Isnin, 16 April 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Tentang Aku: Berjalan Dan Cuci Mata ...

Posted: 11 Apr 2012 12:21 AM PDT

Cuci mata ni seangkatan lah dengan window Soping ... makna dan maksud yang sama ... haha ... pergi dengan my abah dan Tam ... acara dimulakan dengan sarapan pagi di kedai makan Nasi Dagang Simpang Lok Heng ... kedai makan favorite ... hehe ...Aku makan nasi lemak bungkus ... berlaukkan sambal udang, telur rebus dan ayam goreng ... best ... sedap sambal udang dia ... rega untuk sarapan aku ni ialah Rm 4.50 ... tak termasuk air ... aku order air milo tarik .. Rm 1.30 .. total sarapan ku pagi ini ialah Rm 5.80 ... huhu .. tak pe la yang penting sedap makanannya ... berbaloi- baloi ... Aisy makan roti canai ... kuah kari ... sedap rotinya .. lembut dan gebu ... Aisy minum air horlick ais .. pepagi pun nak minum ais ... tak reti sejuk budak Aisy ni ... haha ... sarapan Aisy berharga Rm 2.40 sahaja ... mulut cam tu sebab kemam air ... airnya sejuk .. tu yang muka cam tu ... hahahaTam makan nasi ambeng ... lauk ayam masak kicap, serunding kelapa, sayur goreng ... sedap kata dia ... nasi dia peroi ... rega nasi ambeng ni Rm 2.50 ... air milo suam Rm 1.30 .. total ialah Rm 3.80 ...
Tempat amik makanan kat kedai makan ni ... layan diri buleh .. mintak dia amikkan pun buleh .. terpulang ... kalau tengok orang kedai ni busy .. amik sendiri jek la .. yang bungkus-bungkus tu amik sendiri jek .. ayam goreng ke kuih-muih ke ... mee goreng ke .. amik sendiri jugak .. kalau nak nasi dagang ke soto ke lontong ke roti canai ker barulah dia hantarkan ... masa layanan kena tengok pada berapa ramai pengunjung masa kita datang tu .. kalau ramai orang .. maka masa layanan pun jadi lama dan lambat ler .. tapi tak de la lambat mana pun .. dia dah biasa ramai orang .. kedai ni memang sentiasa ramai ... maklum la .. satu-satunya kedai makan kat area ni .. jadi tumpuan ler ... orang nak ke kota atau ke Bandar Penawar ... di tengah-tengah kedai ni .. Lepas sarapan gerak gi Kota .. destinasi pertama adalah Kedai LENO ... Tam ngan Akma order barang .. kasut dan handbeg .. alat solek pun beli kat sini ... LENO tengah sale sampai bulan 5 nanti .. kasut murah-murah ... best ... Tam order 3 pasang kasut .. 2 untuk diri dia ... 1 untuk suami dia ... 1 untuk abah ... Akma pun mengorder jugak .. sepasang kasut .. sebuah handbeg .. dan maskara anti air ... huhu ... best nyerrr cuci mata kat LENO .. hehe ...
Kasut diperagakan dalam rak besi cam ni .. ni kasut yang ada promosi .. murah-murah ... yang kat rak tepi dinding tu tak de promosi .. harga biasa ... tapi kalau jadi ahli LENO still ada potongan harga .. tu yang best .. hehe ...

Barangan lain yang terdapat di LENO ... jus buah-buahan ... barangan rumah .. barangan kesihatan .. macam-macam ada di LENO ni ...

Sebahagian beg yang dipamerkan ... cantik-cantik ... menawan kalbu ... buleh ke LENO kalau berkenan yer .. hehe

Baju dalaman wanita pun ada ... t-shirt wanita pun ada .. payung pun ada ... seronok kan cuci mata di LENO .. hehe ... semua pun ada ... bawak duit banyak-banyak baru leh belanja di LENO dengan sepuas hati ... huhu ...

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> |

Posted: 03 Apr 2012 09:18 AM PDT

Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang,Johor : 1. Penolong Arkitek Lanskap 2. Penolong Pegawai Perancang Bandar 3. Juruteknik (Elektrik) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> ~ Jobs Blog

Posted: 10 Apr 2012 11:53 AM PDT

NO.POSITIONCLOSING DATELINK
1PENOLONG ARKITEK LANDSKAP - GRED J2916 April, 2012LINK
2PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - GRED J2916 April, 2012LINK
3JURUTEKNIK (ELEKTRIK) - GRED J1716 April, 2012LINK

SEE / DOWNLOAD ADVERTISEMENT HERE...
SEE / DOWNLOAD APPLY FORM HERE..

Image Source : http://1.bp.blogspot.com
Link Source : http://www.mdtangkak.gov.my




NOTE :
Hi, and  welcome to Jobs-View.Blogspot.Com. If you are interested in finding a  new job, check this page regularly where details of job opportunities  will be posted from time to time. Please feel free..this blog is yours.  Please keep it family-friendly, though. Thanks for visit.
Please remember Jobs-View.Blogspot.Com

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


BBQ CNY <b>di</b> Air Terjun <b>Bekok</b>, Segamat.. - DaMiA aLeESyA <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:55 PM PST

Lokasi: Air terjun Bekok, Segamat
Jumlah kereta: 5 buah konvoy sama2
Cuti CNY tak ke mana2 pun..
Sebab sehari sebelum cuti tu baru balik dari KL kan...
Hari sabtu pulak masih kerja cam biasa..petang sabtu pun aleesya masih ada kelas muzik...
So decided gi jalan2 dekat2 jer lah senang..
Last minute punya planning...
Kul 10 pagi buat keputusan, kul 12 berkumpul kat Plaza Tol Skudai..
Ni suami2 punya kerjalah ni...ber LINE, ber WHATAPPS..
Last2 menjadi jugak planning last minute ni...
Aleesya + Ayyunie main tepi2 sungai jer...
Takkan berani diaorg ke tengah tu..
Fuhhhhh...punyalah ramai org kat situ haritu..
Kebetulan ada FAMILY DAY geng2 askar...
Sampaikan katanya jammed nak masuk kereta kat dalam tu, kena angkat kereta ramai2 kereta yang blocked jalan nak masuk ke situ...
Nasib kami baik...kami sampai dalam jam 3 petang kot..masa tu org dah beransur2 nak pulang..
Sampai hangit2 benda ni di bakar oleh para ayah..
Both Damias bawak aksesori main pasir ..
Diaorg ingat nak gi pantai agaknya..
Apa2 pun both Damias memang seronok datang sini..
Tapi berani main kat tepi2 jer lah..
Hubby2 sibuk berBBQ sambil gossip2 agaknya...hehe
Gaya si ayah menyudahkan anak mandi di sungai...
HAha....tgk ler para ayah mandikan anak2 ....siap sabun bagai lagi kat sungai tu...ekekeke
p/s: kali ke dua kami ke sini...

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> |

Posted: 03 Apr 2012 09:18 AM PDT

Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang,Johor : 1. Penolong Arkitek Lanskap 2. Penolong Pegawai Perancang Bandar 3. Juruteknik (Elektrik) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> ~ Jobs Blog

Posted: 10 Apr 2012 11:53 AM PDT

NO.POSITIONCLOSING DATELINK
1PENOLONG ARKITEK LANDSKAP - GRED J2916 April, 2012LINK
2PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - GRED J2916 April, 2012LINK
3JURUTEKNIK (ELEKTRIK) - GRED J1716 April, 2012LINK

SEE / DOWNLOAD ADVERTISEMENT HERE...
SEE / DOWNLOAD APPLY FORM HERE..

Image Source : http://1.bp.blogspot.com
Link Source : http://www.mdtangkak.gov.my




NOTE :
Hi, and  welcome to Jobs-View.Blogspot.Com. If you are interested in finding a  new job, check this page regularly where details of job opportunities  will be posted from time to time. Please feel free..this blog is yours.  Please keep it family-friendly, though. Thanks for visit.
Please remember Jobs-View.Blogspot.Com

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


IKRAM Pontian: Jom Jadi Insan Cemerlang <b>di</b> SMK <b>Benut</b>

Posted: 30 Mar 2012 07:12 PM PDT


12 Mac 2012.- Seramai 93 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 KAA (Kelas Aliran Agama) dan RK (Rancangan Khas) SMK Sri Tanjung, Benut telah menghadiri program ini. Tahniah semuanya. Ucapan terimakasih kepada pihak sekolah yang telah menjemput kami buat kali ke-2.
Terimakasih juga kepada penceramah: Saudara Halim Ali (JK Remaja dan Belia) dan Ustaz Fadhli ( IKRAM Kluang), juga kepada semua fasilitator. 

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


TITISAN NURANI: Sejenak <b>di</b> Jakel, <b>Tampoi</b>

Posted: 01 Mar 2012 04:36 PM PST

Tarikh 25-02-2012. Sementara anak-anak yang duduk di asrama diberi kelepasan untuk balik ke rumah pada hujung minggu aku bersama anak-anak telah pergi ke Jakel, Tampoi. Sungguh rambang biji mata melihat beraneka warna dan corak kain berderet-deret. Tujuan asal mahu mencari tudung buat Yasmien sebagai basahan di asrama tetapi akhirnya kami terjebak membeli kain bahan. Bila tiba di kaunter baru sedar lima ratus juga kami berhabis. Tapi dengan jumlah terkumpul itulah membolehkan kami layak untuk menyertai cabutan bertuah. Kalau ada tuah itu bolehlah dapat sebuah kereta Myvi atau paling tidak dapat laptop (berangan dulu hihihi....). Mereka yang berbelanja seribu ke atas boleh masuk ke peti cabutan bertuah yang ganjarannya dapat melancung ke Paris (hebat kan....).

Kini telah ada dua pasang kain yang belum berjahit setiap seorang. Niat di hati untuk dipakai dihari pernikahan sepupu anak-anak yang bertunang pada tahun lepas. Dijangkakan dapatlah dipakai pada pertengahan tahun. Tudung Yasmien pula telah siap berjahit dan akan dihantar pada hari Ahad ini.


~~ Kena pergi sekali lagi untuk persediaan awal sebelum menjelang puasa. Lama sudah aku praktikkan tidak menjahit di waktu bulan Ramadhan. Terasa lebih tenang.~~

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 08:22 PM PDT


Blog Felda: <b>felda kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2012 08:22 PM PDT


think health, not drugs: Sukarelawan Prihatin di Sembrong

Posted: 02 Apr 2012 08:30 PM PDT

Ahli SKUAD 1Malaysia kawasan Parlimen Sembrong telah melalui latihan kemahiran hidup pada 1 April 2012 di Eco Resort Gunung Lambak, Kluang. Ahli- ahli SKUAD sangat bersemangat dan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu ambil berat, ambil tahu, perhatian , kasih sayang dan peka... Semua perkataan ini adalah menggambarkan maksud prihatin.Para peserta juga berpeluang mengikuti sesi outreach di Felda Kahang Timur. Peluang tersebut telah digunakan untuk mengenali klien dan ahli keluarga klien.

Memang semua para peserta sporting dan aktif.. Terima kasih Cikgu Jah, Ida, Ju, Ezza dan yang lain-lain.. semoga berjumpa lagi dan selamat bersukarelawan!

                                                SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


Bercuti <b>di</b> Lotus Beach Resort <b>Desaru</b> Best Tapi.... - Cik Betty Suka <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:21 PM PST

Sebab takda sekeping gambar pon dapat dirakamkan buat kenangan. Tak dapat nak menunjuk-nunjuk dekat korang kan huhu.
Ni semua gara-gara encik papa terlalu seronok nak terjun dalam kolamlah ni. Lalu iphone dalam poket seluar dia pon turut sama bergembira berenang-renang. Dahla kami ni takda kamera. Iphone cabuk tu jelah tempat bergantung untuk amik gambar.
Nak ngarang cerita pon tak seronok sebab takda gambar. Korang pon pasti sangat malas nak baca karangan SPM 5 mukasurat kan kahkahkah.
Jadi, karangan berikutnya boleh dibaca kalau korang berniat nak bercuti ke sini. Kalau tak nak, boleh terus pegi komen kahkahkah.
Buat anda yang nak bercuti ke Desaru tak rugilah pegi Lotus Beach Resort ni. Sesuai untuk famili yang ada anak kecik berderet-deret pasal water park kat sana best jugaklah. Ada gelongsor air. Sesuai untuk anak-anak dan juga mama dengan papa pon boleh main slide sama-sama. Tapi kalau mama nak main sama pastikan keluarga anda tidak membawa barang berharga ke water park ni. Baju salin pon bawak yang buruk-buruk je. Jadi kalau kena kebas pon taklah ralat sangat kan. Kalau tak nanti mama kena jadi tukang jaga beg. Ataupon bawalah nenek kepada anak-anak anda bercuti sama, jadi tugas nenek jaga beg haha. Kejam sungguh.
Untuk korang yang masih muhda-muhdi dan sukakan aktiviti mencabar tak payah pegi water park ni. Buatlah aktiviti laut yang lain macam parasailing ke, naik bot pisang ke (banana boat), naik ikan terbang ke, berkayak tunggang terbalik ke, naik jet ski ke, pandu ATV ke, pegi naik bot sambil mancing ke. Tinggal siapkan duit je.
Kalau takut sunburn boleh pegi Ayurvedha spa atau tido jelah dalam bilik yang selesa atau main indoor game tak pon bersiar-siar naik buggy pusing keliling sampai driver buggy tu tendang korang keluar. Kat sini ada disediakan servis buggy pasal agak jauh kalau nak jalan kaki pegi pantai, tempat makan atau water park. Nak jalan pon boleh takde sape marah.
Pasal breakfast kat resort ni makanannya ok-ok sajalah. Tak banyak pilihan sangat. Kang kalau banyak-banyak korang yang pening nak melantak yang mana pulak kan. Kalau nak carik restoran kat luar atau nak carik kedai runcit boleh pegi Bandar Penawar. Tapi kedai dan restoran pon tak banyak sangat kat sini. Nak carik maggi cup pon kena terjah 2-3 buah kedai baru jumpa.
Kat bawah ni harga suite. Rasanya kat sini penginapan dia semua jenis suite. Suitenya pulak bertangga tinggi. Jadi kalau korang ada anak kecik yang hobinya turun naik tangga dan memanjat palang agak mengerikan jugalah.
Kalau pegi time public holiday meleleh air mata sebab ada surcharge RM58. Untuk mengelakkan pembayaran lebih booking awal-awal. Bookinglah sekarang kat >>SINI untuk sesal dahulu pendapatan.

Sekian. Dah macam ejen pelancongan lah pulak karangan ni. Tulah jadinya kalau takda gambar nak cerita.

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Pendidikan percuma, Najib kantoi menipu <b>di Batu Pahat</b>! - MiLo SuaM

Posted: 14 Apr 2012 07:53 PM PDT

LIHAT laporan akhbar propaganda Regim Barisan Nasional di bawah ini baik-baik. Kata Najib, "hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya" [Kosmo]

Di bawah ini pula 5 rakaman video bukti Najib menipu orang di Batu Pahat. Video-video berikut adalah rakaman perbualan telefon secara terus dengan 5 buah kedutaan negara Brunei, Argentina, Finland, Norway dan Jerman

Pendidikan percuma di Brunei. Brunei Darulsalam High Commission of Malaysia in Bandar Seri Begawan. Tel: +673 2 38 1095

Pendidikan percuma di Argentina. Embassy of Argentina in Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603 21441451.

Pendidikan percuma di Finland. Embassy of Finland, Kuala Lumpur Tel: +60 342577746

Pendidikan percuma di Norway. The Royal Norwegian Embassy in Kuala Lumpur Tel: +603 21750300.

Pendidikan percuma di Jerman. Embassy Of The Federal Republic Of Germany‎ Tan & Tan Tower F20 Jalan Tun Razak 50450 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Tel: 03-2170-9666.

Buat makluman para pembaca yang dihormati. Berikut senarai antara negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma.

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary, Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad, Tobago, Brunei, Turkey, Oman, dan Saudi Arabia.

Tentu tak larat nak hubungi kesemua kedutaan, namun jika perlu anda boleh hubungi sendiri mana-mana kedutaan yang anda suka seperti yang disebutkan di atas, sila lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia menipu orang Batu Pahat.


ReJaM© "1 Malaysia, rakyat di(dungu)kan, duit diu(tamak)kan..."

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Bantah kehadiran Anwar <b>di Endau</b> – Perak Today

Posted: 17 Feb 2012 05:10 PM PST

SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.

Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.-Utusan

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Bakso <b>Parit Raja</b> Darat - johore ------->>> terengganu. a long journey

Posted: 13 Apr 2012 07:45 PM PDT

Kalau ke Parit Raja, aku tidak lupa untuk singgah makan bakso di sini. Akan tetapi, terkadang, mengecewakan, bila mana gerai itu tutup atau tidak menjual bakso pada hari itu atau bakso telah habis pada hari itu. Bukan sekali, malah banyak kali juga kekecewaan melanda kerana tidak dapat makan bakso.

Tempoh hari, singgah di kilang kerepek untuk mengetahui harga kerepek terkini dan tersensasi. Usai berbual dan membeli sedikit kerepek di kilang itu, aku bertanya kepada budak penjaga kilang itu dimanakah bakso yang paling sedap di Parit Raja.

"Abang terus, pastu belok kanan menghala ke Parit Raja. Kat simpang tu ada gerai bakso sebalah kanan."
"Depan masjid Parit Raja Darat ke?" aku bertanya
"Aah, yelah tu. Kedai tu memang terbaik. Orang jauh-jauh pun datang makan kat situ" Budak itu menjawap.

Owh! Ini sudah bagus. Dekat saja gerai bakso itu. Hanya kurang 2km dari kilang itu. sebelum ini, aku perlu memandu hampir 10km untuk makan bakso dari kilang itu.

Gerai itu betul-betul depan Masjid Parit Raja Darat.


Gerai itu agak terperosok, bersebelahan bengkel membaiki motosikal.

Suasana kedai biasa sahaja. Macam kedai kopi kampung yang tipikal.

Aku dan Pn. Nurul memesan dua mangkuk bakso.

Dia punya bakso memang mewah. Daging besar dan banyak. Isinya campuran antara soo hoon dan mee hoon. Rasa dia memang cemerlang. Kena pula dengan sambal kicap. Fuh! Memang terbaik dari kebun!

Makan panas-panas. Berpeluh! Sedar tak sedar tinggal kuah sahaja.

Bakso memang cemerlang. Tapi servis tahap longkang. Tauke perengus. Pelayan pula susah nak senyum. Tipikal bagi gerai makan yang sedap.

Betul sangat apa yang video ni kata pasal orang MALAYSIA... Hahaha!!

Harga macam ni lebih murah harga nasi lemak kat Dungun

Cari kerja kosong di sini!

Ferrari = Italy

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Liza & Zainudin @ <b>Labis</b>, Segamat | Saifudin Photography

Posted: 30 Mar 2012 08:23 AM PDT

Pada 10 dan 11 Mac yang lalu kami telah pun di hire menjadi official photographer untuk majlis perkahwinan Liza dan zainudin. Majlis bertempat di Taman Mewah, Labis, Segamat Johor. Coverage yang diberikan adalah untuk majlis pertunangan, akad nikah, outdoor, malam berinai, berzanji, bersanding dan potong kek. Walaupun sangat meletihkan tetapi kami berasa gembira penat lelah kami di balas dengan senyuman dan layanan keluarga pengantin. Kebetulan tak jauh dari surau, ia memudahkan kami untuk berehat, solat dan mandi. Sebenarnya ini kali kedua zainudin memanggil kami. Tahun lepas kami cover untuk majlis perkahwinan kakak beliau. Sila klik di sini untuk melihat post kami mengenai kakak belia di sini http://photography.saifdesign.com/zalinafelda-redong-segamat/ dan update mengenai design Custom album di sini http://photography.saifdesign.com/preview-design-custom-album-zalina/

Biasalah, jika hasil kerja kita memuaskan pasti orang akan cari kita lagi di masa hadapan. Apa pun alhamdulillah.. sedikit gambar untuk dikongsikan.

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 017-7149632

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Tentang Aku: Melawat Pusat Jualan Perodua <b>Plentong</b>

Posted: 05 Mar 2012 02:58 AM PST

Hari ni gi Pusat Jualan Perodua kat Plentong ... adik aku, Tam nak survey kereta ... tengok-tengok dan tanya-tanya ... hehe .. kalau berpuas hati dan mencukupi budget yang ada .. baru buat keputusan .. gituuuu ...
Pusat Jualan Dan Servis Perodua, Plentong ... 

Kami gerak dalam kul 8.00 pagi .. ikut highway Desaru - Cahaya Baru ... naik highway Pasir Gudang .. keluar kat Plentong .. terus jek tuju ke Perodua ... sampai jek terus cari salegirl perodua yang bernama Siti .. sebab dah buat temujanji dengan dia sebelum datang tadi ... tapi Siti tak de pulak ... ada urusan dalaman .. hmm .. tapi dia dah pass kitaorang pada kawan dia .. salesgirl perodua nama Umie ...

Sebelum berbincang kitaorang tengok-tengok kereta dulu ... tengok dari luar jek .. nak bukak-bukak segan pulak .. belum dipelawa gituuuu .. hahaha ... baru jek Umie nak mulakan perbincangan .. Siti dah datang .. alhamdulilah ... senang sikit nak bincang kalau ngan Siti .. ya la .. dah kenal .. jadi rasa selesa sikit nak tanya itu dan ini .. hehe ...

Kereta Myvi 1.3 ezi ... yang display kat ruang legar Pusat Jualan Perodua ... tengok dan belek sahaja .. haha
Tam cuba-cuba duduk kat tempat pemandu .. Nua cakap duduk dengan selesa .. Tam segan-segan nak betulkan kerusi takut kena marah ngan salesman kat situ .. hahaha ...

Sempat bergambar kenangan ngan kereta Myvi yang didisplay kat ruang legar Perodua ..

Aisy pun nak posing kat kereta jugak .. wah .. semua nak posing .. mama pun nak jugak .. hahaha 
Selepas mendengar penjelasan panjang lebar dari Siti mengenai perbezaan kedua-dua kereta Myvi dan Viva .. tentang perbezaan harga .. perbezaan keselesaan pemanduan .. macam-macam la kami tanya ... sampai tuan empunya badan rasa yakin mana satu yang jadi pilihan hatinya .. setelah di kira-kira dan ditimbang-timbang ... Tam ngan Nua sepakat nak amik Myvi 1.3 ezi ... wah .. wah .. best nya .. tapi sebab Tam tak stand by dokumen-dokumen yang diperlukan .. maka urusan tak dapat dilakukan hari ini ... tunggu Tam bagi dokumen-dokumen dulu baru leh proses urusan jual beli kereta tu ...

Siti sedang memberi penerangan tentang kereta-kereta dan harga-harga ... Tam mendengar dengan khusyuk sekali .. Akma pun mendengar dengan penuh minat ... nak jugak ker??? hehe ..

Perbincangan sendiri pulak .. luahkan apa yang diaorang paham dari penerangan Siti tadi .. haha .. muka cam puas hati jek .. puas hati ker???? .. rilex la .. tanya semua sekali .. keluarkan apa yang terbuku dan tanda tanya dalam kepala tu .. Siti tak marah kalau korang tanya banyak-banyak pun .. kannn Siti kannn .. hehe ...
Aisy bosan tengok orang bercakap aje .. dia ajak aku gi teman dia main kat play ground ... hmm .. malas nya .. nak dengo orang berbincang .. tapi kena lah jugak temankan bila dia mula tunjuk perasaan .. hmm .. Aisy ni kacau daun betul laa ... haha

Abis bersepah di buat Aisy ... bukan nak kemas mainan yang dia dah tak nak main .. makin dia tambah ada la .. dia sorang jek yang main kat sini .. tak de bebudak lain .. maklum la hari sekolah .. Aisy tak sekolah .. kannnn ...
Pastu test drive kereta Myvi 1.3 ezi ... Siti suruh Tam bawak .. Tam takut-takut plus gementar .. sebab tak biasa bawak kereta lagi .. dia suruh suami dia yang bawak .. haha .. apa daaaa .. tak pe .. nanti dah bawak balik umah .. leh biasa-biasa kan bawak .. pusing-pusing kat padang .. yakin buleh ... pasti buleh .. Tam buleh .. hehe ...
Deretan kereta test drive .. Myvi, Lagi Best, Lagi Power, Alza, Viva .. pilih aje .. ada bran .. haha

Diaorang gi test drive kereta Myvi 1.3 ezi .. aku tak ikut .. dah penuh kereta .. malas nak bersesak-sesak .. hehe .. bukan jauh pun pusing-pusing .. sekejap jek .. haha
Lepas selesai urusan perbincangan di Perodua .. kami gerak gi The Store Johor Jaya ... nak survey barang baby .. Tam nak survey harga jek dulu .. maklum la dia baru 6 bulan .. tunggu 7 bulan baru nak completekan beli barang ... sebab bila kandungan dah 7 bulan, nurse akan datang umah untuk pastikan segala keperluan untuk melahirkan sudah disediakan .. bukan apa .. dikhuatiri bersalin awal .. barang-barang baby lum stand by .. kalau cam tu alamatnya balut kain pelekat la baby dia nanti .. hahaha ...
Tapi malangnya, bahagian atas The Store Johor Jaya dalam proses pembikinan ... jadi semua bahagian atas dipindahkan ke bangunan yang berhadapan dengan The Store lama ... hmm .. hujan pulak tu .. Tam malas nak meredah hujan ... takut demam pulak nanti .. jadi .. tak jadi nak survey barang baby kat sini ...
Aku cakap jom gi makan .. lum makan sarapan lagi ni .. padahal masa tu dah kul 11.30 pagi ... haha .. nak makan kat mana tanya diaorang .. aku cakap kat KFC .. lama tak makan kat KFC .. semua tak nak .. hampeh tul .. diaorang nak makan pizza .. hmm .. buleh la .. pizza pun sedap jugak .. hahaha
Pizza Hut Johor Jaya .. first time makan kat sini .. huhu ..
Pizza Hut Johor Jaya tak de tempat makan rupanya kat tingkat bawah .. tempat makan semuanya kat tingkat atas ... wah .. best jugak makan kat tingkat atas .. kitaorang pilih meja yang paling ujung .. kat tepi tingkap .. leh tengok pemandangan dari atas ..
Pemandangan dari atas Pizza Hut .. hujan .. nasib baik tak jem jalan .. lum lagi kot .. orang lum kuar lunch lagi ...
Order yang set 4 orang ... plus kepak ayam honey and spicy 4 ketul ... aiskrim untuk Aisy .. dah tu jek .. jangan bebanyak ordernya .. nanti tak habis ...  pembaziran .. huhu ...
Air yang diorder haruslah coca-cola .. cam tak de pilihan lain pulak .. padahal ada jek pilihan air yang lain .. tapi entah kenapa yer .. setiap kali makan pizza .. mesti minum air coca-cola .. memang sejodoh .. air coca-cola ngan pizza ni agaknya .. hahaha

Sup krim cendawan ... dah ditabur dengan serbuk keju ... pastu aku tabur pulak ngan serbuk lada sulah .. hmm .. rasanya jadi lebih sedap dari biasa ... tak semua tempat letak serbuk keju dalam tray sos ... kadang-kadang yang dalam tray tu cuma sos cili, sos tomato ngan serbuk lada sulah jek ... tak best langsung .. kat sini lengkap .. semua ada .. cehhh .. cam promote suh datang makan kat sini pulak .. haha

Aiskrim Aisy .. nama dia double delite kot .. tak perasan sangat .. haha .. sampai-sampai jek terus kena serbu .. tak sempat nak snap pic .. cissss .. korang ni memang geragok la .. haha ...

Kepak ayam sweet & Spicy .. sedappp .. suka sangat niiii ... sekarang kalau makan kat pizza mesti nak makan kepak ayam ni .. dapat seketul pun jadi lah .. wah .. kemaruk namanya tu ... hahaha


Hawaiian Chicken with Cheeze Lava .. Akma yang order ini pizza .. bedal kasi licin yer ...

Yang ni pizza kesukaan aku .. Super Supereme Beef ... paling sedap dalam banyak-banyak menu pizza .. pada selera aku la .. lain orang lain citarasa .. kannnnn ...

Aisy nak makan sup .. tapi aku suruh dia pandang kamera dulu .. geram jek dia pandang aku .. haha .. rilex la dikkk .. tak lari sup tu .. hahaha

Dia tengok orang semua letak .. dia pun nak letak .. banyak pulak tu .. abis la .. tak sedap la rasa sup dia .. tapi sampai licin sup dihirupnya .. ngan mama punya dikebasnya .. aiskrim pun habis dia makan .. wah .. wah .. tapi pizza dia tak sentuh langsung .. kenyang makan sup ngan aiskrim jek .. tak pe la ya dikk .. janji perut kenyang sudah ...

Semalam jadi model iklan sos ngan model iklan dapur gas .. hari ni jadi model iklan kepak ayam pulak .. agak-agak yang mana paling sesuai .. hahaha ..
Siap makan .. gi tengok-tengok cenderahati kat kedai cenderahati .. tengok-tengok jek .. bukan beli pun .. haha .. Akma jek beli hiasan hp .. buleh la .. wat sejuk hati pekedai tu .. penat dia ikut kitaorang ke hulu ke hilir .. ikut jek .. hahaha ...
Itu lah kedai cenderahati nya .. yang ada bantal peluk kecik kat depan kedai .. Akma yang nak gi tengok .. Tam pun suka jugak nak cuci-cuci mata .. aku ikut jek .. suka jugak sebenarnya .. hahaha
Pastu gerak ke Giant plentong .. Tam nak tengok barang baby kat situ .. hmm .. 1 jam duk membelek-belek sambil kalkulator harga barangan baby .. haha .. aku ngan Aisy malas nak ikut dia .. dia ngan suami dia belek barangan baby .. aku ngan Aisy gi merayap .. Aisy tolak troli .. aku takut jek kena orang ke barang ke .. naya jek kena marah nanti .. sambil tengok sambil ambik .. yang perlu jek .. bahan-bahan nak buat biskut batik ngan sudip non lekat ... hmm ... baru tak lekat coklat kat sudip .. haha .. try petang ni .. menjadi tak percubaan aku ni ... haha ...
Haaa .. belek jangan tak belek .. kira jangan tak kira .. haha ... kira betul-betul .. jangan lari budget .. dan jangan beli banyak-banyak .. nanti pembaziran berlaku ... beli sikit-sikit dulu .. dah bersalin nanti leh tambah lagi kalau tak cukup .. sebab baby ni cepat membesar .. karang tak habis lagi stok baju baru dah tak muat .. hehe ..

Keletihan membelek baju dna barangan baby ... sampai terduduk kat rak baju ... alala siannya mak buyung .. kaki dah krem asik berdiri, berjalan aje ... hahaha ..
Siap semuanya .. gerak hantar Akma balik hostel dulu baru kitaorang balik .. adik ipar aku, Nua bawak kereta dengan tenang sekali ... tak seperti selalu .. bawak cam kat litar sepang jek lagaknya .. haha .. mungkin sebab isteri dia pregnant kot .. tu yang slow sikit gelora darah muda dia tu .. hehe ...

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Liza & Zainudin @ <b>Labis</b>, Segamat | Saifudin Photography

Posted: 30 Mar 2012 08:23 AM PDT

Pada 10 dan 11 Mac yang lalu kami telah pun di hire menjadi official photographer untuk majlis perkahwinan Liza dan zainudin. Majlis bertempat di Taman Mewah, Labis, Segamat Johor. Coverage yang diberikan adalah untuk majlis pertunangan, akad nikah, outdoor, malam berinai, berzanji, bersanding dan potong kek. Walaupun sangat meletihkan tetapi kami berasa gembira penat lelah kami di balas dengan senyuman dan layanan keluarga pengantin. Kebetulan tak jauh dari surau, ia memudahkan kami untuk berehat, solat dan mandi. Sebenarnya ini kali kedua zainudin memanggil kami. Tahun lepas kami cover untuk majlis perkahwinan kakak beliau. Sila klik di sini untuk melihat post kami mengenai kakak belia di sini http://photography.saifdesign.com/zalinafelda-redong-segamat/ dan update mengenai design Custom album di sini http://photography.saifdesign.com/preview-design-custom-album-zalina/

Biasalah, jika hasil kerja kita memuaskan pasti orang akan cari kita lagi di masa hadapan. Apa pun alhamdulillah.. sedikit gambar untuk dikongsikan.

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 017-7149632

ads