Rabu, 14 November 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2012 07:51 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


CT: Saujana Seafood Restauran @ <b>Gelang patah</b>

Posted: 11 Nov 2012 10:30 PM PST

[unable to retrieve full-text content]It is located at persisiran pantai Tanjung Adang, Gelang Patah. Restoran nih disenarai pendekkan di dalam Johor Tourism portal sebagai destinasi yang perlu korang pergi termasuk kita...kahkahakah. Nak bagi perabis ...

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 10:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 09:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Nov 2012 09:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 10:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2012 09:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pezol Stylez: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 4 : PUAS

Posted: 28 May 2012 10:05 PM PDT

Part akhir aku dan kengkawan mandi manda kat Air Terjun Bekok, Johor
Setelah puas mandi manda, cuci-cuci mata, lepak-lepak..kitorang pun balik.
Overall, memang best mandi kat air terjun ni
Tenang, damai dan segar..maklumlah dalam hutan kan
Sebelum balik tuh..macam biasalah kena la snap2 gambar kan sebagai kenangan
Posing ala-ala model gitewwww..hahaha
Paling best, on the way nak balik tu kitorang singgah makan durian jap
Sedappppp uols !! Ok lah itu la saja entry aku kat air terjun ni
Korng2 yang nak datang sini tu,meh la datang. Besttt!!
Entry lain yang mungkin korang belum baca: 
Part 1 : Plan Last Minit
Part 2 : Batu Berdiri
Part 3 : Basah

Pezol Stylez: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 3 : BASAH

Posted: 28 May 2012 08:03 AM PDT

Part yang paling aku suka...mandi time !! yeahhh!!
Excited sangat nak mandi air terjun kan...giler kau..sejokkkkkk!!
Tergetar-getar gak bila masuk air tuh..tau-tau la kan air bukit.
Memang puas gile..aku berenang ke sana ke mari
Segala jenis terjunan bagai sume kitorng buat...walaupun lompatan tak dpt markah penuh juri
Sekurang-kurangnya dpt gak lepaskan tekanan buat final projek sarjana muda
overall memang syiokkkkkk abes lah !!
Entry lepas yang mungkin korang tak tengok lagi. Jom terjah jap !!

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


PR Bantah Pembinaan Hab Petrokimia <b>Di Pengerang</b> Dan <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 10:12 PM PDT

                             
Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor. Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.
Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan. Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan. Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.
Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan? Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.
Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar. Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja. 
Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?

Published with Blogger-droid v2.0.9

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 03:51 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Nov 2012 04:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2012 03:55 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2012 03:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 03:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 03:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rohani Property Management: Bilik <b>di</b> Tmn Pasir Putih, <b>Masai Johor</b>

Posted: 05 Mar 2012 12:31 AM PST

Bilik untuk di sewakan di jalan Seluang, Tmn Pasir Putih, kekosongan untuk lelaki (diutamakan). Rumah jenis Double stry 3 bilik. Rumah siap barang ada katil, tilam, meja makan, sofa dan dapur. Lokasi berdekatan dengan tg puteri resort, tg langsat, mmhe, sime darby, johor port dll. Sewa RM250 sebulan termasuk air dan api. Kemasukan segera. Berminat, sila buat tempahan di talian 016-734 7120.

Caramel Toffee » SURAT TERBUKA UNTUK PKP SMK KOTA <b>MASAI</b>

Posted: 26 Jun 2012 07:04 AM PDT

Surat Terbuka Untuk Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Saya seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Rantau Panjang, Kelantan dan juga isteri kepada seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SKOMAS), Pasir Gudang, Johor amat kesal dengan sikap tidak bertimbang rasa dan juga ketidakperihatinan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah tersebut.

Pada hari Sabtu yang lalu, berlaku kes kecemasan di mana suami terpaksa membawa saya ke hospital. Pada hari yang sama, SKOMAS mengadakan Hari Terbuka sekolah. Suami saya meminta kebenaran untuk menghantar saya ke hospital. Adalah menjengkelkan apabila PKP tersebut sanggup memberi cadangan agak kejam supaya suami saya meninggalkan sahaja saya di bilik air ataupun di rumah SEORANG DIRI sedangkan beliau tahu saya cuma berada di Johor pada hujung minggu sahaja. Beliau beranggapan sakit saya tidak serius dan boleh ditolak ketepi.

Pada hari bekerja seterusnya, beliau terus menyarankan supaya suami membawa saya tinggal bersama dan bertugas di Pasir Gudang. Beliau langsung tidak bertanyakan khabar saya yang terpaksa dihantar suami ke hospital, sebaliknya melontarkan cadangan ini kononnya untuk menyenangkan suami. Cadangan ini amat menyakitkan hati kerana sebelum ini, suami telahpun meminta untuk berpindah ke Kelantan tetapi permohonannya tidak berjaya, mungkin kerana suami mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas-kelas peperiksaan. Kami tidak terlalu terkilan kerana sudah boleh mengagak kegagalan yang bakal dihadapi. Ianya bukanlah kerana tiada kekosongan di Kelantan (ada lebih kurang 100 kekosongan guru Bahasa Inggeris di Kelantan) tetapi kerana PPD Pasir Gudang sendiri tidak menyokong permohonan, apatah lagi  di peringkat JPN Johor. Suami bagaimanapun bertekad untuk tidak berputus asa meminta bertukar keluar dari Johor kerana sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebab tersebut termasuklah untuk membantu saya yang tinggal menjaga ibu bapa saya di kampung.  Kami telah berbincang tentang hal ini sebelum berkahwin, jadi beliau atau sesiapun terutamanya yang tiada pertalian tidak berhak untuk mengubah pendirian kami.

Ingin saya nyatakan di sini adalah kejam untuk beliau meminta saya berpindah ke Johor sedangkan sayalah satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapa yang telah tua. Seorang abang saya bersama kakak ipar juga tidak dapat berpindah keluar dari Johor (Pasir Gudang), kejamlah jika saya juga pindah bekerja jauh daripada mereka setelah penat ibu bapa berdoa dan bersolat hajat meminta supaya saya dapat berada dekat dengan mereka! Jika saya sakit dan suami tiada berdekatan, ibu bapa saya pula yang perlu bersusah payah menjaga saya sedangkan itu sepatutnya tugas saya. Lagipun jikalau saya berpindah ke sana, sudah tentu beliau akan memberi cadangan supaya suami tinggalkan sahaja saya kesakitan seorang diri di rumah. Suami cuba menerangkan perkara ini kepada beliau namun beliau tidak langsung ingin mendengar apa-apa penjelasan. Sungguh sombong dan tidak perihatin. Saya tidak sangka seorang wanita yang berpangkat dan waras boleh bertindak tidak bertimbangrasa seperti beliau. Beliau sepatutnya menjadi contoh. Beliau juga sepatutnya memberi dorongan kepada guru-guru baru, bukannya mematahkan semangat mereka.

Mungkin beliau tidak pernah berhadapan dengan situasi di mana ahli keluarga beliau sakit dan beliau terpaksa bergegas ke hospital. Saya harap beliau akan lebih prihatin dan bertimbangrasa dengan memikirkan perasaan orang lain pada masa hadapan.

Saya sayangkan profession ini tetapi mungkin belum masanya profession ini sayangkan saya, apatah lagi pihak-pihak yang berada di atas seperti PKP berkenaan yang langsung tiada rasa simpati. Mungkin beliau tidak pernah mengalami situasi sebegini.

Adlina.
PPPS Opsyen TESL

p.s/Aku sebenarnya nak layangkan surat ni ke sekolah terus. Takpun PPD Pasir Gudang. Paling best, hantar terus ke JPN Johor. Of course la tak masukkan bab tak dapat tukar tu but still… Aku memang tak puas hati dengan PKP ni! Nasib baik bukan PKP aku >:(

© 2012, Adlina. All rights reserved. Please link back to this page if quoted.

(GAMBAR) Kilang terbakar <b>di</b> Taman Megah Ria <b>Masai Johor</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2012 04:42 AM PDT

Sebuah kilang memproses minyak pelincir kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, di Pasir Gudang hari ini.

Kejadian pada pukul 4.19 petang tersebut dipercayai berpunca dari bahagian bawah premis dua tingkat tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, pihaknya terpaksa menggunakan semburan air buih untuk mengawal kebakaran, namun sehingga pukul 8 malam ini, api masih lagi marak.

"Ia kerana bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan minyak pelincir yang likat dan susah untuk dipadamkan apabila terbakar.

"Bomba juga menghadapi masalah tekanan air rendah yang turut menjejaskan operasi memadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hamid menjelaskan, ketika pihak bomba tiba pada pukul 4.30 petang, api sedang marak dan kesemua pekerja kilang berkenaan termasuk pemiliknya, Voon Lin Yau, 62, berjaya menyelamatkan diri.

Tambah beliau, kebakaran itu turut menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil.

"Setakat ini, anggaran kemusnahan dan kerugian belum dapat dipastikan," ujarnya.

Beliau menambah, sebanyak enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Johor Jaya dan Pasir Gudang bersama 38 anggota terlibat dalam operasi tersebut.




Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Nov 2012 01:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Love and Pain Make Us Human: 297. Restoran Saujana <b>Gelang Patah</b>

Posted: 29 Sep 2012 07:06 PM PDT

Assalamualaikum. and hai korang ! hehe.
Ayam goreng kunyit, Ikan siakap steam, Udang goreng tepung, Tomyam ayam, Sayur brocolli

Best tak pembuka entry ? Heww.  :P
Actually tengok feedjit ada keyword "jalan-jalan cari makan di gelang patah"  sampai ke blog ni. huhu. Berguna jugak rupanya entry aku . Haha. Aku pernah tulis pasal Restoran Kampung Nelayan, Gelang Patah di entry sini  ( klik sini ) . Bukan ada tulis sangat pun, gambar je banyak. Haha.Dah lama la tapi.masa tahun 2010 lagi. 
But baru-baru ni, last two weeks kut, I have been there again, dengan family, but another restaurant at  Gelang Patah. Sebenarnya pergi restoran kampung nelayan tu, tapi sampai je sana tengok-tengok restaurant tu takde, macam tengah renovate -.-" 
So patah balik semula. On the way patah balik tu, ternampak la signboard Restoran Saujana kat tepi jalan, so apa lagi, semua tengah lapar, so terjah masuk pergi restoran tu. Actually satu simpang tu, menuju ke dua restoran. Restoran YEO and Restoran Saujana, tapi kitorang pergi straight je terus ke Restoran Saujana.
Sirius tempat ni lawa ! dan best sebab atas laut ! Best tangkap gambar ! Haha :P
Udang, ikan, ketam semua fresh - fresh ! 
Lauk yang kitaorang order -  tomyam ayam, siakap steam, udang goreng tepung, ayam goreng kunyit, and sayur brocoli  .Tomyam tak macam Arked Meranti punya. Haha. Sirius sedap !  Isi ikan siakap manis and fresh !  Serius semua sedap-sedap ! 
So pada yang cari nak makan makanan laut yang best dan sedap, you are recommended to come to Restoran Saujana, Gelang Patah. Makanan sedap and fresh, dan harga pun sangat berpatutan . Servis pun baik. Akak-akak waitress tu manis-manis je senyum  :)  I guess yang dari S'pore pun ramai datang makan sini  :)
Sesiapa yang stay in Johor tapi tak pernah datang pun tempat ni, sila lah hujung-hujung minggu bawa family ke, kawan-kawan ke, pakwe makwe ke, datang makan di Restoran Saujana . Selain boleh makan makanan laut, boleh tengok suasana kampung  :)
So till we meet again, wassalam. 
Eh jap, korang dah makan ? Haa kalau belum jom terjah restauran ni ! Hehe ;D

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


HanYa pADa KAmU: Sistem AES <b>di Negeri Johor</b>

Posted: 02 Nov 2012 01:51 AM PDT

68 Unit Kamera AES telah dipasang di negeri Johor..kawan2,please be careful :)

LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU
NEGERI : JOHOR



Bil Lokasi Daerah Had Laju
1 KM 2 JLN JOHOR BAHRU KOTA TINGGI JB 90
2 KM 15.5 JLN JOHOR BAHARU KOTA TINGGI JB 90
3 KM 15.5 LEBUHRAYA PASIR GUDANG-PERLING JB 90
4 KM 20 LEBUHRAYA PASIR GUDANG-PERLING JB 90
5 KM 11.9  JLN JOHOR BAHARU-AIR HITAM JB 90
6 KM 20  JLN JOHOR BAHARU-AIR HITAM JB 90
7 KM 19 JLN JOHOR BAHARU - GELANG PATAH JB 60
8 KM 21 JLN JOHOR BAHARU-PONTIAN JB 70
9 KM 5.3 JLN SKUDAI PANTAI LIDO JB 90
10 JLN KEMPAS LAMA - SEELONG-SENAI JB 90
11 KM 79 JLN JOHOR BAHARU-AYER HITAM NUSAJAYA 90
12 KM 61 JLN SUNGAI RENGIT - KOTA TINGGI KOTA TINGGI 90
13 KM 71 JLN JOHOR BAHARU - MERSING KOTA TINGGI 90
14 KM 36.0 JOHOR BAHRU - MERSING KOTA TINGGI 90
15 KM 60 KOTA TINGGI - KLUANG KOTA TINGGI 90
16 KM 18 JLN KUALA SEDILI-MERSING KOTA TINGGI 90
17 KM 1 JLN LAPANGAN TERBANG-SENAI KULAIJAYA 90
18 KM 49 JLN JOHOR BAHARU-AIR HITAM KULAIJAYA 90
19 KM 14 JLN GUNUNG PULAI KULAIJAYA 90
20 KM 6 JLN KULAI - KOTA TINGGI KULAIJAYA 90
21 KM.30 LEBUHRAYA LINKEDUA KULAIJAYA 110
22 KM 10 LEBUH RAYA SENAI DESARU  KULAIJAYA 110
23 KM 16.9 LEBUH RAYA UTARA SELATAN KULAIJAYA 110
24 KM 39.2 LEBUH RAYA UTARA SELATAN KULAIJAYA 110
25 KM 55 JLN KOTA TINGGI-KLUANG KLUANG 90
26 KM 62 JLN JOHOR BAHARU-AIR HITAM KLUANG 90
27 KM 70 LEBUH RAYA UTARA-SELATAN KLUANG 110
28 JLN SARANG BUAYA KLUANG 60
29 KM 10 JLN JEMALUANG -MERSING MERSING 90
30 KM 3 JLN MERSING-ENDAU MERSING  
31 KM 18 ENDAU - MERSING MERSING 90
32 KM 10 JLN NITAR MERSING MERSING 90
33 KM 29 JLN KOTA TINGGI MERSING MERSING 90
34 KM 5.9 JLN PONTIAN-KUKUP PONTIAN 90
35 KM 81.3 JLN JOHOR BAHARU - BATU PAHAT PONTIAN 90
36 KM 3 JLN PERMAS - KUKUP PONTIAN  
37 KM 88 JLN JOHOR BAHARU - BATU PAHAT PONTIAN 90
38 KM 2 JLN MINYAK BEKU BATU PAHAT BATU PAHAT 60
39 KM 3.5 JLN BKT PASIR-TONGKANG PECHAH BATU PAHAT 60
40 KM 5 JLN YONG PENG-MUAR-PARIT SULONG BATU PAHAT 60
41 KM 6 JLN JB-AYER HITAM-YONG PENG BATU PAHAT 60
42 KM 6 JLN KLUANG-JLN AYER HITAM-B.PAHAT BATU PAHAT 60
43 KM 9 JLN PARIT LINTANG PARIT YAANI BATU PAHAT 60
44 KM 10 JLN KLUANG-JLN AYER HITAM-B.PAHAT BATU PAHAT 90
45 KM 15 JLN SPG LIMA-PARIT SULONG BATU PAHAT 60
46 KM 18 JLN SPG LIMA-PARIT SULONG  BATU PAHAT 60
47 KM 20 JLN KLUANG-JLN AYER HITAM-B.PAHAT BATU PAHAT 90
48 KM 84 LEBUH RAYA YONG PENG-AYER HITAM (S) BATU PAHAT 110
49 KM 116.5 JLN TG LABOH BATU PAHAT 60
50 KM 128 (S) LEBUH RAYA PAGOH - YONG PENG BATU PAHAT 110
51 KM 140 JLN JOHOR BAHARU-MELAKA BATU PAHAT 90
52 JLN PARIT JABONG- JALAN PARIT JALIL BATU PAHAT 60
53 KM 47.5 MUAR - SEGAMAT LEDANG 90
54 KM 21 JLN MUAR-PAGOH MUAR 60
55 KM 48.5 JLN BATU PAHAT-MERSING MUAR 90
56 BATU 6 JLN BAKRI MUAR 60
57 KM 5 JLN PT BUNGA -SG MATI MUAR 90
58 BY PASS JLN HJ.KOSAI-JLN TEMENGGUNG AHMAD MUAR  
59 JLN TEMENGGUNG AHMAD PARIT JAWA MUAR MUAR 90
60 KM 10 JLN KESANG MUAR 90
61 KM 40.5 JLN MUAR GERISEK KUNDANG ULU  MUAR 90
62 KM 149.7 LEBUH RAYA UTARA SELATAN MUAR 110
63 KM 15 JLN SEGAMAT-KUANTAN SEGAMAT 90
64 KM 140 JLN JOHOR BAHARU - SEREMBAN SEGAMAT 90
65 KM 151 JLN JOHOR BAHARU - SEREMBAN SEGAMAT 90
66 KM 20 SEGAMAT - KUANTAN SEGAMAT 90
67 KM 3  JLN MUAR-LABIS SEGAMAT 90
68 KM 190 JLN JOHOR BAHARU SEREMBAN SEGAMAT 60

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


All About Us: <b>Di Batu Pahat</b>

Posted: 02 Nov 2012 06:41 PM PDT

Malam tadi lagi kitorang sekeluarga dah selamat sampai di Batu Pahat...B
ertolak lepas maghrib dan disebabkan hujan lebat sepanjang perjalanan maka kitorang sampai di Batu Pahat lebih kurang 9.45 malam...Syukur alhamdulillah...
Disebabkan kitorang x dinner apa pun lagi maka order jer la dari cafe hotel...Dan disebabkan terlalu lapar maka gambar makanan satu apa pun x amek...Huhuhuhu...Tapi nasi goreng kampung diorang memang terbaeeeekkk...Large portion dan kalau kitorang tahu memang besar portionnya dah tentu order satu jer...Ni ditambah plak lagi dengan mee goreng mamak dan fish n chip...Maka kekenyangan tahap gaban la kami anak beranak malam tadi...
Pagi ni tadi brrakfast dah include sekali...Jadi mak yong Lynn dan Mr. Hubby jer yang mandi dulu...Double Q just basuh muka jer...Terus turun makan dan spend masa nak dekatsejam juga la sebab cafe tu baru nak top up makanan lagi...
Sekejap lagi dalam kul 11 bolehla check out...Nak ke Batu Pahat Mall sebab jm 2.30 petang nanti ada tournament bowling KSK LPP Johor...Harap sangt program ni dapat selesai awal...Sebabnya nanti nak rushing balik ke JB...

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> PPD <b>Pasir Gudang</b>

Posted: 12 Nov 2012 05:03 AM PST


Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Pegawai Khidmat Pelanggan)
Agensi : Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Sambilan
Kekosongan : Di Pejabat Pelajaran Daerah
(Batu Pahat,Pasir Gudang,Kota Tinggi dan Kulaijaya)

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i)Warganegara Malaysia
ii) Berbangsa Cina
iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Tempoh Lantikan : Selama Tiga bulan mulai November 2012 hingga Januari 2013

Gaji sehari : RM 54.00

Cara memohon : Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang JPNJ/PSH/2012 dan satu (1) salinan sijil atau lain-lain dokumen yang diakui sah seperti berikut hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan :-

a. Kad Pengenalan;
b. Sijil kelahiran;
c. Sijil-sijil persekolahan:
d. Sijil berhenti sekolah;
e. Lain-lain dokumen sokongan ; dan
f. Sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan)

Permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah sampai sebelum atau pada 16 November 2012 ke alamat berikut:

Pengarah Pelajaran Negeri Johor,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru,
Johor.
(u.p: Unit Perjawatan)

 Permohonan yang dipertimbangkan

i) Hanya calon-calon yang mematuhi syarat akan dipertimbangkan.

ii) Hanya permohonan yang memenuhi syarat Asas Tapisan akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Iklan jawatan klik sini
Borang permohonan klik sini

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 09:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2012 09:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ceramah Ustaz Azhar disabotaj dengan Konsert Dangdut - MiLo <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 03:01 AM PDT

SEMALAM berlangsung sebuah majlis ilmu Ustaz Azhar Idrus di di Parit Raja, Batu Pahat, Johor berhampiran dengan McDonald Parit Raja menyaksikan ribuan anak muda berpusu-pusu mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.

ReJaM© sendiri yang kebetulan melalui Pekan Parit Raja dalam perjalanan menuju ke Kota Tinggi sempat hadir sebentar ke majlis tersebut sebelum meneruskan perjalanan.


Dianggarkan sejauh kira-kira 3 km di kiri dan kanan bahu jalan tempat ceramah dipenuhi kereta dan motorsikal yang diletakkan sementara pemilik-pemiliknya sedang khusyuk mendengar ceramah.

Tanpa disangka-sangka, di kawasan berhampiran iaitu berdekatan KFC Parit Raja pula, gerombolan songkok tinggi dilihat cuba menarik perhatian anak muda untuk ke program "Lepak Positif" anjuran mereka.

Program itu tidak lebih daripada sekadar persembahan Dangdut live band yang menyaksikan penyanyi wanita bergelek sakan di atas pentas sambil menyampaikan lagu berirama dangdut.

Siang semalam, ReJaM© dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa gerombolan songkok tinggi cuba mensabotaj program ilmu Ustaz Azhar Idrus, dengan program mereka dengan harapan ceramah ilmu itu mendapat kurang sambutan.

Namun sungguh tak disangka rupanya "konsert dangdut" yang disajikan untuk menarik anak muda Parit Raja.

Apa pun, syukur Alhamdulillah, anak muda Parit Raja lebih gemarkan majlis ilmu, mereka tak layan konsert dangdut untuk golongan tua gerombolan songkok tinggi.

Mereka tak layan program lagha gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, bawak keris ke hulu ke hilir perjuangkan Melayu di Konsert Dangdut kah kah kah...

Buktinya, di bawah ini rakaman Konsert Dangdut yang dimaksudkan, kelihatan tiada sambutan sekadar dua tiga kerat belia yang datang untuk makan free kah kah kah...

ReJaM© "Anak muda Parit Raja, Batu Pahat memang terbaik! "

Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang <b>di Parit Raja</b> (1991 <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT


Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.
Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.
Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.
Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama.
Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya.
Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah 'Parit Raja'.
Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.
Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.
Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.
Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian.
Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam.
Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.
Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu.
Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu.
Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.
Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan.
Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.
Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain.
Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.'
Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh."
Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988.
Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.
Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolio Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.
Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.
Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.
Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera.
Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh.
Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.

ads