Sabtu, 11 Ogos 2012

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Kurang Ajar:Pusat Tuisyen <b>di Tangkak</b> Hina <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2012 04:41 PM PDT

Kurang ajar dan tidak menghormati sensitiviti agama!Itulah dilakukan pengurusan sebuah pusat tuisyen disini, apabila menggunakan pelbagai karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam nota ringkas subjek sejarah yang diajar kepada pelajarnya.

Kadi Dearah Ledang,Sulaiman Maidin berkata,dalam nota itu ada 16 sahabat nabi yang disamakan dengan karikatur dan mencerminkan perwatakan yang tidak baik.

Sejak akhir-akhir ini ramai antara orang kafir yang menghina Islam kenapa?

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b>: Full Time

Posted: 27 Jul 2012 07:37 PM PDT


Local Authority is the Third Level Government after Federal Government and State Government. After rearrangement of Local Authorities in 1976, Tangkak District council was established on 1st August 1976 in combination of Local Council of Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek and Kundang Ulu.

The area of Tangkak District Council is about 13,566 hectares with about 70,400 residents and about 17600 asset holders in this area. Other than areas of Tangkak District Council territory, administration area of this Council also includes 20m (40 chains) of roadside along Kampung Teratai, Durian Chondong, Kg.Baru Bekoh and Bukit Asahan.

Applications are invited from Malaysian, not less than 18 years on the closing date, priority to Johor citizens to fill the following position: -

1. JURUTERA GRED J41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
3. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 31/07/2012

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG <b>PARIT</b> SULONG: AMK <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2008 07:33 AM PST

Sekali lagi Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong telah berjaya mengadakan pentas anak muda dan kali ini telah diadakan pada 12-12-08 jam 9-00 malam bertempat di Sri Medan Batu Pahat, Johor. AMK telah menjemput Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad Adun Sri Setia & Setiausaha Politik MB Selangor sebagai pidato. DI dalam pidatonya Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyampaikan isu-isu politik yang terkini yang sedang berlaku di Malaysia. Y.B Nik Nazmi Nik Ahmad juga telah menyampaikan isu-isu yang berlaku di selangor dan memberi tahu kemudahan-kemudahan dan apa juga bantuan yang telah diberikan kepada seluruh rakyat selangor yang berkelayakan tanpa mengira bangsa, ugama dan politik sejak ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Keadilan, Pas dan Dap.

Walaupun kawasan sri medan adalah salah satu kawasan kubu kuat Umno / BN di Johor namun kehadiran daripada penduduk-penduduk berdekataan sri medan seperti parit yani, parit sulong dan peserai amat menggalakkan, bagi kehadiran daripada penduduk-penduduk sri medan sendiri turut tidak menghampakan, ini membutikan bahawa sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat bertambah untuh dan teguh dariapda masyarakat di sini, keseluruhan kehadiran pada malam itu lebih kurang 250 orang. Pada malam tersebut yang turut memberi pidato ialah Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Parit Sulong saudara Hasmi Hashim dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Bahagian Parit Sulong saudara Mohd Zamir Missran.

PASPB: Pesakit diabetis terima bantuan

Posted: 16 Aug 2010 04:02 AM PDT

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Mohd Yani kehilangan kaki kiri yang dipotong pada Mei 2010 akibat komplikasi penyakit kencing manis (diabetis).

" Sebelum ini, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar telah datang menziarahi beliau dan memberi bantuan kerusi roda yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa .

"Dengan bantuan kerusi roda tersebut Mohd Yani dapat menguruskan diri dengan lebih mudah untuk ke tandas dan bilik air" katanya

Rahimah berkata, kunjungan susulan ini bertujuan menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Mohd Yani sekeluarga.

" Kami bersimpati dengan keadaan Mohd Yani yang tidak mampu bekerja apabila kakinya dipotong. Sebelum ini beliau berniaga roti canai untuk menyara tiga anak yang masih bersekolah.

" Jabatan Kebajikan dan Baitulmal diharap dapat memberikan bantuan kepada Mohd Yani sekeluarga. Setakat hari ini, kami dimaklumkan Mohd Yani belum menerima mendapat bantuan dari mana-mana jabatan kerajaan berkaitan" katanya

Sementara itu, Pujah Hasmani, 41 isteri Mohd Yani mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang mengambil berat masalah yang dihadapi suami beliau.

" Terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana sudi menyampaikan sumbangan wang tunai dan kerusi roda untuk membantu kami sekeluarga.

" Sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga akibat musibah yang menimpa suami " katanya

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


ThE BatTLe LifE of mE: Picnic <b>di Desaru</b>

Posted: 23 Jun 2012 10:48 AM PDT

Petang2 bawak pi jalan2..
Pi picnic la... Di Desaru Beach...
Huhu.. Lame x mai sini... Best gak skali skala dtg sini berdating...
Hehe~


..::suasana tenang dan indah::..




sesi bergambar~

..::ade gaya tak?!::..

Dok makan ngan roti... minum2 ngan air epal..
Huhu..
Manis sungguh berdating nie.. Khikhikhi~
Nasib tak bwak baju spare... Nk gak terjun kt laut mandi mande...
Lemah skit melekit... Kalau nk stay sane la nnti..

hehe...

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Mila Ahmad: Ramadhan pertama <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 22 Jul 2012 07:05 PM PDT

Selamat Berpuasa ye kowang. Hari nie, kita telah menjalani ibadah puasa selama 3 hari. Alhamdulillah :)Ari pertama bekerja di bulan puasa aku rasa macam lemau semacam, nak-nak ujan pepagi ni kalau tidur ni pergghhhh best² sebabnya xbole makan heeee....
Puasa pada tahun ni aku telah bergelar 'puan' makanya aku menyambut ramadhan pada kali ni berdua bersama encik suami. Tambah lagi bermakna bila dapat menyambut ramadhan pertama bersama mak dan abah serta mak dan abah mertua heee...best giler wey.
Bulan puasa tahun ni jatuh pada hari cuti so aku dan encik suami merancang untuk pulang ke kampung walaupun 2 minggu lepas kami telah pulang ke Batu Pahat. See??? sejak ada suami ni kitaorang kerap blik kampung. Mesti balik rumah mak bapak aku dan mak bapak mertua sebab rumah family aku belakang rumah family en suami kehkehkehkeh..so haruslah balik 2-2 rumah kan ? kan ? Bukan apa nak berlaku adil sebab rumah xjauh hanya sejengkal jerk.
Puasa pertama, bersahur dan berbuka di rumah mak mertua manakala puasa kedua bersahur di rumah mak aku. Seawal 4 pagi mak aku dah msg bgtau suh datang rumah untuk bersahur. Tapi yang sedihnya xdapat berbuka puasa dirumah mak sendiri sebab kitaowang kena gerak balik ke KL.
Yang bestnye bila nak balik KL ni, mak-mak aku sibuk siapkan juadah untuk aku dan encik suami berbuka bila dah tiba KL nanti. Cakap nak makan apa diaowang masak kan..heeee seronok bila ada 2 mak ni tau. Paling selamat aku tak payah masak haha...*dasar malas *
Baru aku sedar bertuahnya bila ada 2 abah dan 2 mak yang sygkan anak dan menantunya. Terharu jugak dengan layanan yang diberikan T________________T. Mungkin ini adalah hikmah buat aku dan encik suami sebab dengar cakap ibubapa untuk dijodohkan bersama. Semoga kasih sayang ini akan sentiasa melimpah ruah hingga hujung nyawa Aminnnn...

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


:: oh ! LASSIE ::: Menikmati Nasi Goreng Seafood <b>Stulang</b> Laut !

Posted: 28 Apr 2012 04:48 AM PDT

Assalamualaikum

Hi semua :)


Sudah agak lama lassie tak buat segmen jalan-jalan cari makan . Kan ? Sejak bergelar student, memang tiada masa untuk berjalan mencari kedai/gerai/restoran makanan yang sedakkk . Busy katanya . Busy study . Phuiiiii . Haha ! Anyway ini kisah masa sem break yang lepas . Baru nak masuk belog ? Okay cerita sudah basi . Tapi baru teringat belum update lah . Jangan lah marah =.=" 

Kali ini lassie pergi satu kedai di Stulang Laut yang popular dengan Nasi Goreng Seafood nya . Tempatnya agak tersorok di bawah tangga . Memula lassie tak notice ade kedai makan di situ . Nasib baik my friend pernah makan di situ . Kedainya bersebelahan dengan kedai makan Sayam belakang kedai makan Zorro . Anduu gagal bagi direction  :( . Senang cite area kedai makan di Stulang Laut lah . Gituu .
Yang menarik disini ialah cara masaknya agak unik dimana nasi seafood tersebut digoreng di atas kuali rata seakan kuali burger . If teruja nak tahu macam mane digoreng boleh tengok disini yek . Okay now let's makan ! Nomnomnom :D

Nasi Goreng Seafood dibungkus dengan daun pisang .

Banyak kan nasinya ? Dua orang punya makan ni aww .

Erkkk . Kenyang . Alhamdulillah . About harga pula sebungkus Nasi Goreng Seafood around RM6.00 . If tak silap lah . Hihihi . Tak sure lah . Adesh . So far rasa nasi goreng tersebut bolehlah . Cuma tidak berapa in lah . Bagi tekak lassie lah . Jika diberi pilihan, lassie lagi prefer Nasi goreng seafood  my mom . Ops ! Kbai . Haha ! 
After makan sudah kenyang, mari kita ambil angin di benteng Stulang Laut . Lovely view aw di situ . Boleh nampak negara jiran di sini . Sangat chill . Love Johorku . Eh tetiba . K bye uolls ! Hihihi

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Lagi samseng Umno ganggu ceramah Izzah <b>di Pagoh</b>

Posted: 17 Jul 2012 02:51 AM PDT

PAGOH 17 Julai: Kemaraan Pakatan Rakyat (Pakatan) ke Johor tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya pada ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam tadi turut diganggu sekumpulan samseng Umno.
Mereka yang memakai baju Umno dan Jati termasuk kanak-kanak diupah membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.
Kumpulan itu turut melaungkan sorakan 'tibai' dan 'liwat', malah kain rentang yang tertulis "PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami" juga dikibar.
Provokasi menjadi lebih panas sebaik Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil tempat untuk berucap. Bagaimanapun, gangguan berjaya dihalang oleh petugas Unit Amal.

Dalam ucapannya, Izzah meminta hadirin tidak takut dengan provokasi murahan Umno itu.
"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.
"Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian," tegas Izzah.
Beliau juga mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti.
"Di Selangor, pelbagai kejayaan dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.
"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun ke atas menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM2,500, sumbangan tersebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.
"Bantuan Pendidikan sebanyak RM1,000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan pelbagai lagi inisiatif yang diberikan untuk kesenangan semua rakyat Selangor," jelas Izzah.
Beliau berkata, Pembangkang akan menunaikan segala janji apabila berjaya memenangi pilihan raya nanti.
"Sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, pendidikan percuma akan diberikan kepada semua mahasiswa, tol akan dihapuskan, gaji minima RM1,100 dan harga petrol diturunkan.
"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman Umno yang memerintah lebih dari 50 tahun, amalan rasuah dengan pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni dan rakyat yang terus tertindas harus dihentikan," kata beliau.
Sebelum ini, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

ads