Rabu, 21 September 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


assalamualaikum: Bas Politeknik Johor Bahru Kemalangan

Posted: 12 Sep 2011 04:20 AM PDT

Suami, isteri maut terperosok bawah bas

                         

KERETA Proton Iswara dinaiki sepasang suami isteri remuk teruk selepas terperosok bawah bas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing.

Kenderaan mangsa remuk diseret lebih 20 meter

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri bukan hanya ditakdirkan mati bersama, tetapi lebih menyayat hati mayat si isteri ditemui dengan senaskhah surah Yasin di atas badan mangsa, dipercayai dibacanya sebelum kereta yang dinaiki bertembung bas Politeknik Johor Bahru (PJB) dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, pagi semalam.

Pasangan suami isteri itu yang juga peneroka FELDA Lok Heng Barat, Abu Sarimi, 63, dan isterinya, Zaharah Giser, dalam perjalanan ke rumah anak mereka untuk mengambil MyKad yang tertinggal.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi berhampiran ladang Lembaga Getah Malaysia (LGM) itu, Proton Iswara dipandu Abu, terperosok bawah bas berkenaan sebelum diseret lebih 20 meter, menyebabkan pasangan itu tersepit dalam remukan kenderaan itu.

Ketika kejadian, pasangan dari rumah di Blok 17 FELDA Lok Heng Barat, dalam perjalanan ke arah Kota Tinggi untuk ke rumah anak mereka di Larkin Perdana, Johor Bahru kerana Abu berhasrat mengambil MyKad miliknya yang tertinggal di sana, Rabu lalu.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menarik kenderaan yang terperosok itu sebelum mayat pasangan itu dapat dikeluarkan dari remukan kenderaan itu.

Pemandu bas PJB, Mohd Ismail Daud, 29, bersama 30 pelajar serta tiga pensyarah mereka yang menaiki kenderaan itu dalam perjalanan menghadiri kursus di Pulau Sibu dekat Mersing, bagaimanapun tidak cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Suhaimy Hashim, ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri itu mati di tempat kejadian. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, anak keempat mangsa daripada tujuh beradik, Suraya Abu, 30, mengakui pasangan itu dalam perjalanan ke rumahnya di Johor Bahru, kerana bapanya mahu mengambil MyKad yang tertinggal selepas mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Sultan Ismail, pada Rabu lalu.

Ayah berkeras nak memandu sendiri ke rumah kami walaupun dinasihatkan berulang kali supaya membatalkan hasratnya dan disuruh berehat kerana keadaannya yang kurang sihat.

Pagi ini, ayah ada hubungi beritahu nak datang ke rumah kerana mahu mengambil kad pengenalannya yang tertinggal. Kami tidak benarkan ayah memandu kerana tahu dia kurang sihat kerana menghidap penyakit semput dan gastrik. Lagipun kami adik beradik memang bercadang nak balik hujung minggu ini untuk mengadakan kenduri di rumah ayah, katanya.

Seorang lagi anak mangsa, Aida Abu, 34, pula tidak menyangka permintaan arwah bapanya yang begitu beriya-iya meminta mereka sekeluarga merakam gambar bersama-sama pada hari raya pertama lalu petanda ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini memang ayah tidak berapa kisah untuk mengambil gambar (dengan keluarga), namun pada hari raya kali ini dia bersungguh-sungguh mahu mengambil gambar bersama keluarga walaupun kami tidak memakai pakaian sama warna. Rupanya inilah kenangan terakhir kami bersama arwah sebelum dia pergi selama-lamanya, katanya. -BH

sumber: berita harian

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 01:54 PM PDT

Number of View: 4

JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT,Nyawa dua beradik selamat setelah sorang juruelektrik yang di anggap wira bertindak nekad menyelamatkan mereka di dalam kebakaran di kampung sepakat,masai,Johor.

Abu Bakar Abdul Rahim, 44, bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya sebaik terdengar jeritan jiran mengenai kediaman kanak-kanak tersebut, Nurin Syerlienna Norman, 6, dan Mohd. Daniel Hadi, 4, sedang dijilat api pada pukul 12.10 tengah hari.Dalam kejadian itu, Nurin Syerlienna dan Mohd. Daniel termasuk Abu Bakar tidak cedera.

Sebelum kejadian itu,Abu bakar sedang berbual bersama rakannya yang bertandang di rumah dan dia bercadang untuk ke tempat kerja selepas itu.sebaik sampai di depan rumah itu, dia ternampak dua beradik itu dalam keadaan menangis dan duduk ketakutan di ruang tamu kerana terperangkap dalam rumah yang diselubungi bahang api.dia kemudian bergegas ke belakang rumah lalu merempuh pintu selepas mendapati pintu pagar depan berkunci.

Abu bakar memberitahu,dia tidak tahu dari mana datangnya semangat dalam dirinya sehingga dia terus meredah api yang ketika itu sedang marak di depan rumah dengan tanpa berfikir panjang dia terus mendukung kedua-dua kanak-kanak terbabit untuk diselamatkan melalui pintu belakang.

Menurut abu bakar,dia langsung tidak memikirkan keselamatan dirinya kerana sebaik ternampak kanak-kanak itu menangis dan seperti mengharap bantuan, hatinya menjadi sayu dan berfikir dua beradik itu mesti diselamatkan.Sementara itu, ibu dua beradik itu, Noraini Samhari, 31, menjelaskan, ketika kejadian dia berada di pejabat manakala Nurin Syerlienna, Mohd. Daniel serta abang mereka, Mohd. Haikal, 8, dijaga oleh adiknya, Hasanah Samhari, 30.

Ibu kepada mangsa kebakaran itu amat bersyukur kerana anak-anak nya selamat walaupun kini kami tinggal sehelai sepinggang dan dia bamyak-banyak berterima kasih kepada jiran yang menyelamatkan kedua-dua anaknya.

Dalam kejadian yang sama,sebuah lagi rumah milik Kaserin Mohd. Yunus, 72, yang terletak bersebelahan terbakar namun pada masa itu mereka dan keluarga tiada dirumah.

Pegawai Bomba Kanan 2 Pasir Gudang, Mohd. Salleh Mohamed berkata, pihaknya mengerahkan seramai 13 anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 12.23 tengah hari.Sebaik pihak bomba sampai di tempat kebakaran,sebuah rumah telah terbakar hampir 70 peratus manakala sebuah lagi hampir 50 peratus terbakar.

JURUELEKTRIK SELAMATKAN DUA BERADIK DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG SEPAKAT

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS PERBANDARAN <b>PASIR GUDANG</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 09:33 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang :-
  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  2. Pegawai Khidmat Pelanggan
  3. Pembantu Am Pejabat
  4. Pekerja Awam
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 50sen beralamat sendiri dengan mencatat "PERMOHONAN BORANG" di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan disertakan wang pos bernilai RM 1.00 atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web www.mppg.gov.my

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
SEBELUM ATAU PADA 30 SEPTEMBER 2011

maklumat lanjut dan borang jawatan sila klik sini

Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Perbandaran <b>Pasir Gudang</b> | Jawatan <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 05:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 50sen beralamat ...

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Media Cyber™: Kemalangan Tergempar <b>Di Pagoh</b>

Posted: 31 May 2011 11:35 PM PDT

PAGOH, 1 JUN - Satu kemalangan telah berlaku di Lebuhraya PLUS berdekatan dengan Tol Pagoh menghala ke Johor Bahru melibatkan sebuah lori membawa tar jalan dan 2 buah bas yang dipercayai membawa Pendatang Asing Tanpa Izin untuk di hantar pulang.
Kejadian berlaku apabila lori tersebut telah melanggar penghadang jalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar tepi salah sebuah bas tersebut. Lori tersebut kemudian terbabas dan terbalik. Kepala lori tersebut tertanggal dan masuk ke parit jalan bertentangan.
Bas yang dilanggar tadi telah terbabas dan memasuki tengah-tengah jalan manakala satu bas lagi dibelakang telah mengelak menyebabkan bas tersebut memasuki laluan bertentangan. Keadaan pemandu lori tersebut parah disebabkan tertumpah tar ke badan manakala kesemua pemandu dan penumpang bas tersebut terselamat tanpa kecederaan.
Kemalangan ini menyebabkan jalan menghala ke Johor Bharu sesak teruk disebabkan tar yang tertumpah diatas jalan manakala jalan menghala ke Tangkak dibuka satu laluan sahaja.

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Taufiq tidak sabar mula aksi <b>di Kluang</b>

Posted: 03 Sep 2011 04:07 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pada saat umat Islam masih tertumpu kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, lain pula bagi Mohd. Taufiq Roslan yang tidak sabar untuk memulakan aksi Pusingan Tujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Kluang, Johor pada 24 dan 25 September ini.

Pelumba 19 tahun itu sebelum ini mencipta kejayaan di Alor Setar (Pusingan 6) dengan mengetepikan juara bertahan, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline) dan Mohd Ramdan Rosli (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) untuk berada di tempat kedua di belakang juara, Elly Idzlianizar Ilias (Global Bike Rock Oil Racing).

Masih belum berpuas hati dengan pencapaian tersebut, pelumba Yamaha Maju Motor Racing itu terus menggandakan usahanya bagi menghadapi baki empat pusingan akan datang setelah merasakan kemenangan di Alor Setar banyak bergantung kepada nasib yang menyebelahinya.

Saya begitu gembira dengan prestasi sewaktu di Alor Setar, namun saya percaya ia banyak di bantu oleh nasib. Jika Norizman Ismail dan Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) tidak terbabas, sudah pasti saya tidak berpeluang menjejakkan kaki di atas podium.

Tambahan pula, ini hanya merupakan musim pertama saya bersaing dalam kategori CP130, kata pelumba kelahiran Melaka yang kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan 54 mata.

Namun begitu, tanpa usaha yang dicurahkan selama ini kemenangannya tempoh hari mungkin sukar dicapai.

Pencapaian tersebut tidak hanya disebabkan oleh faktor tuah. Saya telah mengharungi banyak cabaran pada lima pusingan terdahulu dan kini saya semakin selesa dengan saingan yang lebih sengit bersama jentera baru, ujarnya.

Bercakap tentang sasaran pada perlumbaan akan datang, Taufiq berharap dapat mengulangi pencapaian serupa.

Setelah mendapat tempat kedua di Alor Setar, saya mahu mengulanginya di Kluang. Namun, saya rasa ia bukan satu perlumbaan yang mudah, jelasnya.

Norizman kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 87 mata, diikuti Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) di tangga kedua dengan 63 mata. Tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukan Norizman, Mohd Affendi Rosli dengan 60 mata.

Dipetik dari Utusan Malaysia

ads