Ahad, 30 Jun 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

GEMPAR!!!!!... RIBUAN RAKYAT JOHOR BERDEMO <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 14 May 2013 03:13 AM PDT

Dianggarkan tidak kurang 2000 warga Johor yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, NGO, guru-guru Agama telah berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, Johor  bagi membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor bagi Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Membantah Penipuan PRU 13 yang dijadualkan akan berlangsung malam Rabu ini.

Maka amat wajar para pengajur terutamanya DSAI sendiri untuk memikirkan sama ada mau meneruskan atau batal terus Perhimpunan tersebut memandangkan bantahan dari rakyat Tangkak amatlah kuat sekali.

Lagi pun bukankah Johor negeri UMNO paling kuat gagah perkasa sekali dalam dunia...PRU 13 yang lalu membuktikan UMNO tetap teguh dan tiada kawasan pun UMNO tumpas.

Kalau tak percaya cuba tanya Ahmad Maslan dan Puad Zakarshi.

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Tarian &#39;lucah&#39; ditonton umum <b>di Segamat</b>... - tuk kiyai - isu semasa

Posted: 03 Jun 2013 04:51 PM PDT



SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

"Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

"Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu," katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini.

"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. -sinarharian

P/s: Ini semua salah Anwar...

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Jerebu: IPU paras Bahaya <b>di</b> Kota Tinggi dan <b>Pasir Gudang</b> terus <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 12:43 AM PDT

Keadaan jerebu terkini di Pasir Gudang yang dirakam dan dikongsi di Twitter oleh @Hanifanip2.

Keadaan jerebu terkini di Pasir Gudang yang dirakam dan dikongsi di Twitter oleh @Hanifanip2.

SUBANG JAYA – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras Bahaya atau Merah di Kota Tinggi dan Pasir Gudang terus meningkat setakat 11 pagi ini.

Bacaan IPU di Kota Tinggi meningkat kepada 314 berbanding 313 pada 7 pagi makanala di Pasir Gudang pula adalah 323 pada 11 pagi berbanding 313 pada 7 pagi.

Dalam pada itu, IPU di Muar masih berada di paras Tidak Sihat apabila mencatatkan bacaan 193.

Satu lagi kawasan yang mengalami masalah jerebu teruk ialah Bandaraya Melaka iaitu 205 yang merupakan peringkat Jingga atau kualiti udara Sangat Tidak Sihat.

Kawasan Bukit Rambai di Melaka juga teruk terjejas dengan bacaan IPU, 191.

Dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dan Seremban masih mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat iaitu 187 dan 109.

Banting jadi satu-satunya kawasan yang mencatatkan IPU Tidak Sihat iaitu 143.

ads