apebende pun kena compare - cuba compare dg VW Polo Sedan 1.6 = harga, spec dan yg paling penting :-berbaloi factor
________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, May 13, 2012 8:30 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Prevé sedan terbaik dari Proton setakat ini
Prevé sedan terbaik dari Proton setakat ini
Diterbitkan oleh:
Adminwarkahdaily.blogspot.
Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak
fungsi berbanding model-model terdahulu Proton.
MENGAMBIL
masa selama tiga tahun untuk disiapkan, produk yang menjadi kebanggaan terbaharu
pengeluar kereta tempatan, Proton Holding Berhad (Proton) selamat dilancarkan
secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru
ini.
Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan,
sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran
luar negara. Maka, tidak hairanlah jika penilaian terhadap model itu lebih
kritikal daripada biasa.
Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A.
Kemunculannya sudah lama ditunggu-tungagu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila
ada sahaja 'gambar-gambar curi' disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal
tempatan.
Sekarang, terimalah hasil kerja keras 60 orang jurutera Proton.
Apa yang pasti, Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak fungsi berbanding
model-model terdahulu Proton.
Sekali fikir, Prevé menggunakan formula
hampir sama dengan pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia. Maksud saya,
sumbatkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah
berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai
kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki.
Prevé tidak menggantikan
mana-mana model Proton. Sebaliknya, ia diposisikan antara model Persona dan
Inspira. Banyak betul sedan Proton. Tidak mengapa, setiap model ada peminatnya
tersendiri.
RUANG kokpit mengaplikasikan tona hitam dengan
kemasan kayu dan calitan perak.
Memandangkan Prevé ialah
model global, maka pembinaannya perlulah memenuhi standard dunia. Itulah cabaran
paling besar yang terpaksa ditempuh Proton. Standard itu pastinya meliputi aspek
keselamatan, teknologi, keselesaan, rekaan, kualiti binaan dan
sebagainya.
Jentera itu dibina berasaskan kepada kerangka Exora. Bezanya
hanyalah penggunaan suspensi roda belakang jenis multi-link yang pastinya lebih
sesuai untuk sebuah sedan. Sedia maklum bahawa kereta Proton memang boleh
diharap jika bercakap tentang kualiti pemanduan dan
pengendaliannya.
5 Bintang
MyVAP
Ciri keselamatan adalah antara ciri yang paling diberi
perhatian oleh Proton untuk Prevé. Banyak betul sistem keselamatan yang ada
padanya. Sebagai contoh, kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced
Safety Structure) , dua beg udara, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake
Assist), kawalan cengkaman (traction control) Electronic Stability Control (ESC)
dan ISOFIX untuk varian Premium. Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat
penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme
(MyVAP).
Sudah boleh dilihat secara dekat di bilik-bilik pameran Proton
seluruh negara, sedan itu ditawarkan dalam tiga varian menerusi dua pilihan
enjin dan tiga jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang
dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora
Bold.
Cuma, ia telah ditala semula bagi memberikan kuasa yang lebih
linear dan sesuai dengan karekter sebuah sedan.
Enjin dengan sistem 'soft
turbo' itu menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat
lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.
PINTU but belakang kini boleh dibuka dengan
memicit butang pada kunci kenderaan.
Lebih menarik, enjin
itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu
turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara
manual.
Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut
membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j).
Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan
statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton
mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km.
Mahu memikat seramai
mungkin pembeli berpotensi, Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT
(VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual lima kelajuan. Enjin
yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga
1.6.
Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai
temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna
hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol
tengahnya.
Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti
berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.
Senarainya
bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama
sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan
pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi
dengan skrin sentuh.
Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540
hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu
daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan
coklat.
UNTUK menghidupkan enjin, anda hanya perlu
menekan butang penghidup.
Proton boleh dianggap berada di
landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan
berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang
perlu diperbaiki.
Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan
saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun,
membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar
daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka.
Perkara itu
jugalah yang saya anggap masih belum berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh
Proton. Sebabnya, kalau benar Proton sudah mampu menghapuskan persepsi negatif
terhadap produknya, tidaklah seorang rakan bertanya kepada saya: "Ada Internet
di dalam kereta? Kalau rosak macam mana?"
Sumber: Kosmo.com.my