Ahad, 25 Mac 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Sihatimerahjambu: Percutian 2hari 1malam <b>di Kota Tinggi</b> Waterfalls <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 01:17 AM PDT

Tadi ex-coursemate Fiza ade share something yang menarik di wall fb dia.Untuk mereka yang suka bercuti cuti malaysia tu memang sesuai lah sangat kan amek tahu pasal percutian yang menarik dan berbaloi ni.Baca ni dulu.

Untuk lebih info dan beli coupun[disini]

Notapink : Memang berbaloi baloi...

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


MH bukan sekadar kod penerbangan: Amir Hamdi Bin Mahaidi

Posted: 25 Mar 2012 12:09 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Amir Hamdi Bin Mahaidi. Bersiaran dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka dengan dua orang anak kecil yang lena di sisi. (",) Pejam celik, hari ni dah masuk ... Setelah berpantang sendiri hampir 3 minggu di Terengganu, dengan sedikit seliaan oleh mak mertua, nenek mertua, kak Yani, Siti dan Noor, akhirnya aku kembali juga ke kampung untuk pemantauan penuh oleh emak yang tersayang. Tidak termasuk dalam rancangan awal, tapi disebabkan ...

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


mi1: Orang Asli fail semakan pengusiran mereka <b>di</b> Mersing

Posted: 24 Mar 2012 08:17 PM PDT

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

PETALING JAYA: Seramai 99 orang Asli Peta, Ulu Endau Johor memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap keputusan Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang memerintahkan mereka keluar dari penempatan mereka.

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

Satu notis perintah bertarikh 17 Januari dikeluarkan untuk mengarahkan orang Aski berkenaan keluar dari tanah mereka.

Menurut peguam, Yogeswaran Subramaniam, orang Asli mahu keputusan tersebut dikaji semuala dan dibatalkan.

"Mereka juga mahu tanah seluas 10, 000 ekar yang diduduki orang Asli itu diisytiharkan sebagai milik mereka," katanya.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat oleh Sangka bin Chuka, seorang batin Kampung Peta dan Nasir bin Kantan.

Perjalanan 5 jam

Selain Yogeswaran, mereka juga diwakili oleh peguam M. Rajkumar dan K Mohan dari Tetuan Law, Raj and Teh.

Dalam satu kenyataan, Sangka dan Nasir berkata, semua penduduk Orang Asli Kampung Peta memandang berat tentang perkara ini.

"Seramai 51 orang Asli Kampung Peta dan juga perkampungan yang berhampiran mengharungi perjalanan selama lima jam dari pedalaman hulu Sungai Endau ke Johor Bahru semata-mata untuk memperjuangkan hak undang-undang kami.

"Walaupun terpaksa bertolak pada 3 pagi, kami semua bersemangat apabila tiba di kompleks Mahkamah di Johor Bahru," kata mereka.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman ditetapkan pada 5 April 2 untuk perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gunalan Muniandy.

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


saifulam-agrofarm: KURSUS CENDAWAN <b>DI BENUT</b>,PONTIAN <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 01:52 AM PST

BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADAN 29/1/2012 INI BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM250 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tak Ada Sebab Untuk Tolak Pembangunan <b>di Pengerang</b> – Pribumi <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 10:26 PM PDT


Daerah kecil Pengerang yang selama ini terkenal dengan makanan laut telah dikejutkan dengan beberapa isu ekoran dari keputusan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor untuk membangunkan kawasan itu dengan pembinaan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas Loji yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.

Projek yang di anggarkan bernilai hampir 60 billion itu, adalah merupakan salah satu dari program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya kepada 10,000 warga kampus sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini, juga mengatakan selain dari menjana pendapatan ekonomi negara ia antara lainnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Haji Ghazali Abas ketika di hubungi mengatakan majoriti penduduk mengalu-alukan projek pembangunan ini. Selain menjana pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan dan pertanian ia juga dilihat mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa dan teratur kepada penduduk kampung yang terlibat.

"Ia merupakan satu rahmat kepada penduduk Pengerang dan kepada rakyat Johor secara keseluruhanya. Pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat dengan mengaitkan pembangunan ini dengan isu Lynas di Pahang. Mereka juga turut mengaitkan projek dengan kesan radioaktif dan bakal menyebabkan lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan dan sebagainya "

Ini kerana menurut beliau pembangunan ini bukanlah yang pertama kali ingin dilakukan oleh kerajaan. Sebelum ini negara telah mempunyai hub simpanan minyak di Terengganu, Melaka dan Johor. Malahan negara jiran seperti Singapura juga mempunyai hub simpanan minyak seperti ini katanya lagi ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Keadilan merangkap Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Kalau betul projek ini bahaya, secara logiknya sudah tentu rakyat di negeri Terengganu, Melaka dan Johor telah tercemar dengan kesan radioaktif dan mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan tadi. Namun ini tidak berlaku. Oleh itu saya melihat kenyataan itu hanya merupakan sangkaan jahat untuk mengagalkan projek pembangunan ini" katanya lagi.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini hampir 700 orang wakil kepimpinan dan NGO di kawasan Pengerang seperti persatuan belia, ketua-ketua blok dari kawasan Felda, wakil persatuan nelayan, penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pertubuhan wanita dan sebagainya telah hadir untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan penduduk terhadap pembangunan ini sekaligus menolak perhimpunan yang mereka adakan pada minggu lalu yang mana menurut beliau hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Beliau juga mengulas kenyataan yang dibuat oleh Kasran Abdullah yang di siarkan oleh portal Malaysiakini, kononnya mewakili Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang yang mengatakan hampir 96% penduduk kampung menolak projek ini. Beliau menolak dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal sama sekali.

Ini kerana menurut beliau majoriti penduduk yang ditemui langsung tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai kajian yang kononnya dijalankan itu. Oleh yang demikian kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali. Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga, mengatakan persatuan yang dikatakan itu juga adalah merupakan persatuan yang haram kerana tidak pernah berdaftar secara sah.

Penghulu Mukim Pantai Timur, Mohamad Khaidir Ismail ketika dihubungi juga memberikan maklumbalas yang senada dan hampir sama. … selanjutnya baca disini

Ps/– Artikel asal untuk ob21.net oleh Obey-One

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Pertandingan Memancing Pusat Komuniti Sembrong 2012 <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 01:24 AM PDT

KAHANG: Koref Eco Farm Resort, Kahang melakar sejarah apabila lokasi tersebut buat julung kalinya telah di pilih sebagai kawasan pertandingan memancing tertutup Sembrong pada 26 februari 2012 yang lalu.

Program anjuran Pusat Komuniti Sembrong dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil rakyat Ahli Parlimen Sembrong itu telah berjaya menarik kira kira 320 orang kaki pancing dari kawasan Parlimen Sembrong. Kehadiran kaki – kaki pancing seawal jam 8.00 lagi yang berpusu pusu membuat pendaftaran dan undian kedudukan tempat sebagai petanda program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun begitu, kapasiti kolam pertandingan yang agak terhad meyebabkan urusetia pertandingan terpaksa menghadkan jumlah penyertaan berdasarkan kepada penyertaan terawal sahaja. Tepat jam 9.30 pagi air horn di bunyikan sebagai isyarat pertandingan di mulakan. Berbagai gelagat dan aksi mencuit hati kaki – kaki pancing dengan gaya yang tersendiri berentap untuk merebut sejumlah hadiah yang di pertandingkan itu. Pemenang pertandingan tersebut akan di nilai berdasarkan kepada timbangan terberat dengan kadar masa yang di peruntukkan adalah selama 3 jam setengah. Antara spesis ikan yang terdapat dalam kolam pertandingan tersebut termasuklah keli, patin,baung,toman dan sebagainya. Pada Edisi yang pertama ini, sebanyak 20 kategori hadiah di sajikan untuk di rebut oleh peserta pertandingan dengan hadiah utama kejuaraan berjumlah RM 2,000.00 beserta hamper.

Selain itu juga, para pemancing dan pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh penganjur dengan peserta di syaratkan untuk mendaftar keahlian dengan Pusat Komuniti Sembrong ( PKS ) yang memperkenalkan konsep serahan wristband yang mempunyai nombor siri sebagai nombor bertuah. Pertandingan Memancing Komuniti Sembrong 2012 itu juga di meriahkan lagi dengan di selitkan acara sukaneka seperti lumba rakit, bowling buah kelapa, kumpul botol dalam air, tiup belon dan bermacam lagi. Turut di sediakan pada program tersebut permainan kanak-kanak yang di kenali sebagai Bouncing Castle yang di datangkan khas dari Johor Bahru.

Kemuncak pertandingan tersebut adalah kehadiran Ahli Parlimen Sembrong Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama isteri Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah yang begitu ceria bermesra dengan warga Sembrong dan berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan pengunjung yang bertuah. Encik Malek bin Ani selaku juara edisi sulung Pertandingan memancing Komuniti Sembrong yang di temui sejurus penyampaian hadiah bersyukur dengan kemenangan yang di kecapinya itu. Menurutnya memancing merupakan hobi bila berkelapangan tapi tak sangka pada kali ini di angkat sebagai pemenang sambil mengucapkan tahniah kepada penganjur Pusat Komuniti Sembrong dan berharap acara sebegini di teruskan lagi pada masa-masa hadapan tegas pemancing dari ladang Kekayaan ini yang pulang membawa hadiah wang tunai RM 2,000.00 beserta hamper.

Seorang lagi peserta yang ditemui, Encik Mohd Nor Fikri dari felda Ulu Penggeli yang juga pemenang tempat kedua mengakui ini adalah kehadirannya yang pertama kali ke lokasi pertandingan tersebut yang di sifatkannya sebagai suatu tempat yang mendamaikan lantaran persekitarannya yang berdekatan kawasan hutan simpan. Beliau juga berharap pertandingan ini di jadikan sebagai acara tahunan memandangkan sambutan para peserta amat menggalakkan dengan berbagai golongan umur dan bangsa yang menjadikan pertandingan tersebut santai dan menghiburkan. Dengan kejayaan merangkul tempat kedua, Encik Mohd Nor Fikri membawa pulang wang tunai RM 1,000.00 beserta hamper.

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Demo sunyi bantah sokongan Anwar terhadap Israel | The Unspinners

Posted: 24 Mar 2012 08:05 PM PDT


Selepas solat jumaat lepas, penduduk setempat di Chaah Johor membuat demo mebantah sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel.

Disebuah kawasan lapang di Jalan Nerawan, Kg Jawa, Chaah, seramai 30 orang kelihatan hadhi. Mereka menakkan dia kain rentang dan 12 placard bertulis 'ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI', JAUHKAN DIRI DARI ANWAR, ANWAR LOVE ISRAEL, BARUA LU ANWAR PENGHIANAT,ANWAR SOKONG YAHUDI MUSUH ISLAM,HIDUP PALESTINE,ANWAR PENGHIANAT BANGSA,ANWAR BOLEH BLA,

Tiada jerit atau laungan tetapi demo sunyi ini tetap menarik perhatian jemaah masjid Chaah seramai 200 orang yang balik dari solat Jumaat.

Pemberita Cina tempatan hadir. Majlis berjalan tanpa sebarang insiden berlaku insiden.

Mybloghub – Blog Terbaik Harus Dilawati, The Best Blog, Must Visit <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:08 PM PDT

THE UNSPINNERS SAYS

Selepas solat jumaat lepas, penduduk setempat di Chaah Johor membuat demo mebantah sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel.

Disebuah kawasan lapang di Jalan Nerawan, Kg Jawa, Chaah, seramai 30 orang kelihatan hadhi. Mereka menakkan dia kain rentang dan 12 placard bertulis 'ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI', JAUHKAN DIRI DARI ANWAR, ANWAR LOVE ISRAEL, BARUA LU ANWAR PENGHIANAT,ANWAR SOKONG YAHUDI MUSUH ISLAM,HIDUP PALESTINE,ANWAR PENGHIANAT BANGSA,ANWAR BOLEH BLA,…READ MORE

Demo sunyi bantah sokongan Anwar terhadap Israel

Posted: 24 Mar 2012 08:00 PM PDT


Selepas solat jumaat lepas, penduduk setempat di Chaah Johor membuat demo mebantah sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel.

Disebuah kawasan lapang di Jalan Nerawan, Kg Jawa, Chaah, seramai 30 orang kelihatan hadhi. Mereka menakkan dia kain rentang dan 12 placard bertulis 'ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI', JAUHKAN DIRI DARI ANWAR, ANWAR LOVE ISRAEL, BARUA LU ANWAR PENGHIANAT,ANWAR SOKONG YAHUDI MUSUH ISLAM,HIDUP PALESTINE,ANWAR PENGHIANAT BANGSA,ANWAR BOLEH BLA,

Tiada jerit atau laungan tetapi demo sunyi ini tetap menarik perhatian jemaah masjid Chaah seramai 200 orang yang balik dari solat Jumaat.

Pemberita Cina tempatan hadir. Majlis berjalan tanpa sebarang insiden berlaku insiden.

Read More @ Source

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Dua beradik rentung dalam kebakaran <b>di Pontian</b> |

Posted: 22 Mar 2012 07:14 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]JOHOR BAHRU: Dua adik beradi rentung dalam kebakaran sembilan rumah kedai sederet di Pekan Ayer Baloi, Pontian, dekat sini, awal pagi ini.

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Tukar Tiub: LEBAI CHIA AKAN TANDING <b>DI BATU PAHAT</b>

Posted: 17 Mar 2012 11:56 PM PDT

Some readers of this blog have contacted Google because they believe this blog's content is objectionable. In general, Google does not review nor do we endorse the content of this or any blog. For more information about our content policies, please visit the Blogger Terms of Service.

All About Us: Lepak Dengan BFF <b>di Batu Pahat</b> Walk

Posted: 20 Mar 2012 11:28 PM PDT

Salam sayang untuk korang semua...Dah seminggu juga tak update kat blog nie...Busy sket arr dalam seminggu dua nie...Kebetulan ada naziran datang ke office Lynn...Tu yang tak sempat nak menatap blog kesayangan nie...Sebenarnya dah lama sangat dah citer melepak nie...Dah sebulan lebih baru hari nie sempat nak update...Korang boleh imagine tak betapa sibuknya Lynn sekarang nie?  Hehehehehe...
Geng melepak nie memang BFF kitorang sekeluarga...Bukan BFF Lynn dan Mr. Hubby jer...Tapi BFF Double Q juga...Haaaaaa...Mecam mana la tu agaknya yer?  Sebenarnya kitorang 4 keluarga nie memang rapat...Sejak dari zaman kitorang semua lum kawen sampai la dah beranak pinak nie...
Sepatutnya kitorang ada buat program jalan-jalan last year...Sebab dah janji nak gie jalan-jalan every year since balik dari Sabah 2010 yang lepas...Tapi tahun lepas Lynn dan Wana preggy, jadi program tu ditunda ke tahun nie...Jadi untuk awal tahun nie kitorang dapat la berkumpul kat Batu Pahat Walk nie...Biarpun tak lama tak seronok sebab dapat borak-borak dan makan-makan...
Meh la layan gambar-gambar yang ada nie...
 Wana, Baby Khairunnisa, Pro dan Lee...

 Qistina Lovely yang conquer makan kacang rebus...

 Punca sebenar Lynn dan Mr. Hubby teringin sangat nak makan roti kukus nie kerana tengok Farouk hos Warung Kita makan roti kukus kat Batu Pahat Walk nie...Memang sedap roti kukus nie...Kalau tak percaya korang gie makan Batu Pahat Walk tu...

 Kata pekerja cafe nie, kalau dah malam lagi best roti kukus nie...Sebab rotinya dah lama kukus...Lagi lembut dan sedap...Huhuhuhuh...Nampak gayanya kena gie lagi Batu Pahat Walk nie...

 Pro yang kelaparan sampai 2 bungkus nasi lemak dia bedal petang tu...Belum ditambah lagi dengan roti kukus yang ada kat depan mata...Hehehehe...

 Khairunnisa yang cukup baik dan tak meragam hari tu...

 Qaleesya yang asyik berkepit jer dengan Papa sebab Mama dah tak larat nak pegang...Makin lasak dan aktif anak dara kecik nie...

 Masih tak cukup korum waktu nie...Ezmad dan Iza tak sampai lagi...Ida wifey Lee memang tak dapat joint sebab kerja...

Qaleesya dengan Auntie Iza dia...Dah lama juga Iza dan Ezmad nie kawen tapi masih belum ada rezeki nak dapat baby...Kitorang sentiasa doakan korang cepat-cepat dapat baby...Insyaallah...Moga ada rezeki korang nanti yer...

 Qaleesya dengan Auntie Iza lagi...

 Lelaki macho tengah berbincang hal negara...Yer la tu...Hahahahaha...

 Yang nie plak bapa penyayang yer...Budak tak leh makan lagi dia dah suruh makan roti kukus...Alahai Pro...Wana pun pening kepala tengok perangai suami dia...

Yang Khairunnisa plak okey jer bila Papa dia suapkan roti kukus...Sedap agaknya roti kukus tu...

Haaaa...Itulah program melepak kitorang yang pertama tahun nie...Insyaallah ada rezeki kitorang akan gie outing lagi...Perancangan nak gie konvoi tapi masih mencari-cari tarikh lagi...Semoga ada peluang ler nak gie konvoi dan jalan-jalan yer...
Tiba-tiba leh plak teringat memori ke Sabah 2010 yang lepas...Syoknya berjalan...Nak baca balik entry ke Sabah la...Tak dapat pergi dapat flashback memory pun okey la tu...Betul tak?

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


mi1: Orang Asli fail semakan pengusiran mereka <b>di</b> Mersing

Posted: 24 Mar 2012 08:17 PM PDT

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

PETALING JAYA: Seramai 99 orang Asli Peta, Ulu Endau Johor memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap keputusan Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang memerintahkan mereka keluar dari penempatan mereka.

Pentadbir Tanah Daerah Mersing menggunakan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara bagi mengusir orang Ali Peta kerana mendakwa tanah mereka bertindih dengan Taman Negara Endau Rompin.

Satu notis perintah bertarikh 17 Januari dikeluarkan untuk mengarahkan orang Aski berkenaan keluar dari tanah mereka.

Menurut peguam, Yogeswaran Subramaniam, orang Asli mahu keputusan tersebut dikaji semuala dan dibatalkan.

"Mereka juga mahu tanah seluas 10, 000 ekar yang diduduki orang Asli itu diisytiharkan sebagai milik mereka," katanya.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat oleh Sangka bin Chuka, seorang batin Kampung Peta dan Nasir bin Kantan.

Perjalanan 5 jam

Selain Yogeswaran, mereka juga diwakili oleh peguam M. Rajkumar dan K Mohan dari Tetuan Law, Raj and Teh.

Dalam satu kenyataan, Sangka dan Nasir berkata, semua penduduk Orang Asli Kampung Peta memandang berat tentang perkara ini.

"Seramai 51 orang Asli Kampung Peta dan juga perkampungan yang berhampiran mengharungi perjalanan selama lima jam dari pedalaman hulu Sungai Endau ke Johor Bahru semata-mata untuk memperjuangkan hak undang-undang kami.

"Walaupun terpaksa bertolak pada 3 pagi, kami semua bersemangat apabila tiba di kompleks Mahkamah di Johor Bahru," kata mereka.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman ditetapkan pada 5 April 2 untuk perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Gunalan Muniandy.

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Blog Nasir Hamzah: Majlis kawin <b>di Muar</b>, Johor

Posted: 18 Mar 2012 10:53 AM PDT

amacam korang semua? hari minggu lepas tak kemana2 ke? pergi bersiar2 ke, pergi shoping ke, pergi berkelah ke, pergi kenduri kawin ke? berapa banyak ke daaa.. heheh.. 
aku baru sahaja balik dari muar, ada majlis kenduri kawin sedara belah mak, rasanya baru minggu lepas aku kesini, penat belum hilang lagi.. kena pergi lagi.. takpelah, meraikan majlis orangkan dapat pahala, betul tak? sambil2 dapat kenal sedara, sambil2 tu juga dapat jalan2 jugak.. hehee.. oklah korang layan ler gambar2 aku snap kat sini..
tak dapat ambil gambar pengantin, pelamin pun jadilah, cantik..
tanjung emas muar, dah sampai muar jangan lupa singgah disini, bagi monyet makan.
masjid lama muar, cantik senibinanya..
masjid baru muar, dapat ambil dari jauh jer, huhu


Lepas pergi jalan2 kat bandar maharahi Muar, terus ke rumah sedara2 yg dah lama tak jumpa, mak aku pulak rindu sangat dengan cikgu yg pernah mengajar sewaktu mak aku bersekolah agama dulu, waktu tu dalam darjah 3 kot. bila dah berjumpa apa lagi, berpeluk erat sambil mengalirkan air mata, sedih benar.. aku pun turut sayu melihatnya.. cehhh..


dibawah ni gambar sedara belah mak juga. memang kitaorg tak pernah pergi rumah sedara yg ni, tapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki kesini.. cuma ada 2org sedara je lagi yg tak dapat kitaorg jumpa disebabkan dorang keluar, maklum hari minggu.. ok lah korang pun macam boring je dengar celoteh aku.. huhu..


sekali2 apa salahnya aku kongsikan pada korang tentang sedara mara aku ye tak..



Oklah aku nak bagi info sikit kat korang, kalau korang ke muar, jangan lupa singgah makan, disini terkenal dengan lauk asam pedas muar, peh rasanya memang sangat2 piaw! 




kedai makan MAK PON ni bertempat di Pantai Leka Parit Jawa Muar, memang top kedai ni, pernah masuk rancangan jalan2 cari makan.


jika korang nak makan satay pula, boleh lah ke bandar maharani Muar, kebiasaannya peniaga jual satay di waktu petang, tapi jika disini dorang jual di waktu pagi. kira sarapan satay ler.. itulah keistimewaannya..


kedai satay ni pula bertempat di bandar muar, dekat dengan bustand besar muar.


Aku sendiri belum pernah lagi merasa satay muar ni, tak berkesempatan, maklum sampai disini dah petang.. tapi satay Muar ni memang dah terkenal sejak turun temurun lagi.. memang sedap..


Itu saja lah perkongsiaan aku pada kali ni, okeh.. take care pada korang semua..


salam
*********************************************************





MUJUR TIADA MI BANDUNG CETAK ROMPAK <b>DI MUAR</b> (UPDATED)

Posted: 27 Jan 2012 02:29 AM PST

Debaran tidak pernah berhenti sewaktu kru Majalah 3 meredah hutan paya gambut berair hitam di Paya Kopi, Pagoh, Muar, Johor, semalam. 


Meranduk air separas pinggang, sesekali terasa bagai ada reptilia berbisa cuba mematuk betis di dalam air.

Sekaligus peluh sejuk mula membasahi dahi.

Gambar pertama saya rakamkan dari ruang berhampiran dada sewaktu berjalan, untuk dikongsikan bersama pembaca point of view sebenar.


Saya terlalu kagum dengan kekentalan semangat, pencari ikan Pelaga, Betta Bellica, Misman Kasran, 45 tahun. Dia mula menjadikan kawasan paya gambut itu sebagai laman mencari rezeki sejak 30 tahun lalu.


Berikut gambar ikan istimewa dicari.
Di kawasan sama kedapatan pelbagai jenis flora dan fauna turut disaksikan dua kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan, FRI Glami Lami, Jelebu, Negeri Sembilan.
Sekitar jam 2 petang, kami hampir diserang dek ular Tiung, antara spesis ular berbisa.
Kejadian itu rakamkan oleh jurukamera dan bakal disiarkan pada 11 Februari 2012, jam 9 malam.


Selepas pulang ke Classic Hotel di Jalan Ali, Muar, Johor, badan terasa longlai tetapi kepenatan tidak mampu menghalang saya merakamkan gambar kehijauan daun pokok ditanam di luar lobi hotel.


Muar amat terkenal dengan Mi Bandung enak justeru pada awalnya saya beranggapan terdapat kedai menjual juadah terbabit di lokasi gambar dirakamkan.
Mari kita lihat apa di sebalik daun?
Saya dimaklumkan penghantar cepat restoran makanan segera terbabit cuma memakir motosikal mereka berhampiran premis 'panas' itu.


"Di bandar Muar ini hanya terdapat 2 kedai menjual DVD cetak rompak. Kedai di hadapan hotel itu dibuka sekitar jam 11 pagi dan ditutup pada 10 malam. Sebaik ditutup, satu lagi kedai berhampiran akan beroperasi sehingga jam pagi," ujar sumber.
Sewaktu makan semalam, saya berpeluang merekodkan gambar kedai kedua terbabit.

Mujur tiada Mi Bandung cetak rompak di Muar.

Sila sebarkan entri ini semoga sampai ke pengetahuan pihak berkuasa di Muar.
Jam  6.41 petang tadi, saya bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kemudian disambungkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.
"Selamat petang encik. Nama saya Mazidul Akmal Sidik. Saya ingin meminta tolong sedikit. Saya tinggal di Classic Hotel, di hadapan hotel ini kedai menjual DVD cetak rompak kelihatan terlalu meriah. Justeru tidak molek kalau setiap orang keluar masuk di hotel ini melihat kegiatan itu. Kedai kedua terletak berhampiran. Malam tadi, saya terlihat 4  kanak-kanak dianggarkan berusia di antara 8 dan 12 tahun masuk ke kedai itu. Barangkali ibu dan ayah tidak mampu membeli perisian asli permainan video, saya pun tidak boleh berbuat apa. Tadi saya berdiri di luar lobi, beberapa orang datang dan memberitahu, DVD movie dijual dengan harga RM6 manakala lagu MTV, RM8. Gambar dan cerita, saya telah muatkan di http://mazidulakmal.com. Kalau ada masa mohon encik tengok sekejap maklumat di blog," ujar saya.
"Ok," balas penyambut panggilan.

ads