Ahad, 8 September 2013

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


70 GRO ditahan <b>di Stulang</b> Laut – Perak Today

Posted: 05 Sep 2013 04:33 PM PDT

gambar hiasan:-

gambar hiasan:-

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Johor menahan seramai 70 wanita pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata kesemua mereka yang berumur 22 hingga 35 tahun itu merupakan 62 orang rakyat Vietnam, tujuh rakyat China serta seorang rakyat Korea.

"Serbuan sempena Ops Bersepadu 6P pada pukul 10.30 malam dilakukan oleh 60 anggota dan pegawai.

"Ketika diserbu, kesemua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Masri berkata, ada di antara mereka kemudian cuba bertindak melarikan diri ketika sedang berjalan menuju ke trak Jabatan Imigresen walaupun ketika itu sedang diiringi oleh penguatkuasa.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan.

Katanya, mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Pekan Nenas dekat Pontian untuk tindakan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

- Bernama

Makan-makan <b>di Stulang</b> Laut - MamaAdam

Posted: 03 Sep 2013 07:49 PM PDT

Selama aku duk kat jb, aku tak penah berpeluang makan-makan kat stulang laut ni......ye la, student kan....mana ada transport nak pegi.....bf pun takde masa tu....kalo tak, boleh la dating-dating kat sini sambil pau bf kan....hmm...
Jadi, masa outstation ke johor minggu lepas aku ajak la bos-bos dan kawan-kawan aku datang makan kat stulang laut ni....masa tu kami menginap kat hotel selesa pasir gudang.....30 minit gak la nak sampai....hehehe....takpe, demi mu stulang laut.....
Kami tak makan kat medan selera stulang laut tu......tapi kami makan kat Restoran Pak Soh sebab kat google kata restoran ni best.....memula risau gak, kot-kot la restoran cina kan sebab mana tau kot-kot pak soh tu stand for Lam Pak Soh ke Kim Pak Soh ke.....tapi rupa-rupanya Pok Soh (orang kelantan)......hahaha....adoi la...
 So, menu special yang kami order malam tu ialah ikan siakap stim limau....
memang recommended...sedap!!!
perghhh, bila tengok gambar ni terliur lak.....
kang tak pasal-pasal aku ajak hubby g stulang lagi kang......
tomyam ayam, telur bungkus dan kailan ikan masin (tiada dalam gambar)......
tomyam dia pedas gilerr, tapi sedap.....
kami makan 5 orang.....total semua RM82....
Balik hotel dengan kekenyangan.....lena sampai pagi....hehe....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads