Sabtu, 24 September 2011

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Anak buruh ladang terima Anugerah Pelajaran <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 04:07 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Anak buruh ladang terima Anugerah Pelajaran Diraja

JOHOR BAHRU 24 Sept. – Menggunakan peluang semaksimum mungkin sepanjang empat tahun menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), membuahkan hasil buat Azad Anugerah Ali Rasol apabila dikurniakan Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UTM Ke-47 di sini hari ini.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum itu yang merupakan anak kepada seorang buruh ladang di Bekok, Segamat, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

"Saya cukup gembira dengan kejayaan ini kerana segala usaha yang dilakukan selama ini membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan ini bukan sekadar daripada semangat percaya dengan kemampuan diri, tetapi ia juga hasil daripada memberi tumpuan semasa kuliah, mengulang kaji dan aktif dalam persatuan.

"Selain itu saya datang daripada keluarga susah, ibu bapa banyak bergolok-bergadai untuk membesar dan menyekolahkan saya dan adik-beradik lain. Apa yang saya capai hari ini sebenarnya 'anugerah dan hadiah' untuk mereka dan secara kebetulan mereka menamakan nama saya 'Anugerah'," katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Jelas Azad Anugerah, kejayaan yang diperoleh juga adalah hasil sokongan dan dorongan isterinya Siti Aminah Setu, 24, yang kini sedang menuntut Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kimia di Universiti Oxford, United Kingdom.

Pada konvokesyen hari ini, lebih 74 mahasiswa lepasan ijazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai fakulti menerima sijil dan pingat selaku Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Lepasan Ijazah.

Sementara itu, graduan PhD Sains Komputer Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Sultan Noman Qasem, 31, dari Yemen berkata, kejayaan tersebut merupakan sesuatu yang sering diidamkan.

Penerima terbaik PhD Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Rasyidah Mohamad Idris, 35, pula menyifatkan anugerah tersebut bakal menjadi pendorong kepadanya berusaha lebih gigih.

Bagi penerima terbaik Sarjana Sains Matematik dari Fakulti Sains, Mohd. Ariff Admon, 24, disiplin yang baik merupakan antara penyumbang terbesar kejayaannya itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Mr SiSO | PHOTOBLOG: Beraya <b>Di Johor Bahru</b>

Posted: 05 Sep 2011 10:00 PM PDT

 Seperti tahun-tahun yang lalu, suasana beraya tiap2 tahun mmg meriah kali kami sekeluarga berhari raya di kampung saya di bandara baru uda,johor bahru. kami sampai di sana pada raya ke 2 tgh malam. pada keesokan hari kami ke Kluang, johor beraya rumah sanak saudara pulak... so layan le picture yang sempat di petik sepanjang beraya di johor bahru...semoga tahun depan kita dapat menyambut puasa & raya lagi ....insyallah....

Photog,
Syed Idrus

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Pesakit diabetis terima bantuan

Posted: 16 Aug 2010 04:02 AM PDT

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Mohd Yani kehilangan kaki kiri yang dipotong pada Mei 2010 akibat komplikasi penyakit kencing manis (diabetis).

" Sebelum ini, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar telah datang menziarahi beliau dan memberi bantuan kerusi roda yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa .

"Dengan bantuan kerusi roda tersebut Mohd Yani dapat menguruskan diri dengan lebih mudah untuk ke tandas dan bilik air" katanya

Rahimah berkata, kunjungan susulan ini bertujuan menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Mohd Yani sekeluarga.

" Kami bersimpati dengan keadaan Mohd Yani yang tidak mampu bekerja apabila kakinya dipotong. Sebelum ini beliau berniaga roti canai untuk menyara tiga anak yang masih bersekolah.

" Jabatan Kebajikan dan Baitulmal diharap dapat memberikan bantuan kepada Mohd Yani sekeluarga. Setakat hari ini, kami dimaklumkan Mohd Yani belum menerima mendapat bantuan dari mana-mana jabatan kerajaan berkaitan" katanya

Sementara itu, Pujah Hasmani, 41 isteri Mohd Yani mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang mengambil berat masalah yang dihadapi suami beliau.

" Terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana sudi menyampaikan sumbangan wang tunai dan kerusi roda untuk membantu kami sekeluarga.

" Sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga akibat musibah yang menimpa suami " katanya

BISNES DAN BISNES

Posted: 05 Dec 2009 08:45 AM PST

Stokis Bio Asli Parit Raja. Lokasi berdekatan Mesjid Besar Parit Sempadan sebelah Kedai Perabot
Hock Huat. No telefon 013-2656302


Sewaktu berhenti menukar cek di HPA Cawangan Parit Raja terserempak Lori Radix.
Hei....diam-diam pun sebulan aku dapat jual lebih daripada 100 papan!
Kedai Abas je sudah 10 papan.

Berhenti rehat di Mesjid Air Hitam di puncak bukit yang luas.
bahawa kalian merupakan orang kuat...batu pun dipahat!!!
Jadi, orang Batu Pahat mesti kuat, hebat, lebat jangan merempat!
Hari ini bermula pagi melihat tanaman sayur aku yang mula subur di depan rumah. Tomato, cili dan pokok terung. Selepas itu aku menghantar Irfan ke rumah banglo Cikgu Sulaiman untuk tusyen. Aku berpusing-pusing di pasar Sabtu, Pasar Parit Sulong dengan Arina. Beli ikan, surat khabar, dan buah-buahan. Aku ternampak orang jual kopi yang dimesin dan teringat peminat utama kopi itu, Mama Miraki. Tetapi aku tidak membawa kamera pagi ini.
Sedang aku berjalan-jalan aku disapa oleh seseorang. Rupa-rupanya Alif, murid aku di SMK Penghulu Saad tahun 1999. Dia bertanya aku ada menjual Minyak But But lagi tak? Dahulu produk HPA paling top memang Minyak But But, sekarang Kopi Radix. Aku selalu bagi free kepada murid-murid aku, termasuk Alif. Kini Alif menjual baja siraman di pasar itu. Dia kelihatan malu-malu dan gerainya terletak di hujung sekali dan tidak berpayung pula. Ini mesti dipaksa oleh bosnya. Aku kata kepada Alif, semua itu pernah aku alami. Jangan malu. Bisnes adalah kerja mulia. Nabi kita pun berniaga.
Petang tadi aku ke Parit Raja. Servis untuk stokis Fairus. Namun dia tiada di kedai. Aku bagi nota-nota produk Bio Asli kepada rakan kongsinya. Kemudian aku menemui Osman Omar dan Siti Khadijah di depan Cawangan HPA Parit Raja. Setelah berbual-bual dengan mereka aku masuk ke dalam Pejabat HPA untuk menukarkan sedikit cek yang belum sempat ditukar. Yang menarik di situ ialah flyer Koperasi HPA. Koperasi HPA telah memberi DIVIDEN 14% kepada pelabur-pelaburnya pada tahun 2008. 10% pada tahun 2007. Dividen untuk 2009 pasti akan meningkat. Malangnya aku belum melabur lagi. Bulan Februari nanti rasanya pelaburan itu dibuka semula untuk ahli-ahli HPA.
Keluar sahaja daripada Cawangan HPA menanti dua orang pengedar Bio Asli untuk mengambil Kopi Kelapa Dara dan Oil 31. Kedua-duanya aku kenali daripada iklan Metro Ahad yang disiarkan oleh syarikat Bio Asli. Seorang itu bernama Rosmadi. Seorang lagi Osman Paiman. Kesempatan sekejap itu aku bagi motivasi supaya mereka memasarkan produk-produk Bio Asli yang tebukti berkesan membantu ramai pelanggan yang bermasalah. Terutama masalah dalaman.
Dari Parit Yani, ke Parit Raja, singgah di Air Hitam, kemudian ke Yong Peng dan berakhir di Tongkang Pechah. Orang yang terakhir aku temui malam ini ialah Azhar Sam. Azhar banyak menjual Kopi Kelapa Dara termasuk majikannya dan kawan-kawannya orang Cina. Jangan hairan, produk-produk Bio Asli dipasarkan ke 231 buah negara!!!
Sebelum tidur aku membelek-belek akhbar tabloid. Aku terkesan dengan tulisan Sayuti Omar tentang
peringatan kepada para blogger:
Blogger hendaklah mengetahui:
3. AKTA RAHSIA RASMI (OSA)
Setakat ini blog aku tidak lari daripada tema matsomherbs. Blog ini blog yang banyak bercerita tentang bisnes MLM. Aku memilih matsomherbs kerana ingin memperkenalkan bahawa aku ada menjual herba yang berguna untuk kesejahteraan manusia.
Tetapi tajuk yang selalu dicari pelayar internet dalam blog aku pertama DOA PENDEKAT JODOH dan kedua
JUALAN BARANG TERPAKAI DI RENGIT. Yang sudah dapat jodoh tu janganlah lupa jemput saya!!!

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekolah ini telah dibina di dalam sebuah kawasan perumahan Tanah Rancangan Felda Kahang Timur. Perjalanan dari Bandar Kluang ke sekolah ini memerlukan masa lebih kurang 45 minit dengan kemudahan jalan raya yang selesa. ...

MY NAME IS NURUL ATIKAH: Endau - Rompin (PETA)

Posted: 24 Sep 2011 08:54 AM PDT

Firstly, ika nk kongsikan pglaman ika mse gi Endau-Rompin(PETA) time praktikal aritu..ika gn Nur Elika dri kls Dup5B brpeluang jdi urusetia utk program Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Johor 2011. Mmg best sgt dpt pegi kt situ..dri Jotic,ika naek bas prsiaran brsme gn bekas2 pljr poli yg amek kos plncogn jgk..mreka mnjdi pserta dlm kursus ini..slain drpd bekas2 pljr ni, staf dri jbtn prhutan,prhilitan,tman negara juge turut serta dlm kursus trsebut.

hah,itu lah Elika..cntek x??hahaha...actually,sblom msok ke dlm taman negara, kte kene mbuat pndaftaran di Pejabat Prbdanan Tmn Negara Endau Rompin yg trletak di Kahang. pstu brulah kte akn mnaiki 4x4 wheel utk msok ke dlm taman negara. keadaan jalan yg terok dan becak myebabkan prjlanan mnjdi sukar dn ia mnjdi 1 pglman yg xdpt dilupekan oleh ika..time ni ktorg trpkse kne tron dri knderaan sbb jmbatan trsebut x kuat..

prjlanan dri kahang ke pedalaman Taman Negara mgmbil mse selama 2 jam stgh..bdn2 sume lenguh2 sbb jalan trok trsebut..tp,pape pn..mmg trbaek la. thanks kpd brader yg bwk ktorg..ika lupe plak nk mtk no tpon dy...hahaha. (mgtal je...ape pn xboleyh)

Ni mse mgikuti pserta tok wt research psal tmbuh2an kt dlm taman negara..ade spe2 yg korg knl x??hahaha...brgambar sakan..

kt sne byk tempat yg ika lawati...terutamanya, Upih Guling, Kuala Marong, Prkampungan Oramg Asli dan Tasik Air Biru..best sgt2.

UPIH GULING


Kuala Jasin

ktorg mndi mande kt Kuala Jasin..tp syangnye ika xmndi skli...just tgok pserta2 mndi jep..hahaha.

kt sne ika brpeluang jdi pemeriksa mse ujian kursus pemandu plancong ni..hahaha. lau sblom ni, ckgu or lecturer yg jge mse exam, ni ika plak yg jge dorg...hahaha. mmg terbaek dri ladang.


dkt taman negara endau rompin ni,ika dpt jumpe pokok yg trbesar yg penah ika tgok..nme pokok ni jelutong...
hahaha...mmg besar sgt pokok ni...rugi lau xdpt tgkap gambar gn pokok ni...
yg ni plak mse majlis penganugerahan sijil kpd para pserta..yg bgi sijil ni mrupakan timbalan pengarah kt Tourism Johor yg ika praktikal..
em,mmg best sgt dpt pegi kt endau rompin ni..hope dpt jmpe peserta2 kursus pemandu pelancong ni lgi...syg kamu sume...muahhhhh.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Gangguan pencemaran bau najis itik <b>di</b> kawasan perumaahan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 10:40 AM PDT

Saya Hairul Nizam berasal dari Johor Bahru bertempat  di Taman Saujana, Plentong, Masai. Saya ingin membuat aduan mengenai gangguan pencemaran udara akibat bau najis itik.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan salah seorang penduduk di kawasan tempat kediaman kami telah menjalankan aktiviti menternak itik baru-baru ini. Perkara yang menjadi masalah ialah cara dan tempat beliau menjalankan aktiviti tersebut adalah salah kerana berdekatan dengan kediaman penduduk lain iaitu belakang kediaman rumah sejak-sejak ini kami tidak tahan dengan hadirnya bau-bauan yang kurang menyenangkan tersebut.

Masalah ini menjadi makin teruk apabila selepas hujan kerana bau najis haiwan tersebut begitu kuat kerana di bawa oleh angin.Pada asalnya, tapak yang beliau menjalankan aktiviti tersebut ialah rumah usang milik warga Singapura yang sekarang sudah sakit dan tidak dapat datang ke tapak tersebut lagi.

Pada awal tahun ini tidak silap saya rumah tersebut telah dirobohkan dan menjadi kawasan lapang dan di sebabkan lapang beliau menjalankan aktiviti penternakan tersebut disitu tanpa pengetahuan pemilik tanah. Dan ada jam 9.37pm 20.9.2011 sewaktu saya pulang dari berbelanja dengan orang tua saya, saya telah melihat sebiji lori berada di sekitar kawasan kediaman beliau yang menjalankan aktiviti menternak tersebut. Sejurus saya melihat lori tersebut saya terperanjat apabila saya mendapati beliau dan pemandu lori itu menurunkan itik dlm jumlah yang agak banyak untuk diternak lagi.

Saya kurang pasti adakah menjalan aktiviti tersebut memerlukan lesen yang sah kerana jika aktiviti penternakan tersebut tidak memerlukan lesen yang sah mengapa mesti pemandu lori tersebut menghantar itik-itik itu pada waktu malam di kawasan yang gelap tanpa dilihat oleh penduduk lain. Kawasannya di lot 52 Jalan Saujana, 2/2 Taman Saujana, 81750 Plentong Masai, Johor Bahru, Johor.

Saya mengarapkan mana-mana pihak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar masalah ini tidak berlarutan. Sekian terima kasih.

By: hairul nizam

Aduan yang berkaitan:

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


DSCN7083 - Copy | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 31 Aug 2011 12:00 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong Terkini: Majlis Daerah <b>di Negeri Johor</b>-Jawatan Kosong

Posted: 15 Sep 2011 12:11 PM PDT

Majlis Daerah di Negeri Johor-Jawatan Kosong

( Majlis Bandaraya Johor Bahru )
Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru,
Jalan Dato' Onn, Peti Surat 232,
80720 Johor Bahru Johor
http://www.mbjb.gov.my
( Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Skudai )
81300 Skudai, Johor. 
http://www.johordt.gov.my/mpjbt/
( Majlis Perbandaran Muar )
Karung Berkunci, No. 516,
http://www.johordt.gov.my/mpm/
( Majlis Perbandaran Batu Pahat )
Jalan Pejabat,
 83000 Batu Pahat, Johor. 
http://www.mpbp.gov.my
( Majlis Daerah Segamat )
No.1, Jalan Abdullah,
Bangunan Majlis Daerah Segamat,
85000 Segamat, Johor. 
http://www.johordt.gov.my/mds/
( Pejabat Majlis Daerah Labis )
85300 Labis,
http://www.johordt.gov.my/mdl/
( Majlis Perbandaran Kluang )
Jalan Pejabat Kerajaan,
http://www.johordt.gov.my/mpk/
( Majlis Daerah Simpang Renggam )
Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam,
86200 Renggam, Johor.  
http://www.johordt.gov.my/mdsr/
( Majlis Daerah Mersing )
Pejabat Majlis Daerah Mersing,
No. 243, Jalan Ibrahim,
http://www.johordt.gov.my/mdmg/
( Majlis Daerah Kota Tinggi )
Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi,
Jalan Padang,
http://www.johordt.gov.my/mdkt/
( Majlis Daerah Pontian )
Jalan Alsagoff,
82000 Pontian, Johor.
http://www.johordt.gov.my/mdp/
( Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang )
L3-06, Kompleks Pusat Bandar,
81700 Pasir Gudang,
http://www.pbtpasirgudang.gov.my/

 Subscribe to Jawatan Kosong Terkini by Email now to receive FREE jawatan kosong  terkini direct to your email and the best e-book we suggest before interview E-book Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Edisi Ke 3

Search Job By state-Jawatan Kosong: Wilayah Persekutuan Selangor Perak Pahang Perlis Pulau Pinang Kelantan Kedah Negeri Sembilan Melaka Johor Terengganu Sabah Sarawak


01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Gambar & Video Tangisan Si Bayi Dalam Kotak | Rilekslah <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 11:43 AM PDT

Arghhh!!! Kes buang bayi lagi!!! Pantang dengar kes buang bayi nie… Kalau dah pandai buat, pandai la tanggung wei… Alahai, manusia oh manusia… Masa 'buat' sedap jer kan? Bila dah jadi macam nie, masing-masing cari jalan singkat. Inilah yang terjadi kes yang terbaru berlaku di Segamat apabila seorang lelaki yang bangun untuk bersahur terdengar tangisan dan rintihan si anak kecil yang dibuang oleh ibunya yang sial, masih bertali pusat di dalam kotak di depan sebuah pasar raya di Segamat. Nasib baik bayi nie masih hidup dan diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai nikmat kehidupan di dunia nie. Memang sial lah! Ptuih!!!

Gambar Sekadar Hiasan - Sumber Google

SEGAMAT: Seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersahur terkejut apabila terdengar tangisan sebelum menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam kotak di depan sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Mohammad Taufik Kamaruddin, 21, dari Felda Selancar sedang memandu kereta apabila terdengar suara tangisan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata cuaca dingin menyebabkan Taufik menurunkan tingkap di sebelah pemandu dan tidak memasang pendingin udara kereta itu.

"Setibanya di lokasi kejadian, Taufik yang memandu perlahan terdengar tangisan bayi lalu memberhentikan keretanya.

"Dia terlihat sebuah kotak di depan pasar raya berkenaan sebelum mendapati ada bayi perempuan di dalamnya yang masih bertali pusat selain tidak berpakaian," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Menurut Anuar, Taufik membawa bayi berkenaan pulang ke kediamannya untuk dibersihkan dan dipakaikan baju.

Anuar berkata, Taufik tidak menghantar terus bayi ke hospital atau membuat laporan polis kerana bimbang dituduh membuang bayi berkenaan sebaliknya dia pergi ke IPD Segamat bersama bayi berkenaan untuk membuat laporan polis pada jam 7 pagi.

"Siasatan awal mendapati bayi berkulit sawo matang itu dipercayai Melayu dan seberat 2.7 kilogram," katanya.

Bayi itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di Hospital Segamat untuk rawatan susulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun ditahan polis selepas dua jam terbabit dalam samun bersenjata.

Sebelum itu, pada jam 1.45 pagi, seorang lelaki berusia 41 tahun membuat laporan polis mengatakan dia diacukan pisau di mukanya oleh seorang remaja di Jalan Tengku Ahmad dan diarah menyerahkan beg tangan mengandungi wang tunai RM47, rantai leher perak, kad pengenalan, lesen memandu dan telefon bimbit jenama Nokia.

Suspek yang berasal dari Perak itu ditahan kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda:

Tengok Nie Pulak :

  1. Bayi Bersepai bukan angkara binatang!
  2. Lagu Negaraku dihina dalam Facebook

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


friend-stop-kawan: aidilfitri <b>di batu pahat</b>

Posted: 01 Sep 2011 04:10 AM PDT


update pertama untuk Syawal kali ini setelah pulang beraya di kampung..memang meriah,happening dan feeling habis dapat berkumpul macam ni..gambar ade bertimbun-timbun..tapi yang ni jadi 1st choice untuk dikongsi kali ini..semua ni sedara-mara sebelah Johor..
"walopon da bujang,tapi sebab belajar lagi,ambik je laa duit raye ni"
-terima kasih atuk usu-

OK DA SELESAI BACE,NAK KOMEN BOLEH,NAK LIKE PON BOLEH

www.tips-fb.com

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


TITISAN NURANI: Hari Raya 1432H <b>di Pontian</b>

Posted: 08 Sep 2011 06:14 PM PDT

Menyusur Hari Raya ke tiga aku dan keluarga sudah berada di Pontian. Sasaran mengunjungi warga emas dan tempat yang boleh membuka minda anak-anak supaya sentiasa bersyukur atas nikmat yang melimpah-ruah kurniaan Allah pada kami.

Adik-beradik - Bersama-sama kami mengorak langkah menuju ke rumah nenek yang telah uzur.


Rumah lama - Berkunjung ke rumah ini kerana nosltagia rumah ini dulu adalah kunjungan ramai para mufti dan kadhi berhimpun. Pangkat dua pupu dengan aku. Melahirkan ramai anak-cucu yang cemerlang. Bukan saja doktor perubatan, tapi yang pHD pun ramai dan paling tidak pun menjadi lecturer. Hari Raya saja rumah ini ramai pengunjung.

Seronok - Anak-anak sudah sampai rumah nenek tersebut kami yang tertinggal di belakang

Uzur- Menziarahi nenek yang uzur. Ini rumah dia tapi hari biasa dia tinggal bersama dengan anaknya di Johor Bahru. Sudah tidak mengenali aku dan kakak-kakak aku juga.

Kuih - Anak-anak tetap makan juga kuih di rumah nenek yang uzur tersebut. Mereka tidak dapat merasakan apa yang kita rasa.

Anak sulung - Kami berbaju merah ketika beraya di Pontian. Menikmati suasana kampung yang nyaman

Anak kedua - Selalu disangka dia anak sulung walau jarak 3 tahun dari kakaknya. Macam sudah sekolah menengah tetapi kalau ke taman permainan masih suka main buaian.

Adik - Anak ketiga dan bongsulah sebab sudah 8 tahun masih belum ada tanda akan punya adik lagi. Syukurlah ada tiga zuriat. Kelak bila besar, panjang umur dapatlah aku anak lelaki (Hehehe... berangan betul...)

Malam akhir - Malam itu dihabiskan semua mercun dan bunga api yang pakcik dia belikan kerana esoknya masing-masing sudah hendak balik. Tinggallah aku anak-beranak dengan bapak di kampung.

Perpisahan sementara - Sebelum masuk kereta sekali lagi snap gambar. Siti Nabihah sudah hendak kena register untuk ke UIA, Safia adiknya sambung belajar untuk menghadapi SPM dan Adam masih sekolah rendah lagi.

Sepupu - Adik dengan sepupunya, Adam yang hendak bertolak balik ke Selayang.

~~ Bila balik dari kampung baru perasan banyak rentetan yang terjadi di Hari Raya tidak terakam dalam kamera. Ketupat-kuih-muih-makan-makan semuanya tidak ada dalam kamera aku. Itulah gara-gara asyik ke dapur masak-masak-masak, bila letih malam selepas tetamu balik mata terus terlena. Kamera lebih berada di tangan anak-anak saja ~~

ads