Sabtu, 19 Oktober 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


celoteh cik fadh: Wedding BFF <b>di Kota Tinggi</b>

Posted: 20 Aug 2013 12:08 AM PDT

Haiiii semua ! assalamualaikum dan selamat hari raya ke-13 ! 
Tgok blog masing2 mmg almost sume dh update cter raya dr raya pertama smpai laaa ni tp blog cik fadh sunyi sepiiii je..raya ke x ni?? haha..raya lah jugak tp xla meriah sgt..sbb baju raya 2 pasang XSIAP ! sadis raya tahun ni tau..tp xpe2, tu cter kemudian..laaa ni nk cter pasal bff kawen dlu..
Kitorg berkawan dari masa zaman poly lagi dari sem 1..ke mane2 mmg ber5 je..tatau mcm mane ley jd geng ber5..dan tiba2 jd rapat..bell fadh dan mira mmg 1 blok asrama..mimie dan tika blok yg same jgak mase 1st sem..mgkin kitorg blok blkg, balik same2 dan perangai pon gila2..xreti nk cover2 so kitorg bole ngam kot..dekat kelas, time study kitorg mmg belajar la tp bnyak main2 jgak..mimie dan tika plak mmg kaki KUAT GELAK..smpai selalu kene sound ngan lect..even suka bljar main2 pown dlm kelas tp CGPA kitorg sentiasa up up je..sumpah xtipu..mmg masing2 score top 5 top 3 top 1 dlm kelas pown ade..fadh penah la rase markah paling tinggi dlm kelas, bukan sekali tp bnyak kali..haha berlagak berlagak !!!
Dah 3 tahun berlalu..sekarang masing2 dah bekerjaya..semua jd PA..PA kepada Doktor IJN, PA Pengarah LHDN Seremban, PA kt Johor Corporation la..mmg gaji tiptop2 ler...kecuali mimie..die furthur study degree..lame dan lameeee sgt masing2 xdpt jmpe..kadang2 jmpe, fadh ngan mimie je..jmpe fadh n bell je..mmg xpenah cukop korum 5org la..tapi wedding mira hari tu yg mane kami b5 pggil die KAKAK (paggilan menganjing umur) kitorg semua dpt berkumpul..berpasang2 da semua..pasangan COMFIRM in syaAllah..hehe...semua jadi happening..tgok muke kawan2 lama, yaAllah timbul rase sayang sgt !
saya dan tunanggg...KAKAK, aku hadiahkan ko MIXER tuk buat kek..besarr dan style punye aku beli..khassss supaya ko belajar bt KEK..aku suka mkn KEK..so make sure ko bt KEK bile aku dtg rumah ko okeh !! ngehngehngeh !
haiiii ini la kami 5 sekawan bersama jejaka2 COMFIRM kami..in syaAllah.;)
pelbagai sejarah berlaku akhirnya jodoh KAKAK di IJN jgak ! hik hik..
dah kawen > dah tunang > hangat bercinta ;)
diorang berdua ni yg betol2 dekat dgn cik fadh skrg sbb sorg dok melaka sorang belajar kt melaka ;)
masing2 dgn pasangan masing2..bell kiri sekali da kawen last year..da dpt baby sorg dah, tp macam anak dara lagiiii tau !
daj jadi bini orang dah KAKAK..cantik sangat !!
amik berkat pengantin skit..semoga jadi isteri yg sollehah..aminnn ;)
dua2 dah jadi bini orang..next turn cik fadh plak in syaAllah...ngenyamm ngenyammm nih ! kiki
settle majlis kakak, kami pown beransur2 pulang..semoga KAKAK dan suami melayari bahtera indah ini dengan rahmat dan berkat dari yang maha Esa..lahirkan putera puteri yang comel2 belaka..nk adjust anak  kembarrrr katanyeeeee..amboiii ! aaminnn semoga dipermudahkan usaha korang..kiki
singgah Desaru jap amik angin pantai sbb xjauh dah dr Felda Papan Timur Kota Tiggi tu..
owh ok, yg sebelah tu partner fadh..saje ikut bawak die sbb ade keje dkt JB esok tu...so dgn rasminya die lah jadi OP kitorg sepanjang majlis KAKAK.. 
tengah tu tika..gambar die mmg xbnyak sbb die dtg lambat even die duduk dkt JB..haihhh ! kitorg dr melaka smpai awall tau tapi dieeeeeee...membutaaaa si tika ni..
oke suke pic last ni ! nampak happening..cik JM kan die kannn eee mmg gerammm tau..kalo suh posing giler2 je, itu pose paling giler die akan buat..whatttt theeeeeee !!!
ok till then ! semoga ikatan persahabatan kami ini kekal hingga ke akhir hayat kami..in syaAllah..aaminnnn...
aku sayang korang sangat2..sayang sangat2 !

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Satu hari <b>di Johor Bahru</b> - Aswan Azmy Blog - Blogger

Posted: 15 Sep 2013 08:15 PM PDT

Assalamualaikum...Selamat pagi..Selamat Hari Malaysia. Mesti semua dalam mood bercuti lagi kan..Ok, entri ni nak ceritakan apa yang berlaku semalam di Johor Bahru (JB). Kenapa Wan pergi jalan-jalan kat sana, boleh baca kat SINI. Pergi pagi, balik pagi..haha..memang jalan sakan semalam..dah lama tak pergi jalan kat JB. So..alang-alang dah sampai, semua tempat la nak singgah..dan apabila singgah..kering la poket dibuatnya..
Destinasi pertama di Johor Premium Outlet (JPO). Tempat ni senang je nak pergi..kalau guna Lebuhraya Utara-Selatan, exit kat Senai Utara kalau tak silap la. Kalau sebut pasal JPO, memang famous la kat Johor. Apa tak nya, syurga barang-barang berjenama. Kat sini, semua jenama-jenama terkenal ada. Yang penting, kalau pergi sini..sila la bawak duit banyak-banyak..hehe..barang-barang kat sini mahal..barang original..mesti la mahal kan..Wan tak shopping pun kat sini, just window shopping je..Oleh kerana semalam hujung minggu, orang kat sini memang sangat ramai..ramai orang Singapore datang shopping sini..So, sesak jugak la kedai-kedai kat JPO ni..Korunk yang belum pernah datang sini, boleh la datang..best jugak kat sini..
Destinasi kedua di Johor Bahru City Square. Nak cerita pasal kedudukan mall ni pun tak tahu macam mana..sebab sampai sini malam..jalan kat JB ni pun wan tak tahu sangat. Best jugak lepak kat sini..shopping kat sini pun best..tapi, tak sempat nak ronda-ronda semua kedai kat mall ni..penat dicampur dengan lapar..so, singgah 2 3 kedai je..tapi, melayang jugak duit lepak sini..sambar jaket varsity kat sini satu..termakan hasutan kawan-kawan..haha..
Destinasi ketiga di Pantai Stulang laut. Lepak sekejap je kat sini..isi perut yang kosong ni..lepas tu bersantai kat tepi pantai tu tengok pemandangan Singapore..
Destinasi keempat di Pasar Karat (Bazar JB). Lepak kat sini memang best..barang-barang kat sini pun murah-murah..kalau yang datang JB, rugi tak pergi sini..macam-macam barang dijual di sini. 
Ok, overall..apa yang berlaku semalam boleh menghilangkan la sikit kebosanan cuti selama 5 hari ni. Kalau tak pergi sana, jawabnya..duduk kat rumah sewa je la selama 5 hari bercuti ni. 
p/s: demam pun dah ok sikit..selsema dan batuk masih ada..

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Oct 2013 07:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

program usahasama utm dan parit marjunit <b>di benut</b> pada 12 okt

Posted: 13 Oct 2013 08:33 PM PDT

Pada 12 Oktober 2013 PUCJ telah mendapat undangan dalam program Lestari desa oleh Pihak UTM dan JKKK Pt Marjunit Benut. Pucj dijemput untuk memberi ceramah tentang keusahawanan kepada pelajar utm dan penduduk sekitar kampung. Perasmi Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Ahmad b Maslan Timb.Menteri kewangan Malaysia merangkap Wakil Parlimen Pontian. Tujuan utama PUCJ dijemput adalah untuk menerangkan kepentingan masyarakat melibatkan diri dalam NGO dan juga kebaikannya.

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Aug 2013 07:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 07:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Aug 2013 07:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jul 2013 07:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 07:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 07:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 07:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 07:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 20 May 2013 07:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nusajaya Kini: 80 % Pengundi Cina <b>Benut</b> Sokong PAS Dan <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 01:16 AM PDT

PONTIAN – Calon PAS Benut, Raden Sarobo Ponoh bakal memperolehi kira-kira 80% sokongan daripada kaum Tionghua bersandarkan penglibatannya yang aktif menyantuni masyarakat itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Anda pula bagaimana? Jom ubah !. Bertemu masyarakat cina di Pekan Benut, Rata-rata masyarakat cina mahukan perubahan. Ungkapan yang paling kerap mereka katakan " ini kali kasi Ubah". Ini Kalililah, Kita Ubah" kata Admin Facebook Mtd Pas Benut dalam satu kenyataan.

Sokongan masyakat Cina bukan sahaja bertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja, malah ianya dilihat menjadi 'trend' di mana sahaja menjelang PRU-13 kali ini.

Menurut salah seorang penyokong Pakatan Rakyat daripada DAP yang hadir dalam siri ceramah kelompok di Pulai Perdana baru-baru ini, beliau yakin kebangkitan  sokongan daripada masyarakat cina akan memberi lonjakan kemengan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Mengimbau kembali landskap politik PRU-12 pada tahun 2008 yang lalu, kesan sokongan yang diberikan oleh masyarakat cina ini telah menyebabkan Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih 5 buah negeri. 

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com

Kongsikan pandangan anda


di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Jabatan Kesihatan <b>Negeri Johor</b> Oktober 2013 <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 06:40 PM PDT


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut
1. JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17
i. Mempunyai Sijil atau Diploma dalam bidang IT
ii. Pengetahuan tentang pembaikan PC
iii. Pengetahuan tentang penyelenggaraan Rangkaian
Kepada yang berminat, sila hantar RESUME anda selewat-lewatnya pada 02/10/2013 ke alamat:
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
Sebarang maklumat atau pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Puan Suzaini Binti Jabar di talian 07-2226115.

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search - Blog Felda - Blogger

Posted: 08 Oct 2013 12:00 AM PDT

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.

Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.

Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.

Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.

Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda

Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat

Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Full content generated by Get Full RSS.

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


DAP menang <b>di Gelang Patah</b> dengan sedikit lagi undi Melayu <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai yakin DAP mampu memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah yang ditandingi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita boleh menang walaupun kawasan campuran kerana 85 hingga 90 peratus pengundi Cina dijangka memilih calon DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Peningkatan undi orang Melayu kepada DAP khususnya akan memberi kemenangan yang lebih bermakna di Johor," jelasnya.

Menurut beliau, populariti Lim Kit Siang yang mempunyai rekod baik mengetengahkan masalah rakyat di Parlimen adalah satu daripada sandaran kepada kemenangannya di Gelang Patah selain gelombang kebangkitan rakyat di seluruh Johor yang dapat dilihat menerusi program yang dianjurkan.

"Di Johor ini kita sudah rasa, bukan sahaja orang Cina mahukan perubahan tetapi juga orang Melayu dan India.

"Rakyat Johor beri kita sambutan begitu hangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana terlalu banyak masalah yang timbul dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN). Saya percaya, Gelang Patah dan Johor akan mencatat sejarah," kata beliau ketika ditemui pada majlis perasmian Bilik Gerakan DAP Bukit Bintang, semalam.

Tambahnya, jika Lim Kit Siang mahu selamat, beliau boleh sahaja kekal di Ipoh Timur tetapi pada PRU-13 ini, beliau mengorbankan kawasan selamatnya kerana komitmen demi perubahan.

Mengulas mengenai pengguguran Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Ng Yen Yen daripada menjadi calon MCA di Raub pula, Tan yang juga penyandang Parlimen Cheras berkata menteri berkenaan telah gagal menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

"Prestasi dan reputasi beliau di Raub tidak memuaskan walaupun digugurkan menjadi calon, rakyat memang sudah lama tidak tahan dengan masalah yang berlaku seperti isu perlombongan menggunakan bahan kimia merbahaya sianida di Bukit Koman. Lagipun, DAP sudah lama memberi khidmat di kawasan itu," kata Tan.

Tambah beliau, selain isu alam sekitar, peletakan Datuk Mohd Ariff Sabri sebagai calon mewakili DAP di situ dilihat mampu memberi saingan sengit kepada MCA memandangkan bekas pimpinan UMNO Pekan itu adalah calon yang berkelayakan dan berpengalaman.

"Kita berpeluang cerah menang di Raub," ujar beliau.-Roketkini.com

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2013 11:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

LAWATAN TEKNIKAL KE MAJLIS DAERAH PONTIAN, TAMAN <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 08:16 PM PDT

Pejabat Projek Zon Tengah telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Pontian, Taman Negara Pulau Kukup dan Tanjung Piai, Pontian Johor. Tujuan lawatan ke Majlis Daerah Pontian adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rancangan Khas Kawasan Permas Kechil-Kukup 2015 yang mana ianya sebagai benchmark bagi cadangan projek RKK Kg. Masjid, Pulau Pangkor, Perak. Matlamat Rancangan Khas Kawasan (RKK) Permas Kechil-Kukup 2015 ini adalah bagi menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan Berdaya Maju, Teratur dan Mampan. RKK Permas Kechil-Kukup 2015 ini telah diwartakan pada 7 Julai 2011.

Konsep pembangunan yang dicadangkan adalah menjurus kepada pencapaian matlamat kajian iaitu menjadikan Permas Kechil-Kukup sebagai Bandar Eko-Pelancongan yang berdaya maju, teratur dan mampan. Terdapat 18 pembangunan utama bagi RKK  Permas Kechil-Kukup 2015.  Antaranya adalah Cadangan Pengurusan Dan Menaiktaraf Persimpangan Jalan Ke Tg. Bin Dan Permas Kechil, Cadangan Pusat Pemasaran Kraftangan Dan Produk Pelancongan IKS dan Cadangan Menaiktaraf Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut.

Perkampungan Nelayan yang terdiri daripada Kg. Nelayan Ayer Masin, Kg. Melayu dan Kg. Kukup Laut. Perkampungan Nelayan ini berpotensi sebagai eko pelancongan dan dapat menarik minat para pelancong. Dua Perkampungan Nelayan iaitu Kg. Nelayan Ayer Masin dan Kg. Kukup Laut akan dinaiktaraf dan dibangunkan.

Dari segi pelancongan pula Perkampungan Nelayan memberikan impak yang besar kerana kebanyakan pelancong lebih menyukai suasana perkampungan yang lain daripada tempat lain. Perkampungan Nelayan yang masih mengekalkan ciri-ciri nelayan dan perumah di atas memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung yang datang. Berdasarkan gambar dibawah terdapat 4 pakej pelancongan yang berkonsepkan homestay.

Terdapat juga cadangan-cadangan lain bagi RKK Permas dan Kukup. Antaranya adalah:

  • Cadangan Peningkatan Imej Fizikal Pekan Kukup;
  • Cadangan Pengurusan Lalulintas Pekan Kukup; dan
  • Cadangan Arca, Pintu Gerbang dan Menara Jam di Pekan Kukup.

LAWATAN KE TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN

Pulau Kukup adalah salah satu kawasan hutan paya bakau yang tidak didiami yang terbesar di dunia. Ia juga adalah satu-satunya pulau yang terletak di kawasan perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup telah menerima pengiktirafan antarabangsa yang diberikan status 'Wetland of International Importance' (RAMSAR SITE) oleh Geneve berasaskan Biro Konvensyen Ramsar. Tapak   Ramsar yang juga dikenali sebagai tanah lembab ini sangat penting kerana ia memainkan peranan besar dalam melindungi manusia daripada kesan perubahan iklim. Tanah lembap ini menawarkan perlindungan daripada ribut dan tsunami di samping bertindak sebagai pemecah angin dan membantu dalam menstabilkan iklim setempat. Menurut cerita rakyat tempatan, Pulau Kukup dahulunya adalah sebuah tempat tinggal lima orang puteri angkasa. Satu hari, salah seorang daripadanya telah jatuh cinta dengan pelayar dan mereka telah melarikan diri untuk berkahwin secara senyap. Mereka telah disumpah dengan ditenggelamkan bersama-sama dengan Pulau Kukup. Walaubagaimanapun, Pulau Kukup telah muncul semula tetapi ia telah ditumbuhi dengan pokok bakau. Ramai yang telah cuba untuk menetap di pulau ini tetapi tidak berjaya. Ada yang mengatakan ini adalah kerana pulau ini didiami oleh roh-roh. Taman Negara Pulau Kukup, Johor adalah sebuah kawasan yang mempunyai keluasan 1447 hektar yang meliputi 647 hektar kawasan hutan paya bakau dan 800 hektar kawasan dataran berpaya.

Sewaktu disana, kami telah disambut dengan mesranya oleh En.Ismail bin Sairan Pembantu Hidupan Liar Taman Negara Pulau Kukup, Johor. Menurut En. Ismail, Taman Negara Pulau Kukup yang meliputi kawasan Pulau Kukup ini terletaknya di Barat Daya, Johor. Taman Negara ini adalah satu-satunya Taman  Negara pokok bakau yang terbesar di Asia Tenggara.

Di Taman Negara ini terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna seperti pokok bakau, ikan belacak, ketam, monyet dan hidupan hutan paya yang lain. Bagi tumbuhan pokok bakau pula terdapat lebih daripada 26 spesis  Pokok Bakau Nyireh Batu. Pokok Bakau Nyireh Batu ini terkenal dalam penghasilan produk seperti kerusi, meja dan gasing. Selain itu, terdapat juga pokok bakau yang lain seperti Bakau Minyak dan Bakau Kurap .  Menurut beliau lagi, Taman Negara ini telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1997 dan dibuka kepada pelawat pada tahun 2003. Bagi pelawat yang ingin ke Taman Negara ini mereka perlulah ke Jeti Pulau Kukup dan menaiki bot untuk ke Taman Negara ini.  Jeti di Pulau Kukup juga menawarkan perkhidmatan Feri ke Tanjung Balai, Indonesia.

Bagi pengunjung-pengunjung yang melawat ke Taman Negara Pulau Kukup terdapat pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan sumber alam dan ia dapat memupuk rasa sayang dalam diri serta menghargai alam sekitar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah menyusuri jambatan gantung sepanjang 35 kaki merentasi Sungai Ular. Dipertengahan jambatan pengunjung dapat melihat pemandangan kawasan Perkampungan Kukup dan bot-bot di jeti   Pulau Kukup.

Selain itu juga, terdapat laluan papan (BoardWalk) yang membolehkan pengunjung merasai dan melihat secara dekat tumbuh-tumbuhan yang berbeza walaupun daripada spesis yang sama yang membentuk hutan bakau serta spesis fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Disamping itu juga pihak Taman Negara ada menyediakan tapak semaian bagi pengunjung yang mahu menanam pokok bakau dengan kadar serendah RM 10 ringgit sahaja. Tidak hanya itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesis burung melalui menara pemerhati.

LAWATAN KE TANJUNG PIAI, PONTIAN, JOHOR

Tanjung piai adalah salah satu destinasi yang tidak asing jika kita melawat ke Johor. Bagi penduduk tempatan, Tanjung Piai hanyalah kawasan persisiran pantai biasa. Namun, pada hari ini ia amat dihargai oleh masyarakat antarabangsa, bukan hanya  kerana keunikan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya tetapi juga kerana kedudukannya sebagai tanah paling selatan Benua Asia. Tanjung Piai kini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Tanjung Piai terletak dalam Mukim Kukup di Daerah, Johor, kira-kira 90km dari Johor Bahru. Kawasan ini telah diwartakan sebagai Taman Negara dan kawasan Ramsar iaitu kawasan perlindungan Wetland pada tahun 2003. Tanjung Piai mendapat namanya daripada sejenis tumbuhan paku-pakis "Piai-Raya' atau nama saintifiknya "Acrostichum Aureum" yang tumbuh melata di pangkal pokok Bakau.

Dahulunya Tanjung Piai ini menjadi tempat persinggahan sementara nelayan dari Selat Melaka sebelum ke laut dan asalnya ia adalah kawasan tanah tinggi, berbenteng dan pantai yang berpasir. Kini Tanjung Piai menjadi sebuah kawasan terasing kerana diliputi hutan paya bakau yang tebal.

Disediakan oleh;
Nor Baizura Che Man,
Unit Rancangan Pembangunan 1,
Pejabat Projek Zon Tengah.

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Nano Clouds: TAMAN NEGERI <b>ENDAU</b> ROMPIN PAHANG

Posted: 08 Oct 2013 06:50 AM PDT


         Taman Simpan Endau Rompin mula diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984. Taman Negeri ini mempunyai keluasan 32 ribu hektar persamaan 488km persegi yang merangkumi selatan Negeri Pahang dan sebahagian daripada Negeri Johor. Terdapat kira-kira 14,000 spesis tumbuhan berbunga, 600 spesis bunga, 140 spesis, 150 spesis katak dan lebih dari 1000 spesis serangga. Taman Negeri Endau Rompin merupakan Hutan Hujan Tropika yang telah wujud lebih dari 1 juta tahun dan merupakan sebuah hutan hujan tropika tertua di dunia. 
         Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukann di Taman Negeri Endau Rompin seperti aktiviti teambuilding dan banyak lagi. Disini saya ada sertakan pakej-pakej yang terdapat di Taman Negeri Endau Rompin.
Terdapat juga pakej-pakej selain daripada pakej pelajar.
sekiranya anda berminat,boleh hubungi :


01 di skudai - Google Blog Search

di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Kereta Hadiah Utama ABPBH Shaheizy Sam Dicuri, Ditemui <b>Di Skudai</b>

Posted: 10 Apr 2013 05:23 AM PDT


Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.

"Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.

"Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu.

"Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek," katanya.

Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi.

2009-Nissan-370Z-Coupe-500x247

Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.

Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas.

Sehubungan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu.

- Bernama

Kereta Hadiah Utama ABPBH Shaheizy Sam Dicuri, Ditemui Di Skudaihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/sam2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/sam2-150x150.jpgMyNewsHub myArtis

Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000...

Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini. <strong>"Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.</strong> <strong>"Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.</strong> <strong>Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu.</strong> <strong>"Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek," katanya.</strong> <strong>Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi.</strong> <a href="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/2009-Nissan-370Z-Coupe-500x247.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-152210" alt="2009-Nissan-370Z-Coupe-500x247" src="http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/2009-Nissan-370Z-Coupe-500x247.jpg" width="500" height="247" /></a> <strong>Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.</strong> Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas. Sehubungan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama