Sabtu, 29 September 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 07:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Gelang Patah</b>, Johor « Adnin Naim&#39;s Blog

Posted: 04 Sep 2012 10:59 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan kami bersembilan selama 5 hari dari Kelantan melalui Pahang – Kuala Lumpur – Negeri Sembilan – Melaka dan Johor mengeratkan ukhuwwah kami. Maklumlah apabila sudah memasuki fasa bekerja, kami jarang berbual-bual mengenai hal selain KERJA! KERJA dan KERJA JAJAJAJAJAJA !!!!!

Alhamdulillah dikesempatan ini, kami manfaatkan bersama-sama. Makan bersama, tidur bersama dan bermusafir bersama-sama membuatkan kita lebih mengenali teman yang selalu disamping kita. Pelbagai ragam, karenah dan banyak cerita lucu yang kami kongsi. Bahkan sehingga ke hari ini (hari kedua selepas pulang), kami hanya berkesempatan berkongsi satu cerita, satu hari kerna terlalu banyak plot yang berlaku terutama kisah "Yasmin masuk bilik bedah". MasyaAllah, tak pernah kami semua bergelak ketawa sebegitu, maklumlah di hari-hari biasa, kerut di kening mengalahkan Ziana Zain!

***

Saya sudah lama tidak ke Johor. Kali terakhir saya ke Johor kerana mengikuti Misi Banjir di Johor pada tahun 2007. Sebelum tu, saya ke sana bersama projek Anjung Selatan di Skudai, UTM bersama teman-teman MSK termasuklah Izzah Hayati dan Hurhull Aein pada tahun 2004. Lapan tahun sebelum itu, saya ke Johor menemani Allahyarham Che Su bekerja sebagai kerani sekolah menengah di Gelang Patah (saya lupa nama sekolah tu) pada musim cuti sekolah. Maklumlah sekolah cuti, kerani sekolah lah yang paling setia menjaga sekolah selain pak guard.

Banyak kenangan saya bersama arwah berkumpul selama sepanjang cuti sekolah akhir tahun 1996. Banyak pengalaman  pertama saya lalui di sana:

Teman-teman selalu bertanya, siapakah dalam keluarga saya yang mempunyai persamaan seperti saya? Mereka takkan dapat melihatnya lagi sehingga dikumpulkan semula di Syurga Allah nanti. Arwah meninggal dunia pada hari Wukuf di Arafah 9 Zulhijjah 1420H bersamaan 15 Mac 2000, beberapa minggu sebelum keputusan SPM saya diumumkan. Terima kasih Che Su kerna mengenalkan banyak pengalaman yang berharga walaupun tak sempat melihat saya masuk Universiti. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Ameen. Al Fatihah.

BLOG JOHOR: 01 <b>di gelang patah</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cafe Awana Restoran Kopitiam, <b>Gelang Patah</b>, Nusajaya « Makan <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 04:59 PM PDT

Cafe Awana kat pekan Gelang Patah, Johor Bahru ni adalah satu-satunya cafe ala-ala kopitiam Melayu yang terdapat di sini. Sebelum kita tengok keunikan Cafe Awana mari kita selami dulu latarbelakang Gelang Patah ni dulu ye…

cafe-awana-gelang-patahGelang Patah ni sebenarnya terletak sebelah je dengan Nusajaya yakni Nusajaya yang mengandungi Kota Iskandar- pusat pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor -JSNAC. Nusajaya nilah juga yang terdapat Bandar Medini yang juga menempatkan Legoland Malaysia. Legoland Malaysia kini sedang dalam pembinaan dan akan dibuka pada bulan September nanti.

Malangnya Gelang Patah ni tak dibangunkan seiring dengan pembangunan mega yang dijalankan di sebelahnya iaitu Nusajaya. Kalau kita pergi ke Gelang Patah ni macam pekan koboi je (cowboy town kalau yang kat Air Keroh tu best juge..) Suasana sekitarnya juga amat biasa-biasa jer , landskapnya juga biasa-biasa je..kemudahan pejalan kaki dahlah amat menyedihkan , tak mesra pejalan kaki (disable) dan tak mesra OKU.

Wakil Rakyatnya iaitu ADUN Bahagian Nusajaya digesa agar bangunkan lah pekan Gelang Patah supaya jgn jadi pekan koboi sedangkan Legoland Malaysia akan dibuka kepada pelancong dari seluruh dunia pada bulan September 2012 ni. Banyak perkara boleh dibuat oleh ADUN Nusajaya ni  antaranya:

1.Yang paling utama-bangunkan Food Court Berpusat supaya nasib gerai-gerai anak bangsa yang bertaburan dan keadaan gerai-gerai usang yang menyedihkan tu dinaikkan taraf sekurang-kurangnya macam Food Court yang diuruskan oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS Berhad ). Harap jangan lah jadikan peniaga anak-anak bangsa kita tu sebagai  peniaga-peniaga kelas bawahan yang tercicir dari pembangunan mega projek 1Malaysia. Jangan biarkan mereka dipandang dan diperlekehkan sebagai peniaga-peniaga kelas bawahan ataupun peniaga-peniaga gerai yang hanya layak berniaga di sudut-sudut jalan, sudut-sudut padang kawasan lapang atau peniaga-peniaga nasi lemak  tepian jalan yang sungguh menyedihkan  .

2. Yang Kedua -Suasana persekitaran pekan koboi Gelang Patah – upgradekan lah pekan tu , bina walkway yang mesra pejalan kaki dan OKU macam kat Melaka ke Singapore, YAB ADUN Nusajaya boleh pergi ke Singapore kalau nak dapatkan idea, bukannya jauh pun 40 minit naik SUV Mewah, Besar dan Laju tu dah sampai Orchard Road – Singapore dengan melalui Second Link Bridge ke Tuas Singapore. Tanam lah pokok-pokok dan pokok-pokok renek yang cantik-cantik. Kalau pelancong-pelancong dari Jepun, Taiwan , China, Singapore datang singgah ke Gelang Patah tak de la malu dengan suasana koboi pekan Gelang Patah sekarang ni. Apalagi la kalo pelancong dari Jerman, Nederland, Spain, USA, Uk datang lagi la malu

3. Yang Ketiga- pelancong asing Eropah dan Asia yang maju suka berjalan kaki, jadi jadikan pejalan kaki tu lebar dan boleh disampaikan ke seluruh pekan koboi Gelang Patah tu, jadi rangkaian pejalan kaki (pedestrian walkways network) perlulah dirangkaikan dengan pokok-pokok yang redup dan dihiasi dengan pokok-pokok renek yang cantik mata memandang. Harap YB ADUN Nusajaya dapat ambil perhatian terhadap perkara ni. Takkanlah sampai Perdana Menteri Najib Tun Abd Razak pun nak settle isu-isu macam ni. Kalau Tun Mahathir tengok ni dan dia jadi PM lagi sekarang ni mesti dah kena tegur.

4.Yang Kempat-kebersihan pekan koboi ni mohon YAB Adun Nusajaya ambil perhatian, rumah kedai-kedai yang atasnya didiami oleh pekerja-pekerja asing Bangla, Nepal dan Vietnam ni memang agak kotor, diorang buang sampah sesuka hati jer dari atas tempat tinggal diorang ni, Astagfirullah bersepah dengan sampah kat bawah-bawah rumah-rumah  kedai ni.

Kalau kita tengok seakan-akan pekan ni dianak-tirikan oleh Kerajaan Negeri Johor sedangkan Legoland Malaysia, Medini Nusajaya, Indoor Theme Park di Puteri Harbour dan Kota Iskandar yang bertaraf kota Metropolitan Antarabangsa cuma 5 minit jer naik kereta. Lebih kurang macam pekan koboi Kajang dengan Putrajaya.

Dalam Kota Iskandar pula terdapat Puteri Harbour  ala-ala Mediterranean yang menempatkan pelabuhan kapal-kapal layar yang akan menerima kedatangan kapal-kapal layar dari seluruh dunia.

Banyak nak diceritakan pasal nasib malang Gelang Patah yang sedihnya ketinggalan dari segi pembangunan fizikalnya yang tersepit antara pembangunan Metropolitan disekelilingnya.

cafe-awana-gelang-patah2Walaupun begitu Cafe Awana ni dapat meredakan sedikit kepedihan suasana terbiar bandar Gelang Patah ni. Paling membanggakan restoran ni berjaya dapatkan kebersihan Taraf A dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Klik untuk Zoom

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Dialog Dengan Cina : Nasir Berdakwah <b>dI Benut</b> « ibn_bacoks

Posted: 28 Sep 2012 09:53 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PONTIAN – Nasir Pryitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Johor dijemput untuk berdialog santai bertemu masyarakat Cina di Benut baru-baru ini.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


&#39;Himpunan Hijau Lestari&#39; <b>di Pengerang</b> Ahad ini | Nusajaya Kini

Posted: 27 Sep 2012 01:56 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Sept — Satu himpunan untuk membela penduduk Pengerang daripada projek pembinaan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) akan diadakan pada 30 September, Ahad ini.

Perhimpunan anjuran Gabungan NGO Pengerang, dengan kerjasama Himpunan Hijau ini akan dijalankan di Dataran Sg Rengit, Pengerang. Antara isu yang dibangkitkan NGO berkenaan adalah isu pengambil alihan tanah penduduk di 10 kamung tradisi di Pengerang yang dikatakan berusia lebih 100 tahun.

"Penduduk seramai 28,050 daripada golongan petani, nelayan, peniaga, kakitangan awam dan swasta akan terlibat dalam pengambilan tanah menggunakan Akta Tanah Negara," kata pengerusi Himpunan Hijau Lestari Pengerang Anis Afida Mohd Azli kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, penduduk yang mempunyai kapasiti 80 peratus Melayu dan 20 peratus berbangsa Cina akan terkesan dengan pengambilan tanah tersebut.

"Persoalannya, kenapa kerajaan negeri tidak menjalankan projek itu di tanah milik mereka yang memiliki keluasan ribuan ekar, tapi sebaliknya mengambil tanah penduduk kampung?

"Sedangkan, tanah penduduk ini merupakan kawasan untuk mereka menyara kehidupan."

 Selain itu, isu kehilangan sumber kehidupan turut menjadi perhatian himpunan berkenaan di samping jaminan anak-anak dan generasi penduduk kampung akan diberikan peluang dalam sektor pekerjaan sebaik sahaja projek itu dimulakan.

"Dengan tanah yang diganti, adalah tidak sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti seperti sedia kala. 

"Golongan petani yang mempunyai tanah yang siap dituai pula perlu menunggu untuk menuai hasil kerana mereka perlu menm semula tanaman mereka, ini menjejaskan pendapatan penduduk."

 Beliau turut membangkitkan soal kesan alam sekitar kerana Pengerang terkenal dengan destinasi pelancongan, dan pembangunan projek tersebut dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan marin seperti dugong dan udang kara di sekitar kawasan Pengerang dan Sebana.

"Pembangunan projek ini akan merubah status pelancongan kepada perindustrian dan memberikan kesan kepada alam sekitar.

"Ia akan memberikan kesan kepada Desaru dan Sebana," katanya, merujuk kepada lokasi pelancongan popular di daerah tersebut. Malah, Anis Afida juga turut meluhakan rasa kesal kerana usahanya memelihara Pengerang seakan tidak dihargai oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang makluman daripada memorandum dan referendum yang dihantar pihaknya.

"Antara usaha kami adalah menghantar memorandum kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Perdana Menteri, sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

"Namun, respon yang diberikan tidak memuaskan. Ini membayangkan seolah-olah kerajaan lebih mementingkan ekonomi dan keuntungan berbanding kebajikan masa depan rakyat."

 Untuk maklumat lanjut berhubung perhimpunan tersebut, pihak jawatankuasa mempelawa orang ramai untuk melawat laman web www.hijau.info.

Sumber : themalaysianinsider.com

** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **
Daftar PASTI Gelang Patah 2013 Sekarang!
Mulakan Pengambilan Supplement Kesihatan Anda Hari Ini!
Jom Shopping Pakaian Muslimah Di SINI~~~

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


My Orange Book: Raya dan wedding <b>di Mersing</b>

Posted: 30 Aug 2012 01:07 AM PDT


minggu lepas kemain lagi aku kan boleh lak beraya sampai ke Mersing. ceh sebenarnya gi kenduri kawin member aku masa skola teknik dulu. aku dgn ex-teknik memang baik. masa ari tu diorg buat buka puasa sama2 aku x gi. so wedding kawan aku yg sorang ni kena la pegi. tapi bukan berjumpa dengan budak2 ni pun. dgn pengantin pun aku x jumpa. habis tu dah mengejar masa. yela nak balik jb ari tu jugak.

lawa kan pelamin die. amik pic dari jauh je. saya penyegan uolsss....

tema diorg purple n pink kot. dan x pasal2 lak kami terikut tema diorg. hehehe owh menu cam biasa la nasi minyak, daging masak kurma, dalca. pastu ada nasi putih n lauk apa tah. x ingat. yg best nye ayam panggang. memang terbaik woo....hampir menambah nasi. tapi kena kontrol sbb jap lagi nak gi beraya lak.

nah muka upclosed Nia. memang x reti duduk diam sekarang. nasib baik cute.

wedding favors kami dapat nasi berkat nasi minyak n himpunan doa harian. x sempat lak nak amik pic nye. tapi memang cute dan cantik. yela, dah tentu kawan aku yg kawin ni grafik designer. so benda kreatif2 camni die memang arif je.

owh kami pergi berempat dgn mak aku skali. mak suka je dapat jalan2 jauh2 ni. kami sempat la singgah rumah mak long. dah cantik dah rumah die sekarang. katanya diorg dapat anugerah felda tercantik seluruh malaysia. memang patut pun. sebab semua tersusun je. rumah2 pun color yg sedap mata memandang.

esoknye kami ke Segamat lak. menghantar adik ipar masuk U. yela tiket bas dah habis. terpaksa la kami hantar sambil2 makan angin. hehehehe

ok la. masih berderet wedding nak kena pegi. poket dah kering dah ni. haiiiiiihhhhhhhh
duit mengalir laju macam air la sekrang ni.

p/s : patut la malas keje. nak kena 'P' rupanye. bila lama x kena, tetiba badan rasa letih sesangat.
ceh bukan hari2 pun ko malas ke D? hehehehehe

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Dari Jari-Jari Halusku ....: Raya Pertama dan Kedua <b>di Segamat</b>

Posted: 24 Aug 2012 01:31 AM PDT

Dah sudah bermaafan .. ber riuhan .. berfotoan .. tibalah masa untuk ke rumah Ayahanda dan Bonda lagi satu. Famili kitorang besar oke. Adik beradik 12 orang. 5 orang dari mak dan abah yang sama. 6 orang dari abah sama mak lain. Sorang lagi dari abah lain mak sama. Dua-dua mak kitorang sayang. Dua-dua abah kitorang cinta. 
Balik kampungggg .. oooooo balik kampung .. ooooo balik kampung .. hati girang*nyanyi dlm keta*
Aksi pejam mata Aiman dan Amir. Perasan macho arr tu. Menyampahhh!! Hehe.
Mengisi 'tummy' adalah Agenda pertama sebaik tiba di Banglo Ayahanda dan Bonda. Mengada 'tummy', kann ..  penat 3 jam perjalanan merentas Lebuhraya la tu. Hehehe. Tapi kauuu .. kalau dah Ayam Masak Merah, Ayam Kurma, Rendang Daging Cili Api, Masak Lodeh, Kari Kambing, Kuah Kacang, Pucuk Maman depan mata .. takkan nak pandang kot. Bab masak-masak ni Bonda Zabedah memang 'terror' arr. Setakat memasak 15 ekor ayam untuk hidangan Raya tahun ini dan juadah-juadah lain tu .. pukul 5 pagi check in dapur .. pukul 8 pagi siap. Kami makan lauk 'fresh'. Bukan lauk semalam. Cunnnnn sangat. Hehe.

 Dah ramai-ramai ni, kita buat sambutan Hari Lahir Ayahanda Ismail Bin Haji Hamzah yang jatuh pada bulan puasa. Ramai-ramai nyanyi lagi Happy Birthday. Kita nampak Abah bergenang airmata. *terharu barangkali* Tak pe Bah .. yang penting kitorang dapat buat Abah hepi.
Allah Selamatkan Kamu .. Alllah Selamatkan Kamu .. Allah Selamatkan Abah kita. Allah Selamatkan Kamuuu.   WaWaWa .. Cucu-cucu yang terlebih 'excited'. Hehe.
Lepas makan malam, budak-budak sibuk nak main mercun dan bunga api. Kebabooommmm sana .. kebaboommmm sini. Opocotttt!!! Terkejut kita tau. Hehe.

Pembuka sarapan pagi Raya ke 2 ialah Durian. Perrghhhhhh .. sebakul kauuuu makan ramai-ramai ...
Lepas Sarapan .. time to go. Off course deep deep inside our heart we want to stay longer tapi Ini Hari Raya. Harus bahagi masa yang ada sama rata. I got to go back to Inlaw's .. KY mahu ke Cherating .. Angah dan Adik mahu pulang ke KL .. Alop harus pulang ke Taiping. Sedihhhhh ...*sobs*
Sini ... sini ... Camni .. camni. Camnilahhh ~ kecoh Misz-Ella bagi arahan

Opah, Atuk dan Cucu-Cucu. 
Our Big Family. Mana lagi? Mana lagi? Tak cukup lagi ni.
Hmmmm .. Kak Ee raya di rumah Mertua kat Kelantan, Ika masih berbaju tido lagi. Ecol dan Fairos tido lagi kot? Hehehe.
All in .. All in .. we had a blast spending our quality time together during Hari Raya. Rasa bersyukur dan bertuah sangat bila lihat kedua-dua ayahanda dan bonda gembira di Hari Raya. Dibesarkan dalam sebuah famili yang besar .. bukanlah mudah nak puaskan hati ke dua-dua mama dan ke dua-dua abah .. tapi kitorang adik beradik 'try our best to make everyone happy'. Kalau ikut hati memang  tak puas sebab terlalu singkat masa di sana sini but remember ... This is Hari Raya. Banyak tempat nak kena pegi .. banyak agenda menanti. We cannot be selfish, right. Selesai Agenda Keluarga di sini, kami beredar untuk Agenda Raya seterusnya. Me .. dari Selatan bergegas ke Utara menuju ke rumah Mertua. Balik kampunggggg .. oooooo ... balik kampungggg .. *tak habis-habis lagi kita nyanyi lagu ni* Hehe.

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


MMR <b>Di</b> Dewan ST Richmind <b>Skudai</b>..... - Segala Impian Pasti <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 07:18 PM PDT

Syukur, alhamdulillah, dengan izinMu, saya dapat menghadirkan diri ke Motivasi Magner Rezeki buat kali ke 4... suka sgt pergi motivasi ilmu nie... bukan utk duniawi sahaja, malah utk akhirat... terima kasih kepada mentor2 STG atas perkongsian ilmu.... terima kasih Allah, segala aturanMu adalah yg terbaik utk ku, keluargaku dan biz partner ku....








 
Mula2 aku hadirkan diri di Seminar Motivasi Magnet Rezeki nie, aku hadir hanya sorang diri, tiada lagi biz partner yg bersama2 group aku ketika itu.... dengan kata2 semangat dan perangsang kejayaan, mentor Cikgu Apit dan Cik Mun yg jadi peneman setia... syukur, kali nie, aku hadir sebagai recharge dengan membawa new biz partner, kak Mahanun dan kak Suriyani.... tahniah kepada akak berdua.... TIADA ALASAN SEKIRANYA KITA HENDAK BERJAYA....

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2012 09:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 09:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TIGA PROGRAM DATO&#39; FAUZI <b>DI</b> ROMPIN DAN <b>ENDAU</b>

Posted: 07 Jul 2012 10:08 AM PDT

Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah menghadiri tiga program bersama rakyat di sekitar Rompin dan Endau pada 06 Jul 2012 baru-baru ini.  
Program pertama beliau adalah menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina sekitar Rompin di sebuah restoren Cina berhampiran Pekan Rompin.  Turut menjadi tetamu adalah YB Tian Chua (MP Batu) dan YB Zuraidah (MP Ampang) bersama pimpinan DAP dan PAS kawasan Rompin.  Hadir bersama juga adalah Ketua Cabang KEADILAN Rompin, Sdr Rabidin (Wak Rabidin).
Sambutan masyarakat Cina amat memuaskan dan ini merupakan satu sejarah di Rompin di mana satu majlis makan malam diadakan bersama dengan dihadiri oleh berbagai kaum termasuk kaum Orang Asal di Rompin.  Dato' Fauzi, YB Tian Chua, YB Zuraidah dan pemimpin PAS turut berucap ringkas pada jamuan makan malam tersebut.  Dato' Fauzi berjaya menarik perhatian kaum Cina apabila beliau berucap di dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir.
Selepas jamuan makan malam, Dato' Fauzi bergegas ke Markas PAS Tanjung Endau pula untuk berceramah.  Turut berceramah di sana juga adalah YB Zuraidah dan YB Tian Chua.  Kehadiran orang ramai di Tanjung Endau iaitu satu kawasan kubu kuat Umno di Johor itu boleh dibanggakan.  Dato' Fauzi banyak mengimbas kembali sejarah perjuangan pemimpin Umno dahulu yang sanggup berkorban harta mereka demi memperjuangkan nasib rakyat.  Pemimpin Umno mula mengira harta benda dan kepentingan diri serta keluarga dan kroni masing-masing bermula di zaman Tun Mahathir hinggalah sekarang.
Walaupun agak kelewatan untuk Dato' Fauzi berceramah di Dataran Rompin selepas itu, beliau tetap hadir ke sana untuk menemui masyarakat setempat yang ramai hadir di situ.  Di Dataran Rompin, YB Tian Chua dan YB Zuraidah juga berkesempatan berucap sebelum ketibaan Dato' Fauzi.  Di kesempatan itu, beliau mengambil masa yang agak panjang untuk berbual mesra bersama masyarakat dan pimpinan setempat di sebuah kedai makan berhampiran Dataran Rompin. 
Keseluruhannya, program yang diadakan di Rompin dan Endau amat berjaya di mana semua program yang diadakan mendapat sambutan yang baik.  Satu petanda bahawa Rompin bukan lagi kawasan selamat buat Umno/Bn.  Melihat kepada sambutan rakyat setempat di Endau pula, memang benarlah seperti yang didakwa, Johor juga kini terancam dengan kemaraan Pakatan Rakyat.  InsyaAllah, Pahang dan Johor bukan negeri yang didakwa oleh Daim Zainuddin sebagai di antara negeri yang kekal di bawah Umno/Bn.

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Scarlett&#39;s Petals: Siput gergasi ditemui <b>di Pasir Gudang</b>.

Posted: 16 Sep 2012 07:19 PM PDT



    Agak-agak, pernah tak nampak siput bersaiz besar gedabak ala-ala giant, gitu?Pernah?Kat mana?Aku tak pernah.Tu yang rasa pelik sikit dan nak share penemuan terkini tu.Manalah tau, ada pengkaji apa entah namanya yang nak kaji lebih lanjut tentang kewujudan benda ni.Maklumlah, biasanya, siput yang aku jumpa cuma saiz biasa je.Dalam hutan rimba tak taulah.Kata orang, binatang atau serangga dalam hutan tebal,saiznya besar-besar belaka.
   Siput besar ni, ayah jumpa di timbunan sampah belakang masjid kampung aku.Oh ya.Lupa nak beritahu.Yang ditemui cuma cengkerangnya.Dengan kata lain, siput ni dah lama mati, agaknya.Kalau cengkerang siput yang biasa, nipis tapi yang ni bukan main tebal.Buat ketuk kepala boleh keluar bintang.Cuba tengok.Agak-agak ada tak penjelasan tentang cengkerang siput besar ni.
Cuba tengok saiznya dibandingkan dengan pen.
Oh ya. Ni siput babi tau bukan siput kima yang sedap dibuat lauk tu.
Orang Indonesia kata keong. ( Agaknya kot.Aku dengar di TV sebab aku tengok cerita Keong Emas)
Pen merah tu tandanya aku tengah busy menanda exam paper Trial SPM le tu.
Ok.Jap gi google, pinjam gambar.
Ha.... Ni dia siput kima.

Jawatan kosong Lift operator <b>di pasir gudang</b> (MMHE) Application <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 04:31 AM PDT

Today 14:34.

Jawatan kosong Lift operator di pasir gudang  ( penjaga lif) untuk lokasi di MMHE, Pasir gudang ,JohorPengalaman tidak diperlukan . Janji rajin serta berminat untuk belajar sesuatu yang baru . Lulusan SPM yang masih mencari pekerjaan amatlah di alu – alukan . Rumah disediakan dan transportation juga di sediakan.

Jika berminat hubungi terus aidil 018 3214556

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Mengumpulkan data isi rumah setiap keluarga meliputi semua 5 <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 01:21 AM PDT

Saudara2 dan saudari2 Anak-Anak Pagoh,
Tidak lama lagi rakan-rakan di GAPa akan mengambil inisiatif mengumpulkan data isi rumah setiap keluarga meliputi semua 5 mukim di Pagoh. Semua data akan dikumpulkan mengikut kategori berikut:
  1. Pelajar sekolah menengah /
  2. Pelajar Institusi Latihan Kemahiran /
  3. Kakitangan Kerajaan dan Swasta /
  4. Usahawan diluar dan di Pagoh /
  5. Pesara Kerajaan dan Swasta ( bidang tugas semasa bekerja ) lain- lain.
GAPa akan mengintegrasikan keperluan setiap kumpulan tersebut.
Sebagai contoh, Usahawan anak Pagoh yang berjaya akan disarankan mengambil pelajar lepasan Sijil kemahiran atau Diploma atau Ijazah yang masih menggangur sebagai Trainee untuk tempoh 6 hingga 12 bulan. Dengan pengalaman tersebut mudah bagi mereka mencari pekerjaan ditempat lain atau jika sesuai boleh diserap terus.
Contoh lain. Usahawan yang memerlukan bekalan bahan mentah hasil pertanian seperti jagung, pisang, ikan air tawar boleh mendapatkannya terus dari anak anak Pagoh yang bertani dan mengeluarkan hasil produk pertanian tersebut.
Bagi Petani yang pakar dan berpengalaman didalam sesuatu bidang pertanian akan diminta menjadi mentor kepada petani yang baru mula mencebur diri didalam bidang tersebut. Pesara-pesara juga tidak akan dibiarkan pengalaman mereka tengelam begitu sahaja. .. Anak anak Pagoh yang berjaya diharap akan sama-sama merealisasikan hasrat tersebut demi kepentingan anak anak Pagoh sendiri..
Sebagi makluman sebuah koperasi yang didaftarkan sebagai Koperasi Anak-Anak Pagoh Muar Berhad akan mula beroperasi Oktober ini bagi menfaatkan peluang yang ada dengan kewujudan 5 buah universiti di Pagoh.
Ia akan membantu GAPa didalam hal yang disebutkan diatas. Menfaatnya akan kembali ke anak anak Pagoh akhirnya.
Sama samalah kita kearah yang satu.

ads