Selasa, 23 April 2013

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Muhyiddin Serah Kertas Pencalonan <b>Di Pagoh</b> - MyNewsHub

Posted: 19 Apr 2013 07:09 PM PDT


PAGOH – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, di pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Beliau menyerahkan borang pencalonan itu kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zulkifly Mohd Tahir.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiba di kompleks itu pada 9 pagi selepas berarak dengan menaiki kenderaan kira-kira 2km dari Kompleks Seri Pekembar bersama para penyokongnya.

Beliau turut diiringi dua calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamad dan DUN Jorak Datuk Dr Sharuddin Md Salleh.

Muhyiddin memasuki dewan dengan ditemani isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Kira-kira 1,500 penyokong BN menyanyikan lagu Barisan Kita sambil memegang bendera parti di luar pusat penamaan calon. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pertandingan dua penjuru <b>di</b> Parlimen <b>Pagoh</b>. #Vote4Bn <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 09:49 PM PDT

Parlimen Pagoh menyaksikan pertandingan antara penyandang daripada Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Mohd. Rozali Jami dari Pas, calon yang sama bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Sementara Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, calon BN Ismail Mohamad akan dicabar calon PKR, Saadon Abdullah.

Manakala bagi DUN Jorak, calon BN, Datuk Dr. Sharuddin Md. Sallueh yang merupakan penyandang kerusi tersebut akan bertanding dengan calon Pas, Norhayati Bachok.

Pengumuman dilakukan Pegawai Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya, Zulkifli Mohd. Tahir pada pukul 11.50 pagi di pusat penamaan calon di Komples Sukan Pagoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads