Isnin, 5 November 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Hari Kedua <b>Di Johor Bahru</b> - Bercuti Ke Universal Studio Singapore <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 08:36 AM PDT

Helu! Lamanya tak update blog ni. Rindu nak BW dan mengikuti kisah blogger yang lain. Mummy terlalu sibuk dengan aktiviti harian bersama anak dan menyelesaikan perkara-perkara penting untuk persediaan memulakan online business yang dirancangkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin....

Kali ini Mummy nak update cerita hari ke-2 Mummy di JB dan hari pergi ke Universal Studio Singapore. Untuk pengetahuan semua, bersebelahan di Tune Hotel Danga Bay ini juga ada menyediakan kiosk shuttle bus ke Universal Studio Singapore. Jadi untuk sesiapa yang menginap di Tune Hotel atau sesiapa yang perlukan khidmat shuttle bus ke sana bolehlah membuat pembelian terus di situ sahaja. Untuk kami bertiga pula, Mummy dah siap beli online dari website Tune Hotel dan harganya lebih murah lagi untuk tiket shuttle bus ke sana dan cuma sampai disitu tukarkan sahaja tiket yang kita cetakkan ke tiket shuttle bus tu. Dimaklumkan bas akan bergerak pada pukul 7.30pagi dan mesti kena berada di situ jam pukul 7.00pagi.

Kami bangun awal untuk bersiap dan lapik perut dulu di bawah. Seawal 7.00pagi Mummy, Qashrin dan Opah dah siap sedia di bawah. Ternampak beberapa meja disediakan di hadapan 7Eleven dipenuhi oleh orang-orang lain. Mummy pon beli bubur segera, roti krim, makanan ringan dan teh tarik panas untuk Opah manakala hot choco untuk Mummy. Kami nak lapik perut dulu sementara sampai di sana nanti. Disebabkan kedai makan agak jauh bagi kami untuk berjalan kaki. Kami diberitahu yang bas hanya akan bertolak pada pukul 8pagi kerana perlu menunggu pemandu bas datang. Mungkin ini caranya mereka nak semua tunggu dibawah dan naik bas secara serentak.

 Seawal pagi dah bangun sikecik ni
 Ewah-ewah, streching badan nampak. Penat smalam berjalan dari Ipoh ke JB lah ni kot. Haha!

 Dalam Shuttle Bus Odyssey

Sampai tertidur Qashrin dalam bus.

Tepat pukul 8pagi, kami pon naik ke atas bas. Qashrin terus cakap "Mummy ni bas yoyo ke?" Hahaha. Mummy pon jawab "bukan..ni bas singapore". Bas ni ada dua deck. Kami duduk di bahagian bawah sahaja. Stroller Qashrin pon di masukkan sekali. Disebabkan tayar stroller ini boleh dikuncikan, Mummy pasang sahaja stroller ni. Apabila masuk di checkpoint pertama iaitu imigresen Malaysia, kami semua kena turun bas. Turun bas dengan Qashrin memang bukan perkara yang menyenangkan. Nasib ada stroller, letakkan sahaja dia di dalam tu. Tapi perkara remeh adalah untuk angkat stroller dan turunkan stroller. Dah pulak tu naik bus balik terus ke check point ke-2 iaitu imigresen Singapore. Ini lagi lah teruk. Dah la turun agak jauh dari pintu masuk. Kami terpaksa berjalan jauh. Lepas tu kami naik lift ke tingkat atas. Dah tu nak kene isi form untuk 3 orang disebabkan dalam bas tadi pemandu tu cakap borang yang ada pada dia dah abis. Isi borang tu pon tulisan dah macam cakar ayam. Disebabkan nak cepat takut tertinggal bas. Kena beratur lagi. Dalam beratur-beratur tu, tengah Mummy nak bagi passport, ada beberapa makcik cina ni bising-bising menjerit-menjerit. Pegawai yang nak periksa passport Mummy tu pon dah menjerit marah. So, macam mood dia lari sebab kena garang. Ke memang mereka garang?? Haha.. Entahlah...

Pegawai Imigresen: Ini tulisan awak ke?
Mummy: A ah. Mintak maaf Encik, saya tadi dah beratur terlupa pulak nak isi borang. Itu yang isi laju macam ni. (memang tulisan macam cakar ayam, cakar itik, cakar kucing) Wahahaha!
Pegawai Imigresen: Nama anak siapa?
Mummy: El Qashrin Qaisara Binti ..........
Pegawai Imigresen: Umur anak?
Mummy: Dua tahun...err bulan...alamak lupalah Tuan (siap kira July, Ogos, September) Dalam 2 tahun, 3 bulan.
Pegawai Imigresen: Umur anak pun lupa??
Mummy: Bukan lupa, saya panik. Mintak maaflah saya baru lepas bercerai. (Dalam hati gelak, walaupon muka panik. Terpaksa bagi alasan macam ni)
Pegawai Imigresen: Sebelum ni penah masuk Singapore?
Mummy: Pernah, 2 kali eh 3 kali..Tak ingat tapi tu di Passport yang lama
Pegawai Imigresen: Nak datang sini buat apa?
Mummy: Nak pergi Universal Studio bawak anak jalan-jalan.
Pegawai Imigresen: Jangan lupa main semua game tau.
Mummy: Okay. InsyaAllah.. (sambil tersenyum)


Hahah. Betul-betul buat orang panik disebabkan terlupa nak isi borang tu. Sampai sahaja di bas, semua orang tengah menunggu kami. Kami lah orang yang terakhir masuk bas. Sian Opah kena berjalan-berjalan yang laju dan beratur dan berdiri lama.

Perjalanan untuk sampai ke Universal Studio Singapore mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai je di situ, Opah dah rasa lapar dan nak makan dulu. Nak pergi Malaysian Street Food tutup pulak. Kami terus ke ladies room dulu untuk buat apa-apa yang patut. Hahah. Terus sahaja kami ke entrance. Disebabkan Mummy buat pembelian atas talian, Mummy hanya perlu gunakan tiket yang dicetak sendiri. Scan sahaja barcode dan slider pintu akan terbuka.

 Orang ramai beratur untuk beli tiket. Waktu Mummy pergi ni Non-Peak Day. Jadi mungkin taknampak sesak sangat. Nasib baik dah beli tiket online dan takperlu beratur panjang lagi.
 Scan sahaja barcode disini yang Mummy print dari rumah.


Masuk-masuk sahaja, kami ingat nak beratur tangkap gambar dengan KungFu Panda. Dalam kami beratur tu, Qashrin diturunkan dari stroller. Dia punyalah rasa seronok. Dia berjalan-berjalan sampai lupakan Mummy dan Opah. Dia kehadapan sendiri sedikit demi sedikit nak tengok Kungfu Panda. Bila dah nak sampai giliran kami, dia jadi takot dan kebelakang. Hahah Kelakar betullah. Beratur punya beratur, dah sampai Off-Time Kungfu Panda tu. Katanya pukul 2petang dia datang balik. Tapi kami dapat berjumpa dengan Frankenstien Monster. Nasib baik Qashrin tak perasan. Kalau tak mau dia lari lintang pukang nangis. Hahaha
Orang beratur untuk bergambar dengan Kungfu Panda
Qashrin dengan konfidennya meninggalkan Mummy dan Opah. Dia tak sedar yang Mummy tengah ambil gambar dia. Mungkin dia teruja masuk tempat sini.

 Dia intai KungFu Panda tu.

 Sempat lagi buat sexy pose untuk pembaca blog Mummy. Hahah!

 Dah nak sampai turn kami, KungFu Panda dah nak balik, datang pulak Frankenstein Monster ni pulak nak mencekik Qashrin. Hahaha.
 Teruskan perjalanan mencari tempat makan.
Seronok sangat dah turunkan dari stroller. Bebas berjalan macam dalam rumah je

Dah lepas kami beratur, kami teruskan perjalanan ke depan. Opah pulak nak makan dulu. Dia dah rasa lapar sebab pagi tadi dia hanya makan bubur ayam segera di 7Eleven tadi. Dari entrance tadi, kami terus kehadapan dan pergi ke sebelah kiri. Menurut suami Ida, di sana ada Beriyani. So, Opah ni nak makan beriyanilah. Rupanya tempat makan tu jauh lagi di area Acient Egypt. Jadi kami singgah di area Madagascar dulu. Disitu ada tempat makan namanya Wildly Delicious Food. Ada papan tanda Halal di restoran tu, so confident sikit nak makan. Disini kami makan nasi dengan ayam panggang dan Qashrin pulak makan spaghetti dan susu coklat. Sesudah makan dan kenyang. Kami mulakan perjalanan kami di dalam Universal Studio seperti berikut:
Tempat kami pre-lunch di sini.Takde orang lain, kami bertiga jer. Makana pon baru sahaja di hidangkan. 
 Mula kami nak beli 2 set nasi dan ayam panggang ni. Tapi bila tengok dia bagi half-bird macam ni, Mummy order nasi tambah satu lagi. Set combo D Asian Chicken dapat FREE dessert Agar-agar Melaka.
Qashrin pula, Mummy orderkan kids menu. Spaghetti Bolognese dan Choc Milk dapat FREE bucket Madagascar dekat gambar di atas tu.
 Qashrin: Mi, Mi...ni windmill.
Mummy: (Terus tengok muka masing-masing dengan Opah) 
Boleh pulak dia ingat lagi, sebab dalam bulu ABC dia ada gambar windmill.
 Nak bergambar dengan monkey ni tapi takot plak suruh diri dekat. 
Posing kepala pusing sana. Sebab takot.
Tempat yang kami missed nak bawak Qashrin sebab kami ke depan lagi nak makan dulu di Wildly Delicious Food.
Seterusnya kami ke Madagascar Boat Adventure 
(nama pakai main letak sendiri sebab tak amik map) Hahah
 Beratur memang tak lama dalam 3-4 minit dah dapat naik.
Seronok sangat dapat naik boat.
 Antara gambar yang Mummy tangkap. Banyak gambar lain lagi. 
 Beratur nak tengok 4D Shrek & Princess Fiona. Yang ini beratur lama sikit dari Madagascar tu, tapi takpe ada aircond, cuma penat berdiri. Qashrin pon tengok sekali pakai spek mata 4D. Bila kerusi bergoyang, dia tak jerit menangis tapi cuma cakap "takut Mi, Mummy takot" Hahaha.
 Keluar dari 4D show je dah ada merry-go-round ni. Namanya kalau tak salah Magic Potion Factory.

 View dari atas. Merchandise Shrek & Princess Fiona dan bermacam-macam lagi. Tempting sangat. Qashrin mintak nak ini nak itu. Mummy belikan untuk dia Princess Fiona in wedding dress.
 Tangkap gambar dekat sini. Qashrin dah berpeluh. Opah dan Mummy dah penat. Kami terus kan perjalanan.

 Bye Bye Castle. Teruskan perjalanan lagi...  Lepas sahaja dari Castle Far Far Away ni, kami menuju ke toilet dulu. Tukar baju Qashrin dan kami teruskan perjalanan....

Rasanya dah panjang sangat Mummy kongsikan cerita untuk hari pertama. Kalau nak dimuatkan dalam satu entry ni memang panjang berjela. Never ending story terus jadi. Hahah...

Tips Untuk Tidak Memenatkan Badan Kalau Travel Dengan Baby Ke Universal Studio Singapore 

1) Jangan naik Shuttle Bus ke USS. Lebih baik naik teksi sahaja. Sebab tak perlu turun dan berjalan jauh untuk pemeriksaan passport. Ini semua gara-gara offer/package Hotel yang ada di JB yang semua cadangkan dengan shuttle bus. Tak terfikir pulak. Sahaja tanya pemandu teksi masa nak balik ke airport, baru RM60 tidak termasuk service charge. Kira okay jugak. Kalau nak balik dari Universal Studio Singapore ke JB boleh juga pakai khidmat teksi dari sana. Dekat situ diorang boleh panggilkan teksi hanya SGD 45 kot ke  SGD 75. Masih berbaloi sebab, dah penat seharian lebih baik naik cab dari nak berjalan lagi. Dapat tahu harga teksi balik ke JB sebab ada satu keluarga suami isteri bersama 5 orang anak. yang paling kecil baby. Isteri dia dah pening nak balik awal sebab nak tunggu shuttle bus dalam pukul 7.00ptg baru datang. Tips ini sebenarnya ini kenalah ikot plan, budget dan keselesaan masing-masing.

Kiraan Kos di Universal Studio (Part 1)

Pre-Lunch di Wildly Delicious Food : SGD 31.60
Merchandise Fiona in Wedding Dress: SGD 26.90

Total: SGD 58.50 = RM 146.25

Mummy rasa sampai disini dulu cerita di Universal Studio Singapore yang akan bersambung di entry yang baru dari Far Far Away ke tempat yang lain. Rasanya lepas tu Lost World kot. Nantikan...ceritanya di posting yang baru.

Xoxo,
Mummy


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads