Selasa, 13 Ogos 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Seram Giler La: Pengalaman Chalet <b>Di Mersing</b> (Kisah Seram)

Posted: 27 May 2013 04:13 AM PDT

Pengalaman Chalet Di Mersing (Kisah Seram) | Cerita yang ingin saya ketengahkan ini berlaku sekitar lima tahun yang lepas. Saya dan suami serta kakak ipar saya sekeluarga dan abang ipar saya sekeluarga telah pergi ke sana untuk memancing. Tempatnya memang tenang sekali...

Kami menyewa sebuah chalet yang terletak agak dalam dengan hutan. Jadi apa yang terjadi sebelum masuk waktu Maghrib saya pun memanggil anak saya dan anak saudara saya yang sama umurnya dengan anak saya (tiga tahun) untuk mandi.

Jadi biasalah mereka bergurau-senda sambil ketawa sesama sendiri. Dalam bilik air itu cuma kami bertiga, kakak ipar saya ke bilik sebelah untuk menghantarkan barang2 yang lain. Dalam hilaian tawa kami, tiba-tiba ada hilaian ketawa yang keempat. Saya tersentak, takut pun ada sebab masa tu saya tengah mengandungkan anak yang kedua. Jadi saya suruh anak2 untuk terus diam. Apabila mereka diam kami tak dengar apa2. Tapi bila kami mula bergurau lagi, hilaian tawa 2 pun terdengar lagi. Dengan cepat saya habiskan tugas saya dan siapkan anak2. Dan keluar menuju ke bilik sebelah.

Saya pun menceritakan perkara yang baru berlaku kepada semua dan malam itu kami tidur dengan lampu dinyalakan sepanjang malam. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami mengalami kejadian2 yang menyeramkan di Mersing. Tapi sampai di sini dahulu. Saya akan sambung lagi cerita2 saya di masa yg lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads