Ahad, 19 Februari 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Sesi Ujibakat ON AIR <b>di Johor Bahru</b> Lebih Meriah | Sensasi Selebriti

Posted: 25 Jan 2012 06:02 PM PST

PESERTA UJIBAKAT DI JOHOR BAHRU TAMPIL LEBIH BERSEDIA

Kehadiran pertandingan realiti terbaru untuk mencari pengacara yang berkaliber dan serba boleh di Malaysia, On Air ternyata mendapat sambutan hangat apabila menerima penyertaan hampir 200 peserta sepanjang dua hari sesi ujibakat dijalankan.

Lokasi ujibakat di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru mula dipenuhi seawal jam 8 pagi apabila orang ramai mula beratur di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan borang dan nombor giliran. Kebanyakkan daripada mereka yang hadir dilihat ditemani oleh ahli keluarga dan sahabat-handai bagi menandakan tanda sokongan.

PROMO TV:

Kehadiran juri jemputan, Dang Suria ternyata telah memberikan semangat kepada orang ramai untuk memberanikan diri untuk diuji bakat di hadapan ikon pengacaraan yang terkenal, Aznil Hj Nawawi dan Suhaimi Sulaiman.

Suhaimi Sulaiman Aznil

Ketua juri, Aznil Hj Nawawi yang tamat terharu dengan sambutan yang diberikan walau bagaimanapun mengingatkan mereka yang berminat untuk menghadiri sesi ujibakat di lokasi seterusnya agar datang dengan keadaan yang lebih bersedia.

"Saya ingin mengingatkan mereka yang akan hadir untuk diuji bakat di lokasi yang seterusnya supaya tidak terperangkap dengan gaya penampilan pengacara sedia ada. Kami mahukan seorang pengacara atau penyampai radio yang lebih versatil daripada yang ada sekarang. Kami berharap para peserta menjadi ikon dalam bidang pengacaraan dan relevan untuk 20 tahun akan datang," ujar Aznil lagi.

Program ON AIR ini akan melihat seramai tujuh peserta lelaki dan wanita yang terpilih menerusi siri ujibakat di beberapa buah negeri akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka daripada pelbagai genre pengacaraan. Mereka akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu Berita, Majalah dan Hiburan.

Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kelak.

Kehadiran dua ikon dalam bidang pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu, Aznil Hj Nawawi yang akan bertindak selaku ketua juri dan dibantu oleh Suhaimi Sulaiman. Selain bertindak sebagai juri, mereka juga bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

Kejayaan Aznil memenangi Anugerah Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia di Singapura pada tahun 2005 menerusi rancangan Macam Macam Aznil selain mengekalkan kemenangan sebagai Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama lapan tahun sejak 2003 sehingga kini meletakkan beliau individu yang paling layak mengemudi rancangan ini.

Suhaimi Sulaiman pula bukanlah satu nama baru dalam bidang pengacaraan malah karier beliau dalam industri penyiaran sudah bermula seawal tahun 1990. Beliau kini mengendalikan rancangan temubual Agenda Awani dan Focus Economy dan merupakan pelopor strategi media Astro Awani dan bertanggungjawab membimbing dan melatih para penyampai dan pengacara di saluran berita dan informasi 24 jam yang pertama di Malaysia itu.

Setelah ke Pulau Pinang dan Johor Bahru, pihak produksi akan mengunjungi dua tiga buah lagi negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

1. Sarawak Merdeka Palace, Kuching 28 & 29 Januari 2012
2. Kuala Lumpur Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil, 4 & 5 Februari 2012
** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta mestilah seorang lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin dan mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai personaliti yang menarik. Para paserta ujibakat perlu membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

Program realiti On Air ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) pada 1 Februari ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

INFO PENTING

Syarat ujibakat:
1. Peserta lelaki dan wanita (bujang atau sudah berkahwin)
2. Berumur di antara 18 hingga 30 tahun (pada 14 Januari 2012)
3. Memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah
4. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
5. Mempunyai personaliti menarik

Sila bawa:
1. 1 keping gambar berukuran 4R
2. Salinan kad pengenalan
3. Resume

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Persembahan Imran Ajmain di Plaza Pelangi Johor Bahru
  • Profile Sheila Abdull
  • Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7
  • One In A Million Musim Baru Kini Dah Tiba
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Sesi Ujibakat Anak Wayang di Shah Alam
  • Amnesty International Malaysia Anjur Kembara Ke Johor
  • 01 di benut - Google Blog Search

    01 di benut - Google Blog Search


    BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

    Posted: 01 Feb 2012 07:20 PM PST

    URL Sumber Asal :-

    saifulam-agrofarm: KURSUS CENDAWAN <b>DI BENUT</b>,PONTIAN <b>...</b>

    Posted: 14 Jan 2012 01:52 AM PST

    BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 29/1/2012 INI BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM250 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN. Full content generated by Get Full RSS.

    Hari Terakhir <b>Di Benut</b> | Faizul Osman : Ikhlas Dari Hati

    Posted: 29 Jan 2012 09:18 AM PST

    Ini adalah hari yang terakhir aku di Benut untuk program Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM ) dan Program anak angkat. Pasti kenangan seperti ini aku tak akan lupa sampai akhir hayat aku.
    Hari ini jam 9 pagi aku dan geng opkim yang lain telah bersiap nak sambut pelajar sekolah rendah dan menengah untuk program kecemerlangan yang di uruskan oleh kami. Program untuk pelajar sekolah rendag telah di adakan di SK Seri Ulum, Parit Marjunit. Pelajar sekolah menengah programnya di Dewan Parit Marjunit.
    Aku menguruskan pelajar sekolah menengah. Ramai jugak pelajar yang nak ikit program ni. Adalah dalam 61 orang yang join. Mereka semua kena dengar ceramah yang telah disampaikan oleh pensyarah UMT. Lepas tu seorang pelajar Master UKM jurusan Psikology telah memberi motivasi kepada pelajar tersebut.
    Lepas tu ada sesi LDK. Aku  and the geng opkim dikehendaki berkongsi pengalaman di UKM ni. Aku pun bercerita lah beriya-iya. Yang penting aku bercerita.

    Pukul 12.30 tgh, program ni habis. Lepas tu melantak lah. Lepas zohor balik rumah sampai malam. 
    Tapi, petang tu aku dan keluarga angkat bersantai di tepi parit bersama jiran depan rumah mak aku. Seronok jugak bersantai-santai ni. Lebih-lebih lagi ada budak-budak. Bertambah seronok. Sambil berseronok bergambar bersama.
    Malam lepas isyak ada malam kebudayaan. Malam terakhir kat kampung ni. Macam-macam persembahan aku tengok. Paling menarik ialah persembahan tarian oleh murid Sek Keb Bandar Pontian. Memang gempak. Menurut info murid ni dah mewakili malaysia dalam pertandingan zapin serantau di Hong Kong. Jeles gila aku. Budak kecik ni dah sampai Hong Kong. Aku kat sini lagi.
    Persembahan yang lain ialah Nasyid oleh kaum-kaum ibu. Penuh dengan pesanan dan nasihat. Persembahan silat pin ada. Memang gempak malam tu. Persembahan akhir sebelum tutup mata malam itu adalah tarian zapin oleh pelajar UKM.
    Malam lepas majlis tu aku balik jalan kaki sampai rumah mak. Seronok berjalan di malam hari di kampung.
    Hari ini adalah hari kesedihan aku sebab hari ini aku akan pulang ke rumah aku di Kota Tinggi. Aku sedih sebab bersama keluarga angkat memang best. 
    Pukul 10 pagi majlis penutupan dan penyerahan anak angkat semula. Bagi aku pertalian yang aku telah bina tak akan aku putuskan. Ada majlis salam bersalaman. Memang leleh air mata. Tapi, aku tak lah. Buat segan je. Tapi dalam hati ni sebak juga lah nak leleh. Tetap cool walaupun hati merintih. Cewah!
    Dalam pukul 2 baru bertolak balik dari Kg Parit Marjunit ke Kota Tinggi. Hari ni jugak aku baru dapat jumpa keluarga kandung aku.


    Cerita berkaitan sebelum ini :
    Cutiku Bermula
    Aku Di Angkat Di Benut
    Full content generated by Get Full RSS.

    Pembukaan Rangkaian Homestay Terbaru <b>di Benut</b>, Pontian

    Posted: 22 Dec 2011 01:50 AM PST

    Assalamualaikum,

    Seperti yang telah dirancang, homestay terkini kami di Benut, Pontian sudah mula beroperasi dari awal bulan Disember ini setelah melalui projek transformasi terancang sejak bulan Oktober. Rumah kayu klasik kami telah dinaik taraf bersesuaian dengan keperluan semasa selain mengekalkan struktur asal dengan tambahan bilik air & ruang santai di bahagian luar rumah utk keselesaan ANDA sekeluarga. Ruang parkir juga diperbesarkan utk meletak kenderaan ANDA dgn mudah.

    Bagi ANDA yang ingin bercuti di daerah Pontian, ANDA boleh menginap di homestay kami yang beroperasi 31 hari sebulan, 365 hari setahun.

    1. Homestay kami terletak di dalam kawasan Pekan Benut. Jika ANDA sampai di Pekan Benut, ANDA pasti akan melalui sebuah simpang empat yang mempunyai sebuah Balai Polis. Lokasi kami terletak di belakang Balai Polis ini. ANDA pasti tidak akan terlepas menemui homestay kami di sana.

      Jika ANDA dari lebuhraya Utara Selatan, ambil exit Simpang Renggam. Kemudian ambil selekoh kiri di simpang tiga (berlampu trafik). ANDA sekarang berada di Jalan Parit Ismail. Dari simpang tersebut pandu 15km menuju ke Pekan Benut, sehingga bertemu simpang empat yg diberitahu di atas.


       

      Jika ANDA melalui jalan negeri (Jalan Pontian), Pekan Benut terletak lebih kurang 23km dari Bandar Pontian (dari arah Selatan) dan 50km dari Bandar Batu Pahat (dari arah Utara).


       

      Sila klik link di bawah utk lokasi homestay kami:-


       

      http://maps.google.com.my/maps/ms?msid=214617892478182373802.0004b4a8fcb1e93a325c4&msa=0&ll=1.649481,103.258739&spn=0.013341,0.022681


       

    2. Kemudahan
    • 2 bilik tidur – bersaiz sederhana. Bilik pertama mempunyai 2 katil single TEBAL berserta almari utk meletak pakaian ANDA. Juga disediakan cermin & tempat menggantung pakaian/tuala utk kemudahan ANDA. Selain itu, pilihan kipas atau air cond disediakan utk menyejukkan diri sambil baring di katil empuk yang pasti menanti kehadiran ANDA sebagai tetamu ISTIMEWA. Bilik kedua disediakan katil double TEBAL, sesuai utk pasangan suami isteri menikmati rehat di waktu malam. Kemudahan lain yg disediakan adalah sama seperti di bilik pertama.
    • Ruang tamu – kerusi yg selesa berserta meja kopi yg sepadan. Sesuai utk ruang berkumpul bersama keluarga sambil menikmati juadah ringan serta menonton rancangan TV kegemaran ANDA.
    • Aircond – berkuasa 1hp, amat bersesuaian dgn saiz bilik sederhana. ANDA pasti SEJUK sambil menikmati tidur yg lena.
    • Ruang makan – terletak di bahagian belakang rumah yg disertakan dengan meja makan (6 kerusi). Meja ini diletak berdekatan dgn sinki boleh diguna utk tujuan membasuh pinggan mangkuk mahupun mencuci tangan selepas menikmati juadah makanan.
    • 2 bilik air – terletak berdekatan dengan ruang makan. Bilik air pertama mempunyai water heater dan juga tandas klasik (cangkung) manakala bilik air kedua mempunyai tandas duduk yg lebih moden.
    • Ruang parker – cukup luas utk meletak 2 kereta bersaiz besar.
    • Ruang santai di laman rumah – ruang ini sesuai bagi mereka yg sukakan aktiviti santai, samada minum petang sambil menghirup udara segar kampung yg tidak tercemar.
    • Peti sejuk mini – jika ANDA membawa bekalan makanan yg perlu disimpan di dalam peti sejuk utk memastikan kesegaran, kami menyediakan peti sejuk mini utk kemudaham ANDA.
    • TV – bersaiz sederhana, agar ANDA tidak terlepas menikmati siaran kegemaran walaupun berjauhan dgn rumah.
    • Water heater – setelah penat mengharungi perjalanan ke destinasi tujuan ANDA, membersihkan diri dgn air suam-suam panas pasti memberi kelegaan yg ANDA perlukan.
    • Seterika – walaupun berjauhan dari rumah, ANDA masih boleh memastikan pakaian yg ingin dipadankan pada badan ANDA berada dlm keadaan sempurna supaya ANDA kelihatan kemas senantiasa.
    • Cerek air panas – utk ANDA yg perlukan minuman panas, kami menyediakan cerek agar ANDA boleh menyediakan meniman kegemaran ANDA.
    • Ruang koridor yg luas – kami tahu yg ANDA sukakan ruang yg LUAS utk bergerak dari satu ruang ke ruang yg lain. ANDA pasti tidak mengeluh! Kami GERENTI.

    1. Tempat berhampiran
    • Lebuhraya PLUS (exit Simpang Renggam) – 19km
    • Bdr Pontian – 25km
    • Kukup (seafood heaven area/menaiki feri ke pulau2 di Indonesia) – 44km
    • Kedai makan 24 jam (jln kaki) – 5min
    • Kedai barangan terpakai dari S'pura (jln kaki) – 10min
    • Stesen minyak (Shell/Petronas) – 1~2km
    • Masjid besar – <1km
    • Pekan Benut (stesen bas/teksi/tpt turun ikan) – 1km
    • Pekan Rengit (syurga beli belah barangan terpakai S'pura) – 15km
    • Tmn Negara Johor, Tanjung Piai (kwsn paling selatan Benua) – 55km
    • Gunung Pulai – 57km
    • Muzium Nenas – 43km
    • Muzium Bugis – 35km
    • Lembah Orkid (di lembah Gunung Pulai) – 57km

    Utk melihat mengenai tpt2 menarik di Pontian, sila klik link di bawah:-

    http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/pontian/

    Kadar bayaran penginapan:-

    Satu malam (sebuah rumah) – RM120
    Satu bilik – RM65++

    Utk maklumat lanjut/tempahan, sila hubungi:-
    1) 07-6903030, 019-7781865 Hj Andi Yusoff


     


     


     

    Full content generated by Get Full RSS.

    01 di pontian - Google Blog Search

    01 di pontian - Google Blog Search


    Cubaan seludup masuk 1620 karton rokok <b>di Pontian</b> gagal |

    Posted: 07 Feb 2012 10:43 PM PST

    [unable to retrieve full-text content]PONTIAN: Cubaan menyeludup masuk rokok dari negara jiran gagal apabila Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua menahan dua lelaki tempatan dan merampas 1620 karton rokok di Pantai Rambah di sini, hari ini.

    01 di pasir gudang - Google Blog Search

    01 di pasir gudang - Google Blog Search


    Festival Layang-layang Sedunia <b>Di Pasir Gudang</b> Dihentam Ribut

    Posted: 17 Feb 2012 03:48 PM PST

    Pasir Gudang: Kemeriahan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) ke-17 di sini semalam, terganggu seketika apabila lebih 10 daripada 15 khemah peserta antarabangsa acara itu rosak teruk akibat diterbangkan angin kencang.

    Gambar: Peserta, petugas Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang menyelamatkan diri dan barangan selepas kawasan festival dilanda ribut di Bukit Layang-Layang, Johor, semalam. - Foto Roslan Khamis

    Kejadian jam 4.20 petang itu ketika peserta festival terbabit sedang menerbangkan layang-layang mereka, sebelum angin bertiup kencang sehingga menerbangkan deretan khemah berkenaan.

    Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar, berkata tiada kecederaan dilaporkan dan pihaknya sedang berusaha memasang kembali khemah yang rosak akibat diterbangkan angin kencang itu.

    "Kejadian ini berlaku dengan pantas dan kita tidak menjangka khemah terbabit boleh diterbangkan angin kerana seperti kebiasaan semua khemah yang ada di sini dipasang dengan aspek keselamatan sudah diperiksa terlebih dulu.

    "Nasib baik tiada insiden buruk menimpa peserta atau pengunjung yang hadir di festival ini. Namun, saya percaya kejadian ini tidak menjejaskan kelancaran program yang berlangsung sejak Rabu lalu dan dirasmikan esok (hari ini) dan berakhir Ahad," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

    On berkata, kejadian itu menyebabkan semua aktiviti membabitkan layang-layang terpaksa dihentikan seketika petang semalam, namun aktiviti seperti pertandingan memasak dan mewarna tetap diteruskan seperti biasa.

    "Semua peserta sedang berlindung dalam Muzium Layang-Layang akibat hujan lebat selepas kejadian angin kencang itu. Aktiviti menerbangkan layang-layang akan disambung esok (hari ini) sebelum majlis perasmian festival ini berlangsung sebelah petang.

    "Orang ramai tidak perlu bimbang untuk melihat festival kerana aspek keselamatan ketika acara berlangsung dijaga pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berada dalam keadaan siap siaga," katanya.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi semalam melalui laman web melaporkan amaran angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri. -BH

    01 di endau - Google Blog Search

    01 di endau - Google Blog Search


    Bantah kehadiran Anwar <b>di Endau</b> - Utusan Online

    Posted: 17 Feb 2012 10:20 AM PST

    Bantah kehadiran Anwar di Endau

    Bantah kehadiran Anwar di Endau

    Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
    utusanjohor@utusan.com.my


    SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.


    MERSING 17 Feb. - Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

    Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

    Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

    "Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    "Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

    Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

    "Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.

    Bukan Saja <b>Di Endau</b>, Merata-rata Tempat Di Seluruh Negara Benci <b>...</b>

    Posted: 17 Feb 2012 07:31 PM PST

    RAKYAT sudah mula sedar, buka mata, muak dan benci terhadap ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Rakyat sudah tahu siapa Anwar yang sebenarnya dan rakyat juga tahu kenapa Anwar Beria-ia nak jadi Perdana Menteri. Sebab itulah, sekarang ini, di merata-rata tempat di seluruh negara, rakyat membantah sekeras-kerasnya akan kehadiran Anwar di tempat mereka untuk beceramah. Mereka tak mahu dengar pembohongan Anwar, kerana apa yang terkeluar dari mulut Anwar adalah dari 'mulut Israel'.

    SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.


    Semalam, di Mersing,  Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.
    Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah itu menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Masyarakat di sana membantah kehadiran Anwar dan mereka tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana depa sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    Jesteru dengan itu, mereka tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal mereka kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum. Ehmmm...Anwar ada faham ka?.....padan muka ko nuar.
    Tidak setakat membantah akan kehadiran Anwar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing itu juga membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.
    Mengetahui ianya akan memudaratkan lagi keadaan di tempat mereka sekirannya Anwar di benarkan datang dan mereka akan berbuat apa saja kerana mereka mahu keamanan sedia ada di kekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk. Begitulah harapan penduduk-penduduk di Endau yang cintakan keharmonian dan kedamaian yang mana mereka tahu kehadiran Anwar tidak lain tidak bukan bercakap atau berceramah bagi pihak Israel. 
    Kesimpulan, kepada Anwar Ibrahim, IBM cuma nak beritahu bahawa 'You're Not Wanted' by the peoples of Endau. So, please get out!!!. Sekian.
    TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

    01 di plentong - Google Blog Search

    01 di plentong - Google Blog Search


    BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

    Posted: 28 Sep 2011 09:41 PM PDT

    URL Sumber Asal :-

    Majlis Perkahwinan <b>di</b> Taman Saujana <b>Plentong</b> | Rasa Mewah <b>...</b>

    Posted: 28 Sep 2011 09:43 PM PDT

    Perkhidmatan katering di rumah En. Mohd Harith, Taman Saujana Plentong, Johor Bahru ini adalah untuk kali yang kedua.  Hanya selang 5 bulan sahaja dari Majlis Perkahwinan sebelumnya. Majlis kedua ini pada Sabtu lepas adalah Majlis Menyambut Menantu.
    Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Harith sekeluarga kerana sekali lagi memberikan kepercayaan kepada pihak kami untuk mengendalikan majlis keraian yang besar di rumah beliau.

    Anecdote: Kali ke 2 juga team yang bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk majlis perkahwinan di rumah En. Mohd Harith mendapat "Ang Pau", hadiah dari En. Mohd Harith sendiri. Semoga En. Harith sekeluarga bersama-sama menantu yang baru dan lama sentiasa dilimpahkan rezeki dariNya.


    Rasa Mewah Catering

    Sharing is Caring

    Tentang Aku: Bermain <b>Di</b> Tempat Mainan <b>Di</b> Giant <b>Plentong</b> ..

    Posted: 09 Sep 2011 12:51 AM PDT

    Semalam lepas balik dari Hospital Sultan Ismail .. biasalah 3 bulan sekali gi buat pemeriksaan gigi Ayen ngan Aisy kat klinik pakar pergigian kat situ .. en.suami ajak singgah Giant, Plentong ... ingatkan dapat le jumpa adik aku, Akma .. rupanya dia ada sambutan hari raya kat office dia .. tak keluar rehat .. tak dapat le jumpa dia .. tak pe la .. bukan nak jumpa dia pun .. haha ...
    Sementara menunggu en.suami menyelesaikan urusannya ... aku bawak anak-anak main kat tempat mainan dalam Giant ni .. tak banyak pun mainan yang ada kat sini .. cuma ada gelongsur, mainan gerak-gerak ngan mainan gerak spring tu .. anak-anak tak suka main mainan yang gerak ada spring tu .. tak best kata dia .. haha .. diaorang main gelungsur jek la ngan mainan gerak-gerak tu .. mainan gerak-gerak kat sini special sikit .. sebab tak payah masukkan duit .. just tekan butang jek .. mesin tu dah boleh gerak .. tu yang berjam baru sudahnya main .. haha ..

    Jom tengok keletah anak-anak aku kat tempat mainan ni :

    Ayen naik .. Aisy tukang tekan butang mesin gerak-gerak .. sampai Ayen pening nak muntah .. Aisy still tekan butang tu .. haha .. Aisy buli abang dia ..

    Amboi!! muncung Aisy .. panjang betul .. comey la tu kununnya .. haha ..

    Ayen tak sesuai la main gelungsur yang ni .. ini bahagian budak kecik la .. tempat budak besar kat belakang tu la Ayen .. haha .. Ayen bukan kira .. dia bedal jek .. janji leh main .. haha ..

    Aisy nak panjat kat atas tu .. suruh mama angkat dia .. tapi mama dia ni sibuk suruh dia posing dulu .. tu yang muka cam tu .. haha .. sian Aisy ..

    Ayen cakap dia mendaki guna rantai yang dia pegang tu ... haha .. cam tak larat jek .. haha ..

    Berjaya Ayen mendaki sampai atas .. haha .. cam tinggi sangat jek kan .. muka bangga la tu ..

    Aisy pun nak cuba jugak .. go Aisy go .. go ..

    Panjat yang ni pulak .. hehe .. Aisy memang suka memanjat .. cuma boleh ngan tak jek la .. hehe ..

    ads