Ahad, 25 September 2011

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


WIRAMALAYSIA: DAP/PKR bercakar sesama sendiri <b>di</b> Johor

Posted: 18 Sep 2011 05:51 PM PDT

Akhbar NST 14 September 2011. PKR/DAP in seat row. Ini gara-gara PRU 13 makin dekat . Dr.Boo Cheng Hau, Ketua DAP Johor, kini ADUN Skudai dalam Parlimen gelang Patah, Sibuk menafikan Dato Chua Jui Meng (PKR) dpd bertanding di Gelang Patah katanya Dr.Boo, DAP sendiri berminat bertanding kerusi gelang patah.Dato' Chua gagal bertanding di Parlimen Bakri, kerana itu kubu kuat DAP. Parlimen Kulai, kini berada bawah BN. Tan Sri Ong Ka Ting juga diminati DAP. Tan Sri Ong Ka Ting akan bersara BN senai dalam Parlimen Kuali, kini dikuasai DAP, YB Ong Ka Meng(40 tahun) peguam berkelulusan UK beliau sederhana jika dibandingkan dengan ketuanya Dr.Boo buat masa ini, Ketua PKR Johor diibaratkan seperti bola cuba cari kawasan parlimen untuk bertanding geseran DAP/PKR bukan perkara baru namun pemaparan di dada akhbar menggambarkan bahawa saham PKR sudah menjunam.

oleh MM

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


TITISAN NURANI: Hari Raya 1432H <b>di Johor Bahru</b>

Posted: 09 Sep 2011 08:22 PM PDT

Masuk bab berhari raya di Johor Bahru, langsung tiada yang membezakannya dengan hari-hari biasa. Masuk dapur makan-berkemas-berbual-menonton televisyen itulah putarannya. Oleh itu selepas hari ini kami sekeluarga sambung berpuasa melainkan adik saja tidak.

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


StOry MoRy aKu: kursus PBSM dan Marin <b>di Tampoi</b>, Johor

Posted: 09 Sep 2011 07:26 AM PDT

as salam..


da berhabuk da video yg aku smpn sal kursus ni.. huhu..
pepun nk gak post sal kursus ni..
ape yg bleh aku ckp sal kursus ni.. >>>> bessssttt giler wooo..


saksikan ::

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


noStaLGia to ANNiversary

Posted: 07 Sep 2008 10:18 AM PDT

Dalam masa 20 hari lagi blog budiMaN, insyaallah akan menyambut ulangtahun yang ke 2 sejak penubuhannya pada 28hb September 2006 yang kebetulan sentiasa tarikh tersebut jatuhnya dalam bulan Ramadhan yang amat mulia ini. Mengenang kembali sejak bermulanya blog ini kira-kira 2 tahun yang lepas penuh dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang tidak dapat saya dan rakan-rakan budiMaN lupakan. Dengan tujuan utama untuk merapatkan kembali silatulrahim antara rakan-rakan UitM Kuantan tidak mengira batch yang telah terputus hubungan kira-kira lebih dari 20 tahun yang lalu, blog ini juga selain dari mengadakan acara-acara pertemuan semula juga merancang halatujunya dengan mengadakan pelbagai aktiviti amal dengan tujuan merapatkan silatulrahim bersama budiMaN di samping berbakti kepada masyarakat sekeliling.

Mengenang kembali aktiviti-aktivit amal yang telah di lakukan oleh budiMaN, saya senaraikan secara ringkas nostalgia amal yang telah kita lakukan sepanjang 2 tahun ini. Ini ialah selain dari satu aktiviti amal pada awal 2007 (tidak silap saya sekitar April 2007)dimana rakan-rakan budiMaN telah membuat kutipan sumbangan sebanyak RM1,500 bagi membantu seorang rakan budiMaN yang tidak mempunyai wang untuk memasukkan anak beliau ke sekolah asrama penuh.

Aktiviti amal yang ke 2 pula ialah pada 23hb Jun 2007 yang mana rakan-rakan budiMaN bersama keluarga dari Kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan lebih kurang 50 orang telah mengunjungi Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh, Pahang dan mengadakan beberapa acara dengan anak-anak yatim di mulai dengan Program Motivasi Pelajaran, minum petang KFC bersama anak-anak yatim, Acara Riadah bersama anak-anak yatim, Sembahyang Maghrib dan Isyak serta Tahlil dan Doa Selamat untuk anak-anak yatim serta penyampaian sumbangan wang tunai dan peralatan kepada anak-anak yatim.

Aktiviti amal yang ke 3 pula berlangsung pada 7hb Oktober 2007 di mana rakan-rakan budiMaN dari Kuala Lumpur, Temerloh, Maran dan Kuantan lebih dari 10 buah keluarga telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa di rumah Apamz diA di Taman Balok Makmor, Kuantan bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga Apamz di samping bersilatulrahim sesama budiMaN. Majlis berbuka puasa tersebut di biayai sepenuhnya oleh ahli-ahli budiMaN yang hadir dan Sembahyang Terawih beramai-ramai juga di adakan di situ.

Aktiviti amal yang terakhir yang di lakukan oleh rakan-rakan budiMaN pula ialah mengadakan Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Pahang pada 26hb Januari 2008 di mana rakan-rakan budiMaN telah berkonvoi dari Kuala Lumpur, Temerloh, Maran dan Kuantan lebih dari 30 orang semuanya bersama keluarga dengan mengunjungi Kg Tanjung Belengu, Temerloh, Pahang dengan aktiviti utama membaikpulih Madrasah Kg Tanjung Belengu yang dinaiki banjir. Rakan-rakan budiMaN bersama-sama penduduk kampung telah bergotong royong membersihkan madrasah, membaiki kolah air dan sistem paip mengambil wuduk, mengecat luar dan dalam seluruh madrasah, membaiki serta menggantikan permaidani dan langsir baru. Selain itu peruntukan dari kutipan sumbangan budiMaN juga di salurkan kepada madrasah untuk dibina tangga dan lantai serta tempat mengambil wuduk yang di buat dari tiles yang lebih sempurna. Rakan budiMaN wanita pula bergotong royong bersama penduduk kampung memasak dan menyediakan makanan pagi, tengahari serta minum petang.

Aktiviti Silatulrahim
Selain dari aktiviti amal, rakan-rakan budiMaN juga kerap berkumpul seperti sessi teh tarik dan gathering untuk bertemu sambil mengeratkan silatulrahim serta berbincang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti budiMaN. Antara pertemuan-pertemuan besar-besaran yang sempat di lakukan oleh budiMaN ialah :

Sessi pertemuan budiMaN di Satay Hj Samuri, Kajang telah di adakan pada 7hb Disember 2006 yang telah di hadiri oleh beberapa rakan budiMaN dari Kuantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Meriah dengan berbagai cerita menarik dan cadangan-cadangan untuk aktiviti-aktiviti budiMaN.

Namun pertemuan pertama budiMaN setelah blog ini di tubuhkan adalah Pregathering 2006 di Mercu Resort Cherating pada 18hb dan 19hb November 2006 dimana lebih dari 35 buah keluarga telah hadir dan menginap bersama-sama serta mengadakan pelbagai aktiviti selama 2 hari 1 malam. Amat meriah dengan kehadiran pelbagai batch dengan acara sukan keluarga, suaikenal keluarga, Jamuan Makan Malam dan mesyuarat pertama budiMaN telah di adakan. Dengan bayaran penyertaan sebanyak RM150 bagi setiap keluarga tanpa mengira jumlah ahli keluarga, yang telah diusahakan oleh Wan Rozain@ Niazor dbS bagi setiap keluarga untuk aktiviti, makanan dan penginapan chalet sebuah untuk setiap keluarga amatlah berpatutan. Dari pregathering 2006 inilah bermulanya aktiviti-aktiviti budiMaN seterusnya sehinggalah ke hari ini.

Sessi pertemuan ke 3 budiMaN ialah dengan mengadakan PotLuck di Rumah Walid @ Syed Hamid diA yang telah berlangsung pada 24hb Disember 2006 di Sungai Buloh yang telah dihadiri lebih dari 15 buah keluarga dengan membawa pelbagai juadah dan makanan. PotLuck tersebut bermula pada pukol 8-00 malam dan berakhir hampir jam 2-00 pagi meriah dengan kehadiran rakan-rakan budiMaN yang bersuaikenal dengan keluarga masing-masing. Ianya juga bersempena dengan meraikan Walid yang berpindah ke rumah baru beliau di Sg Buloh.

Sessi pertemuan ke 4 pula telah berlangsung ala PotLuck juga pada 6hb Januari 2007 di rumah Jepun@ Hairul Salleh dan isterinya Shema dbS di Shah Alam dengan dihadiri juga lebih dari 10 buah keluarga dengan membawa pelbagai juadah dan makanan. Sessi yang bermula lebihkurang jam 5-00 petang itu juga telah berlangsung sehingga jam 12-00 tengah malam dan meriah dengan pelbagai cerita dan kenangan-kenangan lama antara rakan-rakan budiMaN.

Sessi pertemuan ke 5 iaitu PotLuck di Temerloh pula telah berlangsung pada 20hb Februari 2007 yang telah dihoskan oleh saya sendiri dan SK di rumah keluarga saya di Kg Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Ianya telah dihadiri lebih dari 20 buah keluarga budiMaN yang datang dari Kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan dengan membawa pelbagai juadah dan makanan serta acara Barbeque. Acara yang bermula lebihkurang jam 4-00 petang itu juga telah berlangsung sehingga jam 1-00 pagi dengan penuh kemeriahan.


Manakala sessi pertemuan terakhir budiMaN secara besar-besaran setakat ini pula telah berlangsung di Komplek Sukan Daerah Maran yang diberi nama Gathering budiMaN 2007 pada 2hb dan 3hb Disember 2007 selama 2 hari 1 malam. Kehadiran rakan-rakan budiMaN dari Kuala Lumpur, Alor Star, Temerloh, Maran dan Kuantan memeriahkan perjumpaan tersebut. Beberapa acara telah di atur seperti Sukan Keluarga, Sukan Antara Kursus, Golf budiMaN, Jamuan Makan Malam dan Karaoke serta Sukaneka Keluarga di Air Terjun Teladas. BudiMaN bersama keluarga menginap di Asrama Komplek Sukan dan Chalet Kelab Golf Maran dalam suasana meriah dan terharu dengan pertemuan beberapa rakan-rakan budiMaN pelbagai batch lebih dari 120 orang yang hadir.

Rumusan

Alhamdulillah, mengenang kembali nostalgia aktiviti-aktiviti budiMaN, begitu mengharukan dengan pertemuan dan kerja-kerja amal yang dilakukan hasil perpaduan dan sumbangan dari ahli-ahli budiMaN sahaja tanpa mengharapkan bantuan atau sokongan dari mana-mana pihak yang lain. Sesungguhnya kerja-kerja amal budiMaN tidak bersandarkan politik, fahaman atau kepentingan individu tetapi di buat dengan niat ikhlas ahli-ahli budiMaN yang ingin bersilatulrahim secara berfaedah dan bermanfaat untuk berbakti kepada masyarakat dan agama.

Dengan harapan yang ikhlas, mungkin sebelum berlabuhnya tirai 2008 ini, suatu pertemuan besar-besaran budiMaN atau suatu kerja amal dapat dilakukan lagi oleh budiMaN sebagai meneruskan tradisi silatulrahim dan berbakti kepada masyarakat yang budiMaN lakukan setiap tahun semenjak 2 tahun yang lepas. Penyatuan, kerjasama, silatulrahim, berbakti dan beramal akan dapat terus di lakukan insyaallah dengan semangat ahli-ahli budiMaN.

OLOOO!!!: xde kerje punya olang..

Posted: 31 Mar 2011 09:37 AM PDT

Asslamualaikum n ellow..pada 31 March 2011 at 12.00 am aku bersama si razin, amin, zul n roy telah keluar dari university untuk merayau-rayau di sekitar Batu Pahat, Parit Yani, Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong n parit yang kami tak berapa kenali itu..tujuan utama adalah untuk overnight..so dalam kebosanan and ketidakadaan keje kami pergi ke tempat-tempat sedemikian dengan berbekalkan dua bijik camera kepunyaan aku and si amin..hehe..first place kami pegi adalah kawasan parit yani..kata orang tempat tu angker cket sebab jalan kat situ bahaya cket kalau lalu malam-malam..byak excident laa..so rmai mati kat situ..kami dengan beraninya(walaupun kecut gak) lalui jugak kawasan itu..kami sebenarnya tidak ada niat jahat pun..jikalaulah terjumpa ape2 yang tidak sepatutnya itu nak wat camne..so bersnaplah kami di kwasan itu..

Selepas sudah itu, aku mensuggest pegi kawasan Pantai Minyak Beku..kawasan itu cam angker jugak laa..tengok jalan laa..dah mcam nak pegi pedalaman felda..haha..di situ aku terjumpa laa satu kawasan nie..haha..nak taw ape kawasannye jum tengok picture2 di bawah..hehehe…
Selepas berada di kawasan ini selama 30minit..kami terus pegi ke kawasan pantai lak..perghh port baik laa pantai nie..dah laa gelap..xde orang jaga lak..sini 'projek baik punya' ramai laa..dalam gelap camnie aku ingat xde orang..rupe2nya banyak jugak 'belangkas2' dok mengawan dalam kete lak..dyeorg park tmpat gelap..so mmg xprasan laa tmpat tu ade kete..haha..aku pun terkejut gak dok suluh2 wey!!ade kete rupenye kat sini..haha

Pastukan kami pegi laa masuk satu kampong nih..haha..mcam2 kami jumpa..tapi kami xsempat nak snap pic tu..babi hutan dok berlari..byk gile..pastu kami jumpa port baik punya..hihi..nengok kat bawah yea..hoho..

Time sudah mencemburi kami..so kami terus pergi ke yong peng lak..on da way ke yong peng kami berhenti singgah sana sekejap area parit sulong laa kalau xsilap..maklum laa waktu malam nie  sume dah ting tong..lupe jalan..bersnap plak kat situ..

Yang nie kami singgah kat dataran yong peng..saje2..nak balik awal lagi maklum laa baru kol 5 pagi time tu..

So kesimpulannya memang kami xde keje..merayap jew keje..diantara kami berlima tu so boleh taw laa sape paling pengecut…si amin laa..haha..kecian dia..

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Pemuda maut tertimbus dalam kolam emas <b>di Mersing</b>

Posted: 21 Sep 2011 07:22 PM PDT


ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat pendulang emas yang tertimbus di ladang milik Pertubuhan Anak Yatim Mersing, malam tadi.
MERSING: Laungan 'Allahu Akbar' di bawah timbusan tanah membawa kepada penemuan mayat seorang pemuda yang mati tertimbus ketika mendulang emas untuk menambah pendapatan sebagai persediaan meraikan kelahiran anak kedua tiga bulan lagi, dalam kejadian di sebuah ladang sawit di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian di ladang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM), dekat Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing itu, Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, dari Kampung Hubung, terbunuh apabila bahagian dasar lubang lebih lima meter dalam yang dimasuki runtuh.

Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, Afandi memberitahu bapa mentuanya, Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian.
Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani bersama seorang ipar mangsa, keluar mencarinya di sekitar kampung serta kawasan ladang berkenaan.

"Hati saya berat menelah Afandi pergi mendulang kerana sebelum ini dia pernah ke situ, walaupun saya melarangnya melakukan kerja bahaya itu. Sebaik tiba, saya terlihat motosikalnya, beg serta peralatan mendulang berhampiran lubang yang digali. Ketika itu, di bawah timbusan tanah, saya terdengar laungan 'Allahu Akbar' sebelum dengusan nafasnya berakhir.

"Apabila meninjau lubang yang membentuk terowong itu, saya yakin dia tertimbus dan berusaha menggali, namun tidak terdaya. Kami kemudian mengambil keputusan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya. 
Beliau berkata, ladang itu menjadi tumpuan pendulang emas, termasuk menantunya yang menjalankan kerja itu secara sambilan kerana percaya tanah di situ mengandungi emas.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Harun, berkata beliau bersama 13 anggota dari Mersing dan Endau bergegas ke lokasi.

"Kami sukar mengesan mangsa yang terperangkap jauh dalam tanah. Sebuah jengkaut terpaksa dibawa masuk untuk menggali kawasan itu bagi mengeluarkan mayat yang tertimbus. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang turut dibantu orang awam akhirnya berjaya mengeluarkan mayat pada jam 2.40 pagi," katanya.

Ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, menyifatkan kejadian itu amat menyedihkan ketika isterinya, Nurul Saufeqah, 20, sarat mengandung enam bulan, selepas memperoleh anak sulung, Mohd Adam Haikal, yang kini berusia 18 bulan.

"Dia tinggal bersama kami sejak mendirikan rumah tangga. Afandi sering bercerita mengenai hajatnya mendulang emas kerana ada rakan memberitahunya mereka boleh dapat hasil lumayan. Suami saya sering menasihatkan dia tidak meneruskan usaha itu, namun selepas mendulang buat pertama kali sebelum ini, dia seolah-olah seronok, walaupun risikonya tinggi," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi, petang semalam selepas dibedah siasat di Hospital Mersing.


sumber : berita harian

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 01:54 PM PDT

Number of View: 170

JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT,Nyawa dua beradik selamat setelah sorang juruelektrik yang di anggap wira bertindak nekad menyelamatkan mereka di dalam kebakaran di kampung sepakat,masai,Johor.

Abu Bakar Abdul Rahim, 44, bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya sebaik terdengar jeritan jiran mengenai kediaman kanak-kanak tersebut, Nurin Syerlienna Norman, 6, dan Mohd. Daniel Hadi, 4, sedang dijilat api pada pukul 12.10 tengah hari.Dalam kejadian itu, Nurin Syerlienna dan Mohd. Daniel termasuk Abu Bakar tidak cedera.

Sebelum kejadian itu,Abu bakar sedang berbual bersama rakannya yang bertandang di rumah dan dia bercadang untuk ke tempat kerja selepas itu.sebaik sampai di depan rumah itu, dia ternampak dua beradik itu dalam keadaan menangis dan duduk ketakutan di ruang tamu kerana terperangkap dalam rumah yang diselubungi bahang api.dia kemudian bergegas ke belakang rumah lalu merempuh pintu selepas mendapati pintu pagar depan berkunci.

Abu bakar memberitahu,dia tidak tahu dari mana datangnya semangat dalam dirinya sehingga dia terus meredah api yang ketika itu sedang marak di depan rumah dengan tanpa berfikir panjang dia terus mendukung kedua-dua kanak-kanak terbabit untuk diselamatkan melalui pintu belakang.

Menurut abu bakar,dia langsung tidak memikirkan keselamatan dirinya kerana sebaik ternampak kanak-kanak itu menangis dan seperti mengharap bantuan, hatinya menjadi sayu dan berfikir dua beradik itu mesti diselamatkan.Sementara itu, ibu dua beradik itu, Noraini Samhari, 31, menjelaskan, ketika kejadian dia berada di pejabat manakala Nurin Syerlienna, Mohd. Daniel serta abang mereka, Mohd. Haikal, 8, dijaga oleh adiknya, Hasanah Samhari, 30.

Ibu kepada mangsa kebakaran itu amat bersyukur kerana anak-anak nya selamat walaupun kini kami tinggal sehelai sepinggang dan dia bamyak-banyak berterima kasih kepada jiran yang menyelamatkan kedua-dua anaknya.

Dalam kejadian yang sama,sebuah lagi rumah milik Kaserin Mohd. Yunus, 72, yang terletak bersebelahan terbakar namun pada masa itu mereka dan keluarga tiada dirumah.

Pegawai Bomba Kanan 2 Pasir Gudang, Mohd. Salleh Mohamed berkata, pihaknya mengerahkan seramai 13 anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.23 tengah hari.Sebaik pihak bomba sampai di tempat kebakaran,sebuah rumah telah terbakar hampir 70 peratus manakala sebuah lagi hampir 50 peratus terbakar.

JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT

Incoming search terms:

  • kes kebakaran di rumah
  • kebakaran di masai

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Pertubuhan Peladang <b>Negeri Johor</b> (PPNJ <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 11:51 PM PDT

Posted by  in Monday, September 12th 2011   

Jawatan Kosong Di Pertubuhan Peladang Negeri Johor PPNJ Jawatan Kosong Di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

Jawatan Kosong Di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) - Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pembantu Perubatan
2. Pelukis Pelan
3. Penyelia Ladang

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 16 September 2011

Anda suka jawatan ini? Jangan lupa klik "LIKE"

Tidak Sesuai/Berminat Dengan Jawatan Diatas! Inginkan Jawatan Lain?Taip Dibawah Untuk Jawatan Pilihan Anda Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email... Please CHECK your email inbox to verify your subscribe

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekolah ini telah dibina di dalam sebuah kawasan perumahan Tanah Rancangan Felda Kahang Timur. Perjalanan dari Bandar Kluang ke sekolah ini memerlukan masa lebih kurang 45 minit dengan kemudahan jalan raya yang selesa. ...

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Alia JusTea: <b>Di Segamat</b> lagi

Posted: 18 Sep 2011 02:39 AM PDT

hye there..Alhamdulillah, alia dah pun selamat sampai kat Segamat ni pukul 4 petang tadi.. takut jugak drive dalam hujan, tapi syukur sangat-sangat sebab dah pun sampai kan?

balik kampus ni pun semata-mata nak exam je. datang untuk ambil paper. so..first paper alia untuk esok BEL311. korang..doakan alia boleh jawab oke.

then, ingat nak terus balik je.. HOHO..tapi tak tahu lagi kena berdiskusi jugak dengan kawan-kawan, sama ada balik esok atau selasa pagi.. minggu ni haruslah alia balik sebab :
1) nak tengok wayang*again~
2) nak pergi kenduri kawin sedara
3) suka hati lah

teheee...

p/s: sekarang tengah tunggu zura datang bilik. nak makan. laparrrrr~

Maaf Jika Ada Typo, Keyboard Rosak Kot.. Hik3 ^^

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


TITISAN NURANI: Hari Raya 1432H <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 07 Sep 2011 07:25 PM PDT

Dendangan lagu Hari Raya yang berkumandang di radio kereta memberi semangat anak-anak untuk balik kampung di Batu Pahat pada hari itu. Seperti biasa destinasi yang menjadi perhentian seketika sebelum tiba di rumah kampung ialah tempat membeli kuih-muih-kerepak-asam dan berbagai lagi. Sasaran bukan saja untuk diberikan pada keluarga di kampung tetapi untuk di bawa balik ke Johor Bahru juga.

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS PERBANDARAN <b>PASIR GUDANG</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 09:33 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang :-
  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  2. Pegawai Khidmat Pelanggan
  3. Pembantu Am Pejabat
  4. Pekerja Awam
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 50sen beralamat sendiri dengan mencatat "PERMOHONAN BORANG" di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan disertakan wang pos bernilai RM 1.00 atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web www.mppg.gov.my

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
SEBELUM ATAU PADA 30 SEPTEMBER 2011

maklumat lanjut dan borang jawatan sila klik sini

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


..cerita seterusnya..: hometown - <b>Endau</b> ------>Teluk Sari

Posted: 05 Sep 2011 10:46 PM PDT

Endau terletak kira-kira 306km dari Kuala Lumpur dan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam (mengikut kiraan google map) untuk sampai ke sana. Kalau dah biasa drive 3 jam pun dah boleh sampai, tapi tu kena drive macam nak bunuh diri lah.

Saya di besarkan di sini sejak kecik hingga lah habis sekolah menengah. Walaupun anak jati Endau, saya tak habis jelajah pun kampung sendiri. Tempat jauh macam gunung kinabalu dah selamat saya jelajah, tapi kampung sendiri banyak juga tempat yang saya belum sampai. Sadis jugak lah.


Jambatan Teluk Sari
Beberapa hari sebelum raya haritu saya keluar jalan-jalan kat kampung...orang putih kata sight seeing. Tempat yang saya paling suka pergi kat sekitar kampung ialah pantai. Di Endau, pantai yang agak famous ialah pantai Penyabong, tapi saya lagi suka pergi pantai Teluk Sari dan Teluk Gorek. Dua tempat ni terletak di Tanjung Resang, salah sebuah kampung yang ada di mukim Endau.

Saya suka pantai di sini kerana keadaan pasirnya yang landai dan bersih, cuma kena bersabar sikit lah dengan bau tahik lembu. Biasa lah lembu-lembu kat sini mana pernah sekolah jadi najis-najisnya bersepah lah atas rumput.

Dulu-dulu masa kecik-kecik memang selalu picnic kat sini. Masa tu tak ramai lagi yang tahu tempat ni sebab semuanya tertumpu kat Penyabong. Sekarang tempat ni dah ramai orang tahu, siap dah ada jalan tar yang cantik, orang pun dah ramai bermandi manda, nak camping pun boleh.




bawak budak 2 orang ni jalan kat air. Sorang sibuk nak main air, sorang lagi sibuk nak cari anak ketam.
ini lah pantai Teluk Sari
jauh kan nak jalan sebab air surut
gambar tuan tanah harus lah ada..
pokok kelapa melambai-lambai
batu-batu tu nampak macam 'mini island'
Pantai Pasir Lanun, itu lah nama pantai di Penyabong..
tak pasti lah kenapa nama dia pasir lanun...
banyak lanun agaknya dulu-dulu..
Balik dari pantai, singgah kejap lah kat depan sekolah saya ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin (SMKUH). Di sini lah tempat saya belajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Banyak kenangan di sini, terlalu banyak untuk di ingati. Tapi dulu warna bangunan sekolah bukan warna ni, dulu warna lain. Bangunan pun dah bertambah. Sayu je hati tengok sekolah, automatik teringat segala apa yang pernah terjadi dan lalui 14 tahun yang lepas. Lama dah rupanya saya meninggalkan alam persekolahan. Ikutkan hati nak je masuk tapi keadaan masa tak mengizinkan, lagipun tak konfiden nak masuk sesuka hati, takut ada orang marah.

Sesekali balik kampung dah banyak perubahan. Banyak rumah-rumah baru dibina, jalanraya pun dah selesa. Indahnya kampungku. Jemput lah datang ke Endau kepada sesiapa yang belum pernah sampai.

..cerita seterusnya..: hometown - <b>Endau</b> ------>Semaloi, Pianggu <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 09:34 AM PDT




ignore kaki saya yg hodoh, lihat air laut yg cantik warnanya tu...
jeti Penyabong
bot nelayan, ada juga bot nak pegi Kelong Acheh kat seberang sana tu, apa ntah nama pulau tu..port kaki pancing jugak
nelayan dan botnya
bot siap dengan nombor plat
ni bukan nelayan, ini penduduk kampung yang turun ke sungai saja-saja nak mancing, bawa enjin sendiri tapi tak pasti bot fiber tu dia punya ke sewa...rasanya dia punya..
ini jeti di Kampung Labong, kampung orang Asli di Endau. Tempatnya agak terpencil, kurang kemudahan, jeti pun dah uzur sangat2..
penutup tirai....gambar tuan tanah..
actually this picture looks like I was in the era of '80s
like it..
Rasa rugi pulak tak merasa dtg ke tempat-tempat ini waktu kecik-kecik dulu.....waktu kecik dulu terperap kat rumah aje...nak keluar mak marah....huhu..

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Gangguan pencemaran bau najis itik <b>di</b> kawasan perumaahan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 10:40 AM PDT

Saya Hairul Nizam berasal dari Johor Bahru bertempat  di Taman Saujana, Plentong, Masai. Saya ingin membuat aduan mengenai gangguan pencemaran udara akibat bau najis itik.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan salah seorang penduduk di kawasan tempat kediaman kami telah menjalankan aktiviti menternak itik baru-baru ini. Perkara yang menjadi masalah ialah cara dan tempat beliau menjalankan aktiviti tersebut adalah salah kerana berdekatan dengan kediaman penduduk lain iaitu belakang kediaman rumah sejak-sejak ini kami tidak tahan dengan hadirnya bau-bauan yang kurang menyenangkan tersebut.

Masalah ini menjadi makin teruk apabila selepas hujan kerana bau najis haiwan tersebut begitu kuat kerana di bawa oleh angin.Pada asalnya, tapak yang beliau menjalankan aktiviti tersebut ialah rumah usang milik warga Singapura yang sekarang sudah sakit dan tidak dapat datang ke tapak tersebut lagi.

Pada awal tahun ini tidak silap saya rumah tersebut telah dirobohkan dan menjadi kawasan lapang dan di sebabkan lapang beliau menjalankan aktiviti penternakan tersebut disitu tanpa pengetahuan pemilik tanah. Dan ada jam 9.37pm 20.9.2011 sewaktu saya pulang dari berbelanja dengan orang tua saya, saya telah melihat sebiji lori berada di sekitar kawasan kediaman beliau yang menjalankan aktiviti menternak tersebut. Sejurus saya melihat lori tersebut saya terperanjat apabila saya mendapati beliau dan pemandu lori itu menurunkan itik dlm jumlah yang agak banyak untuk diternak lagi.

Saya kurang pasti adakah menjalan aktiviti tersebut memerlukan lesen yang sah kerana jika aktiviti penternakan tersebut tidak memerlukan lesen yang sah mengapa mesti pemandu lori tersebut menghantar itik-itik itu pada waktu malam di kawasan yang gelap tanpa dilihat oleh penduduk lain. Kawasannya di lot 52 Jalan Saujana, 2/2 Taman Saujana, 81750 Plentong Masai, Johor Bahru, Johor.

Saya mengarapkan mana-mana pihak dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar masalah ini tidak berlarutan. Sekian terima kasih.

By: hairul nizam

Aduan yang berkaitan:

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Tempahan Kek Hantaran Kahwin <b>di Parit Jawa</b>, Muar - Laman utama

Posted: 16 May 2011 06:30 PM PDT

Tempahan Dari / Order By : Faridah dari Kuala Lumpur
Lokasi / Location : Parit Jawa, Muar, Johor
Tarikh / Date : 2 February 2011
Jenis / Type : Kek Hantaran Kahwin / Wedding Cakes for gift
Tujuan / Function : Hantaran Majlis Perkahwinan / Wedding Day
P/S : Rentetan dari post yang lepas tempahan Faridah yang berada di Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan adiknya di Parit Jawa, Muar.... Thanks ye Faridah....
P/S : Connections from previous post - Faridah from KL for his brother Wedding Event at Parit Jawa Muar....  Thanks Faridah...

ads