Rabu, 23 Mei 2012

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


NAVAHARA: Hujan Lebat Pekanbaru Berkuah Kembali

Posted: 23 May 2012 12:08 AM PDT

Indonesia Globe, Pekanbaru - Hujan lebat melanda Pekanbaru dari tadi sore (Selasa)  Pkl 17.00 Wib hingga pukul 20.30 malam ini membuat jalan-jalan utama di Pekanbaru tergenang, kejadian yang sama juga terjadi di Jalan Ahmad Yani.
Gorong-gorong yang tersumbat menyebabkan air meluap sampai ke jalan, bahkan di Kampus Pelita Indonesia yang terletak di jalan tersebut sampai tergenang. Limpahan air dari jalan menyebabkan beberapa ruang belajar jadi tergenang karena tersumbatnya parit disekitar kampus tersebut.
Menurut salah seorang dosen di Pelita Indonesia ini kejadian pertama kalinya sejak dosen tersebut aktif mengajar di kampus ini sejak 12 tahun yang lalu.
Perlu perhatian pemerintah kota dalam hal ini Dinas terkait untuk membenahi sistem drainase disepanjang jalan Ahmad Yani dan sekitarnya karena bulan September 2012 Kota Pekanbaru akan kedatangan tamu dari seluruh nusantara untuk mengikuti event PON XVIII. [IGO/ir]

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Demo sunyi bantah sokongan Anwar terhadap Israel | The Unspinners

Posted: 24 Mar 2012 08:05 PM PDT


Selepas solat jumaat lepas, penduduk setempat di Chaah Johor membuat demo mebantah sokongan Anwar Ibrahim kepada Israel.

Disebuah kawasan lapang di Jalan Nerawan, Kg Jawa, Chaah, seramai 30 orang kelihatan hadhi. Mereka menakkan dia kain rentang dan 12 placard bertulis 'ANWAR SELAMAT DATANG YAHUDI', JAUHKAN DIRI DARI ANWAR, ANWAR LOVE ISRAEL, BARUA LU ANWAR PENGHIANAT,ANWAR SOKONG YAHUDI MUSUH ISLAM,HIDUP PALESTINE,ANWAR PENGHIANAT BANGSA,ANWAR BOLEH BLA,

Tiada jerit atau laungan tetapi demo sunyi ini tetap menarik perhatian jemaah masjid Chaah seramai 200 orang yang balik dari solat Jumaat.

Pemberita Cina tempatan hadir. Majlis berjalan tanpa sebarang insiden berlaku insiden.

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Senarai Penginapan <b>di</b> Pantai Air Papan, <b>Mersing</b> | ArabMykrk.com

Posted: 20 May 2012 07:30 PM PDT

VN:F [1.9.17_1161]

VN:F [1.9.17_1161]

Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Assalamualaikum. Anak-anak sedang sibuk menghadapi peperiksaan sekarang. Apa maknanya tu? Maknanya cuti sekolah sudah hampirlah kawan-kawan. Bukan anak sahaja yang suka, ibu ayah pun sama……… mengaku sajalah……

Bagi kami sekeluarga, percutian biasanya adalah pada musim cuti sekolah Bulan Mac. Tahun 2010, kami ke Melaka. 2011 ke Kuala Lumpur. Pada tahun ini pula kami memilih untuk bercuti di negeri sendiri sahaja……….

Senarai Penginapan di Pantai Air Papan, Mersing, Johor
Kredit gambar: http://kasawari7.blogspot.com/2008/04/sehari-di-air-papan-mersing.html

Sejarah Kampung Air Papan:

Mengikut cerita lisan, Kampung Air Papan mendapat nama bersempena peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu. Pada masa itu, penduduk kampung mendapatkan sumber air dari satu pancur di tepi bukit yang berhampiran dengan sebuah kilang papan.

Mereka kemudian meletakkan papan sebagai alas di pancuran tersebut. Bersempena dengan keadaan tersebut, maka penduduk kampung menamakan kampung mereka sebagai Kampung Air Papan.

Kampung Air Papan terletak kira-kira 15 atau 12km dari Bandar Mersing. Ia diapit oleh dua kampung yang terdekat iaitu Kampung Tenglu Besar dan Kampung Tenglu Laut yang terletak di Mukim Tenglu. Kampung Air Papan juga boleh dikunjungi dari Kampung Tenglu Laut melalui jalan tepi pantai yang kecil.

Tarikan utama di Kampung Air Papan ialah Pantai Air Papan yang kedudukannya menghadap perairan Laut China Selatan. Pantai ini sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negeri untuk bersantai terutama pada hujung minggu atau hari-hari kelepasan am.

Penginapan di Pantai Air Papan

Pada mulanya susah juga hendak mencari info berkenaan penginapan yang terdapat di Pantai Air Papan. Rupa-rupanya, kami yang silap………

Oleh kerana Pantai Air Papan terletak di Mersing, tidak semua pemilik penginapan di Air Papan menamakan premis mereka dengan 'Air Papan'.

Lalu ianya menyedarkan saya mengapa sekiranya kita mahu menamakan blog, kita digalakkan untuk memilih nama domain yang amat berkaitan dengan niche blog kita.

Sebagai contoh; kebanyakan artikel di blog saya adalah berkaitan belajar Bahasa Arab, jadi rekalah nama yang ada 'arab'. Setelah puas berbincang dengan Teacher Nash, pilihan kami adalah; http://arabmykrk.com

Oleh itu, bila ada sesiapa mencari info tentang Bahasa Arab, insyaAllah mudahlah blog ini ditemui……. Berbalik kepada tajuk di atas, akhirnya kami memilih untuk menginap di Air Papan Beach Resort.

Bukannya apa, melihatkan kepada nama resort-resort yang lain itu, bimbang ianya bukan terletak di Air Papan. Sedangkan kami berhajat mahu berkelah di Pantai Air Papan.

Kami ke sana pada pertengahan minggu. Jadi, pengunjung tidaklah ramai. Rupa-rupanya di sana ada banyak resort dan chalet yang terletak saling sebelah menyebelah.

Kami menuju ke sana dari arah Johor Bahru dan melewati Pantai Tanjung Leman dahulu. Oh, Tanjung Leman lebih dekat rupanya…….. Apalah orang Johor ni, ke Utara sudah, ke Pantai Timur sudah…….. negeri sendiri pun belum mahir…….. hehehe………

Kita akan melaui bandar Mersing sebelum tiba di Kampung Air Papan. Berdekatan dengan pantai juga ada surau dan sekolah agama. (Sekolah-sekolah agama kerajaan negeri Johor memang dibina bersebelahan dengan masjid atau surau)

Resort dan chalet di sini kelihatan selesa, tidak kurang juga yang tampak boleh ditambah-baikkan lagi. Alhamdulillah tempat menginap kami selesa dan boleh menyaksikan pemandangan laut dari dalam bilik.

Oleh kerana kebetulan waktu kami ke sana adalah musim hujan, kami anak beranak hanya mandi di kolam mandi yang disediakan oleh pihak pengurusan Air Papan Beach Resort sahaja. Pada waktu malam apabila hujan telah reda, barulah kami ke pantai.

Hemmmm……… masa itulah telefon bimbit saya rosak. Apa tidaknya, toleh kiri kanan tiada sesiapa dan suasana sunyi…… saya terus saja terjun menyertai anak-anak di dalam kolam. Sudah kecut jari jemari barulah naik ke tepi. Argh, telefon!!!! Ada dalam kocek! Inna lillah…….. Amekaw………. hahaaaaa

Pada waktu siang, kami makan di kedai makan yang terletak di tepi pantai. Malamnya pula, kami keluar ke Bandar Mersing. Kami makan di sebuah kedai makan yang terletak sederet dengan sebuah kilang keropok lekor dan kedai runcit.

Tuan punya restoran itu bercakap dalam dielek Kelantan. Oleh itu, kami memilih untuk makan tomyam dan lain-lain eksesorinya. Alhamdulillah memang umph! Harganya pun tidak mahal.

Untuk memudahkan kawan-kawan yang ingin bercuti ke Pantai Air Papan, Mersing, saya bawakan untuk tuan/puan senarai nama penginapan dan nombor telefon untuk dihubungi.

Air Papan Beach Resort
Laman web: http://airpapanbeachresort.com.my/
Testimoni: http://saghah.blogspot.com
(Membaca testimoni blog inilah saya terdorong untuk menempah bilik di resort ini. Kami menginap di Melati Merah. Terima kasih, Sarah)
(Sh Abu Bakar / Siti Farah)
*Tel : 07-799 5566
Fax : 07-799 5566
*H/P : 012-791 4324 / 019-744 9909 / 013-727 2772
e-mail : reservation@airpapanbeachresort.com
admin@airpapanbeachresort.com

Sri Mersing Resort
Laman web: http://www.myoutdoor.com/srimersing/
Testimoni: http://budakbakong.blogspot.com/2011/10/family-day-santaisri-mersing-resort.html
(Sh Abu Bakar / Siti Farah)
*Tel: 07 – 7992384, 799 2085 (RES)
Fax : 07 – 7992384
*H/P: 013 – 727 2772
Nota: Kedua-dua resort di atas dimiliki oleh orang yang sama.

Mersing Beach Resort – terletak di hujung pantai dan betul-betul menghadap laut.
Laman web: http://mersingbeachresort.webs.com/
Laman web 2: http://mersingbeachresort.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mersingbeachresort
*Mr. Faisal – +6012-7121097, +6016-7007465
*Office – +607-7994545
email : mersingbeachresort@gmail.com

Teluk Godek Beach Resort (Lani's Place) COCONUT INN – Tuan punya resort juga mengusahakan kedai makan yang terletak menghadap laut. Mee bandung di kedai makannya saya beri empat bintang.
*Telefon: 07-7994469
*Rozlani Salleh – 013-7464469
*Sariyah Yunos – 013-7434469
Email: telukgodek@hotmail.com

Sri Tanjung Chalet
Telefon: 07-7994780
Facebook: https://www.facebook.com/pages/SriTanjung-Chalet/134897506588785
Testimoni 1: http://kasehmanisah.blogspot.com/2010/03/pantai-air-papan-mersing-26-28-feb-2010.html
Testimoni 2: http://terajubintang7.blogspot.com/2011/04/percutian-di-mersing-johor.html

Air Papan Chalet
*Telefon: (Encik Suhaimi) 07-7992993 atau 013-7447070

Fishing Bay Beach Resort – Hotel yang pertama akan kita temui
Laman web: http://www.fishingbayresort.com/
Email: reservations@fishingbayresort.com, fishingbbr@yahoo.com.sg
Testimoni: http://menara-kehidupan.blogspot.com/2011/07/berkunjung-ke-air-papan-mersing.html
*Telefon: Haslinda Eunos- 012 – 716 6753
*Telefon: 07-799 6753
*Telefon: 07-2225300 (JB)
*Fax : 07 – 2216300 (JB)

Kali's Guest House – Terletak paling jauh dari pantai
Laman web: http://telecentre.my/kampungairpapan/index.php/ms/pelancongan.html?start=2
Telefon: 017-7639274

Homestay Kampung Ayer Papan
Laman web: http://telecentre.my/kampungairpapan/index.php/ms/pelancongan.html?start=1
*Telefon: 019-7624137 (Norshamsudin A. Razak)

Laman web Komuniti Desa Johor Darul Takzim: http://telecentre.my/kampungairpapan/

Pemandangan sekitar Pantai Air Papan: Klik sini

Senarai Penginapan di Pantai Air Papan, Mersing, 5.0 out of 5 based on 1 rating

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


Sedetik <b>di</b> Anjung Ilmu....: KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH <b>...</b>

Posted: 19 May 2012 01:06 AM PDT

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
SK Rambah selaku tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para peserta dan guru-guru pengiring sempena karnival Bahasa Melayu Zon Kukup Tahun 2012. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pidato, Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Esei. Tahniah kepada anak-anak SKR kerana telah berjaya mendapat tempat dalam 3 pertandingan iaitu Johan Pidato oleh Iman Zulhaqim, Tempat Ketiga Bercerita Tahap 2 oleh Norhaslinda Bt Rosman dan Naib Johan Esei oleh Nur Hikmah. Tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya. Tahniah juga kepada seluruh warga SKR atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang Karnival berlangsung.

NIkmati Sunset <b>Di</b> Pantai <b>Kukup</b> dan Indrayanti | Enjoy My Life

Posted: 17 May 2012 05:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kali ini ane mau ceritain tentang jalan-jalan ane ke pantai di Wonosari, Yogyakarta, tempatnya di Pantai Kukup dan Pantai Indrayanti. Yaah, temen-temen yang suka berkeliaran menjelajah tempat-tempat rekreasi pasti ...

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Karnival SMM Bersama Rakyat <b>Di Pagoh</b> 3 Mac Ini | MyNewsHub

Posted: 16 Feb 2012 07:33 PM PST

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan Karnival SMM Bersama Rakyat pada 3 Mac ini di Pagoh, Muar, Johor.

SSM melalui satu kenyatan media memberitahu, karnival itu diadakan di Kompleks Sukan Pagoh dan dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Karnival ini bertujuan meningkatkan serta menyematkan kesedaran orang ramai tentang fungsi dan peranan SSM," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu,  Karnival SMM Bersama Rakyat juga bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan memperbadankan syarikat.

Selain itu, ia juga akan menjelaskan tentang kewujudan skim pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan penerangan berkaitan skim perniagaan secara francais.

Kata kenyataan itu, karnival itu turut diwarnai dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, kuiz, taklimat kerjaya, sukan rakyat, sukaneka dan mini konsert.

Justeru, orang ramai diminta datang memeriahkan karnival tersebut sekali gus mendapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


<b>Parit Jawa</b> ~ mumtaza kairo

Posted: 18 May 2012 01:51 PM PDT

Nah sobat Mumtaza satu lagi film produksi anak bangsa yang patut kita tonton bersama apa ituu, mau tahu ?
Nama Drama/Filem : Parit Jawa
Arahan: Tunku Mona Riza
Pelakon: Zahiril Adzim, Eman Manan, Ruminah Sidek, Jalil Hamid, Safura, Nam Ron dan Ghazali Abu Noh
SINOPSIS TELEMOVIE PARIT JAWA
Parit Jawa yang dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Jawa ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga berketurunan Jawa yang telah menetap di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya. Penonton berpeluang untuk menyorot perasaan Tuminah dan Sapian yang mengimpikan kehidupan bahagia di usia tua mereka bersama anak-anak.
Setelah Sapian meninggal dunia, Tuminah menjadi semakin risau akan keluarga mereka yang semakin kucar-kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan hak tanah pusaka peninggalan keluarga mereka dengan setiap daripada mereka memasang strategi dan agenda sendiri tanpa mepedulikan ibunya yang masih hidup.

semoga sobat Mumtazer terhibur ^_^ sinopsis film ini bersumber jiwang.net

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Babi Sondol Kafe Siber <b>Di Muar</b> - MyNewsHub

Posted: 20 May 2012 06:47 PM PDT

MUAR – Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.

Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.

Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.

"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.

"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.

Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan. – Kosmo Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ads