Ahad, 20 Oktober 2013

01 di segamat - Google Blog Search

di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Subra Sambut Cabaran Jui Meng <b>Di Segamat</b> - MyNewsHub

Posted: 09 Apr 2013 03:20 AM PDT


PUTRAJAYA – Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengalu-alukan 'rakan baiknya' Datuk Chua Jui Meng untuk bertanding di kerusi parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan berharap pertandingan antara mereka akan berlangsung secara sihat.

Dr Subramaniam berkata, bekas menteri kesihatan itu adalah antara mereka yang bersungguh-sungguh berkempen untuknya dari rumah ke rumah pada PRU 2004.

"Secara peribadi, beliau (Jui Meng) adalah kawan baik saya ketika dalam Barisan Nasional (BN) dulu. Ketika saya pertama kali bertanding di Segamat, beliau begitu bersungguh-sungguh berkempen untuk saya. Kini, beliau akan berkempen menentang saya pula.

"Oleh itu, biarlah rakyat yang membuat penentuan.

"Bagi saya, apa yang diharapkan adalah pertandingan ini berjalan secara amat baik dan sihat dan saya rasa kami (BN) mempunyai peluang baik untuk memenangi kerusi itu (Segamat)," katanya pada sidang akhbar mengenai Program Khas Latihan Kemahiran Belia India 2013 di sini hari ini.

Dr Subramaniam, yang bertanding bagi kerusi Segamat sebagai calon BN pada 2004, mengalahkan calon DAP Pang Hok Liong dengan majoriti 7,809 undi, manakala pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mengekalkan kerusi itu setelah menumpaskan Pang dengan majoriti 2,991 undi.

Semalam, Jui Meng yang kini Pengerusi PKR Johor, dinamakan sebagai calon parti itu untuk kerusi Segamat.

Bekas Ahli Parlimen Bakri ini meninggalkan MCA untuk menyertai PKR pada 2009.

Sementara itu, Dr Subramaniam menggesa masyarakat India memberi undi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lima tahun lagi bagi membolehkan beliau meningkatkan perkhidmatan untuk mereka.

Dalam wawancara khas melalui program Helo Malaysia Bernama TV edisi Tamil malam tadi, beliau berkata Najib telah menerangkan secara terperinci inisiatif yang beliau laksanakan untuk masyarakat India, yang semuanya mendapat sambutan baik daripada mereka.

"Usaha perdana menteri dalam menangani isu berkaitan masyarakat Indiasungguh positif.

"Mesej saya kepada masyarakat India ialah proses transformasi sudah dimulakan. Empat tahun memang tidak mencukupi.

"Berilah kepada perdana menteri lima tahun lagi untuk melihat hasil yang lebih baik kerana kami boleh melakukan lebih banyak lagi. Saya harap masyarakat India boleh memahami perkara ini," katanya.

Ditanya tentang trend sokongan masyarakat India pada pilihan raya umum kali ini,, beliau berkata 55 hingga 65 peratus daripada mereka menyokong BN.

"Ini lebih baik daripada 2008 di mana sokongan kaum India hanya 40 hingga 50 peratus," katanya. – BERNAMA

Subra Sambut Cabaran Jui Meng Di Segamathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/mm0111ss03.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/mm0111ss03-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini,

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengalu-alukan 'rakan baiknya' Datuk Chua Jui Meng untuk bertanding di kerusi parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan berharap pertandingan antara mereka akan berlangsung secara sihat. Dr Subramaniam berkata, bekas menteri kesihatan itu adalah antara mereka yang bersungguh-sungguh...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengalu-alukan 'rakan baiknya' Datuk Chua Jui Meng untuk bertanding di kerusi parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan berharap pertandingan antara mereka akan berlangsung secara sihat. Dr Subramaniam berkata, bekas menteri kesihatan itu adalah antara mereka yang bersungguh-sungguh berkempen untuknya dari rumah ke rumah pada PRU 2004. "Secara peribadi, beliau (Jui Meng) adalah kawan baik saya ketika dalam Barisan Nasional (BN) dulu. Ketika saya pertama kali bertanding di Segamat, beliau begitu bersungguh-sungguh berkempen untuk saya. Kini, beliau akan berkempen menentang saya pula. "Oleh itu, biarlah rakyat yang membuat penentuan. "Bagi saya, apa yang diharapkan adalah pertandingan ini berjalan secara amat baik dan sihat dan saya rasa kami (BN) mempunyai peluang baik untuk memenangi kerusi itu (Segamat)," katanya pada sidang akhbar mengenai Program Khas Latihan Kemahiran Belia India 2013 di sini hari ini. Dr Subramaniam, yang bertanding bagi kerusi Segamat sebagai calon BN pada 2004, mengalahkan calon DAP Pang Hok Liong dengan majoriti 7,809 undi, manakala pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mengekalkan kerusi itu setelah menumpaskan Pang dengan majoriti 2,991 undi. Semalam, Jui Meng yang kini Pengerusi PKR Johor, dinamakan sebagai calon parti itu untuk kerusi Segamat. Bekas Ahli Parlimen Bakri ini meninggalkan MCA untuk menyertai PKR pada 2009. Sementara itu, Dr Subramaniam menggesa masyarakat India memberi undi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lima tahun lagi bagi membolehkan beliau meningkatkan perkhidmatan untuk mereka. Dalam wawancara khas melalui program Helo Malaysia Bernama TV edisi Tamil malam tadi, beliau berkata Najib telah menerangkan secara terperinci inisiatif yang beliau laksanakan untuk masyarakat India, yang semuanya mendapat sambutan baik daripada mereka. "Usaha perdana menteri dalam menangani isu berkaitan masyarakat Indiasungguh positif. "Mesej saya kepada masyarakat India ialah proses transformasi sudah dimulakan. Empat tahun memang tidak mencukupi. "Berilah kepada perdana menteri lima tahun lagi untuk melihat hasil yang lebih baik kerana kami boleh melakukan lebih banyak lagi. Saya harap masyarakat India boleh memahami perkara ini," katanya. Ditanya tentang trend sokongan masyarakat India pada pilihan raya umum kali ini,, beliau berkata 55 hingga 65 peratus daripada mereka menyokong BN. "Ini lebih baik daripada 2008 di mana sokongan kaum India hanya 40 hingga 50 peratus," katanya. - BERNAMA