Jumaat, 1 Jun 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Kota Tinggi</b> (MDKT) ~ info kerjaya <b>...</b>

Posted: 27 May 2012 04:23 PM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi.

1 Pegawai Tadbir
2 Pegawai Kesihatan Persekitaran
3 Penolong Arkitek Landskap
4 Penolong Jurutera
5 Penolong Pegawai Penilai
6 Penolong Juruaudit
7 Penolong Akauntan
8 Penolong Pegawai Tadbir
9 Penolong Pegawai Undang-Undang
10 Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat
11 Pembantu Belia Dan Sukan
12 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
13 Pembantu Juruaudit
14 Pembantu Kesihatan Awam
15 Penghantar Notis
16 Pekerja Awam
17 Pegawai Pegawai Undang-Undang
18 Pembantu Penguatkuasa Letak Kereta

Syarat-syarat lantikan serta maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Majlis Daerah Kota Tinggi di www.mdkt.gov.my

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan yang boleh di perolehi dengan melayari laman web Majlis Daerah Kota Tinggi di www.mdkt.gov.my atau boleh diperolehi di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kota Tinggi.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 JUN 2012

Maklumat lanjut dan borang permohona sila klik sini

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


Pezol Stylez: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 4 : PUAS

Posted: 28 May 2012 10:05 PM PDT

Part akhir aku dan kengkawan mandi manda kat Air Terjun Bekok, Johor
Setelah puas mandi manda, cuci-cuci mata, lepak-lepak..kitorang pun balik.
Overall, memang best mandi kat air terjun ni
Tenang, damai dan segar..maklumlah dalam hutan kan
Sebelum balik tuh..macam biasalah kena la snap2 gambar kan sebagai kenangan
Posing ala-ala model gitewwww..hahaha
Paling best, on the way nak balik tu kitorang singgah makan durian jap
Sedappppp uols !! Ok lah itu la saja entry aku kat air terjun ni
Korng2 yang nak datang sini tu,meh la datang. Besttt!!







Entry lain yang mungkin korang belum baca: 
Part 1 : Plan Last Minit
Part 2 : Batu Berdiri
Part 3 : Basah

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


myretina: JB-Singapura - Hari 1: Malam <b>di Johor Bahru</b>

Posted: 07 May 2012 05:18 AM PDT

Dalam perjalanan balik ke JB dari Singapura, agenda makan malam dibuat. Diberi dua pilihan antar Danga Bay ( suatu tempat yang cantik ) dan Larkin ( boleh beli-belah). Lalu dipilih Danga Bay. Sesampainya di hotel, pakat semua letih, tak larat nak keluar. Jadi agenda malam ini makan sendiri-sendiri.

Selepas mandi turun kebawah carilah kedai makan. Ada banyak kedai makan di sekitar hotel. Di belakang hotel Citrus dan kedai-kedai terdapat berpuluh-puluh gerai makan. Waktu siang tak nampak macam ada gerai tetapi bila malam penuh dengan gerai, sungguh meriah. Jadi dipilih yang dekat sahaja. Aku ke belakang hotel.

Tak sangka ramai yang memilih makan di sini. Jadi meja disambung macam keratapi. Meriah. Macam-macam di jual ala Thai, ala Jawa, satay, otak-otak, ayam penyet, nasi campur, burger, sebut sahaja . Sampai saja sini aku terus saja berkenan dengan sup cicah roti.

Daud Kambing Soup

Nama gerai pun dah jadi orang putih campur melayu, Daud Kambing Soup. Tokey gerai berketurunan Mamak. Kat gerai makan Daud ini terdapat berbagai jenis sup seperti sup tulang rusuk kambing , tulang, urat, pipi lembu, lidah, torpedo, telur ( takpasti telur lembu atau kambing ) dan ayam.
Aku oder sup urat dengan roti Benggali. Memang sedap, kalah Sup Hameed kat Penang. Aku terpaksa tambah sup sebab kering cicah dengan roti.
Habis makan saja sembang dengan tokey gerai. Diberitahu dia asal dari Batu Feringgi. Laaaa...  pusing-pusing makan air tangan utara juga. Dia dah menetap di JB. Aku tanya dia ada hubung kait dengan Sup Hameed ka ? jawapannya jeng...jeng..jeng... TAK. Gerai ini juga pernah masuk dalam surat khabar.

OKlah itu ja agenda malam nie, makan-makan dan sembang-sembang. Balik tidur, esok ada acara lain pula.

Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Johor Bahru dan Singapura :
1. Hari 1 : Pagi di Jahor Bahru
2. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 1)
3. Hari 1 : Ronda-ronda Singapura (Bhg 2)
4. Hari 1 : Malam di Johor Bahru
5. Hari 2 : Universal Studio Singapore (Bhg 1)
6. Hari 2 : Universal Studio Singapura (Bhg 2)
7. Singapura : Tingkap lama

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Impian #1: Minimarket | Roy Andika™

Posted: 28 May 2012 12:52 AM PDT

Boleh dong punya impian??? Wajib malahan, katanya itu salah satu syarat menjadi orang sukses. Harus punya impian yang jelas dan kuat. Tapi bolehkah punya impian yang ga masuk akal? Misalnya pengen jadi orang terkaya di dunia, atau punya pesawat pribadi? Selama percaya bahwa Allah SWT itu Maha Kaya dan Maha Mampu, kenapa mesti ragu? Jika Dia menginginkannya, hanya sebuah kata: 'Kun', maka jadilah sesuai keinginann-Nya. Betul ga?
Nah, mulai hari ini aku akan coba ngomongin dikit-dikit tentang impian-impianku. Punya banyak impian itu lebih baik karena walaupun tidak semua impian pasti terwujud, tapi sebagian impian Insya Allah akan terwujud dengan kerja keras dan izin-Nya. Daripada ga punya impian, jadinya ga dapat apa-apa, tul ga?
Impianku yang paling utama adalah punya sebuah minimarket yang bisa menunjang perekonomian keluargaku. Kalau dari lokasi, pengen punya minimarket di kawasan jalan Ahmad Yani, Ahmad Yani 2, Parit Haji Husein 2, Sultan Abdurrahman, Kota Baru dan di Siantan. Minimarket yang cukup seperti Alfamart gitu deh, dengan 2-5 orang karyawan.
Kalau modalnya, perkiraanku sekitar Rp 500.000.000 untuk sebuah minimarket, minus gedung, perizinan dan upah awal karyawan. Dan targetku, insya Allah 2 tahun lagi, Juni 2014 aku akan punya sebuah minimarket. Amin.

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Cik Rose Cute!!: Ular Tedung Selar Terbesar <b>Di Benut</b> Johor

Posted: 11 Apr 2012 12:05 AM PDT

Besar betul ular tedung selar menjalar kat pokok kelapa....Kalau sekali patuk terus kita mati.Aku rasa ular tedung selar nie warna kelabu...Korang nampak tak kepalanya....Eeiii menakutkan....
Ada orang cakap Mat indon yang tangkap gambar nie...aku pun tak pasti betul tulen ke tak gambar ni, tapi mengikut maklumat yang diperolehi ianya di jumpai di daerah Benut Johor.
 Memang besarkan....Tapi ular tedung selar sebesar nie memang wujud....Sebab adik aku yang lelaki pernah jumpa ular tedung  selar sebesar tue......Adik aku kerja jaga menjaga pencawang kabel nak menuju ke tempat kerjanya memang hutan tapi nasib baik jalan dah tar cantik...,waktu tue dia baru nak turun  dari bukit pencawang kabel  tiba2  ada ular tedung selar melintas terkejut adik aku terus break motor capuk dia.....
Adik aku cakap memang besar ular tue...Aku tanya dia ular sawa ke? dia cakap bukan.... ular tedung selar warna kelabu...Katanya.
Aku tanya dia balik macam tak percaya ada ular tedung selar sebesar  peha dia.Dia cakap memang betul...waktu adik aku tekan break motor dia...ular tedung selar tue terkejut dan mengembang.
Sewaktu ular tedung selar mengembang  paras ular tue atas kepala adik aku, perasaan adik aku ketika tue dah berdebar-debar,dia takut ular tue serang dia.
Di dalam hati adik aku mengucap dan berkata-kata" Aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku ,aku cuma nak balik..." Lebih kurang 5 saat barulah ular tedung selar berlalu masuk hutan.Cuba korang bayangkan........ Aku dengar story dia seram giler....
Nota Kaki: Waktu adik aku story arwah mak aku ada lagi.....Arwah mak aku cakap mungkin juga makhluk jelmaan syaitan...Nasib baik adik aku tidak di patuknya,  mungkin juga  Allah itu Maha Besar dan  umur adik aku masih panjang lagi.........yalah niat adik aku nak bekerja..jalan tue hari2 dia lalu...Korang tahukan pencawang kabel yang tinggi tue...kalau kat kampung kat atas bukit kat dalam hutan pencawang tue ada...Setiap pencawang ada satu bilik untuk jaga tinggal untuk beberapa hari.Kerja macam nie ada jugak potongan KWSP..

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


PELAJAR SMK PADUKA TUAN MAUT DIGILIS KERETAPI <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 08:06 PM PDT

Isu bahaya lintasan haram landasan keretapi sudah lama dihebahkan. Namun masyarakat masih mengambil mudah mengenai perkara ini. Namun sikap sesetengah pihak yang 'keras kepala' juga satu hal. Bukannya nak mempermudahkan pengguna ataupun rakyat tapi masih mengabaikan kebajikan kepada masyarakat setempat.

Ammboi tidak pasti samada kes di Segamat, Johor ini bagaimana. Namun seperti dilaporkan media, tindakan seorang pelajar Tingkatan Tiga melintas landasan untuk menyingkatkan perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, berakhir tragedi apabila digilis kereta api ekspres dekat Genuang di sini, tengah hari semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paduka Tuan, Ahmad Iltizam Khalid, 15, berjalan pulang sendirian ke rumah keluarganya di Jalan West, Bukit Siput.

Mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik itu dipercayai melintas landasan melalui pintasan haram di Kilometer 592 Landasan Segamat dan Genuang itu, yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan sekolahnya. Tren Ekspres Sinaran yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Woodlands, Singapura, tidak mampu berhenti secara mengejut menyebabkan mangsa dirempuh sebelum diseret sejauh kira-kira 50 meter.

Mangsa cedera parah di kepala, manakala beg berisi bukunya bertaburan di landasan. Tren turut berhenti berhampiran lokasi kejadian tetapi perlu mengambil jarak kira-kira 800 meter sebelum dapat berhenti sepenuhnya sejurus kemalangan. Tren itu meneruskan perjalanan selepas polis selesai menjalankan siasatan.

Kemungkinan laluan yang pelajar berkenaan guna adalah laluan altenatif penduduk setempat. Jadi sepatutnya pihak yang berkenaan membantu mempermudahkan urusan penduduk setempat dengan membina jejambat melintasi landasan atau lain-lain. Barulah perkara sebegini tidak berlaku. Selain dari kerjasama masyarakat sekitar seperti yang dituntut kerajaan dalam menangani kejadian seperti ini, pihak berkenaan juga patut berkerjasama bagi mengatasi masalah rakyat ini. Jangan hanya fikirkan keuntungan semata.

Incoming search terms:

  • ahmad iltizam (18)
  • kemalangan kereta api di segamat (10)
  • digilis keretapi (9)
  • pelajar maut digilis kereta api di segamat (7)
  • digilis keretapi di segamat (7)
  • pelajar maut digilis kereta api (6)
  • smk paduka tuan (6)
  • pelajar digilis keretapi (5)
  • pelajar smk paduka tuan (5)
  • pelajar digilis keretapi di segamat (5)

Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Hujung Dunia: Senja <b>di Mersing</b> Laguna

Posted: 28 Apr 2012 06:43 AM PDT

( Selatan Mersing Laguna-2021)
 Pulau Setindan sayup-sayup di tengah laut. 3 buah pulau buatan akan terbina dengan projek tambakan laut selama 7 tahun sehingga ke pulau tersebut
 Pemandangan indah dan istimewa ini akan lenyap apabila Mersing Laguna terbina
 Senja yg indah..Menikmati sebelum semuanya tinggal kenangan apabila projek akan bermula tak lama lagi


 Anak-anak Mersing Laguna 2021..
 Selamat tinggal Mersing lama..
Selamat datang Mersing Laguna..

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Video Youtube Makcik Sekeluarga Mencuri <b>Di Senai</b> Johor | Blog <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 04:22 PM PST

Semalam jalan-jalan dalam forum terjumpe satu video curi di kedai serbaneka di Senai Johor. Apa yang menyedihkan tu adalah, saya rasela, ia dilakukan oleh satu keluarga, Mungkin dari nenek, anak hingga cucu.

Video yang daapt perhatian ramai itu dikatakan terjadi di siang hari dan peliknya, mereka tidak nampak aksi mereka di rakam di CCTV. Sedih tengok, makcik bertudung, rupa macam seorang melayu mencuri di Kedai Serbaneka, pakai baju longgar, tup tup masuk dalam baju. Ya Allah, apala nak jadi dengan mak mak zaman sekarang. mengajar anak sendiri mencuri.

Video dari rakaman cctv yang diambil dari sebuah kedai di Senai Johor telah dimuat naik di laman youtube dengan rakaman beberapa orang wanita dengan seorang lelaki mencuri barang dari kedai berkenaan lalu disorokkan dibahagian badan mereka termasuk celah kelangkang.

video bertarikh 7 februari 2012 itu telah mula mendapat perhatian umum. memakai baju longgar dan besar supaya mudah menyembunyikan barangan yang dicuri. perhatikan video dibawah secara teliti. kemungkinan suspek adalah sekeluarga.

Apa Yang Anda Cari

yutube mencuriyoutube mencuriyoutube curi cctvyou tube mencuristaff sendiri mencuriskandal makcik bertudungSenai Johorsatu keluarga mencurirakam curipukul curi

Related posts:

  1. Geng Kangkang Mencuri [Video]
  2. Video Youtube Kemalangan di Melaka 15 Januari 2011 Dari CCTV
  3. Video Youtube Budak DiBelasah Curi Motor Giant Kelana Jaya
  4. Sinopsis dan Video Youtube Episod 3 Gemersik Kalbu
  5. Video Sex Dato' Seri Anwar Ibrahim Ditangkap CCTV Apartment?

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


PAS SEMBRONG BANGKIT: Serangan Gajah Liar <b>Di Kahang</b>

Posted: 17 Apr 2012 03:54 AM PDT

Kawanan Gajah Liar NgamukSemalam dapat telefon dari seorang pekebun sawit keturunan cina bernama Eric menyatakan beliau buntu apabila kebun sawitnya diserang gajah liar.

Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang terus datang ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Kluang dan menyatakan masalah tersebut supaya pihak jabatan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam isu ini.

Pihak jabatan meminta nama penuh pengadu, no telefon dan lokasi kejadian dan kakitangan jabatan akan membuat pemeriksaan sendiri secepat mungkin. Terima kasih .

Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa tindakan, kita bimbang dan khuwatir keselamatan penduduk akan terancam dan harta benda seperti taman-tanaman akan musnah.

Ia juga akan menakutkan penduduk dari keluar bekerja mencari rezeki dan lebih mudarat lagi sampai boleh membahayakan nyawa penduduk.

Kemungkinan habitat 'Orang Kuat' atau gajah ini terancam akibat pembalakan dan penerokaan hutan simpan dan apabila sukar untuk kawanan gajah ini mencari makanan maka tak mustahil kampung penduduk yang berhampiran akan menjadi mangsa amukan gajah.

Untuk memudahkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan boleh hubungi Jabatan Perhilitan Kluang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara  
Ketua PERHILITAN Daerah
Pejabat Jabatan PERHILITAN Kluang, 

Jalan Sek. Men. Chong Hua,
86000 Kluang, Johor
Pejabat : 07-7723989
Faks : 07- 7710845

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Isu Projek RAPID <b>Di Pengerang</b> ; Lynas ke 2? - (MTD) Benut

Posted: 29 May 2012 09:23 PM PDT

Oleh Ibn_bacoks

KULAIJAYA – Sallahuddin Ayub, Naib Presiden PAS membayangkan isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau RAPID bakal meledak dan akan menjadi Lynas ke 2.
Dalam pada itu, kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan membawakan isu ini ke tengah boleh memberi melonjakkan sokongan orang Melayu sehingga ke paras 80 peratus kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Pemuda telah menjuarai isu tanah dalam masa tiga bulan ini. Kalau berjaya mainkan isu tentang RAPID di Pengerang, ia adalah Lynas ke 2 dan ia boleh melonjakkan sokongan orang Melayu sekitar 80 peratus kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi.

Isu ini mula mendapat perhatian apabila para penduduk menyatakan bantahannya dengan menghantar memorandum kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Menteri Besar Johor, Perdana Menteri dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) malahan referendum kepada sidang Parlimen turut dilakukan.

Bagaimanapun, suara rakyat masih tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan didakwa kerajaan UMNO lebih berminat dalam menyentuh isu pembangunan dan keuntungan ekonomi negara berbanding nasib dan masa depan penduduk yang masih tiada kepastian.

Malahan, satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gabungan NGO Pengerang ditubuhkan bagi menyuarakan bantahan dan membuat lapan tuntutan berkaitan ketelusan dan jaminan hak penduduk.

Antaranya ialah rampas tanah, rampas alam sekitar, rampas budaya, rampas tanah kubur, rampas rumah, rampas wang pampasan, rampas punca ekonomi dan rampas hukum faraid.

Sehubungan itu, satu himpunan telah berjaya diadakan pada 26 Mei lepas di Pekan Sungai Kapal dekat sini bagi mengumpulkan mangsa-mangsa yang tertindas.

Isu Projek RAPID <b>Di Pengerang</b> ; Lynas ke 2? « ibn_bacoks

Posted: 29 May 2012 08:48 PM PDT

Rumah > Uncategorized > Isu Projek RAPID Di Pengerang ; Lynas ke 2?

image

KULAIJAYA – Sallahuddin Ayub, Naib Presiden PAS membayangkan isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau RAPID bakal meledak dan akan menjadi Lynas ke 2.

Dalam pada itu, kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan membawakan isu ini ke tengah boleh memberi melonjakkan sokongan orang Melayu sehingga ke paras 80 peratus kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Pemuda telah menjuarai isu tanah dalam masa tiga bulan ini. Kalau berjaya mainkan isu tentang RAPID di Pengerang, ia adalah Lynas ke 2 dan ia boleh melonjakkan sokongan orang Melayu sekitar 80 peratus kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi.

Isu ini mula mendapat perhatian apabila para penduduk menyatakan bantahannya dengan menghantar memorandum kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Menteri Besar Johor, Perdana Menteri dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) malahan referendum kepada sidang Parlimen turut dilakukan.

Bagaimanapun, suara rakyat masih tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan didakwa kerajaan UMNO lebih berminat dalam menyentuh isu pembangunan dan keuntungan ekonomi negara berbanding nasib dan masa depan penduduk yang masih tiada kepastian.

Malahan, satu badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gabungan NGO Pengerang ditubuhkan bagi menyuarakan bantahan dan membuat lapan tuntutan berkaitan ketelusan dan jaminan hak penduduk.

Antaranya ialah rampas tanah, rampas alam sekitar, rampas budaya, rampas tanah kubur, rampas rumah, rampas wang pampasan, rampas punca ekonomi dan rampas hukum faraid.

Sehubungan itu, satu himpunan telah berjaya diadakan pada 26 Mei lepas di Pekan Sungai Kapal dekat sini bagi mengumpulkan mangsa-mangsa yang tertindas.

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


saifulam-agrofarm: BONGKAH CENDAWAN MATANG UNTUK <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 08:42 PM PDT

Kepada Sahabat-sahabatku yang ingin membuat bisnes part time ataupun full time berasaskan pertanian.Yang mudah dan tidak memerlukan modal besar.Inilah projeknya,Cendawan tiram kelabu.Harga di pasaran antara Rm8.00-Rm12.00 setiap KG.Berminat boleh hubungi saya segera Saiful Amri 013-7501589.Kami juga menyediakan penjualan bongkah cendawan dengan harga rendah Rm1.30 setiap bongkah bergantung kepada kuantiti selain kursus asas penanaman cendawan juga di berikan.Rebutlah peluang menambah pendapatan.....

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


KAMPONG PT 4 SG HJ DORANI: Singgah <b>di Desaru</b> Kejap.

Posted: 27 May 2012 03:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Singgah di Desaru Kejap. Dicatat oleh abd manaf musa di 3:53 PG ... Mailangi busu iwan, sebelum allahyarham maninggal dunia di kg seri lalang, keluang johor. ... Allahyarham hj maad adnan, umpat bamadihin di homestay sg hj dorani.

diari aku anak, isteri dan ibu: kisah seram:: satu malam <b>di desaru</b>

Posted: 07 May 2012 10:08 PM PDT

saja nak masukkan cite seram kat blog nie..dah kata pon pengalaman kan..so masukkan ajelah..sebenarnya banyak kisah2 seram yang penah aku lalui dan banyak yang orang cerita2 kan..lagipun mmg aku suka dengan cerita2 seram nie..ingat lagi pengalaman masa mengandung anak pertama..tiap2 minggu nak tgk cerita hantu..xkisah lah dari xseram shingga lah seram..sume aku layan..jadi nie aku nak cerita pengalaman seram yang penah aku lalui sendiri baru2 nie...

pengalaman nie masa aku ada family day charity event JB dengan member2 caldina m7 bulan februari lalu..pendekkan cerita ..masa sampai desaru ada 3 buah resort/hotel ..masa masuk jer kt desaru tu wahh hati tu ada sikit bbunga la bila tengok resort pertama tu..cantik dan menarik jugak la..sekali member2 sume still drive ke depan..bermakna resort tu bukan tempat penginapan kami..dalam 50meter ada lg resort..wahhh tersenyum tengok bangunan yg tersergam indah..class jgk la..tp sayang..still hukan tempat inap kami..badan nie dah letih nie dah terbayang2 katil empuk nak baring2 guling2 nie...sekali jumpa resort yg k3..ok dalam hati kata.."xkan nie kot tempat nyer???" tanya kat hubby.."yank nie ke?" ...yela jawabnyer..sbb member2 sume park kat situ kan..adusss..hati mula xseronok..lupa nak bgtau..masa sampai tu pon dah petang so xkan nak cerewet2..dah bayar lagipon..nak xnak layankan...

ambil kunci bab dah xsabar nak baringkan badan..pulak masa tu awal2 preggy mmg badan lesu mual sume adalah...kitaorg dapat 2nd floor..bilik k3 dari hujung..fuhhh..
nie nak korg bayangkan tempat tu macam mana k...bangunan dia kusam..cat tertanggal2..persekitaran yang tak menarik dan hujung hutan pulak tu..ye kot aku pgl hutan sbb pokok2 lalang2 sume penuh tinggi2 kat tmpt park kate tu..mmg xhappening lgsg tmpt tu...

masuk jer dalam bilik..bau hapak karpet tus terjah hidung aku..apalagi kembang kempis la aku dok tahan bau..aku nie kalau jjln bcuti mst aku check bilik ..humm malas nak komen..klu luaran dah gitu guper dalam pon sama la jwbnyer..masuk bilik air tgk cmner..pergghh!!!!macam dah lama tinggal kau!!bath tab kotor kuning2 gitu..syiling lak ada kesan2 cam leaking..lantai pon xbersih sangat..shower pun..huhuhu xbest!!!p kat katil...aduss.tepuk2 katil n bantal bab bau cam hapak ..macam dah lama dorg biarkan gitu xberganti..mulala geli2 gitu..bilik kitaorg ada pintu adap laut..tp syg ..pintu tu xboleh btutup dan bkunci..sebab kayu pintu tu dah kembang..tarik la macam mana pun mmg xboleh tutup..rapat gitu jer..mmg xselesa la bagi aku..nak xnak duk ajela..mmandangkan dh lwt ptg ..nak makan malam lagi..aku cpt siap2 utk anak2..yg hubby aku tido bab kata penat drive..mmg tu la jawapan setiap kali klu p bcuti..

balik makan ada dalam kul 11malam.aku tus naik blk dengan adawiyah..naqiuddin dgn ayahnye nak dok lobby ngn kkwn dulu..so naik kemas2 nak tido..nasrullah time nie xikut bab aku xlarat nak jg masa tu...dalam kata layan adawiyah aku pon ttido..sedar2 je hubby cal soh buka pintu..aku tgk jam kul 12lbh klu xsilap time tu..aku buka pastu sambung tido blk...

katil aku ada 2 single bed..so aku tido ngn adawiyah...hubby tido ngn naqiuddin..katil aku nie dok belah dinding kat pintu masuk n blk air la..katil aku ada space dalam selangkah kecil je jarak ngn dinding..aku tido belah dinding..posisi tido aku nie suka mengiring..bg wanita2 mengandung nie la posisi plg selesa..sambil tgn aku terjuntai kat tepi katil..so...tido la aku dengan nyenyak sbb kepenatan..dalam tido nyenyak ttba..........aku rasa tgn aku nie mcm kena cuit.banyak kali dcuit2.aku sangka naqiuddin bangun nak gtau nak kencing ke nak tido ngn aku ke so aku buka la mata tkebil2 kuyu gitu...dalam kata aku sedar mata pon kuyu aku nampak satu objek betul2 tepi aku...yang aku nampak............rambut panjang mengurai kusut dgn baju putih lusuh...................muka xnampk sebb ttutup rambut dan kdaan bilik yg samar2...seolah2 benda nie tahu yg aku nampak dia..terus dia bgerak perlahan ke hujung kaki aku sambil mengilai kuat dan nyaring...yang aku nie dah kejang ats katil..nak jerit dah xboleh dah apatah lagi nak bgn..puas mulut nak laung Allahuakbar..pon xlepas...terasa badan nie dah seram sejuk..ada dalam 3minit aku dgr ngilai tu..serammmmm....bila dah hilang bunyi tu aku yg tengah pejam mata nie ikir (nak sejukkan ati) oooo..myb laki aku nak kenakan aku nie..sbb mlm tu ada rambut palsu dlm blk utk dia gunakan mlm esk..tp aku dgr dia tgh sedap bdengkur sebelah katil tu...aku cpt2 duduk sambil mata melilau pndg kiri kanan..xder apa..anak2 ngn hubby lena tido..huhuhuhu apakah itu?????????????cepat2 aku tarik selimut pastu tido peluk adawiyah sampai ke pagi...

bgn pagi tnya hubby malam td tido ok x??dia kata ok jer..dia tnya aku blk..asl??kena kacau ker??aku diam jer..seolah2 hubby tau yg aku kena ganggu..dia kata..alah xder apa la..dia saja nak bkawan tu..huhu hangguk ko nak kawan dgn aku..klu kata cun skli pon aku xhingin kawan dgn antu...

aku cuma cerita time nak blk kat sorg akk nie..rupanyer masa 1st night tu ada dalam 3 o4 org yg kena ganggu...tmasuk la aku...dan bangunan tu dengar cerita dah 30tahun didirikan dan dah kurang pengunjungnyer....lepas kjadian tu aku mcm fobia sikit bila tiap kali hubby p ajak bcuti..macam terbayang2 je si polan tu tepi katil aku...huhuhuhhuhu.......

so..kepada pembaca2 yg nak ke desaru klu agak2 nak inap resort tu tgk bangunan tu mcmne..huhu tp nampak cantik pon sama jugak kot..bab benda nie kat mana2 pon dia ada..bsepah....silap2 sebelah korg dok tumang baca artikel aku nie..haha ....

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Hujung Dunia: Walimatulurus Cikgu Yati <b>di Endau</b>

Posted: 18 Mar 2012 12:17 AM PDT

Sabtu
Lokasi :
Pekan Endau, Pahang

PHD pernah menerbitkan artikel tentang majlis pernikahan  Cikgu Yati ( ex-student & ex-teacher MRSM Mersing) dgn sudara Najib Azli  seorang pegawai TLDM  (ex-student MRSM Terendak) di sini..(klik..)

Kebetulan setiba PHD dan famili di sana, pengantin lelaki baru sahaja tiba..Jadi inilah peluang PHD untuk mengenali beliau
 







Warna baju biru yg dipakai kedua-dua pengantin cantik & sesuai
Pengantin 'ditahan' untuk menyaksikan persembahan silat
Lupakan diet utk menikmati semua hidangan kenduri yg enak ini
Lepas tu sambung makan bubur kacang..best2 !
Licin..semua 'peminat' makan kenduri

Kek 2 tingkat ..hmm tak sempat rasa..he3

Terima kasih Cikgu Norhayati..Moga dapat pindah segera ke semenanjung bersama suami tercinta !

Malaysia Zoom » Infrastruktur serba lengkap <b>di Endau</b>

Posted: 18 Apr 2012 04:07 PM PDT

MERSING 18 April – Kawasan Endau yang terletak di daerah ini jika dilihat secara umumnya merupakan sebuah kawasan yang tidak banyak bezanya dengan kawasan perkampungan lain di negeri ini.

Namun kawasan ini barangkali lebih baik kerana pelbagai pembangunan terutama infrastruktur yang lengkap disediakan sebagai kemudahan kepada penduduk.

Meskipun dilihat seperti tidak banyak menikmati limpahan pembangunan seperti di Johor Bahru, tetapi penduduk di sini amat beruntung kerana nasib mereka sentiasa terbela kerana keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Zainal Abidin Osman.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Catatan Kenangan Kehidupanku: Bertandang <b>di</b> UTM <b>Skudai</b>

Posted: 28 May 2012 07:27 PM PDT

Majlis bertandang ana di Utm Skudai Jb pada 26 Mei lepas.
Ambil peluang balik Johor......
Siap beli murtabak singapore ( depan EC), frozenkan untuk stok bulan puasa nanti!
 Ni foto keluarga belah kami

Dan dapat makan botok-botok jugak di rumah kak ipar ( so, bulan puasa nnt tak lah teringin dan teringat lagi...)  Tapi air kathira takde jual lagi lah.....

Sempat juga menziarahi kakak rakan sekolah dulu yang sedang mengidap kanser, di Taman Perling. Sedih melihat dirinya....

Sempat juga singgah JPO...anak2 beli seluar levi's....mak dia jeling2 handbag coach, tapi ayah dia offer yang lain..... sure takmau punya! hahahaha.....

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Parlimen <b>Parit Sulong</b>: DN <b>di</b> Majlis Sambutan Maulidur Rasul 27.4 <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 11:04 AM PDT

Majlis Sambutan Maulidur Rasul .
Anjuran K1M Mukim Simpang Kiri, BP.
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Parit Sulong,BP.
Kakitangan Klinik Kesihatan Parit Sulong, Batu Pahat.
Tarikh : Hari Jumaat Malam Sabtu 27.4.2012.

Dato' Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong telah menghadirkan diri di majlis di atas. 
Majlis ini adalah majlis kedua yang dihadiri pada malam tersebut.
Pada malam yang sama, YB juga akan menghadiri satu lagi mesyuarat khas bersama Pegawai JASA
yang akan berlangsung di Hotel Pelican, Batu Pahat.


01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


indah.com: Ketua Wanita MIC dakwa kena culik, diserang kerana <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 04:30 PM PDT

Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Ketua Wanita MIC Bahagian Pasir Gudang, K.Sundari, yang mendakwa dirinya diculik dan diserang kerana enggan melepaskan jawatan dalam parti itu.

"Ini kesalahan yang serius dan kita akan siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat kes dari semua sudut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan baru-baru ini bahawa Sundari telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Mangsa kemudiannya dikatakan ditinggalkan di sebuah tanah perkuburan Islam di kawasan Cahaya Baru di Masai di sini.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya.

Sumber: Bernama.com
Dipetik: Sinarharian.com.my

ads