Ahad, 6 Mei 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


***Jadual Allah <b>di</b> Malaysia part-i “Mimpi yang bernilai RM1juta <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 11:31 PM PDT

Salam ceria. Di awal era Rufaqa', anjang banyak bertugas di selatan khususnya di Johor kerana anjang masih bekerja sebagai guru di Madrasah Al Quran Waddin JB dan seterusnya sebagai Eksekutif Agama dan Kaunseling, Antara Steel Mills, Pasir Gudang, Johor. Ketika itu Johor di bawah Syh Nizam dengan nama Ruhama'. Biasanya anjang kena cover pimpinan di aera Pasir Gudang, Ulu Tiram, Kota Tinggi dan Mersing.

Menyampaikan kuliah-kuliah yang anjang dapat dari Syh Nizam kepada anak-anak buah di kawasan tersebut. Masa tu pegi di bawa oleh Syh Hasan Mohd Zin atau Ust Aziz Bachok. Maklumlah, anjang mana ada kereta. Kadang-kadang Amir Amzah hantarkan. Bonceng motor dia, tertidur-tidur atas motor. Mujur tak jatuh… Kalau tak, aruaaahhh anjang, "̮=D=))"̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮=D=))"̮, . Selalu sangat berulang alik ke Kota Tinggi, buat kuliah di pejabat Kilang Mi Syh Saadon. Masa tu Ali Saadon masih ligat dengan motornya. Tak tau la, merempit ke tak… ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Ustazah Fatimah, pembantu setia Syh Saadun di kilang. Ketika pergi, solat kat masjid Mujahadah. Mujahadah betul, sbb curam betul dari jalan utama.

Di Mersing pula, program di rumah Hj Sulaiman atau Syh Uzet atau Salim Forest yang masa tu duduk di Jemaluang. Di Ulu Tiram biasanya buat di rumah Azman. Pasir Gudang, rumah Pak Hashim Kemat atau Razak 'White Horse'. Kadang-kadang di bunglow En Malik Antara Steel. Anjang tak lupa juga kawan-kawan di Lok Heng. Selalu juga ke rumah Pak Imam Salleh dan Cikgu Rosnan.

Bila dengar berita anak kak Salimah bermimpi tentang kedatangan Abuya, teringat balik kawan-kawan di sana. Untungnya kita ada bonda UJ ra yang boleh berhubung terus dengan baginda Rasul saw. Bertanyakan status mimpi tersebut. Mimpi anak ini rupanya bukan mainan tidur. Ia adalah panduan. Mimpi itu nak memberitahunya dan semua orang bahawa Abuya masih hidup. Abuya belum mati. Allahu Akbar!!!.

Rupanya Tuhan nak salurkan berita ini melalui orang yang pernah mendapat pendidikan Al Arqam. Orang yang masih lurus hati dengan Abuya. Orang yang sangat menghormati ibunya. Merujuk apa yang berlaku dalam hidupnya pada ibunya yang masih mengikut disiplin mursyid. Ya ibu dan ayahnya, walaupun nuuun jauh di dalam felda, taat berpuasa seperti semua kawan-kawan GI satu dunia. Berpuasa menagih janji Tuhan. Hadiah dari Tuhan kepadanya mendapat mimpi ini. Layaklah melihat dalam tidurnya suasana itu kerana rasa hambanya tinggi, rasa diri hina. Atas segala kekurangan dirinya. Moga-moga respon baginda Rasulullah saw akan menguatkannya untuk menyertai jemaah kebenaran dan menguatkan keyakinan kita semua bahawa kemenangan sudah sangat hampir.

-NM tolong jadikan hati kami rindu yang tak henti pada Abuya.
-NM tolong jadikan hati merasakan Abuya segala2nya.
-NM tolong layakkan kami bertemu Abuya

Kepada Cikgu Kamal Kota Mas, sampaikan salam ana buat Imam Salleh dan kak Salimah. Moga-moga ada rezki kita berjumpa…

Inilah kisah mimpi tersebut bagi yang belum sempat membacanya.

salam…baru-baru ni saya alami 1 mimpi yang sukar untuk saya percayai…1 mlm tu saya bermimpi orang Melayu sedang bergaduh tapi saya tak pasti sebab ape..tapi rase nye bergaduh sebab pilihan raya…

then mase tegah sibuk huru hara tu ade 1 van GISB lalu kat tengah-tengah orang ramai macam bawak 1 keranda…orang ramai sume berhenti dan tengok van tersebut…van tu berhenti dekat sebuah masjid dan ade orang2 keluar bawak keranda tu masuk dalam masjid..bile masuk dalam masjid tu orang semua nak tau ape benda tu…tibe2 ade orang keluar dari keranda tu dan die macam bace doa..lepas tu die berpaling ke orang ramai dan die macam terbang ke atas sikit.. mase tu orang tu tibe2 berubah wajah jadi Abuya…

Saya memang sangat2 terkejut…saya memang nampak jelas orang tu adalah Abuya..orang2 yang dekat dalam masjid itu terus macam kena histeria menjerit2..ade yang macam tak percaya dan ketakutan..riuh rendah masjid itu dengan suara orang menjerit…lepas tu mereka beramai2 bertakbir…Abuya duduk dpn die orang semua dan macam bagi ceramah sikit…Then dia keluar dari masjid itu ada seekor kuda yang atasnya ade seorang lelaki berbaju putih…then Abuya ikut orang itu dan terus hilang…

saya memang sangat2 keliru ape sebenarnya maksud mimpi tersebut…kenapa saya boleh dapat mimpi itu di saat ibu saya cakap Abuya akan balik bulan 5 ni…saya tak pasti mimpi tu cume mainan tido atau ape..banyak yang saya pikir kan..sbb saya bukan la orang yang alim..solat pun selalu tinggal..ibu bapa saya dulu merupakan bekas pengikut Arqam..dan saya pun dah tinggalkan Arqam since darjah 2 lagi..mase arqam diharam kan..meskipun saya bukan orang yang baik dah tak join group ni tapi saya selalu ikuti perkembangan GISB…sebab ibu dan ayah saya sampai sekarang masih lagi bersama group ni…ibu saya juga cakap die tengah berpuasa untuk mohon Abuya pulang….saya sangat2 keliru dengan mmpi ni…harap ada yang dapat membantu..

saya tak nak la orang kenal saya…cume saya bagitau saya memang tak menipu pasal mimpi saya
tu… saya ni dulu bekas anggota Al Arqam juga…tapi masa saya kecik2 dulu
dulu…saya dah lame tak ikut al arqam…tapi ibu saya masih kuat lagi pegangan die dengan Abuya…saya orang Kota Tinggi Johor..kalau anda semua tanya orang kota tinggi ibu saya mesti die orang kenal..nama dia Salimah..saya tak nak besarkan benda ni sebab saya bukan la orang macam anda semua…saya ni orang yang penuh
dengn dosa…tapi saya masih lagi percaya dengan Abuya walaupun kadang2 banyak
perkara yang boleh dipertikaikan secara lahirnya..ibu saya kate mungkin
mimpi tu nak suruh saya kembali jadi orang yang baik…tapi saya berani
bersumpah saya memang alami mimpi tu..

Itulah mimpi yang bernilai RM1juta malah mungkin lebih lagi.
Ampun maaf.

@Bilik Suluk Villa GI Irbid,
8.51am, Mei 7, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Syeikh Abdul Ghani Nabulsi membahagikan mimpi yang benar kepada lima kategori, iaitu:

1.   Pandangan yang telus dan jernih oleh seorang yang soleh tentang sesuatu yang benar-benar terjadi sebagaimana yang dilihat dalam mimpi. Inilah mimpi yang dikenali sebagai salah satu daripada empat puluh enam sifat kenabian, termasuk mimpi Rasulullah saw. memasuki Kota Makkah dan Nabi Ibrahim as mengorbankan anaknya. Seorang pentakwil mimpi pernah berkata, "Beruntunglah orang yang melihat mimpi yang benar, kerana mimpi itu datang secara langsung daripada Allah SWT, tanpa perantara."

2.   Mimpi yang berupa peringatan atau teguran secara langsung daripada Allah SWT. Rasulullah saw pernah bersabda, yang maksudnya: "Mimpi yang baik ialah mimpi yang mana engkau melihat Tuhanmu, atau nabimu, atau ibu bapamu yang muslim." Seseorang bertanya," Ya Rasulullah, dapatkah orang melihat Tuhan?" Baginda menjawab, "Raja melambangkan Tuhan, dan Tuhan ialah raja dalam mimpi seseorang."

3.   Mimpi yang diperlihatkan kepada kita oleh malaikat, iaitu Siddiqun. Malaikat yang diredhai ini mungkin datang dalam mimpi seseorang dan dengan izin Allah menyingkapkan sebahagian daripada apa yang diajarkan oleh Allah SWT. kepadanya daripada apa-apa yang tertulis di Loh Mahfuz. Allah SWT juga mengajarnya untuk memberikan perumpamaan dan cara penyampaian yang dapat difahami oleh manusia.

4.   Mimpi yang menampilkan kiasan, atau simbol yang dapat difahami maksudnya. Mimpi sebegini datang daripada roh yang baik atau jiwa yang diberkati, misalnya ketika malaikat datang dan berkata, "Isterimu ingin meracunimu melalui tangan sahabatmu, si polan." Dalam kes ini, malaikat atau jiwa yang diberkati itu secara tidak langsung memberikan isyarat bahawa sahabatnya mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, kerana penyelewengan memerlukan perancangan tersembunyi, dan racun membawa konotasi penyamaran.

5.   Mimpi yang melibatkan penyaksian. Misalnya, melihat diri sendiri memukul dram, atau memainkan alat muzik dalam masjid atau tempat ibadat. Dalam kes sebegini, mimpi tersebut boleh bermaksud meminta ampun atas dosa secara terbuka. Unsur penyaksian ini menampilkan perkara yang berlawanan dengan apa yang dilihat seseorang itu, misalnya melihat dirinya menari, atau membaca Al Quran dalam bilik mandi. Dalam kes ini, perkara tersebut bermaksud dia akan terlibat dalam suatu skandal dan reputasinya akan musnah, kerana bilik mandi (hammam zaman dulu) ialah sebuah tempat umum, di mana rahsia peribadi seseorang boleh menjadi bocor jika tidak berhati-hati terhadap tingkah lakunya di situ.

Mimpi kanak-kanak juga mempunyai kebenaran, kerana Nabi Yusuf as ketika berusia tujuh tahun telah melihat dirinya dan saudara-saudaranya dalam mimpi. Mimpi seorang wanita ketika haid juga mempunyai kebenaran kerana sebahagian agama melihat wanita tidak perlu melakukan mandi wajib jika hendak kembali menunaikan ibadah.

Nabi Daniel as menjelaskan bahawa malaikat mimpi Siddiqun ialah malaikat yang paling besar. Jarak antara bahu dengan telinganya sama dengan tujuh ratus tahun perjalanan berjalan kaki. Perumpamaan malaikat ini ialah seperti matahari. Jika terbit, maka terang-benderanglah segala sesuatu. Dengan izin Allah SWT dia mengajar kaum muslimin, membimbing mereka dan menjelaskan kepada mereka ketentuan-ketentuan tersembunyi bagi mereka, sama ada baik atau buruk, di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Ketika dia membawa sesuatu peringatan, atau menyampaikan potongan berita dalam sesebuah mimpi, ia bertujuan untuk membantu seseorang menghadapi kesukarannya dengan kesenangan, ketetapan hati serta tanpa tekanan ketika perkara itu terjadi.

Mimpi yang benar seperti ini biasanya terjadi dalam beberapa hari selepas kesukaran tersebut dihadapi. Mimpi ini datang sebelum fajar atau selama hari siang. Ja'afar Al Sadiq pernah berkata, "Mimpi yang benar ialah mimpi yang terlihat ketika tidur di siang hari."

Kadang-kala, seseorang berhasil melakukan sesuatu dalam mimpinya, tetapi hakikatnya ia bermaksud orang lain, umpamanya isterinya, anaknya, rakan pemiagaannya, atau orang lain yang mempunyai nama yang sama dengannya. Perkara sebegini terjadi kepada Abu Jahal ketika dia bermimpi melihat dirinya menerima Islam dan mengucapkan sumpah di hadapan Rasulullah saw Abu Jahal mati sebagai seorang kafir dan anaknyalah yang melaksanakan apa yang terlihat dalam mimpi bapanya.

Ummu Al Fadl pernah menemui Rasulullah saw dan berkata, "Ya Rasulullah! Aku melihat mimpi yang buruk."Baginda menjawab, "Semoga mimpi itu diberkati." Wanita itu menyambung, "Aku melihat sepotong dagingmu diletakkan di pangkuanku." Rasulullah saw tersenyum dan menjawab, "Puteriku, Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau akan memangkunya." Tidak lama kemudian, Fatimah ra melahirkan seorang anak lelaki, dan Ummu Al Fadl meletakkan bayi itu di pangkuannya.

Menurut Imam Jami, Zulaikha ialah seorang permaisuri yang cantik dan puteri seorang raja dari sebuah negeri di barat laut Afrika. Ketika masih muda, Zulaikha bermimpi tentang seorang pemuda tampan yang memiliki keindahan, kebaikan, kesucian, dan kejujuran yang menawan, dan beliau jatuh cinta terhadap lelaki itu. Zulaikha memendamkan cintanya itu secara diam-diam. Mimpi itu terjadi tiga kali, dan pada kali ketiga, beliau memberanikan dirinya untuk bertanya pada lelaki itu nama dan asal-usulnya. Dalam mimpi itu, lelaki tersebut tidak memberitahu namanya tetapi mengatakan bahawa dia ialah menteri kerajaan Mesir. Demikianlah, lelaki dalam mimpi tersebut menarik seluruh perhatian Zulaikha.

Akhirnya, bapa Zulaikha mengetahui alasannya menolak pinangan raja dan putera dari seluruh pelusuk dunia kerana mempersiapkan diri hendak berkahwin dengan menteri kerajaan Mesir. Ketika rombongan Zulaikha sarnpai di Mesir, beliau mengintip melalui tirai dan melihat bahawa lelaki yang menjadi wazir Mesir bukanlah lelaki yang dilihat dalam mimpinya. Kemudian, dalam mimpi yang lain, Zulaikha diberitahu bahawa menteri Mesir yang dicintainya itu bukanlah menteri yang ada sekarang ini, tetapi orang inilah yang akan melindunginya sehingga dia bertemu dengan lelaki dalam mimpi yang dicintainya itu. Zulaikha menanti dengan penuh rindu dan yakin.

Suatu hari, seorang pedagang asing telah menemui Nabi Yusuf as dalam sebuah perigi lalu membawanya untuk dijual di Mesir. Setiap orang yang merasa mampu ingin membeli Nabi Yusuf as, tetapi takdir menentukan baginda jatuh ke tangan Zulaikha, yang telah mendapat pengetahuan tentang erti Sebenar daripada pemberian Ilahi. Setelah suaminya meninggal dunia dan beliau kehilangan kecantikan, kemudaan, kesihatan dan kemuliaannya, barulah Nabi Yusuf as dilantik menjadi menteri kerajaan Mesir. Baginda dapat membezakan yang sejati daripada yang sementara dan yang palsu. Berkat doa baginda, Allah SWT. mengembalikan kesihatan, kemudaan dan kecantikan kepada Zulaikha dan mereka berkahwin dalam kesucian dan peribadatan yang murni kepada Allah SWT

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


.: ~ Setengahari <b>di KUKUP</b> ~

Posted: 05 May 2012 07:00 PM PDT

Hari ahad lepas aku dan family asben p makan kat Kukup, Pontian. . . . 
cz bapa mentua nak belanja adik beradik asben sempena besday dia. . . 
biasanyer orang pergi ke Kukup mestilah nak makan seafood. .. .
so mentua order udang mentega, udang goreng nestum, sayur kailan, ikan siakap stim, 
ikan siakap tiga rasa, ketam masak telur asin n sotong masak tak tau. . hehehe
ketam masak telur asin, 1st time aku makan ketam masak cam gini. . . .
semua orang syok menikmati makanan
aku ni dah kenyang nih. . . hehehehe

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Kami menaiki keretapi <b>di Kluang</b> Mall... hihi - YA ALLAH.. MATIKAN <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 08:11 AM PDT

                                          PACIFIC : Kluang Mall...

                                                   Iman.. muka tengah seronok sbb dapat naik ketapi.. hihi                                          Naim.. senyum jer... Iman dah mula rasa cemas... :)                                          Iman.. tak mau naik ketapi... mama terpaksa pujuk dengan menaikkan diri mama ke dlm ketapi ni.. huhu :)                                          Tengah pujuk Iman yang dah me;lalak.. :)                                          Ketapi bergerak ngan lancar.. :)                                          Sebenarnyer.. mama pon cemas gak.. bila ketapi tu posing... takut wooo... hihi                                          Masih lagi melalak... :)                                          Ketapi ni cam perlahan jer gerak ... mama yang cemas.. hihi                                          Dan masih lagi melalak.. Iman.. Iman.. :)                                          Lambar bebenor ketapi ni nak berenti.. :)                                            Terpaksa jua mama pujuk Iman.. :)                                          Masih lagi berusaha memujuk Iman yang tak mau berenti melalak.. :)
                                          Hanya kami tiga beranak jer yang naik ketapi ni.. haruuuu :)                                                     Pusing jer 4.. 5 kali.. bila nak berenti tau.. huhu                                                    Naim pon berair gak mata.. takut tu.. hihi                                                   Aittt.. nangis lagi.. :)                                          Sib baik ketapi tu muat ngan mama.. hihi                                                    Sumie ngan Adam.. tengok jer la... diaorang ni takut.. :)                                                    Naim.. sedang.... nangis... haruuuu.. :)                                           Barula nak berenti ketapi.. naik sesak dibuat nyer.. :)

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


syafiqa-belle: Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang

Posted: 05 May 2012 10:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hari pertama di Parit Jawa, Syafiqah telah ditugaskan menjadi 'Driver tanpa gaji' kepada watak sampingan pertama dalam cerita ni. Siapa lagi kalau bukan Mai atau nama penuhnya iaitu Nabiha Maisarah. Kalau nak ikutkan ...

ads