01 di benut - Google Blog Search |
Berdisiplin akan menjadi kunci kemenangan PAS <b>Benut</b> | Nusajaya <b>...</b> Posted: 28 Sep 2011 06:54 AM PDT BENUT, 28 September 2011: Antara yang dikenal pasti bagi membolehkan PAS meraih kemenangan yang gilang gemilang adalah dengan mendisiplinkan anggotanya setiap gerak kerja yang dilakukan. Kesungguhan ini ditegaskan oleh Pengelola PAS Dun Benut, Ustaz Atan Gombang dengan katanya penglibatan dalam PAS bukan dilihat untuk mengisi masa senggang mahupun ingin mencari keseronokan sebaliknya ia merupakan tuntutan agama. Sehubungan itu, menurutnya penggunaan masa wajar dititik beratkan memandangkan kebanyakannya tidak begitu menghiraukan hinggalah terbeban dengan kerja bertangguh. ''Antara kemenangan Islam adalah (menitik beratkan)disiplin. Manakala kekalahan juga berdasarkan disiplin. Contohnya dalam Dalam perang Uhud, kerana tidak dengar arahan Nabi saw supaya jangan tinggalkan Bukit Uhud, terjadinya kekalahan. ''Begitu juga (berdisiplin) dengan dapat tepati masa. Kalau janji datang marhaban pukul 8, kenalah datang time (masa) itu juga. Dalam PAS bukan untuk isi masa kosong, sampingan, saja-saja atau isi masa lapang'' ujarnya yang juga ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri Johor. Ketika ditanya mengenai pendekatan kerja yang terbaik, beliau berkata gerak kerja tersebut adalah dengan melakukan tugas secara tersusun dan mempunyai perancangan bukannya tergopoh gapah asalkan selesai. ''Semua kena serius dan berdisiplin. Tanpa disiplin kita tak akan menempah kejayaan. Kerja kena smart bukan hard'' ujarnya pada program Marhaban MTD Benut di Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa, di sini. Sejumlah lima buah rumah para pengundi telah dikunjungi ahli rombangan Marhaban MTD Benut sempana berada dalam bulan syawal." Sumber : MTD PAS Benut |
You are subscribed to email updates from di benut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |