Selasa, 21 Jun 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Mesyuarat Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)- Kawasan Felda Bil 2

Posted: 21 Jun 2011 03:05 PM PDT

Kota Tinggi- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor (JKKNNJ) akan menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) pada 3 Julai 2011 di Felda Look Heng Barat, Kota Tinggi, Johor. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan pada 17 Jun yang lalu di Dewanraya Felda Lok Heng Barat dan ia dipengerusikan oleh YB Puan Hajah Asiah Md. Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor. Kraftangan Malaysia Cawangan Johor telah dijemput hadir ke mesyuarat bagi membincangkan persiapan dan penglibatan agensi di bawah KPKK dalam program tersebut. Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YB Tuan Haji Rasman Ithnin, ADUN Kawasan Sedili bagi membantu dan berkongsi pendapat dalam perlaksanaan dan perjalanan program itu nanti. Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


Sipot Si Tukang Tulis: <b>Bekok</b> : Permulaan cerita aku <b>di</b> bumi Segamat.

Posted: 19 Mar 2011 03:20 PM PDT

   Sebelum ni, aku ada cerita pasal Paloh, Pekan Bekas Peninggalan Komunis, kali ni aku tergerak untuk cerita pasal satu lagi pekan yang pernah meninggalkan titik hitam putih dalam diari hidup aku. Semuanya bermula bila kawan lama aku, yang mesra dengan panggilan Aza, tag aku dalam gambar lama dekat facebook. Gambar zaman aku sangat nerd, rambut sikat belah tepi, baju tuck-in, seluar paras pusat, dan tak lupa juga buku teks tinggal bawah meja.


   Bekok. Menurut lagenda warganya, berasal dari nama seekor burung seakan garuda atau helang, atau phoenix yang bernama burung Bekoh, yang sangat besar, telah mati dan disemadikan di tanah itu. Aku pun tak tahu ni cerita betul atau cerita tipu. Kalau tipu maknanya aku kencing korang ar. Hahaha.. Padan muka.


   Aku tahu, ramai warga UiTM Segamat tahu akan Bekok ni kerana Air Terjun Bantang Bekok yang ada dekat Bekok ni. Tapi bagi aku, Bekok bukan sekadar sebuah air terjun, bukan sebuah pekan yang sangat dalam, bukan pekan penempatan orang asli yang membuatkan Tengku Mahkota Johor seringkali melawat Bekok. Bukan. Bagi aku Bekok lambang sebuah keharmonian. Lambang kecintaan. Lambang kesederhanaan. Lambang setiakawan dijunjung tinggi.


   Aku berpindah ke Bekok dari Kulai masa aku tingkatan 4, jadi mungkin ambik masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, Bayangkan dari suasana bandar, tercampak ke pedalaman. Sesak bai. Tapi apa nak buat? Terpaksalah turutkan. Aku ingat lagi apa yang berlaku masa mula-mula masuk sekolah kat sana. SMK Bekok. 

   Aku tak tahu pun masa tu periksa setengah tahun. Oleh kerana aku ambik aliran perakaunan masa sekolah STARP, Kulai dulu, aku terus masuk aliran akaun jugak kat situ. Peperiksaan Bahasa Melayu. Aku masuk kelas tu. Aku jadi ralit bila tengok suasana kelas tu. Ramai, india, cina dan melayu cuma ada berapa kerat je. Ah, peduli la.

   Habis je subjek Bahasa Melayu tu, terus waktu rehat. Aku tengok jadual periksa. Lepas ni Pendidikan Islam. Aku belum ada buku teks lagi. Jadi buat muka hensem la nak pinjam siapa-siapa. Aku tengok sebelah kanan aku sorang mamat ni, pakai vase pengawas, muka hensem (kurang sikit dari aku). Tengok name tag dia. Faizul Nizam.

   "Errr, bro, pinjam buku agama, boleh tak?"

   "Haaa?" mamat tu tercengang.

   "Nak pinjam buku agama lah bro"

   "Errr.."

   Tiba-tiba sorang brader menyampuk, aku tengok tag nama dia tertulis Amirul.

   "Dia ni orang asli, mana ambik agama. Nah baca buku aku" sambil menghulurkan buku teks Pendidikan Agama Islam.

   Oh man!!!! (sila sebut gaya Swiper si Pencuri watak musang dalam Dora The Explorer). Macamana aku boleh tak dapat detect dia ni orang asli. Kulit sawo matang. Chis!! Ya, di situlah bermula hubungan aku dengan kawan aku itu, Amirul dan Faizul Nizam atau nama komersialnya Badu. Dalam kelas tu ada empat kaum ok. Melayu, Cina, India dan Asli. dan sepanjang belajar di sekolah tu, aku lebih rapat dengan Badu, Vickey dan Ganesan. 1 Malaysia? Yes, ni kalau PM Najib tengok, mesti kami jadi gambar mana-mana kulit buku perpaduan pun. 

   

   Tapi aku paling rapat dengan Badu. Budak asli yang langsung tak macam asli. Gayanya seakan melayu. Banyak kerja bangang jugak yang aku dah buat dengan Badu ni sepanjang kat sekolah. Lebih-lebih lagi dia ni pengawas. Mudah jadi tulang belakang sepanjang aktiviti hitam kami di sekolah. Muahahahahahaha!! (Harap-harap kalau ada cikgu baca ni, sila maafkan kami ya? (^_^") <---muka comel).

  Cikgu kelas aku ada cadangkan untuk aku masuk kelas sans berikutan performance aku dalam pelajaran. (bukan puji diri sendiri tapi ni kenyataan).  Tapi aku tolak sebab aku kurang minat dunia sains. Walaubagaimanapun, aku tetap rapat dengan budak-budak kelas sains.  


   

   Budak kelas sains ni ramai sikit budak melayu. So, senang lah nak ngam. Lagipun budak kelas sains ramai gadis-gadis yang comel dan ayu. Cuma waktu tu aku malas nak fikir pasal indahnya cinta meskipun ramai antara mereka menawarkan untuk menjadi pasangan sehidup semati. (Kalau rasa menyampah, sila beritahu).


  Dari kanan, atas : Aqidah, Awin, Aza.
  Dari kanan, bawah : Nazira, Liza, Zura, Iza, No'in


   Kalau kumpulan nasyid ar-Raudhah tengok gambar ni, mesti mereka berubah kerjaya. Kalau ada yang nak kenal, sila lupakan sebab masing-masing dah ada balak. Semua kawan-kawan kat SMK Bekok ni ada karakter masing-masing. Yang penting semua sporting. Walaupun kalau dirujuk ke google maps, memang kami jauh terceruk di pedalaman. Tapi di pedalaman inilah yang mengajar kami erti menghargai. Aku eksiden teruk dulu pun, kalian ada di samping. Tak putus-putus ziarah aku. Buat aku tersenyum. 


   Weh, Serius aku rindu korang semua. Kenangan ni semua buat jiwa aku meruntun. Jiwa lelaki aku kalah dengan kenangan sebegini. Kenangan yang takkan aku dapat beli. Yang takkan aku dapat baca di mana-mana bahan cetakan pun. Kenangan yang dah aku semadi rapi dalam hati. Dalam sanubari. Terimas korang. Sebab korang lah aku kenal apa itu setiakawan.


Sejauh mana aku berjalan, setinggi mana aku berdiri, aku takkan lupakan sebuah sekolah di pekan pedalaman ni.


Bila nak buat re-union ni? dah lebih 4 tahun tak jumpa semua... Arrgghh!!!


Kepada Aza : aku dah tunaikan permintaan kau... Hahahahaaa... 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


ahmadmaslan.blogspot.com: Dgn anak & isteri 7 nelayan <b>di Pontian</b>

Posted: 08 May 2011 05:33 AM PDT

Dgn anak & isteri 7 nelayan di Pontian

News: 7 nelayan Pontian yg dijatuhi hukuman penjara 2 thn 6 bulan serta denda rm350ribu kerana dituduh memasuki kws perairan Indonesia akan diusahakan pembebasan melalui saluran diplomatik..Saya juga bersetuju utk menanggung kos guaman bagi merayu kes itu di Bengkalis..Hari ini selaku MP Pontian, saya memberi bantuan siri yg ke 4 kali kpd isteri & anak2 nelayan berkaitan..Nelayan itu mengaku tak bersalah & sebut mereka dlm perairan Msia ketika ditangkap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


sejarah the birth <b>stulang</b> laut: sejarah the birth <b>stulang</b> laut

Posted: 18 Jun 2011 12:57 AM PDT

"THE BIRTH" arca patung yang dibuat THE ZON di stulang laut 2007 sangatlah mengharukan,arca yang berwujud sepasang suami istri memangku seorang bayi,sebelumnya sangatlah cantik ketika itu,namun kunjunganku baru baru ini kesana,nampak arca itu tak trurus lg,ingin rasanya aku ingin membersihkannya,dan memugarnya kembali agar cantik macam dulu lg,tapi apa daya,itu bukan hak aku,walaupun yang diabadikan dalam arca itu sayaa dan suami saya, berikut bayi comel kami UMI SHAKINAH ,takut pula baru aku sentuh dah disuruh pergi sama security. sedikit info yang sya bagi buat sekarang ini,bila waktu luang saya buat yang lebih menarik blog ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


PENGANTIN <b>DI MUAR</b> & TEMPAHAN...

Posted: 18 Jun 2011 09:57 PM PDT

Hari Sabtu ni 18hb Jun 2011 ada jemputan perkahwinan di Muar, Johor (pengantin lelaki tu, sepupu hb, pakar membuat jahitan & tempahan baju2 & pelamin pengantin)

Pulak tu.. pada Jumaat malam & hari Sabtu & Ahad juga ada tempahan yg harus disiapkan.

Jemputan kahwin tu tak sedaplah pulak kalau tak pergi sebab sepupu suami... jadi nak tak nak lepas siapkan semua tempahan & pepagi lagi setelah buat penghantaran tempahan tersebut terus aje berkejar balik Muar sekejap.

Petang kenalah cepat2 balik semula ke JB sebab pada malamnya kena siapkan lagi tempahan utk pagi Ahad pulak.

Shukur.. alhamdulillah.. dgn keizinannya semuanya dpt berjalan dgn lancar...

TEMPAHAN UTK JUMAAT MALAM...

100 biji Apam Beras

Tempahan utk dihantar pada Jumaat malam utk Pn Maz dari Singapura, beliau telah bnyk kali membuat tempahan dari akak biasanya apam beras & roti jalan. Tapi gmbr roti jalan tak sempat nak snap. Terima kasih Maz...

TEMPAHAN UTK SABTU & AHAD (17 & 18 JUN, 2011)

Ini pula tempahan yg entah ke berapa kali dari Pn. Ziela utk function di International School, Tmn Austin, J.B. (Thanksss.. Ziela..!)

Bingka Ubi Kuning 4 kotak & Bingka Ubi Gula Merah juga 4 kotak (kesemuanya 8 kotak)

Karipap sebnyk 500

Kueh dadar pula 100 keping

(Karipap & kueh dadar pula order dari sepupu tapi terlupa pulak nk ambik gmbr..)

Kesemua tempahan tersebut utk kedua-dua hari iaitu Sabtu & Ahad

Jadi kat Muar pun tak dpt berlama-lama sangat dah nak cepat2 balik ke JB semula.

Sampai JB pun dah petang jadi berebut pulak nak beli & sediakan bahan2 utk tempahan pagi Ahadnya pula.

Mujurlah sempat & selamat di deliver pagi ni.. semuanya..! Alhamdulillah...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads