ads

Khamis, 1 Mei 2014

01 di parit sulong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit sulong - Google Blog Search


felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 24 Apr 2014 09:08 PM PDT

Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat.

Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat



Sessi pemberian cenderahati kepada Pengurus Felda Lok Heng Barat, Tuan Mahmud

Kajian mereka dimulai dengan mewawancara warga ibu yang mengusahakan projek IKS di bangunan UMNO Felda Lok Heng Barat

 Pelajar USM bergambar bersama para wargawati IKS Felda Lok Heng Barat


Agenda seterusnya, mereka dibawa menemuramah salah satu warga peneroka Encik Saat yang kreatif dengan laman rumah berkonsepkan kolam air terjun yang cantik 


Gambar kenangan di laman berkonsepkan kolam air terjun



Saudari Syarifah dan Saudari As bergambar bersama adik-adik yang sedang membuat 'study group'

 Turut tidak ketinggalan, Saudari Ain bergambar bersama kumpulan adik-adik Felda

Rumah seterusnya adalah milik Encik Supan Bin Kembang, dengan laman konsep botanical garden yang cantik dan ceria. Malahan, seisi keluarga ini turut ceria menerima kunjungan kami


Kunjungan seterusnya adalah menemuramah para belia Felda Lok Heng Barat, kajian tertumpu disekitar kawasan belia yang menjadi tumpuan belia bersukan & beriadah di waktu petang.

 Pada malam harinya, para pelajar mewawancara Saudara Muzaidee selaku Presiden Belia Felda Wilayah Selatan yang juga merupakan Pengerusi Belia Felda Lok Heng Barat. Aktiviti malam berakhir sekitar jam 11:30 malam.


Kajian hari kedua diteruskan di rumah cantik yang dimiliki Haji Karno (panggilan masyarakat felda)



 Konsep laman rumah yang cantik dan bersih, berkonsepkan ala 'British Design' dengan penuh hiasan bonsai dan kolam teratai menghiasi laman rumah.


Sessi wawancara dan perkongsian ilmu oleh Haji Karno tentang pengalaman berniaga beliau, serta banyak ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama pelajar USM.

 Aktiviti kajian yang dijangka selama 3 hari telah selesai dalam masa 2 hari sahaja, komitmen dan kerjasama seluruh warga Felda Lok Heng Barat sangat diluar jangkaan mereka. Syukur alhamduillah ~


Bergambar bersama admin sebelum berangkat pulang, semoga kunjungan mahasiswi USM ini membuahkan kejayaan dan turut menumpang bangga kerana saya juga adalah merupakan bekas pelajar Sarjana Muda USM & Sarjana UTM. Terima Kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia..!

01 di bekok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2014 09:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KAMPUNG MELAYU <b>BEKOK</b>: EKSKLUSIF!!! <b>Di</b> mana letaknya <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2014 04:45 AM PST

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: "Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia". Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana "makan di tandas" semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam -  sumber

Hantu Gentayangan <b>Di</b> Halaman Rumah - kampung melayu <b>bekok</b>

Posted: 26 Nov 2013 05:26 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KAMPUNG MELAYU BEKOK. IKLAN. alt/text gambar. Selasa, 26 November 2013. Hantu Gentayangan Di Halaman Rumah. Dicatat oleh 1BEKOK di Selasa, November 26, 2013 · E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke ... Penghulu Mukim Bekok ...

01 di tampoi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di tampoi - Google Blog Search


Rumah Untuk Disewa <b>Di Tampoi</b> Johor Bahru 2014 - Mia Liana

Posted: 22 Feb 2014 03:33 AM PST

Rumah Untuk Disewa Di Tampoi Johor Bahru 2014

Minggu ini Mia dan Suami Mia dah mula mencari penyewa untuk rumah kami di Tampoi, Johor Bahru. Rumah telah selesai dicat dan keadaan rumah sangat baik.
Rumah Pangsapuri 5 Tingkat (sebelah tangki air)
Berdekatan Kipmart dan Sekolah Rendah


3 bilik + 2 bilik air
Kedudukan : Tingkat 2
Mula Masuk : Bila-bila masa

Gambar dalam rumah, ada di SINI

"UPDATE 24/2/2014 - DAH ADA PENYEWA"

Keutamaan diberikan kepada penyewa yang sudah berkeluarga dan beragama Islam. Ada perjanjian sewa rumah (agreement).
Kepada sesiapa yang berminat nak sewa bolehlah hubungi Suami Mia. (Nombor handphone telah didelete.)

01 di kempas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kempas - Google Blog Search


felda <b>kahang</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 14 Apr 2014 12:00 AM PDT

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.

Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.

Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.

Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.

Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda

Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat

Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Full content generated by Get Full RSS.

di negeri johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di</b> Melaka, <b>Negeri</b> Sembilan dan <b>Johor</b>

Posted: 27 Apr 2014 07:00 PM PDT

Sekarang tiba masa untuk kita berkenalan dengan Pengedar Shaklee Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Sebelum ni kita dah berkenalan dengan Pengedar Shaklee dari seluruh Malaysia dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor.

Kemudian kita juga dah berkenalan dengan Pengedar Shaklee di Utara iaitu di Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah. Kemudian kita ke Pantai Timur untuk berkenalan dengan Pengedar Shaklee di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sekarang kita berkenalan pula dengan Pengedar Shaklee di Selatan Malaysia iaitu di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengedar Shaklee

Sekiranya dalam senarai tu takde lokasi anda, hubungi talian hotline Pengedar Shaklee 24 jam 0111 999 5667 atau anda boleh Daftar Ahli Shaklee dengan mereka yang berkenaan untuk jadi wakil Shaklee di kawasan anda. Daftar Ahli Shaklee ni murah sangat, hanya RM65 seumur hidup. Kalau nak minta Shaklee poskan beg keahlian SHAKLEE, hanya RM10 saja tambahan, so total RM75 seumur hidup.

Senarai Pengedar Shaklee di Negeri Sembilan

Pengedar Shaklee di Seremban

Siti Norasihah Mohd Jamil (019-6655927)

NURUL NAZILA BINTI JAMALUDIN 0169390677

Pengedar Shaklee Nilai

Pn. Rafidah Samsar (0192395996)

Pengedar Shaklee di Melaka

Noralimi Latip

Durian Tunggal , Alor Gajah, Krubong Perdana,  MITC, Ayer Keroh

019-9244845 

http://mamiskincare.net/

Nuhafizah Bt Mat Saman

Alor Gajah

012-6240386

Mariana binti Zabidi

Seluruh Melaka

6019-4582808

Nurul Hima

Seluruh Melaka

6010-6241890

Siti Aishah

Sungai Udang

6013-2626441

Pengedar Shaklee di Johor

Pengedar Shaklee di Muar

Nor aidah abd Rahim  0177812320 - https://www.facebook.com/aida.jasin.7?fref=ts

Pengedar Shaklee di Batu Pahat

Cik Nursyazana Jamaludin (011-19731741)

Puan Nordiana Mohamed Ajis ( 012-7594160 )

Facebook Diana Ana ( https://www.facebook.com/ana.shahriz )

Pengedar Shaklee di Kluang

Puan Asrimah Bakri (017-7880376/019-2714135)

Pengedar Shaklee Johor Bharu

Puan Rabiah Majid (013-7634320)

Facebook Rabiah Majid ( https://www.facebook.com/rabiah.majid.1?fref=ts )

Puan Jasilla Jaman (017-7525892)

Facebook Fareeda Jasilla ( https://www.facebook.com/jasilla.jaman?fref=ts )

Pengedar Shaklee Segamat

Saniah Ngadiman – 014-2743537

Liza Ngadiman – Taman Yayasan – 013-7352061

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Nurfarahana bt Mansor (019-9378518)

Anda juga boleh hubungi Pengedar Shaklee di kawasan berikut kalau bukan berada bukan di negeri kami.

Pengedar Shaklee di Ampang, Cheras dan seluruh Kuala Lumpur

Pengedar Shaklee di Putrajaya, dan seluruh Selangor

Pengedar Shaklee di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Atau anda boleh call talian hotline Pengedar Shaklee 0111 999 5667

Kami pun memang suka kalau lagi ramai orang Daftar Ahli Shaklee dengan kami. Kecil tapak tangan stadium kami tadahkan.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Produk Shaklee, Harga Produk Shaklee, Harga Set Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee, hubungi Pengedar Shaklee di Cheras dan Ampang

Atau hubungi kami melalui saluran berikut :

Pengedar Shaklee di Ampang

01 di kahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kahang - Google Blog Search


Edisi Purba : Suasana Pilihanraya <b>di Gelang Patah</b> - mknace unlimited

Posted: 24 Apr 2014 08:42 PM PDT

Edisi Purba : Suasana Pilihanraya di Gelang Patah. Hmmm... Gambo lama gak ni. Penghujung bulan April 2013. Masa ni tengah hangat pilihanraya. Gelang Patah kawasan tumpuan pulak tu. Siap polis masuk kampung gitu.












Enjoice...Sharing is power!!!

01 di lok heng - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di lok heng - Google Blog Search


Edisi Purba : Suasana Pilihanraya <b>di Gelang Patah</b> - mknace unlimited

Posted: 24 Apr 2014 08:42 PM PDT

Edisi Purba : Suasana Pilihanraya di Gelang Patah. Hmmm... Gambo lama gak ni. Penghujung bulan April 2013. Masa ni tengah hangat pilihanraya. Gelang Patah kawasan tumpuan pulak tu. Siap polis masuk kampung gitu.












Enjoice...Sharing is power!!!

01 di kluang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kluang - Google Blog Search


Perhilitan Tangkap Gajar Liar <b>Di Kluang</b> - Siakap Keli

Posted: 28 Apr 2014 06:25 AM PDT


KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang berjaya menangkap seekor gajah liar di Ladang Sindora di sini.
Pengarah Jabatan Perhilitan Johor, Hasnan Yusop berkata, gajah itu ditangkap oleh empat kakitangan Unit Tangkapan Gajah Johor dan tiga kakitangan unit Gajah Kuala Gandah, Pahang di pinggir Ladang tersebut.
"Gajah bersaiz tapak 31 cm ini gajah dari kawasan Hutan Simpan Lenggor yang keluar dari kawasan hutan dan mendatangkan konflik di ladang itu dan Kampung Ilham serta Kampung Sri Timur," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasnan berkata, gajah itu dipindahkan ke hutan Endau Rompin lewat malam ini dengan menggunakan sebuah lori.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak menyalurkan maklumat tentang kehadiran hidupan liar di kawasan mereka dengan segera kepada Perhilitan. – SiakapKeli.com

Perhilitan berjaya tangkap dan pindahkan seekor gajah <b>di Kluang</b>

Posted: 28 Apr 2014 04:23 AM PDT

28/04/2014 6:13pm

JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,Pahang berjaya menangkap seekor gajah di pinggir Ladang Sindora, Kluang.

Pengarah Perhilitan Johor, Hasnan Yusop berkata, gajah jantan itu ditangkap pada pukul 2 petang, Khamis lepas oleh empat kakitangan Unit Tangkapan Gajah Johor dan tiga daripada pusat konservasi itu.

"Gajah tunggal jantan dengan saiz tapak berukuran 31 cm, merupakan gajah dari kawasan Hutan Simpan Lenggor yang keluar dari kawasan hutan dan mendatangkan konflik di kawasan ladang yang berhampiran seperti Ladang Sindora dan kawasan kampung berdekatan seperti Kampung Ilham dan Kampung Sri Timur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas ditangkap, gajah jantan itu telah dipindahkan dengan menaiki lori dengan dibantu oleh dua ekor gajah denak sebelum dilepaskan di Hutan Endau-Rompin.

Menurut Hasnan, pada Febuari dan November tahun lepas, pihaknya turut berjaya menangkap dua ekor gajah jantan di kawasan yang sama iaitu di Kampung Sri Timur dan Bukit Tongkat, Kluang.

Hasnan meminta kerjasama semua pihak dalam menyalurkan dengan segera sebarang bentuk aduan tentang konflik hidupan liar kepada pihak Perhilitan bagi memastikan keberkesanan tindakan yang dilakukannya. - Bernama

sumber : Kosmo! Online

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved