Jumaat, 4 Mei 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 07:22 PM PST


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2011 07:22 PM PST


IsmailDotCom: Rombongan Hantar Pinangan Ke <b>Felda Lok Heng</b>

Posted: 29 Dec 2011 07:30 PM PST

Pada 18 Disember yang lepas, Isz dan isteri telah mengikuti rombongan meminang untuk adik Isz, Cikgu Zulkefli di Felda Lok Heng. Datang untuk merisik dan tunang. Buat simple saja, tiada hantaran. Hanya bawa 2 belah cincin dan kek.

Sempat juga kami beramah mesra bersama keluarga belah perempuan dan berkenalan dengan lebih rapat lagi. Memandangkan tinggal adik Isz yang belum kahwin lagi, memanglah risau juga. Nasib baik dapat bertemu jodoh dengan orang Johor juga. Bila dah kahwin, senang nak balik kampung masa raya nanti. 

Kak Yati (isteri abang Isz), Kak Ngah dan anaknya, Syakirin

adik Izs yang duduk di tengah-tengah ni

mak dan ayah belah perempuan


Di harap ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan. Setelah selesai semua urusan, kami pula dihidangkan jamuan makanan dan sedap-sedap belaka masakannya. Alhamdulillah, kenyang....

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


WALIMATUL URUS 9W2BJR <b>DI BEKOK</b>, SEGAMAT (18/12/2011)

Posted: 30 Nov 2011 07:33 PM PST

[unable to retrieve full-text content]WALIMATUL URUS 9W2BJR DI BEKOK, SEGAMAT (18/12/2011). Jemputan ke Majlis Perkawinan 9W2BJR (Abg Aiman) dgn isteri 9W2LYN pada 18hb Disember 2011 di Bekok, Segamat. Kehadiran di hargai. Posted by Abd ...

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


TERATAK DHIA: Kelas Aneka Talam <b>Di Johor Bahru</b>

Posted: 29 Apr 2012 09:55 PM PDT

Kelas Talam Part 1 Di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor masih ada kekosongan lagi...berminat direct contact Linda 012-7666486

Tarikh : 5/5/12 Sabtu (Cuti Wesak Day)
Yuran : RM200/pax 10resepi++
Tempat : Di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor
Masa : 9.30pg-selesai
Deposit : RM100sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kelas berlangsung
* No akaun CIMB akan diberi kpd yg betul2 berminat.


Jenis Talam:
Talam Jagung
Serimuka Delima Pandan
Talam Sekoteng
Talam Cendol
Talam Suji
Talam Tokyo / Talam Sagu
Talam Roti
Talam Keladi
Talam Peanut Butter
Talam Dhia

Xtra2 resepi talam lagi akan dpt, Linda akan tunjuk cara mengolah dari resepi2 kat atas....berbaloi2 utk hidangan keluarga &tambah pendaptan jika buat jualan....
Pembaris khas akan ditunjuk utk memotong kuih talam supaya mndapat potongan yang cantik & kemas...


Tip2 & teknik akan ditunjuk mendapat kuih talam yg cantik.
Terma & syarat:
1. Sila booking tempat & jelaskan bayaran deposit sebelum tarikh dateline yg dinyatakan diatas, tujuan pengesahan kehadiran & memudahkan pihak penganjur menyediakan perkara2 yg berkenaan.
2. No akaun akan diberi (CIMB ).
3. Sila inform selepas bayaran deposit dimasukkan tujuan pengesahan kehadiran.
4. Jika tidak cukup peserta Linda berhak batalkan kelas & tunda ke tarikh baru.
5. Wang deposit:
i ) Kegagalan pihak kami mengadakan kelas seperti tarikh yg dinyatakan, pihak kami akan pulangkan wang deposit anda jika anda tidak dpt hadir pd tarikh baru / kelas terus dibatalkan.
ii) Jika peserta tidak dapat hadir atas kegagalan sendiri wang deposit tidak akan dipulangkan....harap maklum.
6. Yuran termasuk makan tengahari & minum, nota resepi & bekas utk mengisi hasil belajar ( utk kelas-kelas tertentu shj, jika perlu peserta dimaklumkan utk membawa bekas sendiri).
7. Sila bawa apron, kain lap & pen.
* rujuk bawah iklan, ada peralatan-peralatan lain yg perlu dibawa sendiri bergantung pada jenis kelas yang peserta ikuti, harap maklum.
8. Lain-lain info akan berubah mengikut keadaan & masa tanpa notis...rujuk info2 terkini, harap maklum.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Farik Salleh: Klinik, karnival sukan cungkil bakat <b>di Pengerang</b>

Posted: 20 Apr 2012 11:29 AM PDT

KOTA TINGGI 19 April - Pembangunan sukan di Pengerang akan diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat muda melalui penganjuran klinik sukan atau karnival sama ada di peringkat kawasan mahupun daerah.

Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semangat dan minat untuk bersukan dapat melahirkan bakat-bakat muda berpotensi yang bukan sahaja akan membawa kebanggaan kepada Pengerang malah mampu mengharumkan nama negara.

"Mereka perlu digilap dan dilatih, jangan jadikan soal kewangan membataskan program sukan di daerah ini. Justeru, saya berharap lebih ramai pihak akan tampil dalam usaha membantu membangunkan sukan di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan dan penyerahan sumbangan peralatan sukan kepada 27 persatuan belia Parlimen Pengerang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan daerah, Razak Atan dan Ketua Kampung Felda Sening, Juraimi Jawahir.

Sebanyak lima acara sukan dipertandingkan pada karnival tersebut iaitu bola jaring, bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan bola keranjang.

Oleh Farik Salleh
Utusan Malaysia / Johor
Jumaat 20 April 2012





01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Betol-betol Hangat!: Edisi Pelik! Misteri Tengkorak Dalam Dusun <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 05:58 PM PDT

"Pada mulanya saya sangka sekumpulan remaja itu bergurau, namun setelah melihat dengan mata kepala sendiri, barulah saya percaya cerita mereka bertemu tulang manusia di dusun buah itu benar," demikian beritahu Abd Halim Abd Ghani, 41, yang terkejut dengan penemuan tidak disangka-sangka itu.

Menceritakan detik-detik awal sebelum menjumpai tulang manusia itu, Abd Halim yang juga seorang penjual burger di Kampung Pasir, Pekan Nenas, berkata, segala-galanya bermula setelah mendengar cerita sekumpulan remaja yang datang berkunjung ke gerainya.


"Ada empat remaja belasan tahun datang ke gerai burger saya yang terletak betul-betul di hadapan sebuah dusun buah-buahan itu kira-kira jam 7 malam Khamis lalu. "Mereka memberitahu saya yang mereka terjumpa tulang manusia di dalam dusun berkenaan, namun saya tidak ambil peduli kerana menyangka mereka hanya bergurau. Lagipun dusun itu memang sering menjadi lokasi tumpuan remaja mengambil buah mempelam dan jering," katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, hatinya berasa gusar sebaik sahaja tiba di rumah selepas habis berniaga.

"Saya tidak boleh tidur mengenangkan cerita sekumpulan remaja tersebut. Kata-kata mereka menyebabkan saya jadi tidak sedap hati," katanya.

Berikutan itu, keesokan harinya Abd Halim bertekad memberitahu salah seorang sahabatnya, Mohd Salleh Marim, 65, tentang perkara tersebut.

"Kira-kira jam 4 petang Jumaat, saya dan Mohd Salleh pergi ke dusun berkenaan untuk memastikan kebenaran cerita yang diberitahu remaja tersebut. "Alangkah terperanjatnya kami apabila ternyata mereka bercakap benar. Kami jumpa tulang-temulang manusia berserakan di bawah pohon mempelam di dalam dusun tersebut," katanya.

Menurut Abd Halim, pada mulanya dia mengesyaki tulang yang berserakan itu adalah tulang haiwan, namun mengakui ia tulang manusia setelah menemui tengkorak yang masih mempunyai gigi.

"Hampir keseluruhan tulang tersebut telah tertimbus ke dalam tanah. Tulang-tulang yang berserak dipercayai akibat dimakan biawak," katanya yang turut menemui sehelai baju-T berwarna kelabu di kawasan tersebut.

Dia kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Nenas pada hari yang sama. Sementara itu, Mohd Salleh yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Pasir pula berkata, dia amat terperanjat dengan penemuan itu kerana tidak ada penduduk yang bercerita mengenai bau busuk di dalam dusun berkenaan sebelum ini. Menurutnya, kawasan dusun terbabit berhampiran dengan kawasan perumahan di Taman Sri Bahagia 2 dan juga beberapa rumah penduduk Kampung Pasir.

"Kemungkinan tulang terbabit milik warga asing kerana tidak ada orang kampung ini yang mengadu kehilangan ahli keluarga," katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zahliman Jamin berkata, pihaknya terus berkejar ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat orang awam. Katanya, berdasarkan pakaian yang ditemui, dipercayai tulang terbabit milik seorang lelaki dan ia dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan berdasarkan tulang yang dijumpai, kemungkinan ia telah lama berada dalam dusun terbabit," katanya.

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Irissa Laundry Kini <b>Di Parit Raja</b> - Cebisan Kenangan Dalam <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2012 12:31 AM PDT


Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah... Irissa Laundry kini berkembang lagi dengan penubuhan cawangan baru di kawasan jajahan Parit Raja...
Di Parit Raja ini, kami fokus kepada cucian karpet dan tilam petak-petak sahaja.. Basuhan biasa, kami bukan taknak ambil, tapi dah banyak sangat kedai dobi di Parit Raja nie.. Kalau ikut kiraanlah, ada dlm 6-7 kedai kalau tak silap...
Strategi memfokuskan kepada cucian karpet nampaknya membuahkan hasil. Sejak seminggu lalu, bibik dah tak menang tangan mencuci karpet saban hari.. Buat masa ini, bibik seorang sahaja pekerja yang bertugas menguruskan karpet.. Saya nak tolong, memang dah tak mampu dah... Badan makcik dan "sizen" dah, dah tak sekuat dulu...
Pulaknya, ramai kawan-kawan yang mintak tolong, collect karpet di rumah... Sepanjang hari ini, saya meround hingga ke Peserai dan Taman Pantai, Batu Pahat untuk collect karpet, sampaikan bisa bisa perut makcik dibuatnya... Sampai semula di rumah malam tu, terus collapse, tak mampu dah nak buat apa-apa... Cakap kat Mus, "itulah abang.. Nak bawak bibik tak bagi, kan dah sakit perut nie.." Biarkan dia tau, yg isteri dia ni belum betul betul sembuh lagi... Lepas daripada hari tu, barulah dia nak tolong aku pegi collect karpet...hehe...

Insya Allah, nantikan satu lagi projek Irissa Laundry dalam bulan Mei nie... Projek masih dalam peringkat perancangan, tapi permintaan dah banyak diterima... Sasaran saya, masa birthday saya 29 Mei ni, kalau dapat jalan, tentu lebih manis kan... Tapi, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Allah kan sebaik-baik perancang, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita... Semoga Allah senantiasa memudahkan laluan buat saya. Syukran Ya Allah...

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


~ Luahan Hati Budak @beL91 ~: Orinteering <b>Di Pasir Gudang</b>

Posted: 09 Apr 2012 12:59 AM PDT

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Fuhhh penatnya 

Hai semua rindu abel tak?
mestilah rindukan lama tarak nampak itu muka..*(gaya cakap cina)
erm memang la saya pergi 
Orienteering Di Pasir Gudang !!!
Pergh memang best pergi sana
sebab dapat jumpa kawan-kawan abel
dan juga adik2 abel yang disayangi
Siapa yang abel jumpa kat sana
1. Mr. Sam (a.k.a Serizawa Pot) (UTEM)
3. Nurafiqah Binti Mohd Rafi (UiTM Segamat)
4. Azfar Rohani (UiTM Segamat)
5. Dayang Suraya (UiTM Segamat)
7. Nurhawaniy (UiTM Kedah)
8. Muhammad Farhan (UiTM Kedah)
9. Nizam a.k.a Chin Peng (UiTM Kuala Pilah N.9)
10. Nik Syakir (UiTM Kuala Pilah N.9)
11. Harry Zainal & seangkatan (UiTM Larkin KBJ)
12. Siti Zuleha (Budak Dip Banking -  Degree Finance)
13. Shima (Budak Dip Banking - Degree Finance)
14. Atoiai banyaknyer...malas mau tulis...
Abel sebenarnya tak nak pun masuk orienteering ni 
yelah sebab dah TUA dah nak masuk2 ni
tapi sebab utamanya ialah nak jumpa kawan2 abel
abel pun tanyalah Firdaus Harun 
"Boleh je kalau kau nak pergi tapi kau kena jadi pengurus..."
asyik pengurus jer kerja abel ni
sampaikan bila jumpa Si Nizam 
"KAU PERGI MANA2 MESTI JADI PENGURUS JE KAN..?"
~ hahaha ~
Suka Suki jer kata Abel macam tu...
(Aku tahu kau tengah gelak sorang2 baca blog aku kan...???)
STALKER TERBAIK!!!

Oklah mulanya cerita macam ni
Abel sepatutnya kena daftar 4.4.2012
tapi sebab masa tu abel ada hal
*(kena kemas rumah atuk kat Kampung Kandang)
*(Hari Jadi Nashuha Binti Omar)
so x dapatlah abel nak mendaftarkan diri
abel daftarkan diri masa 5.4.2012
masa tu pun datang kul 10 malam
sebab makan dengan keluarga
sambut hari lahir Nashuha
(lagipun rumah saya dengan UiTM Lendu 20 minit sudah sampai)
~ Untunglah ~

Sampai kat UiTM ada taklimat
so lepas letak barang kat bilik terus duduk dengan dorang
tiba-tiba Ifwat datang

"Abel sila tulis nama kat kumpulan G.."

OK !

Ingat tulis apalah tadi
rupanya tulis nama untuk pasukan orienteering
Ok group G
lepas tu Daus cakap kat depan

"Kumpulan A-E semua hebat2 kan...!"

Yelah Daus kumpulan A - E jer
kumpulan F,G,H dia tak cakap apa2

Yelah bak kata Myra My Gemuk

F - Failed !

G - Gagal !

H - Harapan !

(Sabar je lah :)
Btw rasa menyesal pula tak balik awal
sebab dorang Batch 31 & 32
dapat hadiah RM 200 dan jugak dapat berlari
dari UiTM sampai ke Masjid Tanah
*(Teringat masa buat latihan Jambori dengan Fiza, Daus, Ifwat, Hazim...Motip dah rindu)

Lepas tu keesokkan harinya kami semua bertolak pada pukul 8 pagi
masa bertolak ke sana HUJAN
Otw ke sana abel tidur je kerja
sampai kat sana Dewan Pasir Gudang kami semua daftar dan dapat baju
lepas tu Encik Ahmad Raya dengan Encik Sahak
belanja kitaorang seorang RM 5
*(Sayang Abah2 saya ni)
 lepas tu 6 orang dari kami kena stay kat Dewan
Abel nak stay tapi pada masa yang sama selesama + pening = mengantuk !
jadi x dapatlah nak stay dengan dorang
masa tu mesej Wani (NYDP UiTM Kedah)
Dia kata dia tidur kat homestay petang nanti sampai
lepas tu kami semua daftar diri di UiTM Larkin (Kampus Bandaraya Johor)
dan solat, mandi, siap2 ke Dewan Pasir Gudang

Malam dalam pukul 8 kami sampai di Dewan
sebab ada Forum 1 MALAYSIA
masa tu nak jumpa Nurafiqah Binti Mohd Rafi
tapi phone dia bateri kong so x dapat nak jumpa
Wani pun x dapat nak jumpa sebab dia balik awal
xper kalau ada jodoh kita boleh jumpa *(esok pun boleh)
masa kat dalam dewan tu
abel duduk sebelah Lynn
kitaorang asyik gelak jerk kerja kat belakang

Tiba-tiba abel nampak skandal Murni
Datuk Pidato !!!
(Datuk ni kalau cakap memang Lantang, Jelas & Kelakar)
apalagi terus calling2 Murni
Murni kata Datuk tu kirim salam Assalamualaikum pada semua budak Melaka
Dia kata dia rindu kat semua budak Melaka
* (Dia rindu Murni ke rindu Kitaorang ) *
~ HAHAHAHA ~
Sebenarnya kitaorang kenal Datuk tu kat Pagoh lagi
memang dia terbaik dari mata layu nak tertidur dia boleh segarkan balik mata kita....

Kitaorang balik awal masa tu sebab semua orang belum makan
kitaorang makan kat
RESTORAN SEDAP GILER !!!
* (Memang Sedap Giler dan Cepat ) *
lepas tu kitaorang balik ke KBJ
masa balik abel ajak Lynn g tingkat atas jumpa
Nurafiqah Mohd Rafi
dapat jumpa dia borak2 lepas tu tidur
kkrrooohhhh
^_^

Keesokkan paginya kami dah bertolak ke Dataran Pasir Gudang
ramainya orang masa tu
ada pakai baju kuning, hijau, biru, merah, putih, oren...(macam pelangi)
Masa abel datang, abel nak jumpa wani tapi x dapat
lepas tu kami semua berkumpul kat satu tempat lapang ada briefing
lepas tu ada senaman aerobik
dan kemudian abel dengan dorang pergi turun bawah sarapan pagi
lepas tu naik atas balik nak jumpa Waniy
nak jumpa dia kat depan Johor FC
lepas tu Mr. Sam mesej kat mana...hehehe dia kata dia kat tempat permulaan Orienteering
x sempat nak balas Waniy call terus jumpa dia
~ RINDU ~
masa nak ke tempat Waniy & Farhan terjumpa Mr. Sam
main lambai tangan jerk...soorrrryyy kita nak jumpa kawan lamalah
 Lepas tu jumpa Farhan  (Hidung2) - comel
lama tak jumpa dia, kali terakhir jumpa dia masa kat Pagoh
masa tu boleh pulak tersesat masuk sampai ke dalam  kelapa sawit
2 orang pulak tu, lepas tu dia punya phone bateri x ada so pinjamlah phone abel
lepas tu balik dari Pagoh dia mesej ucap terima kasih
* ( Bila difikirkan kelakar giler sebab sesat sampai sekarang kitaorang kawan )
 lepas tu kitaorang ambil gambar sama2

Lepas tu abel pergi jumpa Mr. Sam
ajak Mr. Sam jumpa adik-adik komander abel
Mr. Sam ni sebenarnya abang guider kami masa Trans Cameron
so dia kenallah komander melaka
dia nilah yang suka kacau Minah Latah a.k.a Lynn
masa dia datang tu Lynn dah lari2 dah *( malu + xnk jumpa)
~ hahaha ~
kelakar sangat ... semua orang terkejut jumpa Mr. Sam
lepas tu dia salam dengan budak2 abel
dia nampak Lynn, nak kenakan dia tapi Lynn kalau boleh nak g jauh sejauhnya2
~ hehehe ~
lepas tu ambil gambar dengan dia
lepas tu dia kata All The Best kat semua orang
^ Terima Kasih ^
nama dia budak-budak panggil Abang Pot
tapi abel panggil dia Mr. Sam sebab muka dia macam Shaheizy Sam
tapi dia kata muka dia macam Aaron Aziz
(Perah Santan!)

Masa nak mula tu abel tengah sibuk bergambar dengan dorang semua
tiba-tiba abel ternampak
CHIN PENG a.k.a Nizam !!!
~ hahaha ~
terus pergi kat dia, (dia ni legend orienteering ni)
masa pergi kat dia bual2 borak2 tanya khabar
macam2 kitaorang borakkan
yang abel tak sangka
dia cakap yang dia baca blog abel pasal sebelum ni punya post
dia kata dia gelak gila2 sebab kelakar
~ kahkahkah ~
Mestilah Mak Motip bila buat blog ayat nak Mantap jerk
lepas tu dia kata abel dah habiskan tapi kenapa still boleh datang Orienteering
dah minat nak buat camno
lepas tu dia kata
~ Legend ~
( Rasa nak bagi kakiku di mulutmu biar mulutmu berdarah )
:p

Lepas tu bermulalah pertandingan Orienteering
Abel satu pasukan dengan

1. Nurul Hazarah
2. Dsuhada
3. Atiqah Zainal

Abel kena lari dengan Hazarah
masa lari tu jangan cakaplah mula-mula dah tersesat
abel x tau kat mana sebab kat Dataran tu ada 3 jalan keluar abel amik mana yang dekat
lepas tu abel jumpa pak cik ni tanya kat mana kitaorang
pak cik tu tak tahu
lepas tu kami pergilah lari dan alhamdulillah dapat Checkpoint pertama no. 17
lepas dah tahu checkpoint pertama abel dah tahu abel kat mana dan mulakan misi mencari
penat jugaklah sampai tersesat2
kami dapat habiskan 7 checkpoint
erm alhamdulillah
lepas tu Dsuhada dan Atiqah Zainal pula yang mencari
alhamdulillah 7 jugak
cuma masa yang kitaorang buat tu terlebih 2 minit
(TAWAKAL JELAH :)

Lepas tu abel jumpa Nik Syakir
masa tu tengah lari nak ke checkpoint seratus markah
lepas tu jumpa dia lagi masa tengah rehat2
masa duduk dengan budak2 komander
Mr. Sam datang tanya semua budak ok x? alah2 baik nyer dia
tapi abel x lama pun duduk kat situ
sebab abel turun dengan Hafizah, Hazarah, Nazri dengan Ira g makan kat bawah
ehem Ira belanja Air Carrot Susu
( Terima Kasih Ketot )

Lepas tu naik balik atas sebab Nik Syakir nak jumpa
dia ni abel dah anggap adik angkat dah
lepas tu jumpa Wani, dia nak balik masa tu
Farhan pulak injured..kesian dia
lepas tu jalan2 kat dalam Mall tu dengan Nik Syakir
lepas tu g tempat makan jumpa Nurafiqah Mohd Rafi
 masa duduk dengan dia tu tengah borak2 nampak Azfar Rohani
terus main topi dia lepas tu dia kata
"Betul la kak Abel tadi ..."
Yelah Azfar bukan nak tegur akak
lepas tu baru nak duduk kat tempat Fiqa
Abel nampak Dayang Suraya
apalagi terus pergi kat dia cubit pipi dia
sebenarnya lama nak jumpa dia
Alhamdulillah Allah makbulkan doa ini..
Syukran
cakaplah dia abel datang dengan Nik Syakir
lepas tu dorang berborak
(Dorang pernah LIBK sama2 dulu)
 baru jer nak duduk nak cakap dengan Fiqa nampak Dsuhada dengan Atiqah Zainal
dorang cakap bas dah datang
terus berlari meninggalkan dorang semua
sampai kat dalam bas semua tertidur
Jam giler + Hujan = Mengantuk !
sampai jer kat KBJ semua mandi, solat, siap2 tidur
Malam ni ada makan malam kat Dewan Pasir Gudang
Jumpa lagi dorang :)
YEAH !

 Malam tu abel duduk dengan Wani dan Nik Syakir
Dorang ni asyik gelak jer kerja
~ 2 2 loading ~
lepas tu nampak Nizam
Nizam cakap mana skandal2 dia?
-masa orienteering tu dia lari dengan group abel -
Dsuhada dengan Atiqah Zainal
~ memang adik2 aku tu skandal kau :p ~
Masa nak balik tu amik gambar dengan 2 2 orang loading tu... haha
lepas tu amik gambar kat luar dengan budak UTEM sekali
Lepas tu abel balik hujan... lutut kaki masa tu sakit
 sangat sakit - salah urat
balik Aqilah yang tolong picitkan
+ Terima Kasih Aqilah +
mesej orang tu dia tanya kenapa kaki sakit
lupa nak bagitahu yang abel masuk orienteering
SORRY AWAK KITA LUPA !

Pagi keesokkan tu abel siap2 packing semua
pukul 6 lebih Komander Melaka dah mula check out
lepas tu terus pergi ke Dataran sebab nak tahu siapa menang
sampai kat sana abel kena iringi Dato' Mizan
erm lepas tu berdiri kat situ nampak Wani dengan Farhan
lepas tu amik gambar lagi
borak2 dengan dorang lepas tu 
duduk dengan budak2 komander Melaka
masa duduk tu jumpa Syafiq
YDP UiTM Segamat
dia kata dia kenal abel masa kat KKEC Perlis time OPKIM
tapi masa abel pergi kat sana abel x g OPKIM
sebab abel kena jaga budak EOQ
dia jumpa siapa ek???
hahaha
mungkin abel tak ingat kot
Lepas tu Dato' Mizan datang dalam 10 minit kemudian
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Khaled Nordin
sampai dan bermulalah majlis penutupan
KPT-UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke-3 2012
tapi abel dengan budak2 turun kat bawah
minum lepas tu nampak Encik Sahak
Encik Sahak belanja Abel dengan budak2 lain :)
Terima Kasih Encik Sahak
Lepas tu naik atas balik sebab nak tahu siapa menang

Abel menjerit kesukaan gila2 bila Wani menang...!!!
Tahniah Wani
dia cakap dia tak confident buat benda ni
tak sangka dia boleh :)
lepas tu UTEM dapat num 1 bagi kategori Wanita
Tahniah UTEM MELAKA :)
Alhamdulillah

UiTM Melaka ?
x menang
tapi macam abel selalu cakap
cari pengalaman
Macam Cikgu Abel Cakap

"SEKALI GAGAL BUKAN BERMAKNA KITA GAGAL SELAMANYA..."
ayat skema dah keluar

Leper tu jumpa Wani dengan Farhan ucap tahniah kat dorang
amik gambar sekali
Abel amik gambar Waniy dengan Nik Syakir
sweetlah korang berdua
~ hahaha ~
lepas tu abel pergi kat Nurafiqah sebab nk amik gambar dengan dia pula
bukan dengan dia jer dengan Azfar dan Dayang sekali
lepas tu amik gambar dengan dorang sweet :)
lepas tu abel dengan komander melaka makan tapi x makan pun
sebab jumpa dengan Siti Zuleha
Kawan batch abel time Banking dulu tapi dia amik Fast Track

kami borak2 pasal Finance & Aktiviti2 kitaorang
lepas tu kami semua ambil gambar dengan Dato' Mizan
Masa nak ambil gambar tu abel nak topi Faezal Moespeda 
masa tu Ain Amirah a.k.a Orang Asli pakai TOPI dia
lepas tu dia kata x boleh 
abel cakaplah asal tak boleh pula
"SAYANG TOPI NI KE ATAU SAYANG ORANG NYER?"
lepas tu dia diam x nak cakap apa2 
abel cakaplah dengan Faizal tu 
"Awak menduakan saya yer...?"
lepas tu dengan muka blur x tau apa2 dia terus mengangguk
sampai menangis abel gelak2 kan dia
masa tu nampak Mr. Sam main baling2 pinggan kertas
ooohhhh dia ajak main sekali lepas tu abel xnak
Hello abel bukan Inul Dangdut nak goyang2 
t kita lawan kat Melaka cakap jer tarikh bila Siap sampai jer
setakat main pinggan kertas NO HAL LAH
Lepas bergambar dengan Dato Mizan 
Kitaorang pun bertolak balik ke UiTM Melaka
balik kena duduk sebelah Ifwat a.k.a Pondan
asyik bergayut herk dengan makwe dia
sekali dahan patah baru tahu
Free Call dari kul 12 sampai kul 6
Lepas tu kami singgah sekejap di Ayer Hitam
abel dapat hadiah kat sana
masa tu tengah jalan2 dengan dorang kebetulan ada kereta lalu
abel tak nampak kereta tu sebab abel kat belakang Ifwat
Tiba2 kereta tu LENYEK Jari Kaki Kanan Abel
Ya Allah Hanya Allah saje yang tahu betapa uuummmpppp....
terus terduduk abel kat situ 
malas nak cakap nasib baik boleh jalan lagi kalau x..
Sampai kat UiTM Melaka dalam pukul 6 petang 
Nota : Harap dapat jumpa lagi :) Sayang Awak semua :)

GAMBAR KENANGAN DI SANA :)









 alamak gambar Nizam , Mr. Sam x derlah
hahaha..sorry dorang x upload lagi
hehehe

SAYANG KORANG SEMUA :)

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


jUsT mE!!!!: JoUrNeY To <b>GeLaNG PaTah</b>~

Posted: 22 Apr 2012 05:09 PM PDT

Semalam kami sekeluarga telah dikejut kan dgn berita kematian pakcik aku di Gelang Patah, Johor...sbnarnyer die mmg da sakit lame...so ari 2 anak die ade call bgtau yg pakcik aku nie nk jmpa mak aku...kebtolan masa 2 mymom br jer blk dr JB sbb tgk kematian ank buah die..so mak aku kt hari wesak nnti kt blk ler tgk die...

So hari sabtu lepas aku sruh mymom nie call ler cousin aku tny address umah die..sbb pakcik aku dok umah die so da bg address sume dlm kul 3pg smlm dpt call dr anak die ckp die da xder da...terkilan gak sbb xsmpat nk jmp die...tp ape nk buat Allah lg syg kan die...so ktorg pon siap2 then dlm kul 4.30am trus keluar rumah cr pump minyak and bank...seriusly xbyk pump minyak and bank bkk time nie...nsb baek la ade CIMB so cucuk duit kat c 2 then kt g Shell and Petronas kat sec. 18 2 xbkk plak...so trus ke bt 3,sbb kat c 2 sure bkknyer sbb kat highway kan....

Settle so trus bertolak ke Johor...tp smpi di RnR Seremban berhenti jap mkn dulu....dr umah td akak aku yg drive so aku dok seblah membuta la...lps kat seremban pon die drive gak tp ms benti kat Ayer Keroh die nk tukar sbb xthan da ngantuk..so aku drive smpi la ke rumah arwah..memandang kan xtau rumah die kat mana..so call cousin aku yg kebtolan nk pegi sn gak...die sruh ktorg msk toll Skudai...so die tggu ktorg kat Petronas Skudai...smpi sn isi minyak dulu then kami trus kan perjalanan ke Gelang Patah lalu highway yg br siap kat Nusajaya...lalu berhampiran dgn LegoLand...

Smpai jer rumah arwah nsib baek belum kebumikan lg...bila da settle sume dlm kul 1lbh mcm 2 kami pon bergerak blk ler...memula akak aku yg drive...benti kat Smpang Renggam memula sbb nk buang air n nk ilang kan ngantuk...aku mmg keluar jer highway trus tido..ngantuk wei~pas 2 benti lg kat pagoh..kali nie tukar driver..bapak aku plak yg drive...2 pon 2 kali benti ngatuk punye pasal...last2 benti kat Seremban sbb nk minum ptg aku plak pekene laksa trus cerah mate..so aku plak take over drive smpi la Shah Alam...pnatnyer xusah ckp la...smpi umah pon da kul 6ptg...msuk2 umah jer trus cr kipas nk bantal baring tgh2 umah...da ler smlm panas btol...

Kirenyer wlwpon smlm adelah hectic dan pnt gilo atleast kami sume dpt tgk muke arwah sblom smpat di kebumikan...smlm gak dpt jmp ramai sedara mara yg jarang2 dpt jmp...bak kat sorang makcik aku raye pon xdpt berkumpul mcm nie...aku pon dpt jumpa arwah atuk aku punya adik...alhamdulillah sumenyer telah selamat dan Al-Fatihah pd Pak Tan....

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2012) <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 05:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2012) di Kluang. Ditulis pada 26/04/2012 08:56:00. Program KEPAK 2012 (Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) kembali lagi pada tahun ini. Secara ringkasnya, ianya ...

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


من أين إلى أين: <b>parit jawa</b> siri II

Posted: 07 Apr 2012 05:01 AM PDT

6 April 2012 sekali lagi penulis dan rakan-rakan diarahkan untuk bertugas di kem parit jawa, Muar johor. Dengan menaiki kenderaan syarikat, kami bergerak menuju ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi. Udara pagi Jumaat dalam keadaan mendung, kami bergerak membelah pagi yang indah..

Tiba di lokasi sekitar jam 11.00 pagi. Beberapa orang sahabat yang lain sudah berada di lokasi. Kelaparan mula merobek usus saudara PH. Menjelang jam 12.30, hidangan tengahari disuguhkan kepada kami. Menjelang jam 1.15, kami bergerak menuju ke masjid yang sama sebagaimana yang kami singgah dua minggu lepas.

Masjid ini rupanya masih aneh. Tanpa suara azan yang dialunkan keluar bangunan. Hanya alunan azan dari dalam sahaja. Mungkin speaker masjid itu masih belum berfungsi sepenuhnya akibat kerosakan belum pulih.

videoUsai solat Jumaat, kami bergerak semula ke kem untuk memulakan aktiviti. Di kem, peserta telah tiba dan peserta perempuan sedang menikmati jamuan tengahari.

Acara pertama taklimat kem komandan bermula jam 1445. Menjelang jam 1600 acara ice breaking mengambil tempat. Ianya dipimpin bersama oleh PH dan penulis. Aktiviti yang dijalankan oleh penulis ialah rantai nama dengan bunyi haiwan kegemaran berserta gayaku.

Usai asar, identiti kumpulan oleh penulis sehingga sekitar jam 1830. Maghrib disambut dengan kuliah jati diri dan diikuti dengan pembentangan kumpulan dengan dua kawasan dikawal oleh penulis dan juga PH.

Menjelang maghrib, penulis mendapati seluar telah terkoyak pada bahagian zip. Segera mendapat pandangan sahabat dan jarum serta benang dikirim kepada urusetia yang keluar. Seluar siap dijahit sebelum tiba waktu isya'


Pembentangan hasil kerja kumpulan yang berlangsung selepas Isya' berjalan secara paralel dengan kumpulan dibahagikan kepada dua yang menyaksikan pembentangan dibuat di dua lokasi yang berbeza. Sebagaimana siri I, pembentangan mereka agakl bersemangat dan menyegarkan, lebih-lebih lagi dari pihak muslimat.

Usai program, kami keluar minum bersama PH dan juga AI. Lokasi di tepi jalan berhampiran pekan Parit Jawa. Fresh Orange, sup ekor, sotong goreng bertepung, mee bandung menjadi menu dinihari. Penulis melayan bersembang rakan-rakan sehingga tersengguk-sengguk...

Tiba semula di penginapan sekitar jam 1.15 pagi!!

Jam yang bergema dari corong kecil HP penulis memainkan irama lagu anak kecil maion api langsung tidak kedengaran di telinga penulis. PH yang mengejutkan penulis dengan izin Allah sekitar jam 5.45 pagi. Mencari tandas untuk membuang air dan berehat sebentar dan kemudian kembali untuk bersuci, Tiba di surau, TG telah memimpin rakaat ke dua solat subuh..

Usai solat, tuan haji s memulakan tazkirah subuh sebelum peserta berkumpul untuk memulakan kembara pada hari kedua program. Kembara kali ini agak berbeza dengan kembara yang telah dilalui sebelum ini. Peserta akan melalui modul yang agak menarik, dengan pelbagai acara berjual beli dan sebagainya.

Kembara bermula sekitar jam 8.00 pagi sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat pelaksanaan berdasarkan kepada kelewatan masa tamat kembara seringkali menyebabkan kegagalan untuk melaksanakan riadah petang.

Peserta dilepaskan mengikut kumpulan dalam jangkamasa yang sangat hampir. Ini menyebabkan CP 1 dapat selesai lebih awal, sekitar jam 11.00 pagi. Penulis melihat penjaga CP yang berdua itu telah berjalan pulang. CP penulis terletak di lokasi agak selesa, di bawah lindungan pepohon kelapa sawit dan terbentang kanvas yang agak besar. Penulis mengambil kesempatan untuk berbaring sementara menunggu partner penulis tiba yang agak lewat. Sungguh nyaman dan tenteram sekali. Akhirnya menyebabkan penulis tertidur, walaupun agak resah juga berbaring di atas tanah di celahan pokok sawit yang rendang, khuatir akan kemunculan makhluk merayap yang tidak diundang. Namun, setelah bertawakkal kepadaNya, akhirnya penulis dikalahkan dek mengantuk yang semakin kuat menyerang.

Lebih kurang 15 minit terlelap, sahabat muncul berdua dengan membawa air dan sedikit makanan. Seolah-olah kami sedang rehlah di bawah rimbunan pohon yang lebat...Seolah-olah berada di bawah teduhan kebun-kebun kurma di madinah...

Kumpulan pertama yang tiba ialah kumpulan peserta lelaki yang telah kehilangan beberapa rakan kumpulan. Mereka agak konfius pada mulanya tetapi setelah diberikan penerangan selepas membuat keputusan, ternyata terbayang keinsafan di wajahnya..

Mulai kumpulan kedua, mereka disuruh melalui longkang..dan kumpulan pertama yang melaluinya ialah kumpulan peserta perempuan yang menyebabkan salah seorang dari ahli tidak boleh mengeluarkan badannya dari selut dan kumpulan tersebut hanya berbaki tiga orang ahli sahaja...

Aktiviti di CP penulis berakhir sekitar jam 12.50 sebelum nejelang zuhur. Bergerak dengan menaiki kereta organisasi. Hati terasa agak lapang dan girang kerana habis lebih awal. Tiba di base camp menjenguk CP terakhir yang dikendali oleh PH dan juga AI. Suasana agak ceria dan bising seolah-olah berada di pasar.

Usai solat zuhur dan makan, bergerak untuk mandi dan kemudian melepaskan lelah di katil yang agak kurang selesa tetapi dek kerana letih akibat cuaca yang agak panas, ianya mampu melepaskan sedikit lelah..

Menjelang jam 1445, PH sudah pulang dan mula membuat bising serta mengingatkan mengenai refleksi sekitar jam 1600. Menjelang jam 1545, penulis bersiap. Hujan yang mula turun di luar agak menyamankan. Mr AI sudah memulakan pelayaran ke alam mimpi...


Refleksi jam 1600 memulakan layarnya dengan peserta berbincang dalam kumpulan mengenai perkara-perkara atau falsafah yang boleh dihayati hasil kembara sepanjang pagi membawa ke waktu zawaal. Kemudian sesi pembentangan mereka, diikuti oleh sesi huraian falsafah setiap CP oleh fasi yang menjadi penunggu.

Usai solat Asr, peserta digiring ke belakang untuk kanvas hikmah tanpa penyertaan fasi, juara sepanjang program. Hujan gerimis mula turun namun tidak membasahkan pakaian kami.

Makan malam dan kemudian persediaan maghrib. Tazkirah oleh bonda PM. Usai Isya' graf suka dan duka mengambil tempat. Kemudian acara tangisan dan kemudian keluar lagi sekitar jam 1200 untuk minum minum bersama Mr AI dan jurukamera pro. Sembang hingga mengantuk...

Usai solat subuh hari terakhir, tazkirah oleh mahaguru...diikuti oleh jamrah hikmah. Pelajar dikehendaki menulis segala sifat negatif yang bersarang di dalam dada. Kemudian dibawa kertas ke lapangan dan direnyukkan sebagai tanda kebencian terhadap sifat-sifat tersebut. Kemudian setiap peserta diminta menutup mata dan berjalan ke lokasi pelontaran. Pelbagai halangan disediakan. Apabila tiba, peserta akan melontar sikap negatif yang ditulis sebagai satu lambang pembuangan dan pelontaran sikap negatif dari diri. Kemudian, kertas lontaran di bakar. Doa dibaca agar diberi kekuatan untuk terus meninggalkan sifat negatif daripada terus menguasai diri..

Selepas itu, sarapan dan kemudian ceramah...Penutup sekitar jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan makan tengahari, solat zuhur dan pulang. Menaiki kenderaan organisasi menuju ke parking kereta di ibu pejabat...

من أين إلى أين: <b>Parit jawa</b> oh <b>parit jawa</b>

Posted: 11 Mar 2012 08:26 PM PDT

Penulis diberi peluang sekali lagi dengan izinNya untuk menabur budi dan berkongsi pengalaman di kem parit jawa yang membariskan peserta dari kalangan pelajar pra diploma. Mereka merupakan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM, diterima masuk ke IPTA dengan sedikit bayaran sebagai persediaan dan penyediaan mereka untuk melangkah masuk ke menara gading dengan lebih bergaya.

Penulis bergerak dari pejabat dengan menaiki van bersama beberapa orang rakan dipandu oleh pegawai sukan dan ditemani oleh isteri beliau dan dua orang fasilitator yang lain. Kami kemudiannnya singgah mengambil kapitan di kediaman beliau dan seterusnya meneruskan perjalanan ke lokasi yang ditentukan.

Tatkala tiba, beberapa orang rakan lain telahpun berada di sana lebih awal untuk urusan penerokaan jalan treking. Kawasan latihan kali ini mempunyai kawasan yang tidak terlalu luas.

Menjelang jam 12.30, kami bergerak untuk menikmati makan tengahari di asam pedas tepi jeti parit jawa. Kawasan yang sememangnya telah menjadi perbualan umum di sekitar negeri ini, bahkan di seluruh negara.

Kami menyelesaikan solat jumaat di salah sebuah masjid jame' yang berhampiran. Ketika pulang kelihatan kelibat beberapa orang fasi yang baru sahaja tiba. Pelajar masih belum tiba dan mesyuarat persediaan dilaksanakan sekitar jam 3 petang di bawah kepimpinan KF baru, tuan haji Z.

Waktu Asr tiba dan disambut dengan kehadiran peserta seramai 99 orang...bilangan yang agak besar untuk menempati ruang sempit di kawasan terpencil ini. Usai solat, maka majlis taklimat dan taaruf fasi berjalan. Ini kemudian disambut oleh aktiviti ice breaking kendalian tiga sahabat...

Perjalanan program pada kali ini agak berbeza dimana pelajar dibahagikan mengikut gender, perkara yang tidak pernah berlaku sejak kumpulan ini mula bergerak lapan tahun sebelum ini. Fasi pembimbing juga dilihat berdasarkan kepada gender.

Sekitar jam 6.45 petang, aktiviti berakhir dan peserta serta fasi menikmati jamuan malam. Keadaan fasi agak kritikal kerana hanya satu sahaja bilik air yang boleh digunakan. Ini memberikan satu cabaran kepada kami...

Usai solat maghrib, tazkirah hikmah solat dilaksanakan sehingga menjelang jam 8.45. Dinamika kumpulan berlaku sehingga jam 11.00 malam. Peserta diminta membina menara berdasarkan bahan mentah seperti kertas suratkhabar, bendera dan juga menamakan kumpulan berdasarkan maklumat yang telah disediakan. Berdasarkan pengamatan penulis dan rakan-rakan, peserta kelihatan lebih bersemangat, dapat menghasilkan produk yang berkualiti serta mampu behujjah dengan baik, jauh lebih matang berbanding perogram-program sebelum ini. Ini mungkin disebabkan oleh kumpulan berdasarkan gender dapat membuahkan manusia yang mampu memberikan idea yang sangat bernas.

Menjelang jam 12.00 barulah peserta dibenarkan masuk ke bilik penginapan untuk persiapan diri masing-masing.

Menjelang jam 1.00 pagi penulis dan rakan-rakan memulakan pelayaran malam. Sekitar jam 5.00 pagi qiyam dipimpin oleh syekhul Islam. Kuliah subuh oleh tuan haji S...

video

Kembara selaku kursus wajib lulus mengambil tempat menjelang waktu dhuha. Penulis ditempatkan di CP khayalan bersama tuan haji S dan ustazah. Lokasi agak jauh ke pendalaman. Di hutan paya bakau. Tatakala kami diturunkan di lokasi, hujan renyai menyambut kami. Tercari-cari jalan masuk ke lokasi. Akhirnya setelah dibuat titi, barulah kami berjaya menerobos ke lokasi yang telah ditentukan. Penantian mengambil masa lebih kurang satu jam. Kumpulan pertama tiba mengandungi peserta perempuan belaka. Perjalanan ke CP kami agak sukar kerana dihalang oleh hutan paya bakau. Ada di antara peserta yang kehilangan kasut, kehilangan tapak kasut, dengan lumpur yang hampir sampai ke pinggang.

video

CP ini bertugas untuk membuat penyamaran bagi mendapatkan amanah yang dibawa dari tapak pelepasan untuk diserahkan ke CP3, namun terpedaya di CP kami. Kami perlu mempamerkan wajah suci bagi membuatkan peserta terpesona dan percaya bahawa mereka berada di CP sebenar untuk menyerahkan amanah yang dibawa. Kami berjaya mempengaruhi kesemua peserta dan kumpulan untuk menyerahkan amanah kepada kami.

Kembara hanya berakhir sekitar jam 5.00 petang dengan pelbagai masalah luaran seperti ketiadaan air yang menyebabkan pergerakan dan persiapan peserta menjadi lewat dan solat Asr didirikan dalam jamaah berbilang.

Refleksi oleh PH kali ini lebih mengancam dengan laporan dari fasi setiap CP. Maghrib dan kuliah oleh penulis dan isya dipimpin oleh syekhul Islam. Graf suka duka mengambil tempat diikuti oleh tangisan pimpinan ketua fasi. TG tiada pada kali ini.

Subuh dipimpin oleh syekhul Islam dan diikuti oleh jamrah hikmah yang menarik dan mengancam. Jamrah hikmah dimulai dengan pembersihan diri oleh KF. Kemudian petugas membuat persiapan bersama pegawai sukan (PS). Menjelang jam 8.00 pagi jamaah keluar dari perut musalla terus berkumpul membuang sifat negatif dalam bertiga-tiga mengikut kumpulan. Halangan pelbagai berlaku semasa proses membuang dan menafikan sifat negatif tersebut.

Menjelang jam 9.30, PM Dr memulakan ceramah beliau. Menjelang jam 11.00, acara pra penutup oleh PH dan ayahanda. Penulis menyibukkan diri di bilik urusetia bersama urusetia yang sedang 'tension' menyiapkan montage...

Penutup akhirnya mula jam 11.30 dan berakhir sekitar jam 12.30 dengan tayangan montage yang hangat...

Misi kepulangan hanya bermula sekitar jam 2.15 petang....

video
wajah-wajah yang terpedaya?

video

ads