Sabtu, 1 Februari 2014

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


[VIDEO] Ada Puting Beliung Berlaku <b>Di Johor Bahru</b>?

Posted: 31 Dec 2013 12:00 AM PST


Johor Bahru: Imej dan klip video yang mendakwa berlakunya kejadian 'puting beliung' di Johor tersebar di Internet pada petang Rabu.

Facebook dan Twitter kecoh, apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan kejadian puting beliung berkenaan.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu kejadian tersebut dimaklumkan sebagai belalai air dan dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang.

Seorang pelajar, Mohd Aqil Mohd Faiz, 17, berkata ini merupakan kali pertama dia menyaksikan suasana seperti itu.

Kejadian itu berlaku ketika dia sedang memandu di sepanjang Jalan Skudai dekat sini pada pukul 4 petang.

"Ia muncul tidak tahu dari mana dan saya dapat melihatnya dengan jelas daripada dalam kereta saya," katanya sambil menambah dia sangat teruja dan agak takut ketika menyaksikan fenomena berkenaan.

Hasliana Mohamed, 33, berkata dia melihat kejadian berkenaan daripada pejabatnya di Hospital Sultanah Aminah pada pukul 4.40 petang.

"Saya nampak ia membentuk angin yang sangat kuat. Saya sangat takut dan bergegas ke arah kereta dan segera memandu pulang ke rumah," katanya. Sementara itu, jurucakap Jabatan Meterologi mengesahkan fenomena yang berlaku ialah belalai air.

"Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.

"Ia sering terjadi ketika ribut petir berlaku. Kekutan angin yang dibawa tidak sekuat puting beliung," katanya.

Beliau menambah jabatan berkenaan menerima beberapa panggilan telefon berkaitan dengan kejadian tersebut, namun tidak ada yang dicatatkan berlaku pada satelit mereka.

"Kami kemudiannya menganalisis gambar dan video berkaitan dengan insiden itu dan mengesahkan ia bukan fenomena puting beliung sebaliknya belalai air. Jurucakap itu menambah belalai air hanya muncul dalam tempoh masa yang singkat dan beliau menggesa penduduk supaya bertenang. -mstar


0 comments:

View Comments/Post a Comment

Sindiket Pecah Rumah Berjaya Ditumpaskan <b>Di</b> Daerah <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 12:02 PM PST

Johor Bahru 30 Jan : Tangkapan kedua pihak PDRM Johor Bahru Selatan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Jalan Desa Mutiara, Johor Bahru telah berjaya menyelesaikan 16 kes curi kenderaan dan 15 kes pecah rumah di Wilayah Perbandaran Iskandar. Kes ini didedahkan oleh Ketua Polis Johor Senior DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Hj. Mohd Shariff di IPK Johor Bahru, hari ini.

Unit rondaan cegah jenayah berjaya memberkas suspek apabila menemui kenderaan dinaiki suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan. Turut ditemui di dalam kereta jenis pacuan empat roda tersebut ketika diberkas adalah sepucuk pistol tiruan, pemotong besi, sebatang kuku kambing, dua buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah pemain DVD dan empat keping cukai jalan tidak sah.

Suspek yang ditahan turut mempunyai dua rekod jenayah di bawah kes pecah rumah. Siasatan penuh akan dijalankan di bawah Akta Senjata 1960 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads