ads

Jumaat, 30 September 2011

01 di benut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di benut - Google Blog Search


Berdisiplin akan menjadi kunci kemenangan PAS <b>Benut</b> | Nusajaya <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 06:54 AM PDT

BENUT, 28 September 2011: Antara yang dikenal pasti bagi membolehkan PAS meraih kemenangan yang gilang gemilang adalah dengan mendisiplinkan anggotanya setiap gerak kerja yang dilakukan.

Kesungguhan ini ditegaskan oleh Pengelola PAS Dun Benut, Ustaz Atan Gombang dengan katanya penglibatan dalam PAS bukan dilihat untuk mengisi masa senggang mahupun ingin mencari keseronokan sebaliknya ia merupakan tuntutan agama.

Sehubungan itu, menurutnya penggunaan masa wajar dititik beratkan memandangkan kebanyakannya tidak begitu menghiraukan hinggalah terbeban dengan kerja bertangguh.

''Antara kemenangan Islam adalah (menitik beratkan)disiplin. Manakala kekalahan juga berdasarkan disiplin. Contohnya dalam Dalam perang Uhud, kerana tidak dengar arahan Nabi saw supaya jangan tinggalkan Bukit Uhud, terjadinya kekalahan.

''Begitu juga (berdisiplin) dengan dapat tepati masa. Kalau janji datang marhaban pukul 8, kenalah datang time (masa) itu juga. Dalam PAS bukan untuk isi masa kosong, sampingan, saja-saja atau isi masa lapang'' ujarnya yang juga ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri Johor.

Ketika ditanya mengenai pendekatan kerja yang terbaik, beliau berkata gerak kerja tersebut adalah dengan melakukan tugas secara tersusun dan mempunyai perancangan bukannya tergopoh gapah asalkan selesai.

''Semua kena serius dan berdisiplin. Tanpa disiplin kita tak akan menempah kejayaan. Kerja kena smart bukan hard'' ujarnya pada program Marhaban MTD Benut di Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa, di sini.

Sejumlah lima buah rumah para pengundi telah dikunjungi ahli rombangan Marhaban MTD Benut sempana berada dalam bulan syawal."

Sumber : MTD PAS Benut

01 di segamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


Terminal bas dan teksi <b>di Segamat</b> terbakar

Posted: 29 Sep 2011 10:29 PM PDT

Dalam masa beberapa hari sahaja, 3 tempat yang menjadi tumpuan dan terkenal di Malaysia telah hangus terbakar dan menjadi bualan hangat orang ramai. Terbaru kebakaran di terminal bas dan teksi Segamat pada pukul 10.45 pagi tadi.

Agak pelik kedengaran bila kebakaran masih tetap berlaku walaupun ketika ini bukanlah musim panas. Jadi nasihat saya, janganlah salahkan alam sekitar sekiranya berlaku kebakaran di kawasan kita. Mungkin sebab utamanya adalah kecuaian manusia sendiri.

terminal bas dan teksi terbakar

gambar kebakaran yang sempat dirakam oleh pengunjung


terminal bas dan teksi di daerah segamat terbakar

kebakaran di terminal bas Segamat


gambar kebakaran terminal bas dan teksi di segamat

ruangan gerai yang hangus


terminal bas dan teksi terbakar

api yang sedang marak


terminal bas dan teksi di segamat

gambar kebakaran


terminal bas di daerah segamat

ruang makan yang terbakar

Tapi ada juga suara-suara sumbang mengatakan kebakaran itu sebenarnya adalah satu konspirasi. Oopss… Jangan tanya saya, sebabnya saya betul-betul tidak tahu. Anda tahu?

Entri yang berkaitan:

di negeri johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Pusat Pelaburan <b>Negeri Johor</b> (JSIC) Malaysia <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 10:54 PM PDT

Advertisment

Applications are invited from the people of Johor or Malaysian citizens who are qualified to fill positions in the Johor State Investment Centre (JSIC) for the position as follows: -

1. PENGURUS GRED N48

2. PEMBANTU TADBIR N17

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 19 September 2011

Advertisment

Incoming search terms:

  • Jawatan Kosong di Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC)
  • jawatan kosong di syarikat pelaburan di malaysia

01 di masai johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di masai johor - Google Blog Search


Kutipan Sampah <b>di</b> Taman Megah Ria, <b>Masai</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 30 Sep 2011 11:08 AM PDT

Salam Sejahtera

Mohon bantuan dari pihak TV3 bagi membuat siasatan / memaparkan dalam apa juga ruangan yang berkaitan agar menyiarkan masaalah kami di Taman Megah Ria, Masai Johor.

1.  Sampah telah tidak dipungut semenjak dari 17 September 2011 sehingga aduan ini dibuat. telah banyak aduan yang saya buat kepada pihak MBJB tetapi sehingga saat ini tiada sebarang tindakan yang diambil. Ulat, Lalat dan lipas berkeliaran. Bau busuk tak dapat dibayangkan.

2.  Longkang (Luar Rumah / Longkang besar) yang tersumbat dan menyebabkan air bertakung. Semenjak saya tinggal di kawasan tersebut semenjak tahun 1996 seingat saya baru dua / tiga kali sahaja longkang tersebut dibersihkan oleh pihak MBJB. dimanakah hak kami sebagai pembayar cukai?

Harap dapat bantu kami yang pada hakikatnya mengharapkan persekitaran yang bersih tetapi peerkara sebaliknya yang berlaku.

By: Ismail

Aduan yang berkaitan:

01 di kukup - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


Asmara <b>Di</b> Pantai <b>Kukup</b> Gunungkidul | Tips Wisata Murah

Posted: 29 Sep 2011 07:31 PM PDT

pantai kukupPantai yang berpasir putih ini, sekilas menyerupai tanah lot bali. hampir bisa dipastikan setiap hari libur ,terlihat banyak pengunjung duduk duduk di karang melepas ketegangan dengan memandang riak gelombang laut lepas yang di sapu angin, yang kadang tidak beraturan yang membuat riak gelombang menari kekiri kekanan.Situs tips wisata murah berbagi informasi seputar keindahan pantai kukup gunungkidul untuk anda

Kalau anda pergi ke pantai Kukup, anda akan melihat sebuah karang yang menjorok ke laut posisinya terpisah dari daratan, dan untuk menuju ke tempat itu, di bangun sebuah jembatan yang mebentang yang mengoda untuk di lewati. Dan jalan mendaki yang sengaja di buat sebagai akses ke karang tersebut paling banyak diminati para pengunjung.

Pantai Kukup ini posisinya ada di Desa Kemadang Kecamatan Tanjungsari Gunungkidul Yogyakarta. Di sekitar area wisata pantai kukup ini sering kita jumpai Bus pariwisata berplat nomer dari berbagai daerah, khususnya diwaktu liburan nasional. di hari biasa sering terlihat mobil pribadi dan pasangan muda mudi bersepeda motor yang selalu meramaikan pantai berpasir putih tersebut.Pantai ini memang sering terlihat pasangan yang lagi menyiram asmara dengan cara sekedar duduk atau berkejaran di pasir putih yang menyenangkan. khusus bagi yang membawa keluarga,Kalau anda kemalaman disekitar pantai kukup juga sudah tersedia pondok wisata dengan harga yang sangat terjangkau atau murah

Ubur ubur
Pantai kukup ini selalu disiagakan tim SAR untuk memberi kenyamanan pada para pengunjung, dan tim SAR tersebut selalu memberi pengarahan pada para pengunjung, Situs tips wisata murah menyarankan sebaiknya pengunjung juga memperhatikan petunjuk dari petugas tersebut.
Satu hal yang mesti diperhatikan kalau ke pantai kukup, karena akhir akhir ini muncul fenomena alam berupa ubur ubur. sebaiknya juga harus waspada. Tapi apa bila ada yang terkena gigitan ubur ubur tersebut anda tidak perlu kawatir,karena menurut pengakuan panjaga pantai, racun ubur ubur itu bisa dengan segera di atasi dengan mengoleskan getah kerang pada bekas gigitan. Dan kerang kerang itu banyak di jual oleh pedagang yang mangkal di sekitar pantai
salam wisata keluarga indonesia

Salam Wisata keluarga Indonesia

01 di muar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di muar - Google Blog Search


Teratakarmo: Hari Raya Kedua <b>Di Muar</b> 2011 | Ops Jolok

Posted: 03 Sep 2011 09:53 PM PDT

Hari Raya Kedua di Muar hari yang agak sibuk untuk aku kerana telah ditugaskan untuk memasak lauk untuk tetamu yang akan datang. Menu masakan yang aku kena masak adalah Nasi Minyak, Ayam Masak merah, Telur masak Merah. Kedatangan keluarga 69 dari Klang dinanti-nantikan. Tunggu gak kak ina dan Ciklily tapi diaorang tak sempat nak datang sebab sibuk sakan berhari raya kut..hehe

Persiapan untuk Menu masakan telah tersedia dan dibantu oleh PA aku iaitu Cik Puan MAZ..hehe. Tiga masakan siap dalam tempoh tak sampai 3 jam. Dua periuk Nasi Minyak, Ayam cuma 3 ekor dan telur tak pulak aku kira (Menu Standby). Aku rasa ok kut masakan aku sebab habis semua ayam masak merah dan aku sempat rasa seketul jer. Ada gak yang tak sempat rasa.

MISI MENJEJAK LOKASI TERBAIK UNTUK PETIK BUAH
 OPS JOLOK SEDANG DIJALANKAN
Keluarga 69 sampai jer Ketua Misi iaitu Anjang Udin tanpa berlengah terus menjengah belakang rumah sebab ada beberapa pokok duku berbuah..hehe.Apa lagi sambil berhari raya, operasi menjolok buah dijalankan. Tapi sayang buah duku yang masak berada tinggi kat atas pokok dan buah pulak kurang sebab dah abis musim. Korang tengok jerlah gelagat Keluarga 69 beraya dikebun kat SINI
Sesi makan pula diteruskan setelah Operasi Jolok Buah berehat seketika (Petang sambung lagi..). Masing-masing lepas makan terus berehat kerana diaorang akan balik petang dan juga malam. Penat memang penat tapi puashati sebab dapat berkumpul ramai-ramai kat rumah mak mertua aku pada hari raya kedua.
AZAM BERJAYA DALAM MISI MEMETIK BUAH RAMBUTAN
Petang sesi memetik buah diteruskan. Kebun Rambutan diseberang jalan dijadikan Lokasi memetik buah seterusnya. Dah agak petang jadi masa agak terbatas dengan Unggas dan Nyamuk banyak keluar pada waktu ni. Jadi dek kerana badan dah berbintat gara-gara digigit Nyamuk Misi Ops Jolok buah di tamatkan..
Majlis pada Hari Raya kedua cukup meriah dengan kehadiran Keluarga 69. Dari Pagi sehinggalah ke Malam kemudian bersambung lagi sebab Keluarga blogger DIBAPISCES pulak datang setelah sesat berjalan Hari raya..hehe..Seharian melayan Keluarga 69 memang penat tapi best sebab Keluarga 69 punya kecoh memeriahkan suasana Hari Raya di Muar pada Kali ini...

01 di parit sulong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit sulong - Google Blog Search


Steam Buttercream Wedding Cake and Cupcakes - <b>Lok Heng</b>

Posted: 04 Feb 2011 05:00 PM PST

Salam semua, ini adalah majlis persandingan Mala di Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor. Mala telah menempah 2 Tiers Kek Steam Buttercream + 1 Tiers Cupcakes sebagai kek perkahwinan untuk majlis yang berlangsung pada Bulan Dec yang lepas. Pihak Rbecca Cookies, cake & Cupcakes / Rbecca Wedding gallery mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada Mala sekeluarga kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk memeriahkan lagi majlis yang bersejarah itu. Disamping itu kami juga mengucapkan Gong Xi Fa Cai pada pembaca sekalian.
______________________________________________

Hi, Happy Chinese New Year.... This is a wedding events for Mala from Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor on last Dec 2010. 2 Tiers Steam Buttercream Cake + 1 Tiers Cupcakes is ordered by Mala for this function. We would like to thanks Mala & Family for all their support.
















Suami dan Isteri terperosok bawah Bas ~ Sungai Rapat Online

Posted: 10 Sep 2011 07:55 AM PDT


Sepasang suami isteri bukan hanya ditakdirkan mati bersama, tetapi lebih menyayat hati mayat si isteri ditemui dengan senaskhah surah Yasin di atas badan mangsa, dipercayai dibacanya sebelum kereta yang dinaiki bertembung bas Politeknik Johor Bahru (PJB) dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, pagi semalam.

Pasangan suami isteri itu yang juga peneroka FELDA Lok Heng Barat, Abu Sarimi, 63, dan isterinya, Zaharah Giser, dalam perjalanan ke rumah anak mereka untuk mengambil MyKad yang tertinggal.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi berhampiran ladang Lembaga Getah Malaysia (LGM) itu, Proton Iswara dipandu Abu, terperosok bawah bas berkenaan sebelum diseret lebih 20 meter, menyebabkan pasangan itu tersepit dalam remukan kenderaan itu.
Ketika kejadian, pasangan dari rumah di Blok 17 FELDA Lok Heng Barat, dalam perjalanan ke arah Kota Tinggi untuk ke rumah anak mereka di Larkin Perdana, Johor Bahru kerana Abu berhasrat mengambil MyKad miliknya yang tertinggal di sana, Rabu lalu.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menarik kenderaan yang terperosok itu sebelum mayat pasangan itu dapat dikeluarkan dari remukan kenderaan itu.

Pemandu bas PJB, Mohd Ismail Daud, 29, bersama 30 pelajar serta tiga pensyarah mereka yang menaiki kenderaan itu dalam perjalanan menghadiri kursus di Pulau Sibu dekat Mersing, bagaimanapun tidak cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Suhaimy Hashim, ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri itu mati di tempat kejadian. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, anak keempat mangsa daripada tujuh beradik, Suraya Abu, 30, mengakui pasangan itu dalam perjalanan ke rumahnya di Johor Bahru, kerana bapanya mahu mengambil MyKad yang tertinggal selepas mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Sultan Ismail, pada Rabu lalu.

Ayah berkeras nak memandu sendiri ke rumah kami walaupun dinasihatkan berulang kali supaya membatalkan hasratnya dan disuruh berehat kerana keadaannya yang kurang sihat.

Pagi ini, ayah ada hubungi beritahu nak datang ke rumah kerana mahu mengambil kad pengenalannya yang tertinggal. Kami tidak benarkan ayah memandu kerana tahu dia kurang sihat kerana menghidap penyakit semput dan gastrik. Lagipun kami adik beradik memang bercadang nak balik hujung minggu ini untuk mengadakan kenduri di rumah ayah, katanya.

Seorang lagi anak mangsa, Aida Abu, 34, pula tidak menyangka permintaan arwah bapanya yang begitu beriya-iya meminta mereka sekeluarga merakam gambar bersama-sama pada hari raya pertama lalu petanda ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini memang ayah tidak berapa kisah untuk mengambil gambar (dengan keluarga), namun pada hari raya kali ini dia bersungguh-sungguh mahu mengambil gambar bersama keluarga walaupun kami tidak memakai pakaian sama warna. Rupanya inilah kenangan terakhir kami bersama arwah sebelum dia pergi selama-lamanya, katanya.

Suami Isteri Maut Bertembung Bas Politeknik ~ Kemalangan Jalan <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 10:09 AM PDT

 Inalillahi Wainailaihi Rojiun

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandu si suami, Abu Saribi, 62, dipercayai terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang membawa 30 pelajar Politeknik Johor Bahru, di sini, semalam.


Kejadian yang berlaku di Kilometer 47 Jalan Johor Bahru- Mersing itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa, bersama isterinya, Zaharah Giser, 57, dari Felda Lok Heng Barat di dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya di Larkin Perdana, Johor Bahru.

Saksi kejadian, Nurakashah Kassim,26, berkata, dia yang duduk di barisan dua dari hadapan bas tersebut melihat sendiri kereta berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dinaikinya.

"Saya terkejut apabila melihat kereta dari arah hadapan tiba-tiba memasuki laluan kami. Bas yang kami naiki sempat mengelak sedikit namun kereta tersebut terus meluru ke arah bas.

"Kami yang begitu terkejut segera turun ke bawah sebelum pelajar di bawa menaiki bas yang lainnya untuk ke destinasi," katanya yang juga pensyarah di politeknik tersebut.

Katanya, mereka ketika itu dalam perjalanan untuk ke Tanjung Leman bersama dua lagi bas yang lainnya membawa pelajar jurusan pelancongan mengikuti kursus selama tiga hari dua malam.

Sementara itu, pemandu bas, Mohd Ismail Daud, 29, berkata, kereta yang dipandu mangsa meluru dari arah belakang sebuah lori sempat dielak namun tetap bertembung dengan bas yang dipandunya.

"Keadaan terlalu pantas apabila kereta tersebut tiba-tiba muncul dari belakang sebuah lori lalu terus menuju ke arah bas. Saya juga sempat mengelak namun kenderaan kami tetap bertembung," katanya yang sudah mempunyai pengalaman selama 8 tahun membawa bas.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Suhaimy Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan maut yang melibatkan pasangan suami isteri itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang bas yang lain terselamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Penumpang bas juga dibawa ke destinasi yang ingin dituju dengan menaiki dua bas politeknik yang lainnya," katanya.

Sumber: Sinar Harian
              Utusan Malaysia

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved