ads

Jumaat, 16 Mac 2012

01 di kulai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kulai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 29 buah sekolah <b>di Labis</b> terima RM35 juta

Posted: 06 Jan 2012 03:07 PM PST

LABIS 6 Jan. – Sebanyak RM35 juta telah diagihkan kepada 29 buah sekolah di daerah kecil Labis dalam tempoh 2008 hingga tahun lalu bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan lain demi memastikan keadaan pembelajaran lebih selesa untuk para pelajar.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, ia melibatkan 22 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah dengan Sekolah Kebangsaan Seri Bali Chaah mendapat peruntukan tertinggi berjumlah RM15 juta untuk pembinaan bangunan baru yang telah pun digunakan bermula sesi persekolahan tahun lalu.

"Sekolah rendah antara yang paling banyak menerima manfaat daripada peruntukan tersebut dengan beberapa buah sekolah mendapat bangunan baru antaranya SK Sri Labis dan SK Pekan Air Panas yang masing-masing mendapat bangunan baharu tiga tingkat untuk keselesaan pembelajaran dan pengajaran.

"Diharap dengan peruntukan dan perkembangan terbaru itu, pelajar dan guru di dalam kawasan Parlimen Labis akan melipatgandakan usaha bagi memperbaiki pencapaian kecemerlangan pendidikan yang sedia ada pada masa akan datang," katanya ketika meninjau sesi persekolahan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis di sini semalam.

Sementara itu, Tee Yong turut mengambil inisiatif mencari dan mengedar borang permohonan wang sumbangan kerajaan sebanyak RM3,000 kepada Konstabel Khas (SC) dan Home Guard yang menjaga keamanan kampung di zaman darurat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, tumpuan diberikan bagi mereka yang menetap di kawasan Labis dan perjumpaan dengan Ahli Majlis Daerah Labis, ketua kampung dan pemimpin masyarakat telah diadakan bagi mencapai kata sepakat untuk membantu golongan itu mendapat hak mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved