Khamis, 2 Ogos 2012

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Berasa Optimis DUN <b>Benut</b> Boleh Beri Kejutan – Syed Othman <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 05:48 PM PDT

image

PONTIAN – Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut mampu melakarkan kejutan dalam Pilihan raya Umum ke 13 (PRU) nanti kerana berjaya menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan.

Katanya, sepanjang pemantauan sebagai Penyelia PAR Johor, Benut antara yang aktif melaksanakan agenda kebajikan dan banyak menerima aduan daripada masyarakat setempat.

"Saya ini bekas pemimpin UMNO. Dia (UMNO) kalah kepada aktiviti kebajikan. Syabas saya ucapkan kerana mampu menterjemahkan erti sebenar hasrat parti kita membangun 'Negara Berkebajikan'.

"Dahulu, Pilihan raya Umum 12, siapa sangka Selangor berjaya ditawan. Justeru itu, peluang cukup tinggi di Johor termasuk Benut kalau tidak berlakunya banyak penipuan dalam PRU nanti.

" Jangan perkecilkan setiap calon yang bertanding. Ingin saya tegaskan, saya pernah ditemu bual oleh pelbagai agensi berita termasuk Berita Harian Singapura. Masuk satu muka surat penuh. Saya katakan yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO," tegasnya lagi.

Syed Othman berkata demikian ketika menyampaikan taklimatnya pada majlis Ramah Mesra PAR Johor bersama PAR Benut di pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia PAR Benut, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Pada majlis yang sama, Rombongan PAR Johor berkesempatan turun padang dengan menyantuni masyarakat di beberapa buah keluarga di kawasan Unit Peti Undi (UPU) Parit Mansor.

Terdahulu, program XPDC Kebajikan ini turut berjaya mendengar beberapa keluhan daripada anak muda yang menagih janji kerajaan Barisan Nasional bagi pembinaan gelanggang sepak takraw di kampung terbabit.

Beliau juga dipertemukan dengan masyarakat kampung setelah majlis berbuka puasa telah disertainya di Masjid Jamek Kampung Parit Mansor.

Bagaimanapun, Syed Othman turut dikejutkan dengan satu penemuan apabila ada pasangan warga emas hanya mendiami rumah yang usang dan hampir roboh serta mengharapkan ehsan mana-mana pihak untuk membantu.

Dalam pada itu, aduan-aduan yang diterima, pihaknya sedang berusaha untuk membawa ke peringkat lebih tinggi sebagai tindakan susulan.

Sementara itu, Syed Othman yang juga Ajk PAS Negeri Johor menyatakan penghargaan kepada pengurusan PAR Benut kerana banyak mendedahkan masalah rakyat melalui media massa dan media baru.

"Tahniah sekali lagi kerana Benut memenuhi kriteria. Yang pertama ada media sendiri iaitu facebook Mtd Pas Benut dan yang kedua berjaya tubuh pusat aduan.

"Dengan adanya dua elemen ini, satu usaha agar Ustaz Atan berlatih menjadi YB sebelum menang sebagai wakil rakyat," jelasnya lagi.

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Yakin <b>Gelang Patah</b> Punya Persaingan Sengit – Jui Meng <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 12:39 AM PDT

Rumah > Uncategorized > Yakin Gelang Patah Punya Persaingan Sengit – Jui Meng

image

SKUDAI – Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor melahirkan keyakinan bukan sahaja Parlimen Gelang Patah bakal mewujudkan persaingan yang sengit, malah membabitkan keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Bagaimanapun, Jui Meng menafikan berlaku pertukaran kerusi antara parti itu dengan DAP pada Pilihan raya Umum Ke 13 (PRU) sehingga menyebabkan hubungan rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR) itu dingin.

Dalam pada itu, beliau mengakui kadangkala wujud perubahan bagi kerusi tertentu pada saat-saat akhir namun setakat ini, ia masih kekal seperti sebelumnya.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh dijadikan isu berhubung desas desus kononnya akan berlaku pertukaran kerusi Parlimen Gelang Patah apabila Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau disebut-sebut akan bertanding di Parlimen terbabit, manakala PKR ditukarkan ke kawasan lain.

"Saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan PR untuk membuat keputusan siapa yang bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah sama ada DAP atau PKR. Itu bukan isunya yang penting adalah kemenangan.

"Hubungan antara PKR dan DAP juga tiada masalah. Baru-baru ini, saya dan Dr Boo menyampaikan ceramah di Pasir Gudang serta sambutan diterima semakin memberangsangkan," katanya dalam satu kenyataan.

ads