Ahad, 8 Julai 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA TINGGI 31 Dis. – Sebanyak RM3.16 juta diagihkan kepada 874 peneroka dari empat tanah rancangan Felda dalam kawasan Kota Tinggi bagi membantu mereka dalam program Skim Insentif Tanaman Semula Sawit (SITS), di sini semalam.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia boleh dianggap sebagai durian runtuh buat peneroka yang mana masing-masing mendapat RM4,000 seorang beserta bonus insentif produktiviti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu belum lagi termasuk bantuan one off RM500 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini akan menjadi galakan kepada penduduk dan diharap digunakan sebaiknya.

"Apa yang kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini akan menjadi penaung untuk warga peneroka terus tingkatkan komitmen dan produktiviti masing-masing," katanya ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Felda Lok Heng Barat, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain; wakil Pengurus Felda Wilayah Selatan, Saifullah Md. Nor dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat MPOB, Dr. Burhanuddin Abd. Salam.

Empat tanah rancangan Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur.

Sementara itu, wakil peneroka Felda Lok Heng Timur, Bakri Sahadan berkata, ini merupakan hari paling bahagia apabila menerima peruntukan tersebut.

"Walaupun sering diasak oleh penduduk kampung berkenaan perkara ini setiap kali mesyuarat diadakan, pada hari ini kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberikan peruntukan ini," katanya.

Ketua peneroka Felda Bukit Easter, Daud Kamsani pula berkata, penantian penduduk selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian tersebut dan berharap agar semua penerima akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


http://ecatir.blogspot.com : Beriadah <b>di</b> Taman Rekreasi <b>Tangkak</b>

Posted: 08 Jul 2012 05:34 PM PDT

Dah hari Isnin dah.. cepatnya masa berlalu.. :)
Ni cerita minggu minggu lepas lepas punya... :)
Nama tempat tu.. aku create sendiri.. tak tau la apa nama betul dia... 
Dari rumah ke Tangkak... tak jauh mana... 
Saje bawak budak budak beriadah sket... takde la bosan sangat. 
Kat sini bessss sbb banyak sangat benda yang disediakan... 
Adik pun happy.. sbb ada susur pejalan kaki yg agak lebar... dan panjang.. 
Ramaiiiiiii orang kat kawasan permainan ni.  
So, adik ngan abg.. main la permainan yang takde orang nak main ni... :) 
Dannnnnnn... buaian dia besss.. ada ciri keselamatan sket la kan..  
Ok.. dah nak Maghrib dah... kita gerak pulang ye..
Nanti kita datang lagi..  
Setiap hujung minggu memang kami akan keluar.. 
Tak kisah la setakat amik angin ke.. tapi MESTI keluar.. 

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


http://ecatir.blogspot.com : Beriadah <b>di</b> Taman Rekreasi <b>Tangkak</b>

Posted: 08 Jul 2012 05:34 PM PDT

Dah hari Isnin dah.. cepatnya masa berlalu.. :)
Ni cerita minggu minggu lepas lepas punya... :)
Nama tempat tu.. aku create sendiri.. tak tau la apa nama betul dia... 
Dari rumah ke Tangkak... tak jauh mana... 
Saje bawak budak budak beriadah sket... takde la bosan sangat. 
Kat sini bessss sbb banyak sangat benda yang disediakan... 
Adik pun happy.. sbb ada susur pejalan kaki yg agak lebar... dan panjang.. 
Ramaiiiiiii orang kat kawasan permainan ni.  
So, adik ngan abg.. main la permainan yang takde orang nak main ni... :) 
Dannnnnnn... buaian dia besss.. ada ciri keselamatan sket la kan..  
Ok.. dah nak Maghrib dah... kita gerak pulang ye..
Nanti kita datang lagi..  
Setiap hujung minggu memang kami akan keluar.. 
Tak kisah la setakat amik angin ke.. tapi MESTI keluar.. 

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Senja <b>di Mersing</b> .. JUN 2012 - YA ALLAH.. MATIKAN KAMI DALAM <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 11:10 AM PDT

').attr('id','rainDiv') .css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)]) .css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Laman Rasmi: TIGA PROGRAM DATO&#39; FAUZI <b>DI</b> ROMPIN DAN <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 10:08 AM PDT

Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah menghadiri tiga program bersama rakyat di sekitar Rompin dan Endau pada 06 Jul 2012 baru-baru ini.  
Program pertama beliau adalah menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina sekitar Rompin di sebuah restoren Cina berhampiran Pekan Rompin.  Turut menjadi tetamu adalah YB Tian Chua (MP Batu) dan YB Zuraidah (MP Ampang) bersama pimpinan DAP dan PAS kawasan Rompin.  Hadir bersama juga adalah Ketua Cabang KEADILAN Rompin, Sdr Rabidin (Wak Rabidin).
Sambutan masyarakat Cina amat memuaskan dan ini merupakan satu sejarah di Rompin di mana satu majlis makan malam diadakan bersama dengan dihadiri oleh berbagai kaum termasuk kaum Orang Asal di Rompin.  Dato' Fauzi, YB Tian Chua, YB Zuraidah dan pemimpin PAS turut berucap ringkas pada jamuan makan malam tersebut.  Dato' Fauzi berjaya menarik perhatian kaum Cina apabila beliau berucap di dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir.
Selepas jamuan makan malam, Dato' Fauzi bergegas ke Markas PAS Tanjung Endau pula untuk berceramah.  Turut berceramah di sana juga adalah YB Zuraidah dan YB Tian Chua.  Kehadiran orang ramai di Tanjung Endau iaitu satu kawasan kubu kuat Umno di Johor itu boleh dibanggakan.  Dato' Fauzi banyak mengimbas kembali sejarah perjuangan pemimpin Umno dahulu yang sanggup berkorban harta mereka demi memperjuangkan nasib rakyat.  Pemimpin Umno mula mengira harta benda dan kepentingan diri serta keluarga dan kroni masing-masing bermula di zaman Tun Mahathir hinggalah sekarang.
Walaupun agak kelewatan untuk Dato' Fauzi berceramah di Dataran Rompin selepas itu, beliau tetap hadir ke sana untuk menemui masyarakat setempat yang ramai hadir di situ.  Di Dataran Rompin, YB Tian Chua dan YB Zuraidah juga berkesempatan berucap sebelum ketibaan Dato' Fauzi.  Di kesempatan itu, beliau mengambil masa yang agak panjang untuk berbual mesra bersama masyarakat dan pimpinan setempat di sebuah kedai makan berhampiran Dataran Rompin. 
Keseluruhannya, program yang diadakan di Rompin dan Endau amat berjaya di mana semua program yang diadakan mendapat sambutan yang baik.  Satu petanda bahawa Rompin bukan lagi kawasan selamat buat Umno/Bn.  Melihat kepada sambutan rakyat setempat di Endau pula, memang benarlah seperti yang didakwa, Johor juga kini terancam dengan kemaraan Pakatan Rakyat.  InsyaAllah, Pahang dan Johor bukan negeri yang didakwa oleh Daim Zainuddin sebagai di antara negeri yang kekal di bawah Umno/Bn.

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang <b>di Parit Raja</b> (1991 <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT


Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.
Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.
Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.
Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama.
Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya.
Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah 'Parit Raja'.
Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.
Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.
Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.
Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian.
Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam.
Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.
Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu.
Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu.
Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.
Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan.
Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.
Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain.
Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.'
Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh."
Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988.
Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.
Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolio Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.
Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.
Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.
Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera.
Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh.
Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Cafe Awana Restoran Kopitiam, <b>Gelang Patah</b>, Nusajaya « Makan <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 04:59 PM PDT

Cafe Awana kat pekan Gelang Patah, Johor Bahru ni adalah satu-satunya cafe ala-ala kopitiam Melayu yang terdapat di sini. Sebelum kita tengok keunikan Cafe Awana mari kita selami dulu latarbelakang Gelang Patah ni dulu ye…

cafe-awana-gelang-patahGelang Patah ni sebenarnya terletak sebelah je dengan Nusajaya yakni Nusajaya yang mengandungi Kota Iskandar- pusat pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor -JSNAC. Nusajaya nilah juga yang terdapat Bandar Medini yang juga menempatkan Legoland Malaysia. Legoland Malaysia kini sedang dalam pembinaan dan akan dibuka pada bulan September nanti.

Malangnya Gelang Patah ni tak dibangunkan seiring dengan pembangunan mega yang dijalankan di sebelahnya iaitu Nusajaya. Kalau kita pergi ke Gelang Patah ni macam pekan koboi je (cowboy town kalau yang kat Air Keroh tu best juge..) Suasana sekitarnya juga amat biasa-biasa jer , landskapnya juga biasa-biasa je..kemudahan pejalan kaki dahlah amat menyedihkan , tak mesra pejalan kaki (disable) dan tak mesra OKU.

Wakil Rakyatnya iaitu ADUN Bahagian Nusajaya digesa agar bangunkan lah pekan Gelang Patah supaya jgn jadi pekan koboi sedangkan Legoland Malaysia akan dibuka kepada pelancong dari seluruh dunia pada bulan September 2012 ni. Banyak perkara boleh dibuat oleh ADUN Nusajaya ni  antaranya:

1.Yang paling utama-bangunkan Food Court Berpusat supaya nasib gerai-gerai anak bangsa yang bertaburan dan keadaan gerai-gerai usang yang menyedihkan tu dinaikkan taraf sekurang-kurangnya macam Food Court yang diuruskan oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS Berhad ). Harap jangan lah jadikan peniaga anak-anak bangsa kita tu sebagai  peniaga-peniaga kelas bawahan yang tercicir dari pembangunan mega projek 1Malaysia. Jangan biarkan mereka dipandang dan diperlekehkan sebagai peniaga-peniaga kelas bawahan ataupun peniaga-peniaga gerai yang hanya layak berniaga di sudut-sudut jalan, sudut-sudut padang kawasan lapang atau peniaga-peniaga nasi lemak  tepian jalan yang sungguh menyedihkan  .

2. Yang Kedua -Suasana persekitaran pekan koboi Gelang Patah – upgradekan lah pekan tu , bina walkway yang mesra pejalan kaki dan OKU macam kat Melaka ke Singapore, YAB ADUN Nusajaya boleh pergi ke Singapore kalau nak dapatkan idea, bukannya jauh pun 40 minit naik SUV Mewah, Besar dan Laju tu dah sampai Orchard Road – Singapore dengan melalui Second Link Bridge ke Tuas Singapore. Tanam lah pokok-pokok dan pokok-pokok renek yang cantik-cantik. Kalau pelancong-pelancong dari Jepun, Taiwan , China, Singapore datang singgah ke Gelang Patah tak de la malu dengan suasana koboi pekan Gelang Patah sekarang ni. Apalagi la kalo pelancong dari Jerman, Nederland, Spain, USA, Uk datang lagi la malu

3. Yang Ketiga- pelancong asing Eropah dan Asia yang maju suka berjalan kaki, jadi jadikan pejalan kaki tu lebar dan boleh disampaikan ke seluruh pekan koboi Gelang Patah tu, jadi rangkaian pejalan kaki (pedestrian walkways network) perlulah dirangkaikan dengan pokok-pokok yang redup dan dihiasi dengan pokok-pokok renek yang cantik mata memandang. Harap YB ADUN Nusajaya dapat ambil perhatian terhadap perkara ni. Takkanlah sampai Perdana Menteri Najib Tun Abd Razak pun nak settle isu-isu macam ni. Kalau Tun Mahathir tengok ni dan dia jadi PM lagi sekarang ni mesti dah kena tegur.

4.Yang Kempat-kebersihan pekan koboi ni mohon YAB Adun Nusajaya ambil perhatian, rumah kedai-kedai yang atasnya didiami oleh pekerja-pekerja asing Bangla, Nepal dan Vietnam ni memang agak kotor, diorang buang sampah sesuka hati jer dari atas tempat tinggal diorang ni, Astagfirullah bersepah dengan sampah kat bawah-bawah rumah-rumah  kedai ni.

Kalau kita tengok seakan-akan pekan ni dianak-tirikan oleh Kerajaan Negeri Johor sedangkan Legoland Malaysia, Medini Nusajaya, Indoor Theme Park di Puteri Harbour dan Kota Iskandar yang bertaraf kota Metropolitan Antarabangsa cuma 5 minit jer naik kereta. Lebih kurang macam pekan koboi Kajang dengan Putrajaya.

Dalam Kota Iskandar pula terdapat Puteri Harbour  ala-ala Mediterranean yang menempatkan pelabuhan kapal-kapal layar yang akan menerima kedatangan kapal-kapal layar dari seluruh dunia.

Banyak nak diceritakan pasal nasib malang Gelang Patah yang sedihnya ketinggalan dari segi pembangunan fizikalnya yang tersepit antara pembangunan Metropolitan disekelilingnya.

cafe-awana-gelang-patah2Walaupun begitu Cafe Awana ni dapat meredakan sedikit kepedihan suasana terbiar bandar Gelang Patah ni. Paling membanggakan restoran ni berjaya dapatkan kebersihan Taraf A dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Klik untuk Zoom

ads