Selasa, 20 Mei 2014

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Kerja Luar <b>Di Batu Pahat</b>, Johor | Inspired by Yanie

Posted: 14 Apr 2014 05:43 AM PDT

Jauhnya perjalanan hari ni. Kerja luar di Batu Pahat, Johor. Bergerak dari pejabat di Putrajaya sekitar jam 8.00 pagi tadi. Target sampai di Batu Pahat pada jam 11.00 pagi.

Perjalanan hari ini sebenarnya sebagai persiapan untuk satu program yang akan dilangsungkan pada 26 April nanti. Nampak lama lagi kan. Tapi bila dihitung betul-betul dengan persiapan untuk program tu sebenarnya tak lama dah. Banyak benda perlu di buat dan diselesaikan.

Kami pergi hari ni dengan menaiki 2 kenderaan. Bos akupun pergi sekali sebab nak betul-betul pastikan beberapa perkara.

Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kami tiba di lokasi pertama di kawasan Rengit sekitar jam 11 lebih, seperti yang dijadualkan. Perbincangan ringkas dijalankan dengan pihak-pihak berkaitan selama lebih kurang 15 minit, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, di Bandar Putera Indah.

Boleh tahan jauh juga antara kedua-dua jarak. Dalam 45 minit barulah kami tiba di Bandar Putera Indah, iaitu sekitar jam 12 lebih, hampir-hampir jam 1 tengahari. Perbincangan kedua, sama seperti perbincangan di lokasi pertama tadi, selama lebih kurang 15 minit. Perbincangan terus menjurus kepada program yang bakal dicadangkan tanpa melalut-lalut. Maklumlah..semua kena balik ke Putrajaya dan KL selepas urusan di sini selesai.

Selesai urusan rasmi, kami semua pergi makan tengahari di satu yang nama dia aku pun tak pasti. Aku tak familiar area sini.

Sesudah tu, tepat jam 2.05 petang, kami semua bertolak balik ke Putrajaya. Alhamdulillah, sampai di Putrajaya pada jam 4.30 petang. Lega sangat-sangat sebab aku sangkakan aku sampai di rumah pada sebelah malam. Kesian nanti suami aku, kalau kena jaga Hani sementara tunggu aku datang. Petang-petang biasanya Hani meragam sikit sebab mengantuk.

Macam aku kata di awal tadi, program di Batu Pahat dijadualkan berlangsung pada 26 April 2014, hari Sabtu. Batu Pahat..mu tunggu aku datang lagi..hehe

Kerja Luar <b>Di Batu Pahat</b>, Johor Bahagian 2 | Inspired by Yanie

Posted: 11 May 2014 08:43 PM PDT

Bismillahirrahmaanirahiim..

Dalam entri kerja luar di Batu Pahat yang ni dulu, sepatutnya ada satu event yang dianjurkan oleh pejabat aku pada 26 April 2014. Hari yang sama dengan Hari Sukan Tahunan tadika tempat aku hantar Kimi. Event tu terpaksa ditangguhkan sebab clash dengan kedatangan Obama ke Malaysia.

Nasib baik jugalah tangguh sebab sehari sebelum tu, anak aku Hani di masukkan ke wad kerana paru-parunya dijangkiti kuman. Aku ada sebut di dalam entri Hani di tahan di wad ini.

Sudahnya, satu event lain akan dibuat pada 24 Mei ini bagi menggantikan event yang ditangguhkan hari tu. Pening juga kepala aku nak fikir sebab kalau diikutkan, aku kena bermalam di Batu Pahat untuk membantu mengendalikan event. Masalah besar bagi aku dan suami..sebab Hani tak boleh tidur malam kalau aku tak ada dekat dia. Maklumlah, Hani masih baby.. Kalau boleh aku nak lah bawa suami dan anak-anak aku sama. Tapi, sehari sebelum tu, Kimi terlibat pula dengan satu program pertandingan mewarna di Balai Bomba. Tak pasti macamana perancangan nanti.

Moga Allah permudahkan perancangan kami…. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads