ads

Ahad, 23 Jun 2013

01 di segamat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


Pelatih PLKN <b>Di Segamat</b> Beranak Dalam Tandas - OneNewsHub

Posted: 20 Jun 2013 03:40 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tarian Lucah <b>Di</b> Pusat Membeli Belah <b>Segamat</b> - kepala bergetar

Posted: 03 Jun 2013 05:07 PM PDT


SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu. Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

"Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

"Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu," katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini.

"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya.

ULAMA PEWARIS NABI: EXCO AGAMA TAK CERMAT <b>DI SEGAMAT</b> !

Posted: 06 Jun 2013 11:36 PM PDT

Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim berhubung kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah.

Firdaus berkata, kenyataan Abd Mutalib yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris 5 Jun lalu menjejaskan reputasi dan kredibilitinya sebagai pimpinan PAS di peringkat kawasan.

Beliau kesal terhadap tuduhan Abd Mutalib kononnya beliau sengaja mahu memperbesar isu ini kepada media tanpa melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Kenyataan Abd Mutalib yang mengatakan saya tahu lebih awal mengenai tarian separuh bogel itu ternyata tidak bertanggungjawab.

"Saya langsung tidak tahu-menahu mengenai tarian itu hinggalah seorang pengunjung merakam gambar dan menyerahkannya kepada saya.

"Saya terima gambar itu dalam jam 9.00 malam. Bagaimana saya nak laporkan kepada pejabat agama sedangkan mana ada pejabat buka waktu malam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya juga, apa yang dipersoalkan adalah mengenai kelulusan pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri berhubung sesuatu program yang tidak sopan di khalayak ramai.

"Bagaimana sesuatu program begitu boleh diluluskan untuk dipersembahkan di khalayak ramai? Sepatutnya tugas jabatan agama memantau program-program sebegini.

"Sekurang-kurangnya Abd Mutalib perlu bersemuka dengan saya dahulu sebelum menuduh saya tahu mengenai tarian ini," tegasnya.

Sehubungan itu, Firdaus melalui peguamnya di Kuala Lumpur akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Abd Mutalib.

"Peguam saya akan memfailkan saman terhadap dia dalam masa terdekat ini dan jumlah tuntutan dan yang berkaitan dengannya akan ditentukan peguam saya," katanya.~ hd

http://idaman78.blogspot.com/2013/06/panas-pas-segamat-saman-exco-agama-johor.html

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved