Sabtu, 22 Mac 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Misteri Vila Nabila <b>Di Johor Bahru</b> - Khalic Dot Com

Posted: 13 Mar 2014 09:55 PM PDT

Malaysia berita

Diterbitkan pada 14 March 2014 | oleh Is Levis

Misteri Vila Nabila Di Johor Bahru | Sebuah vila yang beralamat di Nombor 65, Jalan Skudai, Johor Bahru yang terbiar tanpa penghuni sejak lebih 40 tahun lalu baru-baru ini mencuri tumpuan orang ramai.

Seluruh negara kecoh apabila media tempatan melaporkan kehilangan seorang remaja, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, di vila tersebut.

Bagaimanapun, kehilangan remaja itu terjawab apabila dia ditemui di rumah seorang rakan keesokan harinya.

Rentetan daripada itu, ramai yang mahu tahu apakah sejarah dan kisah sebenar di sebalik kewujudan vila tersebut.

Terdapat banyak versi tentang kewujudan vila berkenaan yang tidak diketahui kesahihannya.

Salah satu versi adalah kisah pembunuhan sebuah keluarga berketurunan Kaukasia yang didalangi oleh pembantu rumah mereka.

Menurut cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut, kesemua mayat penghuni termasuk anak mereka bernama Nabila telah ditanam di satu lokasi di dalam kawasan vila tersebut.

Namun, ada juga versi yang mengatakan mayat Nabila telah disimen di dalam dinding kediaman berkenaan.

8w1rzmtmxz6qv716g Misteri Vila Nabila Di Johor Bahru

Di sebalik misteri yang wujud, segelintir pihak percaya pelawat yang mahu memasuki vila berkenaan mestilah dalam jumlah yang genap.

Jika pelawat datang dalam kumpulan yang ganjil maka kumpulan itu akan diekori 'sesuatu' bagi menjadikan jumlahnya genap.

Justeru, 'kehilangan' Mohamad Izzat yang memasuki vila berkenaan bersama rakannya pada November tahun lalu adalah dikatakan melanggar pantang larang tersebut.

Vila yang dikenali sebagai Vila Nabila itu sebelum ini sememangnya sering menjadi tumpuan segelintir pihak termasuk golongan remaja terutamaya pada malam mnggu.

Menyelusuri vila yang terletak di atas bukit dan menghadap Selat Johor itu, hati pastinya bercampur-baur memandangkan persekitarannya yang sunyi.

Banglo yang terletak di atas bukit itu sudah reput dimamah waktu dengan sebahagian bumbungnya runtuh dan kawasan sekelilingnya ditumbuhi dengan pokok-pokok liar.

Akar-akar pokok yang berselirat dan melingkari salah satu daripada tiga bangunan yang terdapat di vila itu menjadi bukti betapa vila itu telah lama ditinggalkan sehingga ada yang menganggap kawasan itu sebagai 'keras'.

Namun, bagi pegawai penyelidik sejarah di Yayasan Warisan Johor, Kamdi Kamil, semua cerita yang dicanang tentang vila itu hanya mitos semata-mata.

Sebaliknya beliau menegaskan, vila itu dahulunya dikenali sebagai Christine Place yang dimiliki oleh seorang hartawan Cina tempatan bernama Yap Sing Hock, bekas pengarah syarikat Lien Ho Corporation Bhd.

"Nama Christine diambil sempena nama anak perempuannya iaitu Christine Yap Tse Yeeng. Bagaimanapun, selepas hartawan itu diisytiharkan bankrap, rumah itu dibiarkan kosong.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh timbul nama Vila Nabila, siapa itu Nabila?" katanya yang turut mengesahkan vila berkenaan sudah kosong sejak beliau berpindah ke kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada awal tahun 70-an.

Kamdi memberitahu, terdapat dua lagi Christine Place di Johor Bahru iaitu di Jalan Abdul Samad, namun kediaman tersebut sudah dirobohkan, manakala sebuah lagi di Jalan Tebrau yang merupakan tapak kediaman bekas Menteri Besar, Datuk Onn Jaafar.

Semakan terbaharu pula mengesahkan Vila Nabila itu dimiliki penama Low Sue Heng yang beralamat Nombor 4, Ridley Park, Singapura.

Sumber: Utusan Malaysia

Label: , , , , , , ,

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Mufti Johor Cadang Kerja Pengalihan Kubur <b>Di Pengerang</b> Ditangguh

Posted: 03 Jan 2013 06:45 PM PST

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir
KOTA TINGGI: Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di sini.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.

"Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelumurusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di sini, Khamis.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah.

Sebelum itu, Mufti dan rombongan turut melawat tapak perkuburan Islam yangbaharu di Punggai, selain tanah perkuburan Islam di Teluk Empang dan KampungJawa Darat.

Beliau juga berkata Jabatan Mufti akan memberi perhatian terhadap rungutanpenduduk tentang jarak kubur antara satu sama lain yang terlalu dekat iaituhanya 0.3 meter selain beberapa kelemahan semasa prosedur pemindahan kubur.

Sebanyak 1,545 kubur yang dikenal pasti termasuk 940 tidak mempunyai warisdi Kampung Teluk Empang, Sungai Kapal, Sungai Buntu dan Kampung Jawa, LangkahBaik, Sebong dan Batu Mas akan dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang baru di Punggai.

Pemindahan kubur dari tujuh buah kampung ke kawasan berkenaan yang merupakan tanah rizab kerajaan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Tapak perkuburan baru itu mempunyai lapan lot dengan setiap lot boleh memuatkan antara 805 hingga 1, 495 petak kubur mengikut pekeliling serta piawaian yang ditetapkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Dalam pada itu, Mohd Tahrir berkata kerja-kerja pemindahan kubur itu diharuskan bagi memberi laluan kepada pembangunan selain bagi memuliakan jenazah itu sendiri.

Menurutnya, proses pemindahan itu telah beberapa kali dilakukan di negeri ini seperti sekitar tahun 1980an di Muar melibatkan projek pembinaan LebuhrayaUtara Selatan (PLUS) yang menghubungkan Johor dengan Kuala Lumpur.

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


Seputih Kapas: GEMPA BUMI <b>DI KUKUP</b> LAUT, PONTIAN ?????

Posted: 13 Mar 2014 12:36 PM PDT

PONTIAN: Empat daripada 16 rumah kedai tiga tingkat di Kukup Laut di sini, rosak dengan tiang penyokong bangunan berkenaan ada yang hampir patah berikutan dua gegaran yang berlaku tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi ketika orang ramai sedang bersarapan selain berurusan di lokasi berkenaan.
Lebih 20 orang pelanggan sebuah kopitiam di situ bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila gegaran melanda.
Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Ini Blog Bahrain: Air <b>Di Muar</b> Dan Ledang Masin Gara-Gara Sungai <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2014 08:48 PM PDT

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Air Masin Di Kawasan Muar

Beberapa minggu yang lepas kecoh di kawasan Muar, Johor Bahru apabila keperluan air di tempat tersebut terasa masin dan payau. Ini agak meresahkan penduduk setempat ekoran air yang masin kerana ditakuti tercemar dengan air kotor. 
Nak buat air pun terasa masinnya dan rasa tidak seenak seperti yang dulu. Penduduk di Muar dan Ledang cuba meminta penjelasan berkenaan dengan isu air Masin di Muar di Syarikat Air Johor (SAJ).

Jawapan SAJ Muar

Berikut adalah jawapan dari Pihak Syarikat Air Johor:
Klik untuk tumbeseran yang lebih jelas. 

Kesimpulan

ALHAMDULILLAH, sejak beberapa hari ini, hujan lebat turun membasahi bumi dan mungkin sedikit sebanyak dapat melegakan kita. Di samping itu, dapat membantu mengeluarkan air masin ke laut dengan secepat yang mungkin. Sekurang-kurangnya kita tidak terganggu dengan bekalan air seperti di negeri-negeri lain

ads