Sabtu, 25 Jun 2011

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Voyage into the unknown: Kamus Loghat Muar / <b>Tangkak</b>

Posted: 08 Jun 2011 01:15 AM PDT

Aku dilahirkan di Muar (Muo kata orang Muar) dan dibesarkan di Tangkak. Walaupun bahasa melayu diambil daripada bahasa Johor/Riau, tetapi orang-orang Muar dan Tangkak mempunyai gaya bahasa yang sedikit berbeza apabila bertutur. Arwah Tok Tan aku misalnya, mempunyai gaya loghat yang 'distinctively Tangkak'. Banyak perkataan-perkataan yang biasa dituturkan masyarakat Muar dan Tangkak yang aku telah lupa. Jadi sebagai tribute untuk Arwah Tok Tan dan orang-orang Muar / Tangkak, aku akan cuba untuk menyenaraikan sebanyak mungkin perkataan dalam loghat Muar / Tangkak apabila aku teringat.

Ampar (sebutan Am-po) = Hamparan, permaidani
Anu = Si folan = Dia ke tangkak dengan si anu tu, anak Noh Itik.
Basan = pakaian basahan , pakaian harian
Berlengas = Badan melekit
Bersendor = Berdengkur
Berteromba (sebut beteghombe) = Bermain-main, berlari-lari dan bersuka ria (kebiasaan oleh anak-anak kecil dalam rumah),
Centong = Senduk
Endut = kekasih - Kau dah ada endut Syam?
Gak Ngapa? = Mengapa?
Gak Ya (sebut 'ye') = Ya kah? 
Gebor = Selimut
Gedobos = Longgar (pakaian)
Genjot = Merajuk
Ghobok = Almari
Godak = Kacau, gaul
Hempok = Pukul
Jajan = Makanan ringan - Nanti atuk balik belikan jajan ek
Jerang = Masak air - Kau usah balik dulu, Makcik kau tengah jerang air.
Kain Sal = Tuala
Katup = Tutup
Kejam = Selain zalim juga bermaksud pejam mata
Kelebang = Malas tahap tertinggi selepas, malas dan kelesa = Kau nak jadik apa ni? Tak ada orang nak dengan perempuan kelebang tau tak.
Kelesa = Malas tahap pertengahan (tetapi lebih teruk dari malas biasa)
Kecur = Terliur
Kemut = Selain mengetatkan otot-otor seperti manahan buang air besar, juga bermaksud kedekut
Kerok = Garu
Ketetel = Lari laju atau benda bergerak pantas (tetapi tak smooth)
Lepa (sebutan Lepe) =  Terleka atau hilang tumpuan = pantang lepa cepat saja tangan budak ni mencapai
Meladung = Air bergenangan - Kenapa tak ditutup paip tu? Habis air meladung dalam bilik air.
Melak = Agaknya, mungkinkah (sama seperti 'kut-kut lah' atau 'mana lah tahu') = Aku nak mengail ikan, melak dapat toman 
Melacak = Banyak bertaburan = Gi kutip jambu air yang melacak ke tanah tu.
Membeser = Buang air kecil
Memerut = Buang air besar
Mencangut (atau disebut encangut) = Sesak nafas - Alah aku ni tak boleh dibuat beteghomba, mencangut
Mengkal = Padat, sendat - Kecik sangat seluar tu sampai mengkal peha
Mengopes = Menyelongkar
Mengelaso (atau ngelaso) = Perbuatan tak reti duduk diam lazimnya oleh anak kecil - Cuba duduk diam-diam, mengelaso je dari tadi
Menjengkit= Merayau atau pergi berjalan (selalunya dengan tanpa izin) - kau nak kemana saja ni? Asal petang je menjengkit, cuba lah duduk duduk rumah dah nak maghrib ni. 
Menonong = Berbuat sesuatu tanpa berfikir atau toleh kiri kanan - Amboi menonong je, tak singgah dulu ke Cik Enon?
Meraban = Tak tentu hala
Pak kal (selalunya ditambah 'lah') = Nasib baik lah - Pakkal lah kau ni cucu aku kalau tidah aja ku hempok dengan penyapu ni
Rak = Cakap beria-ia - Bagai nak rak Cik Enon bercerita pasal parti tupperware tu
Ralit (sebut ghalit) = Asyik, tekun - Ralit si beruk tu mencarik kutu si abu
Ralit = Mengantuk - ralit mata aku ni menganyam ketupat dari subuh tadi
Semenggah = Elok, kemas, antonim, Tak Semenggah = Tak elok - cuba kau tukar baju ni, tak semenggah aku tengok
Tak Masal = Tak fasal-fasal
Tagas = Nakal, degil
Talak = Dibiarkan - Kenapa ditalakkan budak tu menangis?
Tanak = Masak Nasi - Kau jangan balik dulu, Makcik kau tengah tanak nasi
Terkelempap = Bau kurang enak disebabkan humidity dan pengudaraan yang tak baik
Tengkar (sebut Tengko) = Degil, melawan atau tidak mendengar kata = Jangan tengkar, aku kata! Jerit Tok Tan pada ku
Terejal = Terlampau nakal, dan tak mendengar kata

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


MUKA haluih: Ruang Pejabat Untuk Disewa RM 1200 <b>Di Tampoi</b>,JB!

Posted: 29 May 2011 06:05 AM PDT

Salam..

Ade barang nak promote nie.. Siape cepat die yang dapat..;) Lebih2 lagi siape2 yang berminat..


Ruang pejabat untuk disewa:
  
RM 1200 per month!!

Dialamat bernombor:


18, Jalan Mata Kucing

Tampoi 81200 Johor Bahru

Ukuran/ Keluasan:

1400 kp

Kelebihan lokasi:

Berdekatan dengan Plaza Angsana. STRATEGIK!


Gambar-gambar:

1. Dari luar:

Anda berminat? Sila hubungi:

017-9299767 (Abid)


0177176355 (Norbaiduri)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Dari mata lensa ku menulis: Kereta masuk <b>parit</b>

Posted: 21 Nov 2010 06:30 PM PST


Kejadian ini berlaku sekitar jam 4 ptg 20 Nov 2010 di parit yani tengah. Pemandu adalah seorang wanita. Menurut penduduk kereta yang dibawa oleh wanita tersebut tidak dapat mengawal kereta kancil tersebut lalu masuk ke dalam parit. Wanita tersebut telah dihantar ke klinik berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


puting beliung <b>di mersing</b> | luahan

Posted: 18 Jun 2011 08:07 PM PDT

Assalamualaikum.....

pusaran puting beliung. 

kalau sebelum ni, puting beliung memusnahkan amerika (boleh baca di sini) , semalam, di mersing, pun berlaku puting beliung juga.  

puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya cukup untuk merosakkan beberapa gerai di pasar lambak Jalan Makam, Mersing (menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan diterbangkan angin). 

Kejadian berterusan kira-kira 10 minit itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di daerah ini dan menggemparkan penduduk sekitar Kampung Air Papan dan Teluk Buih. Walaupun tiada kemalangan jiwa, sekurang-kurangnya empat bot nelayan musnah dan bumbung jeti pangkalan Teluk Buih diterbangkan angin kencang. 

Bot yang berat itu mampu diterbangkan angin bagaikan kertas yang melayang sebelum jatuh menghempap jeti. 
alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Menjamu selera <b>di Stulang</b> bersama blogger Johor

Posted: 15 Mar 2011 07:27 PM PDT


So..sambung citer semalam… kan aku citer hari ahad tu hari g Johor…

so..malam tu aku g makan la… so, dah dekat ngan The Zone tu.. g makan situ jerla

Sempat lagi bergambar kat tepi jalan..

ni sebab aku menunggu blogger yang duk kat Johor tu la…hehehe

siapa?? ha……tunggu la sehingga ahir cerita…..

eh.. tetiba gambar makanan dah selesai aku snap..kahkahkah…

tengok la wajah anak2 aku..dah keletihan… mengantuk………..hehehe

Iskandar gak yang ceria….

dia ni bukan kira letih……..hehehe…. tu pun aktif lagi memalam.letih aku woooOh ya… licin tul aku makan..

Nasi + Tom yam campur + sayur kailan + telur goreng + sup ayam + kerang bakar + sotong paprik…

Banyak ker?? haaa……. jangan tak tahu… tu makanan tuk 4 dewasa + 4 kanak2...hehehe

Eh..siapakah lelaki ini bersama si anak kecik?? hehehehe……

adakah korang familiar mukanya?? tak yek??

tak per..sat lagi tengok wajah orang rumahnya sure ada yang pernah tengok blog nya…hehehe

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.Yeaaa……….ini dia… Lynn Hamzah. Bertemu jugak kita yek setelah membuat temujanjji dalam last minute...hehehe…

Sian dia.. jauh gak nak ke The Zone tu.. dah la ngah sarat tu.. nak masuk 7 bulan dah.. harap2 dipermudahkan la bersalin nanti yek Lynn

Terima kasih Lynn sebab sudi bertemu ngan kak sumi malam tu serta siap belanja kami makan lagi..alahai..terhaurnya.. (tau oreder bebanyak…hahaha)

So, next time kalu kak sumi g johor leh la kita berjumpa lagi…dan andai Lynn datang ke KL, jangan lupa call kak sumi yek.. leh datang umah kak sumi lak..hehehe

Nota kaki : Siapa lagi duk Johor.. mehla keep calling..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Sumijelly, has written 1698 articles for Sumijelly.com

Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.

If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

sejarah the birth <b>stulang</b> laut: sejarah the birth <b>stulang</b> laut

Posted: 18 Jun 2011 12:57 AM PDT

"THE BIRTH" arca patung yang dibuat THE ZON di stulang laut 2007 sangatlah mengharukan,arca yang berwujud sepasang suami istri memangku seorang bayi,sebelumnya sangatlah cantik ketika itu,namun kunjunganku baru baru ini kesana,nampak arca itu tak trurus lg,ingin rasanya aku ingin membersihkannya,dan memugarnya kembali agar cantik macam dulu lg,tapi apa daya,itu bukan hak aku,walaupun yang diabadikan dalam arca itu sayaa dan suami saya, berikut bayi comel kami UMI SHAKINAH ,takut pula baru aku sentuh dah disuruh pergi sama security. sedikit info yang sya bagi buat sekarang ini,bila waktu luang saya buat yang lebih menarik blog ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG <b>PARIT SULONG</b>

Posted: 14 Jun 2011 12:29 PM PDT

Pakatan: Kebimbangan Johor bakal tumbang 'berasas' - Abdul Rahim Sabri
Jun 14, 11

Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.

abdul ghani othman and bangsa malaysia multicultural malaysiaGabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.

Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).

Pengerusi Pakatan Rakyat Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.

debate on islamic state boo cheng hau in clinic"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.

"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.

Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini semalam, Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.

"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.

boo cheng hau flood muar 271206Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.

Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".

"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.

NONE"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).

"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.

Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.

Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.

johor baharu may day workers rally 010507 rallyDr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.

Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.

Malaysiakini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads