi menundukkan Nurul kerana selepas kejadian itu, dia membawa anaknya bertemu pengamal perubatan tradisional dan diberitahu bahawa lelaki berkenaan mencalitkan sejenis minyak pada Nurul.

Malah, kejadian awal Mei lalu bukan pertama kali kerana Nurul pernah dilarikan bersama adiknya setahun lalu oleh lelaki yang sama.

"Saya sudah buat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan. Ia memberi kesan mendalam terhadap anak saya apabila menyedari lelaki berkenaan masih bebas dan perkara yang sama boleh berulang," katanya lagi.

Utusan
1 Jun 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Kek Fondant dan Cupcake untuk Majlis - Kek Perkahwinan dan <b>...</b>

Posted: 17 May 2010 05:48 AM PDT

Salam semua... ini pula koleksi gambar di Majlis Perkahwinan Farah Aina & Khairuddin di Chaah, Johor pada penghujung bulan lepas..... Farah telah menempah pakej pelamin termasuk kek perkahwinan fondant + cupcakes bertemakan warna Biru Firus..... Terima kasih diucapkan dari Rbecca Cookies atas tempahan tersebut... Semoga Farah Aina & Khairuddin berbahagia sehingga ke akhir hayat.... amin...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Ceramah Umum <b>di Kluang</b>, Johor « Leading The Change

Posted: 11 Jun 2011 04:09 PM PDT

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

Pada 10 Jun 2011, saya telah dijemput oleh Penganjur PKR Bahagian Kluang sebagai salah seorang peceramah. Tajuk Ceramah umum ialah "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA".

Pemimpin-pemimpin PKR yang turut hadir sebagai penceramah ialah YB Tian Chua, YB Zuraida, Chua Chui Ming dan lain-lain pemimpin tempatan.

YB Tian Chua

YB Zuraida Ketua Wanita KeADILan

Perasmian bersama penceramah-penceramah

Rakyat Johor akan membuat Perubahan dalam pilihanraya yang akan datang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads