Sabtu, 26 Mei 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Hujung Dunia: Cikgu Syazril berkawin <b>di Kota Tinggi</b>

Posted: 01 May 2012 06:14 AM PDT


Nota : Ini adalah majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. Akad Nikah & kahwin di rumah perempuan di Perak ( kalau tak silap) pada cuti sekolah pertengahan semester yg lepas. Masa tu mereka berbulan madu di Cameron Highlands dan ketika itu juga PHD di sana. Tetapi kami tak bertemu kerana pengantin di Habu & kami di Brinchang

Sumber foto:
Mehmet Durkovic (FB)


 Kad jemputan cantik & unik !
Cikgu lelaki yg hensem,kreatif & aktif akhirnya bertemu jodoh..tahniah !
Sama-sama hensem & comel..Suka tengok ! Pakaian pengantin memang nampak indah & elegen  sesuai dengan mereka

Tahniah kepada kedua-dua pasangan ini !
PHD berdoa semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke anak cucu.

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


<b>Parit</b> Buntar~Bagan Serai ~Taiping~Kamunting~: Birthday Cake <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 03:36 AM PDT

                                                          ~100pcs Cream Puff~
                                              ~200 pcs Apam Polka Dot~
 50pcs Blueberry Cheese Tart
**Actually Yani order 100pcs, dok ingat dalam bekas ada 100pcs ++ sarung tart.
   sekali masa nak bakar baru perasan tinggal 50 jerk....adoii!!nak buat memang xsempat dah...
Sorry Yani...
Yang ni repeat order dari Yani. Hantar hari selasa lepas(Hari Pekerja)
Yang sedihnya...sampai kt umah Yani, cream putih tu turun ke bawah, da xmcm spiderman...sian kat birthday boy. Mungkin pasal cuaca panas sgt..memang panas sgt hari tu plus saya drive sorang2, xde orang nak pegangkan kek..huhu
anyway, sorry sgt2 Yani..
1kg Choc Moist Cake with Spiderman deco
yang merah-merah tu strawberry filling
50pcs Blueberry Cheese Tart
**Saje bagi extra 10-15 biji kat Yani coz order aritu ada shortage

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


saifulam-agrofarm: BONGKAH CENDAWAN MATANG UNTUK <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 08:42 PM PDT

Kepada Sahabat-sahabatku yang ingin membuat bisnes part time ataupun full time berasaskan pertanian.Yang mudah dan tidak memerlukan modal besar.Inilah projeknya,Cendawan tiram kelabu.Harga di pasaran antara Rm8.00-Rm12.00 setiap KG.Berminat boleh hubungi saya segera Saiful Amri 013-7501589.Kami juga menyediakan penjualan bongkah cendawan dengan harga rendah Rm1.30 setiap bongkah bergantung kepada kuantiti selain kursus asas penanaman cendawan juga di berikan.Rebutlah peluang menambah pendapatan.....

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


PAS SEMBRONG BANGKIT: Ziarah Medic <b>Di</b> Felda <b>Kahang</b> Barat

Posted: 23 Apr 2012 11:50 AM PDT












Pada 22 April 2012 Program Ziarah Medic anjuran Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang telah dilaksanakan bagi memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada peneroka felda yang sakit kuat.

Kami datangkan doktor muslimat dibantu oleh suami beliau melawat terus ke rumah pesakit yang telah dipandu arah oleh Sdr Mail yang merupakan anak peneroka tempatan.

Senarai pesakit yang menuggu agak ramai untuk dilawati dan tidak sempat untuk kami melawat semua pesakit yang sebahagiannya menderita penyakit seperti lumpuh, mata kabur, kanser payudara, buah pinggang, parkinson dan lumpuh anggota akibat kemalangan.

Akibat dari penyakit yang menimpa maka tidaklah dapat mereka keluar bekerja mencari rezeki dan terpaksa terperap di rumah sahaja. Tahniah kepada pasangan yang tabah menjaga dan menguruskan suami atau isteri masing-masing yang sakit terlantar dengan sabar.

Terdetik rasa simpati dan sempat kami hulurkan sedikit oleh-oleh atau buah tangan yang tak seberapa seperti sekampit beras, gula, susu pekat manis, tepung dan telur sepapan.

Tidak lupa juga kita mohon doa semoga cepat sembuh dari penyakit dan dilembutkan hati untuk bersama menyokong kita dalam melaksanakan kerja kebajikan dan dakwah.

Semoga program sebegini dapat dilaksanakan berterusan dan mendapat sokongan dari orang ramai yang simpati dengan perjuangan kami bagi membela kebajikan rakyat.

PSB

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Sultan Johor Kesal Ada Pihak Tentang Projek RAPID <b>Di Pengerang</b>

Posted: 14 May 2012 10:05 PM PDT


Sultan Johor Kesal Ada Pihak Tentang Projek RAPID Di Pengerang
KOTA TINGGI: Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Ahad melahirkan rasa kesal baginda terhadap segelintir masyarakat yang dikatakan cuba menentang Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.
Baginda juga kesal kerana ada kumpulan yang cuba mengambil kesempatan menghasut penduduk di kawasan itu supaya membuat bantahan dan membuat permintaan yang bukan-bukan terhadap projek itu.
"Saya ada terdengar suara-suara sumbang yang seakan-akan menolak pembangunan yang hendak dibuat oleh kerajaan dan tidak mahu berubah.
"Jika saudara-saudari tidak berubah, maka rakyat di sini akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan," titah baginda semasa melancarkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang, Ahad.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Sultan Ibrahim bertitah pemilihan Pengerang sebagai hab industri minyak dan gas merupakan satu rahmat kepada Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri itu.
Pembangunan RAPID akan membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang akan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, titah baginda.
Baginda bertitah jasa dan pengorbanan penduduk di situ dalam memastikan kejayaan projek itu merupakan peninggalan yang amat bermakna untuk generasi akan datang berbanding tanah kebun dan rumah kampung yang kemungkinannya tidak akan didiami pada masa depan.
"Untuk memastikan pojek pembangunan yang dirancang ini berjaya, masyarakat di Pengerang haruslah memberikan kerjasama dan perlu berkorban terutama untuk melepaskan kampung halaman dan harta benda yang dimiliki sekarang.
"Saya sudah dimaklumkan bahawa harta benda yang terlibat di dalam kawasan pembangunan ini akan dibayar pampasan yang sewajarnya dan setimpal dengan nilai harta yang diambil kerajaan," titah baginda.
Baginda menasihatkan penduduk terlibat agar tidak mengambil kesempatan dengan meminta pampasan yang tidak munasabah dan bersesuaian dengan nilai harta mereka.
Sultan Ibrahim turut meminta kerajaan dan pihak lain yang berkaitan supaya bersikap adil dan terbuka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu.
"Saya akan selalu datang ke Pengerang untuk melihat dengan lebih dekat kerja-kerja pembangunan Rapid bagi memastikannya berjalan sebagai mana yang dirancang," titah baginda.
RAPID yang melibatkan pelaburan RM60 bilion mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari dan akan menawarkan 4,000 peluang pekerjaan tetap.
Projek yang bakal dilaksanakan menjelang pertengahan 2013, iaitu selepas Petronas membuat keputusan terakhir pelaburan itu juga akan memerlukan lebih kurang 40,000 pekerja kontrak untuk pembinaan. - BERNAMA

JohorToday

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Blogger Pakatan kantoi, menipu untuk sabotaj ceramah Umi Hafilda <b>di</b>

Posted: 24 May 2012 01:30 AM PDT

Blooger fuckatan edyesdotcom telah memfitnah kononnya Umi Hafilda ada ilmu ghaib dengan menyatakan Ummi Hafilda boleh berceramah di Nibong Tebal dan di Masai, Johor dalam jarak masa 30 minit sahaja. Nampaknya puak fcukatan makin terdesak dengan serangan Ummi Hafilda yang terus melancarkan serangan bertali arus terhadap Anwar Ibrahim yang sehingga kini nampaknya Anwar terus menikuskan diri. 

Setelah aku hubungi penganjur program ini bagi mengesahkan hal sebenar, beliau terus menelefon Ummi untuk mengesahkan perkara ini dan SAH! Ummi memang akan hadir ke Nibong Tebal seperti masa dan tempat yang dinyatakan dan tiada langsung jadual di Negeri Johor pada malam itu. Satu lagi ingin ditekankan dalam setiap banner ceramah Ummi, Ummi menekankan mesti meletakkan wajah beliau supaya apa yang Anwar tak puas hati bolehlah berjumpa dengan beliau sendiri bukannya penganjur. Jelas kain banner murahan seperti gambar bawah jelas satu usaha bodoh puak pakatan untuk mensabotaj program di Nibong Tebal.SETERUSNYA



Komen GPB 


Semakin terdesak betul juak-juak pencacai Pakatan ..punya la nak sabotaj ceramah Umi di Nibong Tebal dan harapkan ramai tak hadir .. blogger edyesdotcom terpaksa buat  satu  banner sampah untuk menipu dan fitnah Umi Hafilda kononnya beliau ada juga ceramah di sana waktu yang sama .

Siapa lah agaknya yang mai ceramah di Masai , Johor tu ..hantu kot agaknya ..kah kah kah ...





01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


-atyn akmal-: melarikan diri <b>di pasir gudang</b>

Posted: 10 Apr 2012 10:04 AM PDT

minggu lepas berlangsungnya 1 program yg meminta untuk melarikan atau memenatkan diri di sekitar pasir gudang iaitu cabaran orienteering 1 Malaysia. ah senang cerita explorace lah..
ni baru kali ke-3 wujudnya program explorace ni. Alhamdulillah saya antara peserta yg agak awal lah kan sertai program ni. program ni anjuran 1 uitm. kiranya seluruh uitm terlibat dgn program ni dan ipt2 lain jugak turut serta. dalam 1515 peserta lah kesemuanya. ramai giler kan? so persaingan pun mmg agak sengit. peluang nak menang tu sgt3 lah tipis..
tp Alhamdulillah lah group saya mampu pecahkan rekod johan bg kategori wanita sebelum ni. johan tahun lepas drg kutip markah 420 dan group saya berjaya kutip 430..haha beza 10 je kot!!! tak payah nak gembira sgt lah kan. HAHA
tp ok apa..biar kalah bermaruah drpd terbatal macam tu jek..hikhik
penat seyh nak pergi mencari check-point tu wlpn ada peta dan kompas. tgk peta pn dah tak paham apatah lagi nak gunakan kompas...haha. puas jugak saya terbalik-balikkan peta nak pahamkan kedudukan skrg. last2 berjaya jugak memahamkan diri baca peta tu
overall sgt best program explorace ni. sgt mencabar dan saya sgt3 suka aktiviti macam ni. mmg dah lama tak bersukan sejak kesihatan diri tak berapa nak ok sgt ni. wlpn time tu terasa kesakitannya tu tp tetap teruskan. saya mmg seorang yg degil dlm bab2 yg saya minat ni!! hehe dan padahnya hanya saya sendiri yg tanggung.
ok lah malas nak ulas panjang. layan saja gambar2 kami di bawah ni
oh yea program ni pun bukan explorace semata-mata tp turut disertai dgn program lain spt forum 1 Malaysia,majlis makan malam bersama menteri pengajian tinggi dan khidmat masyarakat
menunggu turn untuk melarikan diri
serius ini mmg muka kepenatan setelah berjaya mengumpul 4 check-point dlm masa sejam 17 saat
with julia sebelum gerak ke majlis makan malam
motif lidah ikut tema? hehe
nampak tak kerajinan disitu? haha
haa yg ni lagi nampak kerajinan mereka..haha
dah kalah balik lah kan..hehe
nak tau apa yg saya dapat drpd program ni? haa tunggu next entri yea ;)

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


PM tunai janji | Informasi Dot My

Posted: 25 May 2012 10:30 PM PDT

PASIR GUDANG – Gembira dan teruja kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janji untuk menaik taraf jambatan besi sementara kepada membina jambatan konkrit baru sempena lawatan ke Kampung Baru Plentong, di sini, dua tahun lalu, penduduk bercadang menamakan jambatan itu sebagai Jambatan 1Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, keadaan jambatan besi sementara yang mengalami mendapan sejak tiga tahun lepas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kerana ia menjadi laluan utama ke kampung berkenaan.

Menurutnya, lawatan Najib sekitar Mei 2010 membawa sinar kegembiraan kepada penduduk kerana bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina jambatan konkrit baru.

"Saya bagi pihak penduduk ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan hadiah paling bermakna kepada penduduk di kawasan ini.

"Projek yang akan bermula hari ini (kelmarin) dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh satu setengah tahun dan bakal diberi nama Jambatan 1Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Cher Puk berkata, Najib memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 selepas pelan asal jambatan seluas 40 meter panjang dan 12.5 meter lebar tidak dipersetujui penduduk kerana mempunyai tiang di tengah jambatan.

Menurutnya, ini berikutan kawasan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat, malah pernah menenggelamkan kampung itu ketika pada 2007.

"Kita yakin jambatan yang dijangka siap tahun depan tidak akan menyebabkan berlakunya lagi banjir dan bakal memudahkan laluan kepada penduduk dan orang ramai.

"Sementara jambatan dalam pembinaan, orang ramai yang ingin ke kampung ini boleh menggunakan dua jalan alternatif iaitu daripada Taman Ria Plentong dan Taman Seri Plentong," katanya.

Cher Puk (kiri) bersama penduduk kampung melawat tapak projek jambatan konkrit baru.

GD Star Rating
loading...

Number of View :19

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Sharizan Shuhaimi: sehari <b>di LABIS</b>

Posted: 23 May 2012 11:29 PM PDT

assalammualaikum...hai semua...
sy nk shere pengalaman g bukit kepong johor...

6.00pg da bagun....hahaha
9.00pg bru gerak...berpandukn peta kokak dri member sy bagi tu ...(nasib la fhm)hahha..aku pon redah la
sme2 dgn makcik n pakcik.....hahaha...

sgt la jauh umh BUDAK itu hahha..tp xpe redah sje...yg penting sy sampi .

11.30pg sy dh smpi awal kn.hhahaha...1st time tengok kenduri org sne...sgt relax kenduri mereka...yg xpnh lak sy tengok mask nasi kukus dlm dulang peh!xtumpah ke huhuhu...

ni la makcik sy yg follw tu hahah
sebenar nye kenduri tu kwn sy punye abg n adik yg kwen so nk jalan2 tu yg g tu hahhahah...
ni la pengantin nye..hahah(aku amik kt fb dia hahha)
lg satu pengntin...(kwn sy pki baju warna purple tu) =p
lepas je g kenduri kwen kami g mandi2 kt gunung ledang tp kn sy x bwk pon bju xtau lak nk singat...so min je air hahah
seronok sepupu2 sy ni mandi ya hahhaha
uuwweekk muka pon da penat!
beli keychn wt kenangan hahhaha..
walupon sekejap tp pengalaman ke sgt membawa bribu kenangan bg saya... =)
saya harap 1 hari nt saya akan smpi ke sne lagi..insyaallah.....

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Mencari Cahaya Pelita: Parlimen <b>Parit Sulong</b> : Andaian Hampir Tepat

Posted: 06 May 2012 05:38 PM PDT

Salam dan salam sejahtera.
Saya sekadar memerhati penulisan-penulisan di dalam blog seangkatan yang lebih menumpukan kepada isu BERSIH 3.0, skandal Azmin Ali dan pelbagai lagi.
Di sini saya tidak mahu memberi tumpuan kepada isu nasional, cukuplah sekadar memberi tumpuan kepada isu tempatan.
Daerah Batu Pahat, Johor.
Ya, Batu Pahat. Salah sebuah daerah yang terkenal dan pesat membangun di Negeri Johor.
Terdapat juga pembaca yang berasa kurang senang dengan penulisan tersebut (baca ruangan komen). Sememangnya diakui bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk diterima.
Saya bersyukur kerana dua penulisan di atas telah menyebabkan beberapa pihak khususnya orang-orang UMNO membuka mata (seketika). Blog ini turut disebut-sebut di dalam Perhimpunan Agung UMNO oleh pihak-pihak yang tidak senang apabila namanya dinyatakan secara jelas (bukan semasa persidangan tetapi majlis makan malam rasanya).
Baru-baru ini saya berada di Batu Pahat dan beberapa orang (orang politik, duduk sembang di meja kopi) bertanya kepada saya mengenai persepsi saya sebagai 'orang luar'. Soalan yang diajukan begitu mudah, iaitu mengenai calon-calon Barisan Nasional di dalam daerah Batu Pahat. Saya sekadar tersenyum kerana saya sudah mengulas panjang lebar di dalam blog ini tahun lepas.
Saya cuba untuk menjawab dengan jawapan yang terlalu umum iaitu "Semuanya ok dan rasanya penyandang sedia ada iaitu Parlimen Ayer Hitam, Sri Gading dan Batu Pahat akan terus kekal, kecuali Parit Sulong".
Ya, kecuali Parlimen Parit Sulong. Sebenarnya ini adalah jawapan spontan yang terkeluar daripada mulut saya. Mungkin ini disebabkan penulisan-penulisan sebelum ini telah mempengaruhi jawapan saya itu.
Pihak yang bertanya itu agak terkejut kerana mereka adalah orang di dalam UMNO Bahagian Parit Sulong itu sendiri dan juga merupakan 'orang kuat' di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.
Justifikasi yang saya berikan begitu mudah. Secara logik akal juga boleh difikirkan jika mahu difikirkan. Saya yakin banyak pembaca khususnya orang di kawasan Parlimen Parit Sulong tahu mengenai perkara ini.
Untuk makluman para pembaca, saya hanya sekadar budak hingusan yang tiba-tiba diajukan soalan sedemikian dan sebagai budak hingusan rasanya saya perlu menjawab dengan jujur.
Saya yakin orang-orang di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong tahu mengenai perkara ini. Tahu bahawa mereka akan mendapat Ahli Parlimen yang baru.
Bukanlah saya hendak mengatakan bahawa Y.B. Dato' Noraini Ahmad tidak bagus tetapi seseorang pemimpin itu perlu selalu (jika tidak selalu maka perlulah kerap) mendampingi rakyat di kawasan Parlimen mereka.
Semasa saya duduk bersama beberapa orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, mereka spontan menggelengkan kepala apabila disebut nama Ahli Parlimen Parit Sulong. "Aku tak pernah nampak suami dia..anak dia pun aku tak pernah tengok..", ini yang terpacul daripada mulut mereka.
Spontan saya menjawab, "Kalau orang dalam Bahagian pun tak pernah nampak apatah lagi saya orang luar..". (Berdasarkan perbualan).
Seperkara yang perlu diketahui bahawa jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan/mewajibkan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan kepada setiap calon yang ingin bertanding di dalam pilihan raya, saya yakin Parlimen Parit Sulong dan DUN Sri Medan akan mendapat wakil rakyat baru.
(Foto : Utusan Malaysia 25/3/2009)
Banyak pihak sudah mengetahui keadaan kesihatan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Makluman yang baru diterima daripada salah seorang yang hadir ke program yang sepatutnya dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Sulong ialah "Ahli Parlimen kita tak dapat datang, katanya demam sampai masuk wad..demam kok sampai masuk wad..(dengan nada jawanya).."
Kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima. Saya akui blog ini turut menjadi sumber beberapa pihak yang membuat laporan prestasi perkhidmatan setiap wakil rakyat. Saya tidak perlu nyatakan jawatan-jawatan yang mereka miliki.
Saya menulis di sini berdasarkan sumber yang diterima daripada dalam (akar umbi). Dalam politik sememangnya sukar mencari sahabat. Selagi seseorang itu memiliki kuasa maka tiada sesiapa pun berani mengatakan "Kalau dah tak larat tu tak payahlah nak bertanding lagi..". Ramai yang akan berkata sedemikian di belakang.
Saya mendoakan Y.B. Dato' Noraini Ahmad kembali sihat seperti sediakala.
Selepas ini blog ini akan memasuki fasa seterusnya bagi mengupas calon-calon Barisan Nasional di dalam daerah Batu Pahat.

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Sharizan Shuhaimi: sehari <b>di LABIS</b>

Posted: 23 May 2012 11:29 PM PDT

assalammualaikum...hai semua...
sy nk shere pengalaman g bukit kepong johor...

6.00pg da bagun....hahaha
9.00pg bru gerak...berpandukn peta kokak dri member sy bagi tu ...(nasib la fhm)hahha..aku pon redah la
sme2 dgn makcik n pakcik.....hahaha...

sgt la jauh umh BUDAK itu hahha..tp xpe redah sje...yg penting sy sampi .

11.30pg sy dh smpi awal kn.hhahaha...1st time tengok kenduri org sne...sgt relax kenduri mereka...yg xpnh lak sy tengok mask nasi kukus dlm dulang peh!xtumpah ke huhuhu...

ni la makcik sy yg follw tu hahah
sebenar nye kenduri tu kwn sy punye abg n adik yg kwen so nk jalan2 tu yg g tu hahhahah...
ni la pengantin nye..hahah(aku amik kt fb dia hahha)
lg satu pengntin...(kwn sy pki baju warna purple tu) =p
lepas je g kenduri kwen kami g mandi2 kt gunung ledang tp kn sy x bwk pon bju xtau lak nk singat...so min je air hahah
seronok sepupu2 sy ni mandi ya hahhaha
uuwweekk muka pon da penat!
beli keychn wt kenangan hahhaha..
walupon sekejap tp pengalaman ke sgt membawa bribu kenangan bg saya... =)
saya harap 1 hari nt saya akan smpi ke sne lagi..insyaallah.....

ads