Selasa, 30 Ogos 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Aug 2011 09:17 PM PDT

Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 09:43 PM PDT


My Lovely Cakes: Tempahan dr Ct - <b>Felda Lok Heng</b> barat

Posted: 05 Apr 2011 08:19 PM PDT

Terima kasih di ucapkan dan Selamat Pengantin Baru buat Ct dn pasangan Huzaimie, kerna menempah kek ala english, cupcake dan popcake dr saya..proses menghantar satu cabaran baru bg sy..tp alhamdulillah semua berjalan lancar. Semua selamat sampai ke destinasi..alhamdulillah dan sy disambut mesra oleh ct dn ibunya. terimakasih sekali lg.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Aizul | Marcello: Iftar <b>di Johor Bahru</b>...

Posted: 24 Aug 2011 05:06 AM PDT

salam..hye guys...haa mcm mana korang ok??? puasa ok? ada yg lobang2 tak puasa tu? haa kalau bersebab takpe, kalau takda sebab, aku pangggg ko laju2 kang! kah3x...

baeklah, entry kali ini, nak habaq maih sket...yer laa, memasing dok heboh dok iftar sana sini sinun kan..so aku nakkk jugak update iftar bersama geng2 bujang aku..haa pasnih masing2 da nak berbini dah..so peluang yang ada kali ini aku gunakan untuk bersama2 meng'spend'kan masa bersama sahabat2 bujang aku! keh3x..

baeklah, ekceli plan da lama nak berbuka di jb..yer laa, hampir 4 tahun aku berpuasa di JB sbb study kat UTM dulu, so tahun nih je berpuasa di rumah..best2 jugak la...yer laa makan makanan mama yg sedap gle tuh kan..so kali nih amik masa sket spend time dgn rakan2 bujang...

ok lokasi berbuka puasa adalah di astana idaman Ijan...

so slalunya tiap2 kali bulan puasa, akan ada satu hari aku berbuka dgn geng2 bujang aku nih..

and slalunya rumah ijan laa tempat kami berkumpul..

sebab rumah dia cantek gle ok!

so ijan bz menyediakan juadah berbuka puasa untuk kami...

aku dan mamal plak ditugaskan untuk memanggang beberapa binatang2 laut seperti dalam gambar di atas

nampak mcm sedap kan? 

tpi sedey ye sebenarnya..

mcm ter'over cooked' je..

last2, udang galah tu keras kebaton mcm makan selipar je..

kerang lak mcm makan kerepek! hahaha!

udang goreng nestum!

sumpah sedap!

err....mcm tak brani nak describe~

haa nih tak pernah lagi rasa..

ayam masak lemak cili padi version jawa punya..

rasa dia terbaaaekk!

aku leh bg 98.9 pratus..

mana leh bg markah penuh, kang org kata bersubahat plak dgn master chef kan? haha

ok sebelum aku nak dtg jb, aku dah suro hamparkan kapet pink,

tp pihak penganjur tak dpt nak sediakan, katanya takut kontroversi..

jadi digantikan dgn air pink yg sedap!

ada natadikoko kawww!

ok murtabak pon! 

tp tak laa buat..beli je kat bazar ramadhan tuh..

murtabak disponser oleh abg ngah dan abg ten kita ye!

so overall, makanan yang dimasak oleh cheff Ijan sgt sedap ye..

takleh dtg slalu, nnt demoook!

 ok nak tawu kenapa aku ckp astana idaman?

ijan yg berbaju puteh tuh atau nama barunya abg uda (ehem walaupun)...mendekorasikan rumah secantik2nya..

org bujang nye rumah, tp mcm rumah org bekerluarga da rumahnya..

lawa deko..

lampu SSF kaw, kusi fella design! 

makan hati!

so nak perkenalkan, yg baju merah nama dia abg ngah (walupun), sebelahnya, abg ten (walupun jugak) dan yg tgh bz dok reply msg rakan2 artis tu namanya abg lang (walupunnn jugeek! )...

dan aku sah2 laa yg paling muda dlm ahli keluarga kan, so pggil abg chu..paling muda pon tetap nak ada abg..takpaham...~

mesti korang tertanya2, mana kah dia abg long kami kan?

haa tuh dia...cuba untuk menggayakan aksi comel..walaupun ye...hahah

skali pndang comel..dua kali pndang mcm nak usap2 je rmbut dia..muah30x..

*hye abg long!

ok maafkan aku..sbb aku rasa aku sorang je kot paling tak menghormati bulan ramadhan..

malaysia panas laa wey!

#tweetmacamartis!

ok selesai je berbuka puasa, lepas golek gelentang kat kapet bulu2 sedap tuh,

terus mandi siap2 pegi ke Pandan Uptown..bukan Pondan Uptown ye..tu laen..ko nih, bulan puasa kot, jaga laa mulut tuh! hahaha

maha hazab ye jalan nak ke sini..jammed toksah ckp..lenguh kaki nih ha..

Singaporean pon turut tidak melepaskan peluang menikmati aksi membeli belah di Pandan Uptown nih..

tp yang paling best kat sini..semestinya CUCI MATA! yeah!

haa tetap laa abg ten kita nak membeli songkok kan..

songkok tinggi nak buat tarian zapin masa semayang raya nnt~

nih haa geng2 bujang!

kecuali abg long la..abg long da ada anak sorang kaw!

 eh tetap aku paling comel! tetibe! haha

baju merah iaitu abg ngah, muka nak gangster taww! menci menci!

haa kat sini turut anda akan dihiburkan dengan bunyi2an ..

abang2 tu tak tawu laa dia main musik apa, tp muzik mcm org asli australia punya muzik tuh..

ntah hapa tah nama dia..boleeh laaa kann..

ok kat sini juga boleh buat pemeriksaan resdung..

tgk ijan aka abg uda tu haa..

turut tidak melepaskan peluang ye!

kah3x..

ado RATU SEPIT RM20??? hahaha

ok nih gmbr kelas kenang2an sebelum abg long nak berpisah...

Bini dah msg oi bila nak balik kan? hahahaha

abes je sesi berjalan cuci2 mata di Pandan Uptown,

kami teruskan perjuangan mencuci mata di Mcd Bandar Seri Alam, Pasir Gudang..

tapi hasil tak memuaskan..

hampa....

pic kenangan abg uda dan abg lang~

alololo....

haa sempat aku libas2 rambut jap! haha

kenyang laa siak makan kat sini!

so balik je dr uptown tuh, terus ada pillow talk kan...

sudahnya, smp ke subuh kami tak tdo..

masing2 cerita pengalaman masing2 sebagai seorang bujang..

teeeett!

kelaka haram time tuh..tetibe peramah tak bertempat kan...

seyes aku rndu gle sesi pillow talk tuh..

kan bang ngah kan? hahaha

ok habes cerita di Johor Bahru...

so sepatutnya, 

hari ahad, aku ada majlis berbuka puasa di rumah Abg Darkbatman kita yang turut dimeriahkan oleh Nisa Kay dan Cik Hepal kita..

tapi apakan daya, urusan di Johor Bahru masih belum selesai...so sorryy guys!

so selesai saja urusan di JB, lepas waktu berbuka terus shoot ke Kuala Lumpur...

eh mcm tak sgka, JB-KL 2jam 20minit je aku bawak?...

sekejap bukan? hahaha aku pon tak sgka aku bawak selaju itu..haha

Sampai di KL, terus check in kat Park Royal Service Apartment..

slalunya aku check in kat Park Royal Bukit Bintang tuh..tapi kali ni ubah selera plak..bleh ubah2 selera mcm tuh? hahaha

so ini sedikit gmbran mengenai bilik superior king tersebut!

untung laa ada kabel kerja kat park royal kan?

leh dapat staff rate! 

bilik yang mahal nak mmpus, terus jd mcm murah gle...

yeaaay!! terus loncat2 atas katil! hahaha

Terima kasih abg lang aka Mamal!

haa jeles bukan?

besar mmg besar...

smp aku mati kutu nak buat apa sorang..

rasa mcm membazir plak dok bilik besar2 tapi sorang2..

haaa jakun laa kan...

sory kalau geli..

aku pon mcm geli gak ekceli! hahaha

so kebetulan, rakan segambargrapher aku ada di KL..Encik Saniq nama diberi!

terus call dia, and cargas dia dtg ke hotel..

haa ini Sky Pool Park Royal Service Apartment.

gle kaw teruja...

kau mandi2, berlatarbelakangkan menara kl, KLCC dan sebagainya...

terus nak berenang mcm pro kan! haha

kalau nama pon gambargrapher, toksah suro posing, cargas je dia posing!

ok muka sembap! sbb br bangun tdo, terus2 mandi pool!

nampak? aku tak tipu taw!

kalau dah nama pon gambargrapher, pantang nampak cermin besar sket, mula laa camwhore tak hengat!

ok..itu aja...

haa sebelum terlupa, Happy Belated Birthday to Bang Uda aka Ijan...

Ijan bakal pengantin aku nnt! 

tak sbr nak shoot dia dgn bakal psangan hidupnya yang cantek molek tuh, iaitu cik ayu kita!

tggguuu!!...

so kalian nye iftar mcm mana?

yer laa masing2 semua hupdate berbuka kat hotel itu la, cafe itu la, bistro ini la..haissshh~ hehe

share2 laa yer..hehe..

A I Z U L  M A R C E L L O

tulis blog pakai hati, amik gambar pon pakai hati..=)


01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


BISNES DAN BISNES

Posted: 05 Dec 2009 08:45 AM PST

Stokis Bio Asli Parit Raja. Lokasi berdekatan Mesjid Besar Parit Sempadan sebelah Kedai Perabot
Hock Huat. No telefon 013-2656302


Sewaktu berhenti menukar cek di HPA Cawangan Parit Raja terserempak Lori Radix.
Hei....diam-diam pun sebulan aku dapat jual lebih daripada 100 papan!
Kedai Abas je sudah 10 papan.

Berhenti rehat di Mesjid Air Hitam di puncak bukit yang luas.
bahawa kalian merupakan orang kuat...batu pun dipahat!!!
Jadi, orang Batu Pahat mesti kuat, hebat, lebat jangan merempat!
Hari ini bermula pagi melihat tanaman sayur aku yang mula subur di depan rumah. Tomato, cili dan pokok terung. Selepas itu aku menghantar Irfan ke rumah banglo Cikgu Sulaiman untuk tusyen. Aku berpusing-pusing di pasar Sabtu, Pasar Parit Sulong dengan Arina. Beli ikan, surat khabar, dan buah-buahan. Aku ternampak orang jual kopi yang dimesin dan teringat peminat utama kopi itu, Mama Miraki. Tetapi aku tidak membawa kamera pagi ini.
Sedang aku berjalan-jalan aku disapa oleh seseorang. Rupa-rupanya Alif, murid aku di SMK Penghulu Saad tahun 1999. Dia bertanya aku ada menjual Minyak But But lagi tak? Dahulu produk HPA paling top memang Minyak But But, sekarang Kopi Radix. Aku selalu bagi free kepada murid-murid aku, termasuk Alif. Kini Alif menjual baja siraman di pasar itu. Dia kelihatan malu-malu dan gerainya terletak di hujung sekali dan tidak berpayung pula. Ini mesti dipaksa oleh bosnya. Aku kata kepada Alif, semua itu pernah aku alami. Jangan malu. Bisnes adalah kerja mulia. Nabi kita pun berniaga.
Petang tadi aku ke Parit Raja. Servis untuk stokis Fairus. Namun dia tiada di kedai. Aku bagi nota-nota produk Bio Asli kepada rakan kongsinya. Kemudian aku menemui Osman Omar dan Siti Khadijah di depan Cawangan HPA Parit Raja. Setelah berbual-bual dengan mereka aku masuk ke dalam Pejabat HPA untuk menukarkan sedikit cek yang belum sempat ditukar. Yang menarik di situ ialah flyer Koperasi HPA. Koperasi HPA telah memberi DIVIDEN 14% kepada pelabur-pelaburnya pada tahun 2008. 10% pada tahun 2007. Dividen untuk 2009 pasti akan meningkat. Malangnya aku belum melabur lagi. Bulan Februari nanti rasanya pelaburan itu dibuka semula untuk ahli-ahli HPA.
Keluar sahaja daripada Cawangan HPA menanti dua orang pengedar Bio Asli untuk mengambil Kopi Kelapa Dara dan Oil 31. Kedua-duanya aku kenali daripada iklan Metro Ahad yang disiarkan oleh syarikat Bio Asli. Seorang itu bernama Rosmadi. Seorang lagi Osman Paiman. Kesempatan sekejap itu aku bagi motivasi supaya mereka memasarkan produk-produk Bio Asli yang tebukti berkesan membantu ramai pelanggan yang bermasalah. Terutama masalah dalaman.
Dari Parit Yani, ke Parit Raja, singgah di Air Hitam, kemudian ke Yong Peng dan berakhir di Tongkang Pechah. Orang yang terakhir aku temui malam ini ialah Azhar Sam. Azhar banyak menjual Kopi Kelapa Dara termasuk majikannya dan kawan-kawannya orang Cina. Jangan hairan, produk-produk Bio Asli dipasarkan ke 231 buah negara!!!
Sebelum tidur aku membelek-belek akhbar tabloid. Aku terkesan dengan tulisan Sayuti Omar tentang
peringatan kepada para blogger:
Blogger hendaklah mengetahui:
3. AKTA RAHSIA RASMI (OSA)
Setakat ini blog aku tidak lari daripada tema matsomherbs. Blog ini blog yang banyak bercerita tentang bisnes MLM. Aku memilih matsomherbs kerana ingin memperkenalkan bahawa aku ada menjual herba yang berguna untuk kesejahteraan manusia.
Tetapi tajuk yang selalu dicari pelayar internet dalam blog aku pertama DOA PENDEKAT JODOH dan kedua
JUALAN BARANG TERPAKAI DI RENGIT. Yang sudah dapat jodoh tu janganlah lupa jemput saya!!!

noStaLGia to ANNiversary

Posted: 07 Sep 2008 10:18 AM PDT

Dalam masa 20 hari lagi blog budiMaN, insyaallah akan menyambut ulangtahun yang ke 2 sejak penubuhannya pada 28hb September 2006 yang kebetulan sentiasa tarikh tersebut jatuhnya dalam bulan Ramadhan yang amat mulia ini. Mengenang kembali sejak bermulanya blog ini kira-kira 2 tahun yang lepas penuh dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang tidak dapat saya dan rakan-rakan budiMaN lupakan. Dengan tujuan utama untuk merapatkan kembali silatulrahim antara rakan-rakan UitM Kuantan tidak mengira batch yang telah terputus hubungan kira-kira lebih dari 20 tahun yang lalu, blog ini juga selain dari mengadakan acara-acara pertemuan semula juga merancang halatujunya dengan mengadakan pelbagai aktiviti amal dengan tujuan merapatkan silatulrahim bersama budiMaN di samping berbakti kepada masyarakat sekeliling.

Mengenang kembali aktiviti-aktivit amal yang telah di lakukan oleh budiMaN, saya senaraikan secara ringkas nostalgia amal yang telah kita lakukan sepanjang 2 tahun ini. Ini ialah selain dari satu aktiviti amal pada awal 2007 (tidak silap saya sekitar April 2007)dimana rakan-rakan budiMaN telah membuat kutipan sumbangan sebanyak RM1,500 bagi membantu seorang rakan budiMaN yang tidak mempunyai wang untuk memasukkan anak beliau ke sekolah asrama penuh.

Aktiviti amal yang ke 2 pula ialah pada 23hb Jun 2007 yang mana rakan-rakan budiMaN bersama keluarga dari Kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan lebih kurang 50 orang telah mengunjungi Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh, Pahang dan mengadakan beberapa acara dengan anak-anak yatim di mulai dengan Program Motivasi Pelajaran, minum petang KFC bersama anak-anak yatim, Acara Riadah bersama anak-anak yatim, Sembahyang Maghrib dan Isyak serta Tahlil dan Doa Selamat untuk anak-anak yatim serta penyampaian sumbangan wang tunai dan peralatan kepada anak-anak yatim.

Aktiviti amal yang ke 3 pula berlangsung pada 7hb Oktober 2007 di mana rakan-rakan budiMaN dari Kuala Lumpur, Temerloh, Maran dan Kuantan lebih dari 10 buah keluarga telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa di rumah Apamz diA di Taman Balok Makmor, Kuantan bagi menyampaikan bantuan kepada keluarga Apamz di samping bersilatulrahim sesama budiMaN. Majlis berbuka puasa tersebut di biayai sepenuhnya oleh ahli-ahli budiMaN yang hadir dan Sembahyang Terawih beramai-ramai juga di adakan di situ.

Aktiviti amal yang terakhir yang di lakukan oleh rakan-rakan budiMaN pula ialah mengadakan Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Pahang pada 26hb Januari 2008 di mana rakan-rakan budiMaN telah berkonvoi dari Kuala Lumpur, Temerloh, Maran dan Kuantan lebih dari 30 orang semuanya bersama keluarga dengan mengunjungi Kg Tanjung Belengu, Temerloh, Pahang dengan aktiviti utama membaikpulih Madrasah Kg Tanjung Belengu yang dinaiki banjir. Rakan-rakan budiMaN bersama-sama penduduk kampung telah bergotong royong membersihkan madrasah, membaiki kolah air dan sistem paip mengambil wuduk, mengecat luar dan dalam seluruh madrasah, membaiki serta menggantikan permaidani dan langsir baru. Selain itu peruntukan dari kutipan sumbangan budiMaN juga di salurkan kepada madrasah untuk dibina tangga dan lantai serta tempat mengambil wuduk yang di buat dari tiles yang lebih sempurna. Rakan budiMaN wanita pula bergotong royong bersama penduduk kampung memasak dan menyediakan makanan pagi, tengahari serta minum petang.

Aktiviti Silatulrahim
Selain dari aktiviti amal, rakan-rakan budiMaN juga kerap berkumpul seperti sessi teh tarik dan gathering untuk bertemu sambil mengeratkan silatulrahim serta berbincang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti budiMaN. Antara pertemuan-pertemuan besar-besaran yang sempat di lakukan oleh budiMaN ialah :

Sessi pertemuan budiMaN di Satay Hj Samuri, Kajang telah di adakan pada 7hb Disember 2006 yang telah di hadiri oleh beberapa rakan budiMaN dari Kuantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Meriah dengan berbagai cerita menarik dan cadangan-cadangan untuk aktiviti-aktiviti budiMaN.

Namun pertemuan pertama budiMaN setelah blog ini di tubuhkan adalah Pregathering 2006 di Mercu Resort Cherating pada 18hb dan 19hb November 2006 dimana lebih dari 35 buah keluarga telah hadir dan menginap bersama-sama serta mengadakan pelbagai aktiviti selama 2 hari 1 malam. Amat meriah dengan kehadiran pelbagai batch dengan acara sukan keluarga, suaikenal keluarga, Jamuan Makan Malam dan mesyuarat pertama budiMaN telah di adakan. Dengan bayaran penyertaan sebanyak RM150 bagi setiap keluarga tanpa mengira jumlah ahli keluarga, yang telah diusahakan oleh Wan Rozain@ Niazor dbS bagi setiap keluarga untuk aktiviti, makanan dan penginapan chalet sebuah untuk setiap keluarga amatlah berpatutan. Dari pregathering 2006 inilah bermulanya aktiviti-aktiviti budiMaN seterusnya sehinggalah ke hari ini.

Sessi pertemuan ke 3 budiMaN ialah dengan mengadakan PotLuck di Rumah Walid @ Syed Hamid diA yang telah berlangsung pada 24hb Disember 2006 di Sungai Buloh yang telah dihadiri lebih dari 15 buah keluarga dengan membawa pelbagai juadah dan makanan. PotLuck tersebut bermula pada pukol 8-00 malam dan berakhir hampir jam 2-00 pagi meriah dengan kehadiran rakan-rakan budiMaN yang bersuaikenal dengan keluarga masing-masing. Ianya juga bersempena dengan meraikan Walid yang berpindah ke rumah baru beliau di Sg Buloh.

Sessi pertemuan ke 4 pula telah berlangsung ala PotLuck juga pada 6hb Januari 2007 di rumah Jepun@ Hairul Salleh dan isterinya Shema dbS di Shah Alam dengan dihadiri juga lebih dari 10 buah keluarga dengan membawa pelbagai juadah dan makanan. Sessi yang bermula lebihkurang jam 5-00 petang itu juga telah berlangsung sehingga jam 12-00 tengah malam dan meriah dengan pelbagai cerita dan kenangan-kenangan lama antara rakan-rakan budiMaN.

Sessi pertemuan ke 5 iaitu PotLuck di Temerloh pula telah berlangsung pada 20hb Februari 2007 yang telah dihoskan oleh saya sendiri dan SK di rumah keluarga saya di Kg Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Ianya telah dihadiri lebih dari 20 buah keluarga budiMaN yang datang dari Kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan dengan membawa pelbagai juadah dan makanan serta acara Barbeque. Acara yang bermula lebihkurang jam 4-00 petang itu juga telah berlangsung sehingga jam 1-00 pagi dengan penuh kemeriahan.


Manakala sessi pertemuan terakhir budiMaN secara besar-besaran setakat ini pula telah berlangsung di Komplek Sukan Daerah Maran yang diberi nama Gathering budiMaN 2007 pada 2hb dan 3hb Disember 2007 selama 2 hari 1 malam. Kehadiran rakan-rakan budiMaN dari Kuala Lumpur, Alor Star, Temerloh, Maran dan Kuantan memeriahkan perjumpaan tersebut. Beberapa acara telah di atur seperti Sukan Keluarga, Sukan Antara Kursus, Golf budiMaN, Jamuan Makan Malam dan Karaoke serta Sukaneka Keluarga di Air Terjun Teladas. BudiMaN bersama keluarga menginap di Asrama Komplek Sukan dan Chalet Kelab Golf Maran dalam suasana meriah dan terharu dengan pertemuan beberapa rakan-rakan budiMaN pelbagai batch lebih dari 120 orang yang hadir.

Rumusan

Alhamdulillah, mengenang kembali nostalgia aktiviti-aktiviti budiMaN, begitu mengharukan dengan pertemuan dan kerja-kerja amal yang dilakukan hasil perpaduan dan sumbangan dari ahli-ahli budiMaN sahaja tanpa mengharapkan bantuan atau sokongan dari mana-mana pihak yang lain. Sesungguhnya kerja-kerja amal budiMaN tidak bersandarkan politik, fahaman atau kepentingan individu tetapi di buat dengan niat ikhlas ahli-ahli budiMaN yang ingin bersilatulrahim secara berfaedah dan bermanfaat untuk berbakti kepada masyarakat dan agama.

Dengan harapan yang ikhlas, mungkin sebelum berlabuhnya tirai 2008 ini, suatu pertemuan besar-besaran budiMaN atau suatu kerja amal dapat dilakukan lagi oleh budiMaN sebagai meneruskan tradisi silatulrahim dan berbakti kepada masyarakat yang budiMaN lakukan setiap tahun semenjak 2 tahun yang lepas. Penyatuan, kerjasama, silatulrahim, berbakti dan beramal akan dapat terus di lakukan insyaallah dengan semangat ahli-ahli budiMaN.

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Kek Fondant dan Cupcake untuk Majlis Perkahwinan Farah

Posted: 17 May 2010 05:48 AM PDT

Salam semua... ini pula koleksi gambar di Majlis Perkahwinan Farah Aina & Khairuddin di Chaah, Johor pada penghujung bulan lepas..... Farah telah menempah pakej pelamin termasuk kek perkahwinan fondant + cupcakes bertemakan warna Biru Firus..... Terima kasih diucapkan dari Rbecca Cookies atas tempahan tersebut... Semoga Farah Aina & Khairuddin berbahagia sehingga ke akhir hayat.... amin...

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


the Mira Marcello blog.: Handmade Cupcake <b>Di Batu Pahat</b>....

Posted: 19 Aug 2011 05:03 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]segmen | BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA · Handmade Cupcake Di Batu Pahat..... segmen | Peperangan Antara Blogger · SAYA BLOGGER PRIHATIN · Malu Bila Cakap Pasal Zaman Sekolah · Keputusan Segmen : Ucapan Hari Lahir ...

ads