Sabtu, 18 Mei 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Premium Beautiful by Azlin Safena: Undilah.... <b>Di</b> Larkin, <b>Johor Bahru</b>

Posted: 09 May 2013 08:54 AM PDT

Pengalaman Alin menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. 
Ini kali ke-3 Alin mengundi.
Rasa macam reunion pulak, jumpa jiran-jiran lama dan juga cikgu sekolah agama. Tak sangka masa mengundi boleh terjumpa. 
Nama Calon, sempat snap!!!
Lepas mengundi, singgah Pasar Larkin jap. Beli barang-barang dapur. Time balik kampung ini lah, peluang nak spent time dengan mak n bapak. Bukan selalu balik kampungkan.... Sob sob Sob. 

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


GEMPAR!!!!!... - Omak Kau!!!!

Posted: 14 May 2013 03:13 AM PDT

Dianggarkan tidak kurang 2000 warga Johor yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, NGO, guru-guru Agama telah berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, Johor  bagi membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor bagi Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Membantah Penipuan PRU 13 yang dijadualkan akan berlangsung malam Rabu ini.

Maka amat wajar para pengajur terutamanya DSAI sendiri untuk memikirkan sama ada mau meneruskan atau batal terus Perhimpunan tersebut memandangkan bantahan dari rakyat Tangkak amatlah kuat sekali.

Lagi pun bukankah Johor negeri UMNO paling kuat gagah perkasa sekali dalam dunia...PRU 13 yang lalu membuktikan UMNO tetap teguh dan tiada kawasan pun UMNO tumpas.

Kalau tak percaya cuba tanya Ahmad Maslan dan Puad Zakarshi.

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Laporan audit <b>negeri Johor</b> dedah bekalan peralatan <b>di</b> pasang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 08:43 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor atas keupayaan menjalankan pemerintahan berdasarkan perbelanjaan berhemat sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Johor Berjaya mendapat surplus berjumlah RM 6.40 juta bagi tahun 2011 berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi negeri Johor.

Walaupun begitu, SAMM Johor melihat beberapa kelemahan dalam aspek pungutan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2011 sehinggakan hasil Kerajaan Negeri pada tahun tersebut menurun sejumlah RM 181.40 juta atau 17.7% berbanding tahun 2010 iaitu sejumlah RM 1,023.17 juta menjadi hanya RM 841.77 juta.

SAMM Johor berharap agar agensi-agensi Kerajaan Negeri terus proaktif dalam memungut hasil Kerajaan Negeri terutamanya tunggakan hasil yang berjulah RM 160.80 juta pada tahun 2011.

SAMM Johor turut ingin menarik persoalan mengenai bagaimana 39 bekalan peralatan bernilai RM 55,360 telah ditempatkan atau dipasang di rumah beberapa individu dan bukannya di premis-premis persatuan atau pertubuhan.

Perkara ini secara jelas telah melanggar Perenggan 4 Garis Panduan Rancangan Pembangunan Kerja-Kerja Kecil, yang mana ia menyatakan bahawa kelulusan projek/bekalan atas kegunaan individu adalah tidak dibenarkan. Bagaimanakah set penyaman udara yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri boleh dipasang di rumah individu seperti di dalam gambar yang dilampirkan?

SAMM Johor dengan ini mendesak Menteri Besar memberikan penjelasan berikutan daripada perkara ini tertakluk di dalam perihal Pejabat Menteri Besar seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Apakah justifikasi dan pedoman Pejabat Menteri Besar dalam menghalalkan tindakan melanggar Garis Panduan tersebut?

Apakah sebabnya individu-individu ini mendapat bekalan peralatan untuk kegunaan peribadi mereka? Siapakah individu-individu istimewa yang mendapat bekalan peralatan ini?

Mungkin Pejabat Menteri Besar terlepas pandang akan perbekalan peralatan ini kepada rumah-rumah individu terpilih seperti mana Kerajaan Negeri Johor terlepas pandang mengenai pengeksportan pasir ke Singapura satu ketika dulu.

Walaupun, jumlahnya hanyalah sekitar RM 55, 360 sahaja, namun ia tetap melibatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri dan seharusnya perbelanjaan peralatan ini harus dimanfaatkan kepada kumpulan sasaran iaitu rakyat Johor dan bukannya kepada sekelompok individu semata-mata. Sekiranya, peralatan ini sememangnya melanggar garis panduan tersebut, SAMM Johor dengan tegas mendesak Kerajaan Negeri untuk segera mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat.

Lihat kepada gambar yang dilampirkan jelas tertera set penyaman udara yang diletakkan di rumah milik individu di Taman Wira, Simpang Renggam dan Taman Bukit Kangkar, Ledang, Set Kerusi dan meja antik di rumah individu di Jalan Ong Siong, Tangkak dan set kabinet dapur diletakkan di rumah individu di Jalan Ledang Emas 1, Taman Ledang Emas, Tangkak.

Adakah Pejabat Menteri Besar Johor sememangnya menyediakan bantuan atau geran membeli perabot dan peralatan rumah kepada rakyat Johor? Menteri Besar harus memberikan penjelasan mengapa ada segelintir kecil rakyat yang sebegitu istimewa hingga mendapat peralatan dan perabot rumah menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri?

SAMM Johor ingin menuntut penjelasan daripada pihak Perbadanan Johor mengenai anak syarikat 100% miliknya iaitu JCorp Hotels And Resorts Sdn. Bhd. (JHRSB). Walaupun JHRSB Berjaya mencatatkan keuntungan namun, itu hanyalah bersandarkan kepada operasi perladangan kelapa sawit. JHRSB mempunyai 6 syarikat subsidiary namun hanya 1 syarikat yang membayar dividen kepada JHRSB.

Apakah yang terjadi kepada 5 syarikat yang lain? Kesemua syarikat subsidiary dalam bidang perhotelan dan perlancongan telah mengalami kerugian semasa antara RM 0.39 juta hingga RM 10.16 juta dan menyebabkan kerugian terkumpul kesemua syarikat tersebut meningkat antara RM 6.99 juta hingga RM 114.15 juta.

Mengapakah sejak dari tahun 2008 kadar hutang syarikat-syarikat subsidiary ini terus meningkat? Apakah pelan Perbadanan Johor untuk membantu syarikat-syarikat ini dalam melangsaikan segala hutang-hutang mereka? Apakah sebab hotel-hotel milik JHRSB tidak berjaya mencapai sasaran penyewaan bilik?

Adakah Johor hanya dijadikan tempat transit oleh pelancong-pelancong ini sama ada sebelum ke Singapura atau tempat transit dari Singapura terus ke destinasi lain? Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membantu JHRSB dalam mencapai sasaran penyewaan bilik sementelah ia adalah syarikat subsidiari milik 100% Perbadanan Johor?

Isu Sekolah Agama yang terpaksa menyewa di bangunan rumah kedai yang sempit, tidak mempunyai peralatan keselamatan yang mencukupi, infrastruktur dan peralatan sekolah yang uzur dan bilik darjah yang sempit dengan bilangan murid yang ramai turut menarik perhatian SAMM Johor.

Sekolah Agama merupakan tempat anak-anak kecil diasuh dan diberikan ilmu agama untuk mengisi jiwa bagi membataskan mereka dari dihinggapi penyakit sosial. Sekiranya keadaan dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan sesuai untuk mereka menerima ilmu, bagaimana anak-anak ini akan merasa tertarik untuk ke sekolah dan apakah jaminan terhadap keselamatan mereka dan juga guru-guru?

Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh terlepas pandang dalam menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada Sekolah Agama ini? Laporan Audit secara jelas menyatakan kekangan kewangan sehinggakan kemudahan infrastruktur ini tidak dapat memenuhi keadaan memuaskan.

SAMM Johor amat berharap agar Kerajaan Negeri Johor terus menjalankan pentadbiran berdasarkan perbelanjaan berhemah dan pemantauan berterusan terhadap agensi-agensi Kerajaan Negeri agar segala ketirisan dan ketidakupayaan dalam menjalankan perlaksanaan tugas dapat diatasi.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan malang sekiranya belanjawan surplus ini tidak dapat dioptimumkan kepada mensejahterakan rakyat. Apatah lagi sekiranya system penyampaian dan perlaksanaan Kerajaan Negeri itu hanya sekadar memelihara dan memuaskan sekelompok individu yang ingin meraih kekayaan melalui jalan mudah, bergantung hayat kepada talian politik dan berselindung di sebalik aparat parti pemerintah.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38125

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Lautan manusia kerumun ceramah Anwar <b>di Segamat</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2013 01:39 AM PDT

[unable to retrieve full-text content](Oleh Aisha Geoffrey). SEGAMAT 25 APRIL: Rakyat Johor sekali lagi membuktikan negeri itu bukan lagi kubu kuat Umno dengan kehadiran lebih 20,000 dalam ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Padang Besar, Kampung ...

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Serius : Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Terletak <b>Di Pontian</b> <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 01:51 AM PDT

Siapa sangka di sebuah bandar kecil dan bekas penempatan kampung nelayan seperti Pontian mampu menjadi pusat pengeluar kondom terbesar di dunia!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, syarikatnya mengeluarkan tiga billion kondom setahun iaitu lebih banyak daripada mana-mana syarikat pengeluar yang ada di seluruh dunia.

"Kami sangat teruja dengan permintaan kondom yang semakin naik di pasaran," kata Goh.

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan warna kondom yang boleh diperolehi menerusi Karex serta tahap keselamatan kondom yang bakal dijual itu juga diuji terlebih untuk mengelakkan sebarang kebocoran alat itu di kemudian hari.

Di kilang Karex yang beroperasi selama 24 jam, pekerja mengendalikan proses penghasilan kondom dengan dibantu mesin berteknologi tinggi selain ujian kebocoran turut dilakukan untuk mengelakkan sebarang kebocoran pada kondom keluaran mereka

.
Selain mengeluarkan kondom yang biasa terdapat di pasaran, Karex turut menerima tempahan khas daripada pelanggannya dan pernah satu ketika seorang pelanggan dari Eropah menempah kondom yang boleh bercahaya dalam keadaan gelap yang seakan-akan menyerupai pedang bercahaya Star Wars Light Sabre.
Lain-lain jenama kondom yang popular seperti Durex yang dipasarkan oleh syarikat dari Britain, Reckitt Benckiser dan Trojan yang dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Church & Dwight hanya memegang 25 peratus pasaran jualan kondom sedunia.
"Ini adalah satu industri yang boleh berkembang maju dengan perkembangan 8 peratus setiap tahun, industri ini akan terus kekal dalam jangka masa yang panjang," kata Goh lagi.
p/s : Tak sangka pulak syarikat Malaysia.. hoho..

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2013 07:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 May 2013 08:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2013 07:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 07:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 07:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2013 07:18 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2012 01:58 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PAS CAWANGAN <b>PLENTONG</b>-MULA MENGORAK LANGKAH

Posted: 21 Dec 2012 01:58 AM PST

Pas cawangan plentong markaz gerakkannya terletak di 118 kampung plentong baru adalah rumah kepada ketua cawangan serta mantan Yang dipertuan PAS pasir gudang saudara Rahim Ahmad,pernah satu ketika dahulu selain menjadi lokasi medan ilmu serta aktiviti siasah penduduk sekitar kampung plentong dan permas jaya,ia juga  menjadi tapak ceramah penerangan isu-isu semasa dari barisan pemimpinan PAS kawasan maupun pusat.

Malangnya ia terhenti sekian lamanya gara-gara satu ceramah oleh YB Gobalakrishnan yang diadakan pada tahun 2002,penahanan perceramah oleh pihak polis termasuklah Saudara Rahim sendiri serta pengerusi Par permas Saudara Syed Othman ketika itu Ketua Pemuda Pas Pasir gudang.Mereka di bawa ke balai untuk disoal siasat dan dilepaskan kemudiannya.Segala peralatan ceramah termasuk PA system dan sebagainya dirampas dan tidak dikembali oleh pihak polis hingga sekarang.

Benih Islam yang tertanam serta tarbiah yang diberi kepada generasi muda plentong dan permas sekian lama,telah menampakkan hasilnya,kebangkitan anak muda terserlah dan ternyata anak-anak muda ini kehadapan dengan sokongan padu dari pemimpin lama hingga menghidupkan kembali aktiviti yang selama ini kian pudar.kebangkitan anak muda ini menyokong PARTI ISLAM gagal dihalang maupun disogok dengan kebendaan kerana maklamat perjuangan mereka adalah menegakkan syiar Islam yang menjadi asas keutamaan.

Setelah 10 tahun berlalu,Tarikh Khamis 20hb Disember 2012 mencatit satu sejarah apabila PAS cawangan plentong mengadakan semula ceramah umum di lokasi yang sama seperti 10 tahun dahulu.Perceramah undangan,Ulamak tersohor,Dato Ust Hj Tuan Ibrahim Tuan Man selaku ketua penerangan Pas Pusat dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dijemput untuk memberikan syarahan mereka.

Majlis semalam turut menyediakan nasi berani kembing dan ayam untuk dihidangkan kepada semua hadiri yang hadir.Kehadiran hadirin diluar jangkaan dan satu kejutan dengan kehadiran ramai wajah-wajah yang dulunya dikenali karat birunya.Walaupun ada sedikit kekecohan dari pencacai setan-setan yang dikenali namun telah berjaya diselesaikan oleh tentera merah Pemuda Pas kawasan.

Penulis selaku setiausaha cawangan pas plentong ingin merakamkan Jazakallah khair kepada semua pertugas yang berkerja keras bagi merelisasikan impian semua.Tidak lupa juga kepada Pertugas dari PAS cawangan Permas jaya yang turut sama membantu,yang lebih tepat ungkapan "Tanpa Anda beberapa oranglah saja kami".

kepada ketua cawangan saudara Rahim Selaku Tuan rumah serta ahli jawatankuasa,semua ini adalah titik permulaan untuk kita lebih komimted dalam gerakkerja bagi menyampaikan risalah Islam keseluruh masyarakat di plentong agar mereka bersama kita menghayati perjuangan Islam yang syumul ini.

TAKBIR!!!!

abusiraj alumner
setiausaha PAS plentong

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Ceramah Anwar <b>di Pagoh</b> 18 Februari | KeadilanDaily.com

Posted: 17 Feb 2011 02:45 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi ceramah di Kampung Raja, Pagoh, Johor pada 18 Februari 2011. Ceramah 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' itu dijadual bermula jam 8.30 malam ...

ads