Jumaat, 30 Mac 2012

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Angkatan Muda Keadilan <b>Gelang Patah</b>, Johor Darulta&#39;zim <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 11:52 PM PDT


 Penyokong Tegar Keadilan
(Uncle Balah & Uncle Tiong)
 AJK Ranting Taman Damai Jaya
(Yusree cukup berpuas hati......)
 AMK Pasir Gudang turut hadir....

 Vany (DAP Taman Nesa) bersama suami tidak sabar menanti air
yang sedang disiapkan oleh Naib Ketua Cabang, Sdr. Azman Idris

Tenaga Utama Majlis BBQ Arif (Pen. Ketua Penerangan), Helmi (Bekas Ketua Penerangan Umno Taman Damai Jaya) dan Zainalhelmi (Naib Ketua AMK Gelang Patah)... Di bahagian belakang kelihatan Ketua AMK Johor Bahru turut hadir memeriahkan majlis.....

Kerjasama Adik dan Abang..... 
Ketua AMK Johor, Sdr. Nazri sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.... 
Pelbagai juadah disediakan..... Artis jemputan sedang makan sebelum beraksi... 
Sdr. Syahril sedang menghiburkan tetamu dengan petikan gitarnya.... 

Timbalan Ketua AMK Cabang, Sdr. Ramly Ahmad antara penyumbang pada majlis BBQ bersama 
Chef Helmi Jenglord..... peace yooooooo

Gambar yang bisa membuat Umno Gelang Patah mengigil........

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


DIALOG Masalah TANAH <b>Di</b> Mersing Berjaya - MTD Pas <b>Benut</b>

Posted: 28 Mar 2012 03:00 AM PDT



Oleh ibn bacoks

MERSING - Rakyat Johor dilihat sudah memiliki satu kesedaran bagi memperjuangkan hak berkaitan masalah tanah sehingga mengakibatkan satu lagi ledakan berlaku ekoran tertubuhnya Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat (TANAH) Johor awal minggu lepas.

Rentetan dari itu, satu majlis yang dipanggil Dialog Isu Tanah telah dianjurkan dengan menampilkan Pejuang Tanah Rakyat PAS, Mazlan Aliman di Kampung Tanjung Endau, Mersing, dekat ini, baru-baru ini.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Abd Razak, kehadiran rakyat ke majlis itu begitu memberangsangkan dan mendapat respon yang baik daripada peserta program yang mempunyai masalah status tanah.

Katanya lagi, Mersing yang terletak di timur Johor antara daerah yang paling banyak terdedah dengan masalah tanah. Antara kawasan yang terlibat seperti di Kampung Tanjung Endau, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang serta Tanjung Resang.

Selain itu, di Taman Sri Mersing dipercayai yang masih bertaraf TOL turut mengalami masalah yang sama.

"Mereka yang hadir terdiri Wakil Penduduk dari Kaum Wanita turut menyatakan permasalahan mereka. Wakil Penduduk dari Kampung Tanjung Resang turut serta menyatakan permasalahan Isu tanah di Kampung mereka. Isu tanah tapak rumah mereka bakal diambil untuk dijadikan padang Golf.

"Malahan ada sebahagian penduduk terdiri daripada kaum lelaki turut serta bersama dalam prorgam Dialog Isu Tanah di Kampung Tanjung Endau meluahkan bahawa sudah 30 tahun lebih masalah mereka berlarutan. Mereka amat-amat memerlukan pembelaan segera," ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat khas isu tanah di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau  yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor berkata, hasil pertemuan pihaknya dengan kumpulan yang bermasalah tanah itu, maka beberapa orang sebagai wakil kumpulan terbabit akan dihantar ke program Dialog Masalah Tanah peringkat negeri Johor yang dijadualkan akan di adakan di Skudai, sabtu ini.

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Banjir Rendam Jalan Protokol <b>di</b> Pontianak - infoPontianak

Posted: 01 Mar 2012 05:48 AM PST

Posted by By at 1 March, at 20 : 40 PM Print

Untuk Kerjasama Media Partner Event, Pemasangan Iklan Barang & Jasa, Barter Produk, Informasi Lowongan Kerja, Serta Sharing Ide Bisnis dengan InfoPontianak Indonesia, Silahkan kirim E-Mail ke:only[at]infopontianak.org

Sejumlah jalan protokol di Kota Pontianak, Kalimantan Barat terendam hingga mata kaki orang dewasa akibat diguyur hujan lebat sejak pukul 17.00 WIB hingga 19.00 WIB, Kamis (1/3/2012).

Dari pantauan di lapangan, akibat genangan air yang terjadi di beberapa titik jalan protokol di Kota Pontianak membuat pengemudi kendaraan yang melewati jalan itu menjadi harus ekstra hati-hati sehingga menimbulkan kemacetan.

"Saya harus berhati-hati saat membawa mobil saat melewati Jalan Ahmad Yani agar tidak terjebak atau 'nyemplung' ke dalam parit kecil," kata Mariance (35) salah seorang warga Pontianak Utara yang kebetulan pulang dari kerja.

Ia menjelaskan, guyuran hujan cukup lebat sehingga saluran pembuangan atau parit kecil yang berada di tengah-tengah Jalan Ahmad Yani tidak bisa menampungnya sehingga meluber ke jalan.

Sejumlah jalan protokol yang terendam air akibat guyuran hujan lebat itu, di antaranya di kawasan Jalan Ahmad Yani dari depan Kantor BPN Pontianak hingga Bundaran Digulis Universitas Tanjungpura Pontianak.

Kemudian genangan air juga terjadi di kawasan Jalan MT Haryono, Suprapto, Waru, M Sohor, Jalan Gajah Mada, Jalan Purnama, serta sejumlah jalan protokol lainnya yang memang langganan tergenang air kalau diguyur hujan lebar.

Hal senada juga diakui oleh Yudi warga Pontianak Barat.

Guyuran hujan cukup deras sehingga membuat jalan-jalan terendam dengan ketinggian bervariasi.

"Biasanya genangan air tidak bertahan lama, kalau di saat bersamaan Sungai Kapuas sedang surut sehingga air cepat turun ke sungai," ujarnya.

Tetapi, kalau disaat hujan deras turun, sementara air Sungai Kapuas sedang pasang tinggi, maka genangan air akan bertahan beberapa jam, kata Yudi. (Fat/Ant)

SUMBER

Related posts:

  1. Pontianak Direndam Banjir
  2. 40 Persen Jalan Kota Pontianak Rusak Terendam
  3. Kembali ke Rumah Panggung
  4. Banjir Kembali Merendam Kapuas Hulu
  5. Baru Hujan Satu Jam, Kota Pontianak Tergenang

PONTIANAK

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2011 03:30 AM PDT

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.

Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.

Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.

Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.

Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda

Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat

Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Full content generated by Get Full RSS.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


NURUL NADIRAH KANAK-KANAK HILANG DITEMUI MATI <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 09:56 PM PDT

Nurul Nadirah Abdullah kanak-kanak yang hilang pada 1 Mac lalu ditemui mati rentung dengan keadaan yang begitu teruk. Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.
Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu.
Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim. Banyak poster telah ditampal disekitar kawasan berkenaan bagi mencari Adik Nadirah.

SAYU... Roselyn Alan,26, iaitu ibu kepada kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang pengsan ditenangkan oleh sanak saudara setelah mengetahui kematian anaknya ketika ditemui di rumah mereka di Masai Johor Baharu, Isnin. Polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Dirang.-fotoBERNAMA

Roselyn yang pengsan ditenangkan oleh sanak saudara dan jiran terdekat.

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Pilihan Anda!: Cikgu Mala &#39;lepas gian&#39; <b>di</b> Sidang DUN <b>Negeri Johor</b>

Posted: 15 Mar 2012 06:01 PM PDT

|

Seronok bebeno Cikgu Mala. Puas le agaknya hati dia. Tak le kempunan. Sekurang-kurangnya dapat juga menjejakkan kaki ke sidang DUN Negeri Johor siang tadi.
Tak dapat duduk sebagai YB, dapat hadir sebagai pemerhati pun, gembiranya tak terkira.

Tengok aje kat posting FB dia hari ni, bertujai-tujai tunjukkan kat fren yang dia berada dalam DUN. Tak tau le, bila dah tengok orang bersidang tu, semangat Cikgu Mala semakin berkobar-kobar atau hilang semangat nak bertanding lagi.


Tapi kalau tengok gaya, Cikgu Mala tak ada gaya YB, setakat gaya receptionist ada le!

Semut Hitam

Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:01 AM. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


TINTA MUTIARA: UMNO/APCO BAHAM TANAH RIZAB MELAYU

Posted: 29 Mar 2012 05:06 PM PDT

  • Tanah Simpanan Melayu (TSM) berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 hektar (1995).
  • 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjong, Perak.
  • 9,000 hektar TSM di Selangor ditukar status kepada bukan TSM. Hanya satu pertiga sahaja (3,000 hektar) di ganti.
  • 200 ekar menjadi tapak kilang simen Perak Hanjoong di Padang Rengas, Perak. Semuanya TSM.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas TSM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar TSM Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambil alih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.
  • 26,000 hektar TSM di Tanjung Langsat, Tanjung Pia, Johor diambil untuk New Town Ship.
  • 300 ekar TSM di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan.
  • Pada tahun 1993, 1,000 ekar TSM di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek pemeliharaan udang.
  • Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur - sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi diambil alih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.
  • 217 hektar tanah KTM di Singapura diserah kepada Singapura.
  • Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.   

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


JEMPUTAN PELANCARAN PERUMAHAN ANJUNG <b>DI MUAR</b>

Posted: 21 Oct 2010 12:00 AM PDT

Keahlian Persatuan adalah terdiri daripada tiga kategori yang berikut: (i) Ahli Biasa, (ii) Ahli Bersekutu dan; (iii) Ahli Kehormat. Ahli-ahli boleh menyertakan maklumat syarikat masing-masing disini, email, facebook badge, twitter dll. Firma professional seperti arkitek, akauntan, jurutera, juruukur bahan, juruukur tanah, juru rancang bandar, peguam, jurunilai, ejen hartanah di Selangor pihak tuan boleh turut serta sebagai Ahli Bersekutu.

ads