ads

Khamis, 19 Julai 2012

01 di masai johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di masai johor - Google Blog Search


Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

01 di pontian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


Kerja <b>Di Pontian</b> | Naik Bot Lagi... - diAm iTu biJaksAna

Posted: 16 Jul 2012 10:57 PM PDT

berkurun da draf entry tapi nak citer jugak... hahaha

tahun ni keje asik naik bot jek,, macam da muak pulak,, bot, air, bot, air,, hhaaaaaaa

Pontian destinasi lawatan tapak ke-2 selepas Muar,,,2 kaedah iaitu jalan laut dan jalan darat... untuk jalan laut ni  4 jam di atas bot di ketika tengahari buta,,, ape dapat nyer..? SUN BURN ! sampai la ni ada lagi sun burn nyer...


wif sham,, kali ni dia tak mabuk..

lelaki² dalam seksyen aku,,, 

macam biasa, tengok kuala sungai..
perusahaaan ikan laut dalam sangkar 
kastam untuk ke seberang..
kejap,, nak betul kan baju,, angin kuat banget sih ! hahaha



lawatan tapak melaui laluan darat pulak... sopan je berbaju kurung,, ahaksss
jeti rekreasi.. dekat da dengan uma mak long (makcik MRK)
saje nak test kuat ke tidak buai ni.. **itu adalah boss i..***
ingat nak try gelongsor tu,, muntut i tak muat la pulokkk...
jongkang jongkit pun aku try...

last but not least,, ni kat area tampok,,, kot la,,
abis keje di Pontian... ada lagi tapak yang nak di lawat ni,,, tunggu la entry nyer yek

TERIMA KASIH KEPADA FOLLOWERS DAN SILENT READER KERANA SUDI MEMBACA ENTRY NI...

01 di permas jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di permas jaya - Google Blog Search


Cebisan Kenangan Dalam Kehidupan: Kemelut <b>Di</b> Muara Kasih

Posted: 19 Jul 2012 02:07 AM PDT

Insya Allah esok atau lusa kita akan menyambut 1 Ramadhan... Tahun ini, giliran menyambut puasa ialah di Kota Tinggi.. Jangan sangka sambut raya sahaja ada giliran yer!... Nak menyambut puasa pun, ada giliran tau! Oleh kerana tahun ini 1 Syawal giliran balik Parit Sulong, maka 1 Ramadhan akan disambut di Kota Tinggi.. Adil kan?


Masih saya ingat di tahun 2009, sewaktu baru pulang dari luar negara, giliran menyambut 1 Syawal jatuh kepada keluarga suami.. Jadi, untuk menyambut 1 Ramadhan sudah semestinya milik keluarga saya. Namun, oleh kerana tahun 2009 itu merupakan tahun pertama kami berpuasa dan beraya di Malaysia setelah 'puluhan' tahun tidak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga, maka kedua-dua belah keluarga sudah berebut-rebut merancang sambutan awal puasa bersama kami sekeluarga.

Demi menjaga hati ibu saya, saya berusaha menelefon ibu dan bapa mertua saya untuk memohon keizinan menyambut puasa bersama keluarga saya di Parit Sulong atas alasan adik-beradik saya semuanya balik kampung untuk bersama-sama menyambut awal Ramadhan. Lagipun, 1 Syawal nanti, kami akan beraya di Kota Tinggi, jadi berilah peluang untuk kami menyambut 1 Ramadhan di Parit Sulong.

Mak mertua saya bersetuju dan mengizinkan... Namun rupa-rupanya bapa mertua tidak begitu bersetuju. Jadi, sebagai anak yang baik dan 'never say no to his parents', suami saya bersama anak-anak pulang ke Kota Tinggi petang itu untuk bertemu dengan ibu dan ayahnya.. Saya tidak dapat turut serta kerana tidak dapat bercuti atau dengan erti kata lain, simpan cuti untuk hari raya!...

Di rumah, saya sudah bersiap-siap 'packing' barang untuk pulang ke Parit Sulong. Sehingga jam 12 malam saya menunggu suami dan anak-anak pulang ke rumah, namun menjelang jam 2 pagi, barulah suami tiba di rumah... Adik-adik di kampung, seorang demi seorang, hantar sms, bertanyakan di mana kami, dan bila mahu sampai ke Parit Sulong. Setelah suami berehat seketika, barulah kami pulang ke Parit Sulong. Menjelang waktu bersahur, kami akhirnya tiba di Parit Sulong. Dapatlah jugalah kami merakamkan detik menyambut awal Ramadhan bersama keluarga Parit Sulong.

Sejujurnya, saya suka kehidupan di UK.. Tidak perlu bergaduh, bertengkar, merajuk, merengus setiap kali tiba bulan puasa dan raya. Biarlah tiada baju raya, atau kuih raya.., atau selepas solat hari raya sahaja, suami perlu masuk lab, tidak mengapalah...

Itu pengalaman saya.. Bagaimana dengan rakan-rakan di luar sana? Ada yang mengalami kemelut dan dilema seperti saya?

Majlis Perkahwinan <b>di</b> Dewan <b>Parit Sulong</b> ( 30/06/12 ) | :::ARA <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2012 06:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]:::ARA CANOPY:::: menyediakan sewaan canopy di sekitar Batu Pahat dan Parit Sulong. Subscribe. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

01 di pagoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Lagi samseng Umno ganggu ceramah Izzah <b>di Pagoh</b>

Posted: 17 Jul 2012 04:28 AM PDT

PAGOH : Kemaraan Pakatan Rakyat (Pakatan) ke Johor tidak mampu dibendung oleh Umno BN.

Buktinya pada ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam tadi turut diganggu sekumpulan samseng Umno.

Mereka yang memakai baju Umno dan Jati termasuk kanak-kanak diupah membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.

Kumpulan itu turut melaungkan sorakan 'tibai' dan 'liwat', malah kain rentang yang tertulis "PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami" juga dikibar.

Provokasi menjadi lebih panas sebaik Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil tempat untuk berucap. Bagaimanapun, gangguan berjaya dihalang oleh petugas Unit Amal.

Dalam ucapannya, Izzah meminta hadirin tidak takut dengan provokasi murahan Umno itu.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian," tegas Izzah.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti.

"Di Selangor, pelbagai kejayaan dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun ke atas menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM2,500, sumbangan tersebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

"Bantuan Pendidikan sebanyak RM1,000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan pelbagai lagi inisiatif yang diberikan untuk kesenangan semua rakyat Selangor," jelas Izzah.

Beliau berkata, Pembangkang akan menunaikan segala janji apabila berjaya memenangi pilihan raya nanti.

"Sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, pendidikan percuma akan diberikan kepada semua mahasiswa, tol akan dihapuskan, gaji minima RM1,100 dan harga petrol diturunkan.

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman Umno yang memerintah lebih dari 50 tahun, amalan rasuah dengan pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni dan rakyat yang terus tertindas harus dihentikan," kata beliau.

Sebelum ini, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved