Ahad, 22 Julai 2012

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Jalan Pulasan 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:58 AM PDT

  • Street: No 28, Jalan Pulasan 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 26 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Dua Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 882
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 9, 2012 11:58 pm
  • Expires: 166 days, 17 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 5804ffaff2f7c28a

Jalan Bacang 34, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:51 AM PDT

  • Street: No 29, Jalan Bacang 34, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 26 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,399
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 9, 2012 11:51 pm
  • Expires: 166 days, 17 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 6764ffafd4b1d70f

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


.love life.love yourself.: Petang <b>di Stulang</b>

Posted: 03 Jul 2012 10:05 PM PDT

Tibanya pada sore itu
bersama riang dan ria
tika deretan mobil merintangi jalan
dan lembut bayu sesekali datang

Tenggelam timbul suaranya
dalam deru enjin dan kocak ombak
di bawah limpahan neon jalanan
juga sumbangan toko-toko berdekatan
bersinar gemilang menenggelamkan rembulan

Saat muazzin melaungkan panggilan keramat
ayuhlah mengerjakan solat!
ayuhlah menuju kejayaan!
tebing hidup itu kami tinggalkan
meninggalkan sebilangan kerat mereka
yang masih mahu
menghirup bau kehidupan

Stulang Laut dalam kenangan.





01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Program Dialog Dekati Masyarakat Akar Umbi <b>Di Pontian</b>

Posted: 03 May 2012 01:59 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Program Dialog Dekati Masyarakat Akar Umbi Di Pontian

Oleh : Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

PONTIAN, 3 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Husni Mohamad berkata bahawa UMNO Bahagian Pontian kini bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut beliau, segala gerak kerja telah pun disusun bagi memastikan gerak kerja di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Pontian berjalan lancar.

"Kami di bahagian Pontian mempunyai 36 buah pusat mengundi dan setakat ini, bagi pihak UMNO Bahagian, segala gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya ini telah pun dipersiapsiagakan. Buat masa ini, kami telah pun mengadakan mesyuarat pertama dan juga merangka beberapa program turun padang.

"Maka, apabila bubar sahaja Dewan Negeri dan Dewan Rakyat, saya berkeyakinan bahawa jentera-jentera Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya telah bersiap sedia untuk menjalankan gerak kerja bagi memastikan kemenangan BN dan UMNO, InsyaAllah," ujarnya.

Dalam usaha untuk menangkis dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, beliau menjelaskan bahawa BN dan UMNO Bahagian Pontian telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program-program penerangan kepada masyarakat di akar umbi.

"Kita akan membawa turun beberapa tokoh dari pusat untuk bersama-sama dalam sesi dialog dan ceramah-ceramah yang akan diadakan di sekitar kawasan Parlimen Pontian. Dan pendekatan ceramah-ceramah yang telah disusun agak berbeza dengan pendekatan sebelum-sebelum ini, khususnya dari segi perjumpaan dan pertemuan itu kelak haruslah bersifat dua hala. Ini akan dapat membuatkan kita lebih memahami dengan jelas perkara-perkara yang berbangkit di akar umbi," jelasnya ketika ditemui di perasmian Larian Bendera di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian semalam.

Larian Bendera peringkat zon Selatan diteruskan ke Simpang Renggam, Kluang dan seterusnya dijangka tiba di sebelah petang Jumaat ini di Dataran Batu Pahat, Batu Pahat Johor.

Acara pelepasan larian tersebut diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Husni Mohamad pada pukul sembilan pagi semalam menyaksikan lebih 150 peserta yang turut serta dalam konvoi larian tersebut.

Selain daripada pelari, konvoi tersebut turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan lebih 70 buah biji motor daripada pasukan bermotor Pemuda UMNO Bahagian Pontian dan 10 buah kenderaan pacuan empat roda di mana setiap dari kenderaan tersebut mengibarkan bendera UMNO di sepanjang perjalanan.

Larian tersebut berakhir di Simpang Renggam pada sebelah petang kira-kira pukul empat petang dan para peserta akan memulakan larian mereka ke Kluang, Ayer Hitam, Sri Gading dan seterusnya dijangka akan tiba ke Batu Pahat di sebelah petang.

Acara larian itu peringkat negeri Johor ini akan disambung semula di Parit Sulong pada hari Jumaat ini dan seterusnya peserta akan membuat larian sehingga tiba ke Bakri  dan dijangka tiba di Muar pada hari Sabtu ini. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 4:59 PM

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Tukar Tiub: MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR <b>DI</b> BULAN <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2012 01:05 PM PDT

ADAKAH MUKA INI MUKA MELAYU?


NOTA:
hari baik bukan baik ini
mari kita berlaku jujur
jangn tipu diri sendiri

perhatikan gambar ini tepat tepat
perhatikan gambar ini elok elok

apakah ini muka melayu?
apakah ini ada iras melayu?

macam ini ini jadi melayu?
apakah ini yang dikatakan ketuanan melayu?

USAH POLITIKAN KETUANAN MELAYU - meloya

Istilah ketuanan Melayu tidak harus diputarbelitkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, istilah tersebut sering menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat negara ini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu.

"Istilah ini bukanlah perkara baru, ia bagi menggambarkan orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebenarnya isu ketuanan Melayu digunakan pihak tertentu untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu kaum yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, apa yang diperjuangkan oleh kelompok tersebut ialah mahu memastikan setiap rakyat mendapatkan hak yang sama.

"Apabila wujud keadaan ini, seperti sedia maklum, orang Melayu dan bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan. Akhirnya, siapakah yang mendapat keuntungan besar?.

"Justeru, sudah sampai masa kita tidak terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara," jelasnya.

Istilah ketuanan Melayu kata beliau, masih relevan jika ia bermatlamat untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat itu secara keseluruhan dan bukan segelintir sahaja.

MELAYU KENA TIPU BULAT BULAT

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... JANGAN SILAP FAHAM....JANGAN KENA KELENTONG... kah kah kah..

kah kah kah..KETUANAN MELAYU DI KATAKAN SUDAH 54 TAHUN... kah kah kah

woit... INI SEMUA TIPU... MANA ADA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... 54 TAHUN BUKAN KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

woit... KALAU 54 TAHUN ADA KETUANAN MELAYU... TAK KAN MELAYU MEREMPAT...kah ah kah...

kah kah akh... KALAU KETUANAN MELAYU KENAPA MELAYU DI KG BEREMBANG TANAH KENA REMBAT?..... kah kah kah..

kah kah akh....KALAU KETUANAN MELAYU KENAPA TANAH DI PLENTONG KENA JUAL... kah kah kah...

kah kah akh..KALAU KETUANAN MELAYU...KENAPA TANAH KERETAPI TANAH MELAYU JUAL MURAH PADA SINGAPURA...kah kah kah..

woit...AJENDA KETUANAN MELAYU INI HANYA NAK TIPU MELAYU...kah kah kah...

kah kah akh...TAK ADA KETUANAN MELAYU... TAK WUJUD KETUANAN MELAYU... kah kah kah..

woit...YANG ADA KETUAN GEROMBOLAN MELAYU JUAL TANAH MELAYU....kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH AKH

woit...TAK PERCAYA?.... jkah kah kah...

NOTA:
beri kad pengenalan segera
pada mat bangla
pada mat indon
pada mat burma
pada mat pilipina
ertinya juakl tanah melayu

hanya radio bangsar yang tidak mengenal bangsa:

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Kumpulan Gendang Lawi Merah: Majlis Penangguhan Gelanggang <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 12:27 PM PDT

14 Julai 2012

Assalamualaikum W.B.T
Pada hari ini kami dijemput bergendang di Majlis Penangguhan Gelanggang, Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar, di Parit Samsu, Parit Jawa, Muar.  Kami berada di lokasi selepas Maghrib untuk persediaan menyusun peralatan.  Pada majlis kali ini, kami turut ditemani rakan-rakan bergendang dari PSSSDM.


Sebelum bermulanya majlis, kami mengalunkan gendang terlebih dahulu sebagai pembangkit suasana persilatan sementara menuggu pesilat-pesilat mengambil tempat.

Jam 9.00 malam permulaan majlis, dimulakan dengan doa, kata-kata aluan dan ucapan diikuti dengan persembahan demi persembahan.  Tugas kami kali ini tak seberat hari semalam kerana dibantu oleh rakan-rakan bergendang dari PSSSDM.  Kami bergendang bergilir-gilir di setiap persembahan silat.  Di akhir persembahan penutupan gelanggang, kami mengubah formasi kedudukan bergabung bergendang bersama-sama.

Selesai persembahan silat, acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada ahli-ahli PSSSDM.  Seterusnya kami bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli PSSSDM sebagai kenang-kenangan sebelum bersurai.

:::Jutaan terima kasih kepada warga Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Muar dalam kesudian menjemput kami bergendang di Majlis Penangguhan Gelanggang pada kali ini.

Pautan di FB:
http://www.facebook.com/pages/Kumpulan-Gendang-Lawi-Merah/138431839560859 


Wassalam

Alam Fana: Kiyai Salleh Selempang Merah

Posted: 08 Jul 2012 04:30 AM PDT

Ketika zaman jepun, MPAJA telah menunjukkan taringnya di batu pahat
Ramai orang-orang kampong(melayu) telah dipaksa menyertai mereka.
Ape tah lagi orang orang cina,
Orang cina menyertai mpaja kerana jepun begitu zalim kepada org-org cina
Mpaja di sokong oleh komunis di negeri china
Mpaja (selepas ini diganti dengan komunis) telah menangkap, menyeksa, membunuh orang orang yang tidak menyokong/menyertai komunis.
Menyokong dengan cara memberi duit, makanan, maklumat dan lain-lain lagi.
Komunis tidak mengambil kira samada orang tua, perempuan atau pun kanak-kanak.
Ade juga orang-orang kampong yang hilang tanpa dikesan ketika pergi ke Bandar batu pahat.
Mereka dibunuh dengan berbagai cara seperti ditanam hidup-hidup, di pukul sampai mati, diseksa sampai mati, direbus, diseret di jalan dan berbagai-bagai lagi.. (tak dapat nak dibayangkan)
Ramai orang-orang melayu ketika itu menyertai komunis kerana terpaksa.. terpaksa mengikut keadaan..
Walau bagaimanapun ade juga orang-orang melayu yang menentang komunis, tetapi tidak ditunjukkan secara terang-terangan..
Ketika itu komunis berlindung di sebalik persatuan persatuan cina.

PERSATUAN MAHMUDDIAH

Beberapa orang penduduk di mukim empat telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan persatuan mahmuddiah untuk menentang komunis
Kejayaan pertama persatuan ini semasa mereka menjemput 2 orang ketua komunis memberi ceramah di kampong mereka, (sorang cina, sorang melayu) mereka di tangkap dan dibunuh di parit maimon
Selepas itu komunis telah membalas demdam dengan menyerang parit yaakob dan telah membunuh ketua kampong parit yaakob

Lagi satu kejayaan ialah semasa mereka menangkap seorang ketua komunis dan 6 pengikutnya di satu majlis, komunis tersebut telah diberi makan makanan yang dicampur ngan buah kecubung. Kejadian ini berlaku di parit bangas sri medan.
Komunis kemudiannya telah menyerang dan membakar semua rumah di parit bangas.

Ahli persatuan mahmuddiah juga telah membunuh komunis-komunis yang mereka jumpa atau terserempak di dalam kampong.

Ketika itu markas, markas komunis berada di dalam hutan, kerana jepun masih lagi menguasai Malaya.

Komunis juga telah mengadakan sekatan jalan raya untuk menangkap orang-orang yang tidak menyokong mereka (tidak kira bangsa)

Terdapat juga orang-orang melayu yang menjadi talibarut jepun.
Dan terjadik lah beberapa kejadian membalas dendam antara talibarut komunis dan jepun.

Antara kejadian serangan-serangan komunis pada orang-orang melayu terjadi di :
Bandar batu pahat
Pasar batu pahat.
Kedai gunting rambut di batu pahat.
Parit betong (ketua kampong dibunuh dan beberapa orang lagi)
Kampong pasir
Parit sulong-komunis membunuh talibarut jepun dan keluarganya
Parit haji abdul hadi (ketua kampong kena bunuh dan beberapa orang lagi)
Separap
Parit jawa batu pahat -8 jun 1945- ketua kampong dan beberapa orang dibunuh
10 jun 1945- DO batu pahat, dato Abdullah, tuan haji hasbullah-kadi bau pahat, dr woodhill- pegawai perubatan batu pahat dan 2 orang lagi telah ditangkap dan dibunuh di sekolah cina benut.

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim

Nama lain- salleh hitam, salleh K3ling, panglima hitam, panglima salleh, kiyai salleh, cikgu salleh, pawang salleh.
Suka memakai baju hitam
Lahir di tanjung olak batu bukit pasir muar.
Ketika berumur 13 tahun (setelah tamat sekolah melayu Jorak) pergi merantau untuk mencari ilmu
Berketurunan banjar
Antara guru-guru � tuan guru haji hussein (belajar agama, al quran), haji alias, haji adam, haji ahmad. Dan ade yang mengatakan dia juga belajar dengan sykeih fadhil banten- (yang membawa ajaran wirid khaujakan dijohor selepas mendapat perkenan sultan ibrahim).
Telah menetap bersama keluarga di kayu ara pasong, pontian
Isterinya esah haji abdul rashid berasal dr situ,
Anaknya yang pertama yusof lahir di situ (yusof telah membaca semula ikrar melayu -yang di baca oleh bapanya ketika penubuhan umno- pada feb 2006 yang lepas)
Anak kiyai salleh-omar lahir di air bemban
----- anak lain tak tau laks aku-------
Kiyai salleh telah meninggalkan kampung, ibu, isteri, anak untuk berniaga di patu pahat
Ketika dia berniaga dia telah mendapat satu pedang- berasal dr keturunan raja-raja riau
Kiyai salleh dikatakan boleh membengkokkan besi
Dia juga telah menyertai komunis-terpaksa dan juga untuk mengorek rahsia
Semasa jadik ahli komunis, rumah nyer telah dikepung dan diserbu tetapi tidak dapat ditangkap kerana komunis tidak dapat melihat dia (walaupun dia berada dlm rumah tu)
Mase tu family dia masih lagi kat kampung..
Dia nak ditangkap kerana tidak menyerahkan duit kutipan cukai yang disuruh oleh komunis.

Kiyai salleh telah diminta untuk mengetuai persatuan mahmuddiah kerana kebanyakan pejuang dah hilang semangat. Dia pon terima dengan hati yang amat terbuka.

Serangan

Serangan pertama yang diketuai oleh kiyai saleh
Batu putih, pancur 19-april 1945-satu group serang air putih, satu group lagi di bukit simpor, kiyai salleh memimpin serangan di bukit simpor
2 orang kiyai salleh telah ditempak, seorang mati ketika sedang makan durian yang djumpai.
Mereka telah membunuh komunis (tak kira bangsa)
Senjata yang digunkan, pedang, parang panjang, keris, pisau, tombak, buluh tajam, pengandar.

Serangan-serangan lain

Air Hitam
Bukit Alam- seorang group kiyai salleh membawa satu senapang yang dijumpai
Bukit Belah-kiyai salleh dan seorang kawannya telah membunuh komunis yang mengawal pancuran air
Bukit berdiri, parit betong
Bakri, muar (area hitam, atuk belah bapak aku hampir kena sembelih oleh komunis di sini nasib baik ade sorang komunis cina kenal dia-kawan minum kat kedai kopi)
Bukit berdiri 2nd time-group kiyai salleh telah membunuh sejumlah kanak-kanak ahli keluarga komunis
Separap
Bagan
Batu 6 air hitam-dapat 7 senjata api

Parit jamil, bukit mor, parit jawa-semua dimuar.
Orang tua aku cakap mase diaorang serang muar, diaorang telah ditahan oleh dato onn supaya tidak teruskan amukan sehingga ke muar
Ade cerita yang aku dengar syeikh fadhil banten yang tahan.
Sedangkan mase tu dah ramai orang yg menunggu dimuar- diketuai oleh kiyai hanan/kanan
Aku pernah tengok satu tiang yang belubang di parit jawa, orang tua aku kata terkena peluru komunis

Semerah- 1 julai 1945
Serangan dilakukan melalui semerah darat, dari tengah dan dari arah laut
Ade komunis lari bawah kolong parit, tapi mati bila air pasang
Mane yang lari naik perahu, kebanyakkan nyer lemas sebab perahu tenggelam-muatan lebih.
Kiyai salleh tercedera di bahu ditikam ngan tombak (saper kata dia kebal?)
Seorang pengikut kiyai salleh meninggal,
Dikatakan 10 buah lori berulang alik untuk menggangkat mayat-mayat komunis (punya lah ramai kene bunuh)
Seperti biasa, tak kira bangsa ape, asal komunis semua kene cantas

Pastu diorang ade serang jompak
Senggarang (kampong mak aku)
Diminta oleh orang disenggarang untuk mengetuai gerakan membunuh komunis
Sedara belah mak aku- seorang ketua kampong, telah dibunuh, mata dikorek, rumah dibakar, satu family semua kena, hanya sorang jer yang hidup
Moyang aku blah mak aku (laki bini) asal dari cina-kwantung. Nenek aku yang orang melayu (bugis+jawa)

Kiyai salleh ade pergi ke semerah semula dan menangkap 7 org komunis melayu untuk mendapatkan maklumat, tapi telah diserang oleh komunis dan menyebabkan tawan tu semua terjun sungai dan mati lemas.

Lepas jepun menyerah kalah, komunis bermaharajalela di batu pahat, komunis di Malaya percaya komunis di cina akan datang membantu mereka.
Komunis telah menangkap dan membunuh orang-orang yang di syaki menentang mereka.

Kiyai salleh telah menyusun strategi untuk menyerang komunis di batu pahat
Serangan dari belah utara (orang-orang di muar, parit jawa, air hitam) diketuai oleh kiyai saidi, kiyai taha, kiyai hanan/kanan dan kiyai maskam

Dari selatan orang orang dari senggarang, pontian diketuai oleh kiyai salleh kintol
Dari timor orang-orang dari mukim empat parit sulong, bandan
Di barat- hanya ade laut selat melaka- komunis memang tokleh lari punya
On the way ke batu pahat, diorang cantas semua komunis yang diorang jumpa

Orang-orang komunis di batu pahat telah memberitahu dato onn jaafar tentang rancangan kiyai salleh menyerang mereka
Dato onn datang bersama-sama col wood, abdul rahman musa-penolong hasil tanah batu pahat, orang kaya jaafar b orang kaya sidek-penghulu bagan
Dato onn telah menahan kiyai salleh dari membunuh orang-orang cina
Terus cancel serangan tu

Dato onn telah menjemput kiyai salleh untuk berunding ngan cina di muar
Pada 15 sept 1945 perjanjian damai di tandatangani
Tapi komunis telah mencabulnya
Group kiyai salleh mengamuk semula�. Cantas�.. cantas厖 dan cantas lagiiii

Lepas tu dato onn buat perjanjian kedua
Semua penghulu di batu pahat, ketua-ketua bintang tiga, ketua-ketua orang cina dijemput ke dewan perniagaan cina di jalan rahmat

Sultan ibrahim mengucapkan terima kasih kerana menjaga negeri johor, dan diminta terus menjaga negeri johor
Kiyai salleh telah dijemput ke istana pelangi johor dan diberi gelaran panglima pada 26 disember 1945
Dilantik oleh sultan menjadi penghulu mukim empat
Mendapat pingat ibrahim sultan (PIS) pada 17 sept 1955

Walaupun jepun telah menyerah, british dtg kembali, perjanjian ditandatangani
Gerakan kiyai salleh tetap terus menghapuskan komunis..
Telah menyerak semula bakri yang menjadi pusat rekrut komunis baru

Seorang komunis melayu yang dikatakan handal, kebal-mat indra telah cuba menyerang mukim empat, tetapi kejadian itu tidak berlaku kerana kiyai salleh telah bersedia
Mat indra cuba menyerang pagoh tapi gagal,
Kemudian mat indra telah menyerang bukit kepong (tragedy bukit kepong)

Gerakan parang panjang dikatakan dihentikan selepas mat indra di tangkap di sri medan
Tetapi sebenarnya mereka telah menjadik homeguard dan menggunakan senapang pula.

Antara cerita-cerita lain ialah..
Dia tak kebal sebenarnya (umur dia panjang)
Dia nih jln laju (ramai kengkawannya menceritakan hal ini)
Masa muda agak nakal, mencuri.. org cakap maybe sebab nak cuba ilmu dia
Kiyai salleh pernah dipenjarakan-mungkin sebab mencurik
Mat indra pon pernah cuba cara nih untuk menguji ilmu (kawan dia haji kasim-terkantul sebab ilmu tak menjadik)
Mat indra pernah bersama cikgu mat yassin ketika menuntut ilmu- mohd yassin nih bapak muyiddin yassin (menteri di cabinet)
Menurut cerita bini kiyai salleh lagi handal/berilmu dari dia
Sebelum semua serangan dilancarkan terhadap komunis� pejuang pejuang akan diberi minum air yassin dan di selempangkan kain merah
Air yassin dan kain merah tu takde ape-ape sebenarnya.. hanya untuk menambah semangat org-org melayu supaya yakin kepada Allah

Mereka mempunyai beberapa pantang larang ketika mengamuk�
1. tidak boleh memakan bende yang bukan hak
2. tidak boleh terputus wudhu, kalo batal amek semula
3. kalo mencantas komunis.. hendaklah sekali cantas ajer.. tak boleh 2 3 kali

kiyai salleh juga mengajar ayat 4, zikir dan wirid-wirid yang tertentu
menurut seorang anggota pejuang (bapak angkat org tua aku di sri menanti muar)
dia pernah berlawan dengan seorang cina yang kebal (tak tau ilmu ape yg dia pakai) cina tu menggunakan senjata belantan� orang tua tu menggunakan kain yang tidak berjahit untuk mengalahkan cina tersebut�
Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah (org yg mengembangkan silat sendeng muo) pernah berguru dengan kiyai salleh

Kiyai salleh telah meninggal dunia pada 21 april 1959

Dari cerita yang aku dengar� dari ape yang diceritakan� dari ape yg aku tanya�. Dari ape yang aku baca�

Kiyai salleh tak kebal, takde parang yang terbang�
Hanya menurut cerita komunis yg terselamat.. diorang tak nampak org yg memegang parang tu dan ade sesetengah nampak bayang hitam yg tinggi memegang parang tu.
Yang membuatkan pejuang-pejuang tu hebat adalah semangat diorang, keyakinan diorang� tu jer�

Sampai sekarang masih ade lagi org-org yang mengamalkan ape yg diajarkan oleh kiyai salleh�

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2012) <b>di Muar</b>

Posted: 11 Jul 2012 06:01 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK 2012) di Muar. Ditulis pada 12/07/2012 09:01:47. image. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KEPAK. Berita ini telah dibaca sebanyak 361 kali. Terma & Syarat · Dasar Privasi ...

ads