Jumaat, 23 September 2011

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


shazahomestay <b>di</b> bandar baru <b>tangkak</b> | Iklan Percuma – Promosi <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 01:46 AM PDT

Publish date: September 23, 2011 4:46 pm | Contact Name: abu omar | Price: 300.00 | Location: bandar baru tangkak | Phone: 0125804511 | Tags:

shazahomestay di bandar baru tangkak shazahomestay di bandar baru tangkak shazahomestay di bandar baru tangkak shazahomestay di bandar baru tangkak

rumah semi D, 3 bilik tidur, 3 bilik air, dilengkapi kemudahan memasak dan membasuh pakaian, parkir 6 kereta didalam rumah, sewa harian semalam RM 3OO.OO. Lokasi dekat dengan Matrikulasi, kolej komuniti, dekat dengan plaza tol keluar tangkak.

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Sponsored Banner

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG <b>PARIT</b> SULONG: AMK <b>PARIT</b> SULONG <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2008 06:40 AM PST

Sekali lagi Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong telah berjaya mengadakan pentas anak muda dan kali ini telah diadakan pada 12-12-08 jam 9-00 malam bertempat di Sri Medan Batu Pahat, Johor. AMK telah menjemput Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Sri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor sebagai pidato. DI dalam pidatonya Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyampaikan isu-isu politik yang terkini yang sedang berlaku di Malaysia. Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad juga telah menyampaikan isu-isu yang berlaku di selangor dan memberi tahu kemudahan-kemudahan dan apa juga bantuan yang telah diberikan kepada seluruh rakyat selangor yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, ugama dan politik sejak ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Keadilan, Pas dan Dap.

Walaupun kawasan sri medan adalah salah satu kawasan kubu kuat Umno / BN di Johor namun kehadiran daripada penduduk-penduduk berdekataan sri medan seperti parit yani, parit sulong dan peserai amat menggalakkan, bagi kehadiran daripada penduduk-penduduk sri medan sendiri turut tidak menghampakan, ini membutikan bahawa sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat bertambah untuh dan teguh dariapda masyarakat di sini, keseluruhan kehadiran pada malam itu lebih kurang 250 orang. Pada malam tersebut yang turut memberi pidato ialah Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong saudara Hasmi Hashim dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong saudara Mohd Zamir Missran.

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


shazahomestay <b>di</b> bandar baru <b>tangkak</b> | Iklan Percuma – Promosi <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 01:46 AM PDT

Publish date: September 23, 2011 4:46 pm | Contact Name: abu omar | Price: 300.00 | Location: bandar baru tangkak | Phone: 0125804511 | Tags:

shazahomestay di bandar baru tangkak shazahomestay di bandar baru tangkak shazahomestay di bandar baru tangkak shazahomestay di bandar baru tangkak

rumah semi D, 3 bilik tidur, 3 bilik air, dilengkapi kemudahan memasak dan membasuh pakaian, parkir 6 kereta didalam rumah, sewa harian semalam RM 3OO.OO. Lokasi dekat dengan Matrikulasi, kolej komuniti, dekat dengan plaza tol keluar tangkak.

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Sponsored Banner

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Pertubuhan Peladang <b>Negeri Johor</b> (PPNJ <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 11:51 PM PDT

Posted by  in Monday, September 12th 2011   

Jawatan Kosong Di Pertubuhan Peladang Negeri Johor PPNJ Jawatan Kosong Di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

Jawatan Kosong Di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) - Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pembantu Perubatan
2. Pelukis Pelan
3. Penyelia Ladang

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 16 September 2011

Tidak Sesuai/Berminat Dengan Jawatan Diatas! Inginkan Jawatan Lain?Taip Dibawah Untuk Jawatan Pilihan Anda Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email... Please CHECK your email inbox to verify your subscribe

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

SEMAKMUR

Disini tempat kita berkawan

Disini tempat kita belajar

Disini tempat kita membesar

Disini tempat kita mengenal erti kehidupan

SAYANGILAH SEKOLAH KITA

SMK LKTP KAHANG TIMUR(SEMAKMUR)

 KLUANG

            SMK LKTP Kahang Timur telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1988,  Mengandungi tiga  blok bangunan dua tingkat dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang yang mencukupi.. Namun penambahan penduduk setempat pada masa itu telah mengakibatkan sekolah ini terpaksa mengalami beberapa perubahan. Pada tahun 1995, satu bangunan tiga tingkat telah siap dibina untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Pada tahun 2002, dua buah bangunan empat tingkat yang baru telah dibina untuk kegunaan oleh para guru dan pelajar demi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah ini terletak lebih kurang 27 km dari Bandar Kluang. Sekolah ini telah dibina di dalam sebuah kawasan perumahan Tanah Rancangan Felda Kahang Timur. Perjalanan dari Bandar Kluang ke sekolah ini memerlukan masa lebih kurang 45 minit dengan kemudahan jalan raya yang selesa. Pada masa itu, pelajar-pelajar yang bersekolah datangnya dari anak-anak penduduk setempat. iaitu dari Felda Kahang Timur sendiri , Felda Kahang Barat dan Felda Ulu Dengar. Anak-anak kakitangan dari Penjara Kampung Gajah juga ditempatkan di sekolah ini. Masa telah merubah segalanya, semakin hari semakin berkurangan bilangan pelajar di sekolah ini.  Kemungkinan kesan dari kekurangan pelajar ini akan mengubah iklim sekolah ini tidak lama lagi. Walau bagaimanan pun perjuangan sekolah ini akan tetap diteruskan, demi bangsa, agama dan tahan air.

SMK LKTP KAHANG TIMUR (SEMAKMUR)

 KLUANG

MOTO

Ilmu Sinar Hidup

SLOGAN

²SMK Kahang Timur Hebat"

Ke Arah Sekolah Felda Terbaik Negeri Johor"

PENDEKATAN

Sekolah Berkualiti

Sekolah Bermaklumat

Sekolah Penyayang

BUDAYA SEKOLAH

·         Budaya Salam

·         Budaya Terima kasih

·         Budaya berfikir

·         Budaya  Cemerlang

·         Budaya Kreatif dan inovatif

·         Budaya  Penyayang

·         Budaya  Kerja sepasukan

·         Budaya  Seronok bekerja

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT

1.    Mempunyai barisan peminpin pengurusan pendidikan yang berintegriti

2.    Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah

3.    Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhio keperluan global

4.    Mencapai prestasi cemerlang dalam pentafsiran dan penilaian

5.    Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti

6.    Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan

OBJEKTIF SEKOLAH

1.Bidang Kurikulum Tahun 2011

·         Memperolehi kelulusan 100% dalam SPM dengan GPS 5.1 dan kelulusan 70% dalam PMR dengan GPS 2.58

·         Mencapai kelulusan 100% SPM di dalam 8 matapelajaran Bahasa Melayu, Seni Visual, Rekacipta, MPV, Sains Pertanian, Fizik, Kimia dan Biologi.

·         Mencapai kelulusan 100% PMR dalam 3 mata pelajaran Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Geografi.

·         3 orang pelajar mendapat A di dalam semua mata pelajaran SPM dan 10 orang pelajar dalam PMR.

2.Bidang Kokurikulum Tahun 2011

·         Menjuarai  10 pertandingan di peringkat Daerah Kluang iaitu softbol L18, softbol P18, Bola Baling L18, Bola Baling P18, Bola Jaring P15,Kawad kaki kadet Koreksional lelaki dan Perempuan,Kawad Basah kadet Bomba serta Balapan dan Padang.

·         Sekurang-kurangnya mencapai tempat ke tiga di dalam 2 acara di pertandingan peringkat Negeri Johor iaitu softbol L18 dan Bola Baling L18.

3.Sahsiah dan disiplin pelajar

·         Peratus kes salahlaku pelajar tidak melebihi 1%.

·          Peratus kedatangan pelajar tidak kurang daripada 95%.

·         Tiada kes jenayah di kalangan pelajar.

4.Pengurusan

·         Meningkatkan kualiti pengurusan melalui Program Perkembangan Staf sebanyak  7 hari  setahun.

·         Program bersama komuniti sebanyak 3 kali setahun.

·         Penggunaan ICT dalam semua aspek secara maksimum.

·         Pengurusan kewangan tanpa berteguran.

5.Iklim Sekolah

·   Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.

·   PPS digunakan secara maksimum.

·   Bilik Khas yang berinformasi dan ceria.

·   Persekitaran sekolah yang selamat.

·   Keceriaan bilik darjah.

6.Budaya Sekolah

·   Solat Hajat,Tazkirah dan Bacaan Yasin berselang pada setiap hari Jumaat

·   Bacaan doa sebelum dan selepas P&P.

·   Budaya membaca awal pagi

·   Azan waktu Zohor

7.Memenangi Anugerah Kualiti

·         Anugerah Kualiti (3 kategori) di peringkat daerah atau  negeri.

1.       Pengurusan Kepimpinan

2.       Pengurusan Kewangan

3.       Peperiksaan PMR & SPM

PIAGAM PELANGGAN

Bahawa kami pendidik dan kakitangan SMK LKTP Kahang Timur dengan penuh tekad dan keazaman, berikrar dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik dalam bidang tugas kami bagi menepati matlamat dan tujuan pelanggan kami dengan:

1.       Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan mulai hari pertama

persekolahan.

2.       Sentiasa berusaha melaksanakan tugas mendidik dan memenuhi keperluan pelajar dengan penitisan ilmu, kasih sayang, keseronokan, kebebasan dan survival.

3.       Sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah, keselamatan dan keceriaan.

4.  Memperkembangkan potensi dalam semua bidang.

5.  Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif

6.  Sentiasa bersedia dan menerima pendapat, cadangan dan teguran membina daripada semua pihak untuk menambahbaik prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dalam semua bidang.

7.   Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatupadu dan mempraktiskan budaya ilmu,celik

           sains dan teknologi serta  kreatif dan inovatif.

8.    Memastikan layanan kaunter yang mesra dan cekap dengan waktu menunggu tidak melebihi tempoh masa 10 minit.

9.       Sentiasa bekerjasama dan memberikan layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan komuniti setempa serta sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.

10.                Hubungi sekolah melalui :

No . Telefon          -  07-7866661

No.  Fax                 -  07-7867349

Alamat laman web- http//www.smkkt.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


mi1: Mayat jadi rebutan sudah dibakar

Posted: 23 Sep 2011 05:10 AM PDT

Ketika tubuh Lawrence Selvananthan masih menjadi rebutan antara jabatan agama Islam dan keluarga Kristiannya, rakan-rakan si mati dikatakan mengambil tindakan sendiri menyempurnakan mayatnya tengah hari semalam.

Difahamkan bahawa rakan si mati, yang membawa mayatnya ke gereja di Seremban untuk upacara persemadian, memutuskan membakarnya dan meyimpan abunya di Segamat.

NONESituasi itu bagaimanapun memungkinan mereka menghadapi tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), menurut anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson Ravi Munusamy yang bertindak sebagai orang tengah.

Ravi (kiri) berkata, pegawai polis muncul di kediaman keluarga Lawrence di Lukut sekitar waktu tengah malam untuk menyerahkan arahan mahkamah syariah, memaklumkan tindakan akan dikenakan pada mereka.

Status agama Lawrence, 33, yang baru meninggal dunia mencetuskan kekeliruan pada keluarganya apabila JHEINS datang ke rumah menuntut mayatnya semalam atas alasan si mati memeluk Islam tiga hari sebelumnya.

Situasi itu menimbulkan ketegangan antara keluarga dan kira-kira 30 pegawai pihak berkuasa agama dan pegawai polis.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Tirai HiduP PelaNgi Sepi: Nekad wira Kampung Sepakat

Posted: 21 Sep 2011 02:36 PM PDT


SEORANG penduduk melihat keadaan rumah Noraini yang hangus dalam kebakaran 
di Kampung Sepakat, Masai, Johor

JOHOR BAHRU - Seorang juruelektrik Abu Bakar Abdul Rahim, 44, wajar dianggap wira apabila tindakan nekadnya merempuh pintu dan meredah api marak  menyelamatkan nyawa dua beradik Nurin Syerlienna Norman, 6, dan Mohd. Daniel Hadi, 4,.yang terperangkap, sedang dijilat api pada pukul 12.10 tengah hari. dalam kebakaran di Kampung Sepakat, Masai

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tragedi Raya

Posted: 02 Sep 2011 09:34 PM PDT

Satu peristiwa yang takkan dilupakan pada sesi Aidilfitri tahun ini. Sebuah pengalaman yang indah diingat, perit ditanggung. Sesungguhnya tidak akan sempurna iman seseorang itu apabila tidak diuji. Dan ujian yang menimpa kami ini sememangnya dari Allah bagi menguji dan hambaNya dan memberi hikmah di setiap apa yang terjadi.

Pada hari raya ketiga, hari Khamis, saya bersama keluarga mentua bergerak menaiki dua kenderaan untuk pergi beraya di Pengerang dan Felda-felda sekitar Kota Tinggi. Kami bertolak dari Parit Raja sekitar jam 8.30 pagi.

Tiba di Pengerang sekitar jam 11 pagi, singgah di kedai untuk bersarapan dan kemudian terus menuju ke kampung dan menziarahi kubur. Bertolak dari kampung di Pengerang menuju ke Felda Semenchu, beraya di rumah pakcik (pak Usu Azmi).

Kemudian bertolak ke Felda Waha menziarahi Pakcik dan Bak.

Selesai di Felda Waha, menuju pula ke Felda Tenggaroh Selatan (rumah Makteh)

Dalam perjalanan ke Tenggaroh inilah, sebuah tragedi berlaku kepada kami.

Saya mendahului perjalanan. Waktu itu sekitar jam 11.30 malam – 12.00 malam. Dalam kereta ada isteri, anak, dan ibu bapa mentua saya. Kecuali mak, yang lain semuanya lena tidur. Van yang dinaiki adik beradik lelaki bujang menuruti di belakang.

Jalan ke Tenggaroh dalam keadaan baik. Saya memandu tidaklah laju sangat, sekitar 80-90 km/j. Sedang memandu (ditambah dengan sedikit ngantuk dan badan lesu dan keletihan), tiba-tiba terdapat lubang besar di hadapan. Lubang itu memenuhi seluruh jalan.

Tidak ada jalan lain. Dengan kelajuan yang sukar berhenti dengan serta merta, saya terpaksa memusing steereng ke kiri. Lubang yang sangat besar itu dihentam dengan kuat. Gedegang!!. Tayar kanan hadapan masuk ke dalam lubang dengan hentaman yang kuat. Lokasi lubang yang memenuhi keseluruhan jalan memungkinkan mustahil untuk sesebuah kereta mengelak!

Dengan serta merta, tayar hadapan kanan terus kehabisan angin.

Saya terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. Melihat tayar, memang sah sah sudah pecah. Memang tak ada harapan untuk 'nak ada angin sikit' di dalam tayar untuk ke rumah Mak  Teh yang sudah tidak jauh lagi.

Dengan keterpaksaan, tayar terpaksa dibuka dan diganti dengan tayar spare. Melihat kanan kiri jalan yang gelap gelita dipenuhi pokok kelapa sawit agak sedikit menggerunkan jika hanya saya seorang menghadapi situasi itu. Mujur rombongan kami ramai. Tiada pula kereta lain yang lalu lalang. Bayangkanlah jalan felda. Mana lah ada kereta sangat dan jam pula sudah 12 malam.

Selesai menukar tayar, perjalanan diteruskan ke rumah Makteh.

Tidur sebentar di rumah Mak Teh.

Jam 1.30 pagi, dikejutkan untuk bersiap bergerak pulang ke Parit Raja.

Kami bertolak dari rumah MakTeh jam 2.00 pagi. Dengan perjalanan menggunakan tayar spare, sudah tentu perjalanan yang melibatkan 'badan yang penat' ini tidak menyeronokkan. Terpaksa memandu sekitar 60km/j. Dengan suasana yang hening, ditambah dengan badan yang lesu, sudah tentu pemanduan ini sangat mencabar. Perut pula entah kenapa memulas-mulas sejak di rumah MakTeh. Singgah di Masjid Kota Tinggi untuk melepaskan hajat.

Masuk ke higway, boleh lah laju sikit ke 80km/j. Tidak boleh lebih.

Alhamdulillah, perjalanan dari Kota Tinggi  bermula jam 2.00 pagi menggunakan tayar spare ke Parit Raja selamat tiba di rumah pada jam 5.20 pagi. Sebuah perjalanan yang terpahat dalam sejarah peribadi!

Sebanarnya, sebelum bertolak lagi, saya sentiasa terfikirkan akan tayar spare. Seperti ada isyarat mengatakan bahawa akan berlaku sesuatu pada tayar kereta. Malah, semasa servis kereta beberapa hari sebelum Aidilfitri lepas, staf Perodua itu menyatakan agar bersedia untuk 'menukar tayar'!!

Keesokannya, selepas solat Jumaat, tayar kereta ditukar. Pergi ke kedai tayar di Pekan Parit Raja. Menukar kedua-dua biji tayar hadapan. Sebiji tayar Good Year berharga RM175. Sport Rim tayar yang bocor malam tadi terpaksa diketuk kerana sudah bengkok. Mujur juga boleh diketuk. Jika tidak, terpaksa pula menukar rim. Dengan dua biji tayar Good Year, Ketuk Rim, Alighment, kos yang 'rela' dikorbankan adalah sebanyak RM390 di Aidilfitri yang mulia.

Sebuah kenangan yang pasti takkan dilupakan pada sesi Aidilfitri kali ini.

Tragedi Tayar Pecah di Hari Raya.

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


[aZZa HaNa]: malam terakhir <b>di mersing</b>..

Posted: 08 Sep 2011 07:38 AM PDT

salam..hai kepada yang sudi...

okay..malam ni aku kene kemas barang siap2 jap lagi,pagi esok aku akan bertolak ke KL..ye la kan?da nak naik sem tak lame lagi..memang tak lame pon,ahad da check in..wuwuwuwuw!berat hati nak tinggalkan rumah..

dan sepanjang maghrib sampai sekarang aku tolong mama buat nasi bukhari..nasi sahaje pun complicated sungguh..kuahnya belom proses lagi,tunggu kelapa parut tu cair jap sebab da beku akibat letak dalam peti ais.

memang bukan aku la kan untuk letakkan resepi ape bagai kat sini,sekadar nak cakap je..pagi esok aku akan bertolak ke Kota Tinggi dulu untuk berjumpa jiji..selame ni memang aku ulang alik dengan jiji je kalau awal dan akhir sem..dari situ baru bergerak ke KL dengan menaiki kereta jiji..

orang ade tegur nape awal sangat naik kan,memang da tak leh elak.jiji ade hal sket,jadi kene la ikut..menumpang buat care menumpang,tak gitu?sampai ahad nanti,aku stay umah mak pis..mak pis tu mak cik jiji..tu pun aku rase cukup susahkan jiji da,terima kasih banyak jiji and family..

kesian la adik2 tak dapat online,,maklum la..PC kat umah rosak,main share 4 kepale la si Kuntum(my lappy) aku ni..ape ade hal,nanti pandai2 la dieorang bodek mama abah untuk beli adaptor tu kan?lagi satu,walaupun aku selalu garang ngan adik bongsu aku ni...aku tetap rase terkilan sebab tak dapat ade ngan die for next week sebab die ni UPSR's candidate..

tak pe la,die ade lagi kakak2 n abang2 lain..aku tak ade pun tarak hal la..kejap lagi kemas barang,da dengar da mama start menumis kuah tu..tak leh lame2 ni,kene tolong..mama da penat2 tu pun sanggup masak makanan gempak sebab ingat esok aku nak balik..

gambar2 dan kisah rayer aku akan update bile sampai UIA nanti..pape pun,selamat kembali ke UIA sahabat2 sekalian..tak dilupekan sahabat2 aku kat mersing ni yang akan turut kembali ke U masing2..thanks sebab sudi lepak2 and hang out okay?

tata,jumpe lagi..maaf atas segala ape yang kurang!


♥ segala yang terjadi adalah kurniaan dari Yang Maha Esa ♥

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Tiga kaum bergabung beri bantuan

Posted: 17 Sep 2011 04:07 PM PDT

JOHOR BAHRU 17 Sept. – Inisiatif penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam membantu orang kelainan upaya (OKU), seharusnya diberi pujian.

Usaha murni penghuni Melayu, Cina dan India PPR tersebut wajar dijadikan contoh, sekali gus mencerminkan perpaduan semangat 1Malaysia.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia semalam, mereka menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak OKU, Mohd. Adi Alfam Benny Karmilan, 13, yang kini terlantar di rumah akibat penyakit Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE) atau masalah dengan urat saraf.

Kunjungan ke Blok E, PPR Sri Stulang itu diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou bersama Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Bukit Chagar, Mohd. Nasir Ahmad; Pengerusi MIC Cawangan Jalan Vijaya, Gubachen Singh dan Peniaga Kedai Runcit PPR Stulang, Lim Tai Chun.

Menurut Chek Hou, inisiatif penghuni itu amat bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu memaparkan keprihatinan tanpa mengira latar belakang dan kaum.

"Usaha sebegini harus dikembang dan dipertingkatkan lagi serta wajar diberi pujian dan dijadikan contoh kepada masyarakat Malaysia berbilang kaum yang menyampaikan sumbangan tanpa mengira latar belakang.

"Kita juga akan berusaha mengenal pasti dan membantu keluarga adik Mohd. Adi Alfam kerana banyak ruang dan peluang yang boleh kita berikan bagi membolehkan dia dapat mengecapi nikmat kehidupan seperti kanak-kanak lain," katanya.

Bagi Tai Chun, 63, selama 28 tahun berniaga di kawasan berkenaan, dia amat mengenali keluarga Mohd. Adi Alfam yang telah tiga tahun menetap di PPR tersebut.

"Sumbangan ini adalah bantuan peribadi. Saya tidak keberatan untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd. Adi Alfam iaitu Benny Karmilan Abdul Wahab berkata, sumbangan wang tunai itu benar-benar dapat mengurangkan bebanan kewangan keluarganya.

"Saya bersyukur sejak Mohd. Adi Alfam disahkan menghidap penyakit ini, kami banyak menerima bantuan pelbagai pihak," kata peniaga gerai makanan yang mempunyai empat anak itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS PERBANDARAN <b>PASIR GUDANG</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 09:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 50sen beralamat ...

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


DrSatriaN: Mengutip Kata-Kata Orang Tua <b>di Skudai</b>..

Posted: 16 Sep 2011 11:45 PM PDT

Assalamualaikum.

Balik ke kampung, pasti aku akan meluangkan banyak masa bersama ayah mertuaku. Dan kadang-kadang bersama dengan teman-temannya yang selalu berkunjung ke 'makmal' ayah. Sebetulnya.. aku tak reti nak bergaul dengan orang tua. Bukannya aku sombong, tapi takkan la aku nak bertepuk tampar macam aku bergaul dengan kawan-kawan. Kebanyakan masa aku cuma mendengar dan mengangguk sahaja. Bila bersuara, terasa macam kekok lak.

Tapi.. orang kata, 'orang tua banyak pengalaman, orang muda banyak tenaga'. Sedikit sebanyak ada juga ilmu pendidikan anak-anak yang kukutip daripada mereka.

"Bila anak mencuba buat sesuatu, pastikan dia buat sehingga siap."

Aduh! Menusuk betul ayat ni bila terdengar di telinga aku. Memang tak aku nafikan betapa benarnya prinsip kehidupan seperti ayat di atas ini. Aku sendiri pun sering berhadapan dengan masalah ini yang hampir menjadi serius dalam hidup aku. Selalu aku menyalahkan diri sendiri yang akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Tapi.. itulah pengajaran yang sangat berguna kepada anak, jika berjaya diterapkan.

Aku mengakui betapa sikap dan perangai itu sebenarnya perlu dibentuk seawal usia kanak-kanak lagi. Itulah masa yang sesuai kerana cubaan dan kesilapan tingkahlakunya tidak jauh menjejaskan masa depannya, sedangkan jika dah berumur begini baru nak berubah.. alangkah sukarnya. Tapi tiada yang mustahil untuk berubah ke arah kebaikan.

Alangkah bertuahnya anak itu seandainya dirinya telah ditanamkan prinsip tidak mudah mengalah seperti kata-kata orang tua di atas. Dengan sikap ini, pasti anak itu akan beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Itulah resmi hidup ini...
Sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya.
One step at a time will finally reach the destination.
Failure is not when you don't achieve your target, but it is when you stop doing.

Ya Allah, please give us hope and strength to be successful in this life. Ameen..

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


HAIRIEcerulean: Ramadahan pertama 2011: Bazar Ramadhan <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2011 08:26 PM PDT

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua bulan Ramadhan. Macam mana puasa anda?okay?Hari ini aku nak kongsi foto bazar Ramadhan di Pekan Parit Sulong yang aku pergi semalam.
Panorama Bazar Ramadhan di Pekan Parit Sulong
Niat nak beli juadah untuk berbuka puasa di bazar, nak beli kuih kole kacang, cendol cincau dan juga ayam percik. Tapi yang aku dapat beli ayam percik sahaja. Kenapa?aku tak tahu, mungkin tak ada orang yang buat kuih kole kacang tu dan juga cendol cincau tu ramai sangat orang jadi kau tak belilah. 
Jam 6 petang aku sampai dan ramai sangat orang. Aku naik ke Bazar Niaga bersebelahan dulu sebab nak tangkap gambar pandangan keseluruhan tapak bazar Ramadhan ni. Persediaan untuk projek akhir semester hadapan! Aku sempatlah tangkap beberapa foto manusia/orang yang aku kenal dan nampak dari atas. 
Ayam percik RM1 sebatang. Ramai yang tunggu. Kalau di Shah Alam, nak dapatkan ayam percik RM1 pun susah. Sini je yang ada (^__^) 
Ada seorang artis tu kata nak turun bazar tapi tak jumpa. Eh! ada lagi seorang artis dan aku sempat juma yang sorang ni tapi beliau datang dengan maknya.
Man Yusoef ni la yang aku tak jumpa. Sambil-sambil aku tangkap gambar dari atas tu, aku ingat dapat nampak Man sekali tapi tak ada rezeki nak jumpa. Maklumlah dah popular kan (^__^). Jom singgah blog dia: http://www.manyusoef.blogspot.com/
Aslann As atau nama sebenar Mazlan Bin Md Nor je yang aku jumpa. Itu pun tak boleh lama. Kami terserempak di tengah-tengah kesibukan manusia. Meh singgah blog beliau: http://aslannosf.blogspot.com/
Pernyataan yang tak boleh diterima! HAHA 
Cantik bergaya pergi bazar (^__^) 
Baju biru belang oren ngan baju merah tudung merah jambu yang aku fokus.
Baju biru cair dan baju merah tudung kelabu yang difokus! Dah tak ada kerja ke apa aku ni! (^__^) 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

ads