Isnin, 1 Oktober 2012

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 09:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 09:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2012 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 09:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PEZOL STYLEZ: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 3 <b>...</b>

Posted: 28 May 2012 08:03 AM PDT

Part yang paling aku suka...mandi time !! yeahhh!!
Excited sangat nak mandi air terjun kan...giler kau..sejokkkkkk!!
Tergetar-getar gak bila masuk air tuh..tau-tau la kan air bukit.
Memang puas gile..aku berenang ke sana ke mari
Segala jenis terjunan bagai sume kitorng buat...walaupun lompatan tak dpt markah penuh juri
Sekurang-kurangnya dpt gak lepaskan tekanan buat final projek sarjana muda
overall memang syiokkkkkk abes lah !!
Entry lepas yang mungkin korang tak tengok lagi. Jom terjah jap !!

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


&#39;Himpunan Hijau Lestari&#39; <b>di Pengerang</b> Ahad ini | Nusajaya Kini

Posted: 27 Sep 2012 01:56 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Sept — Satu himpunan untuk membela penduduk Pengerang daripada projek pembinaan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) akan diadakan pada 30 September, Ahad ini.

Perhimpunan anjuran Gabungan NGO Pengerang, dengan kerjasama Himpunan Hijau ini akan dijalankan di Dataran Sg Rengit, Pengerang. Antara isu yang dibangkitkan NGO berkenaan adalah isu pengambil alihan tanah penduduk di 10 kamung tradisi di Pengerang yang dikatakan berusia lebih 100 tahun.

"Penduduk seramai 28,050 daripada golongan petani, nelayan, peniaga, kakitangan awam dan swasta akan terlibat dalam pengambilan tanah menggunakan Akta Tanah Negara," kata pengerusi Himpunan Hijau Lestari Pengerang Anis Afida Mohd Azli kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, penduduk yang mempunyai kapasiti 80 peratus Melayu dan 20 peratus berbangsa Cina akan terkesan dengan pengambilan tanah tersebut.

"Persoalannya, kenapa kerajaan negeri tidak menjalankan projek itu di tanah milik mereka yang memiliki keluasan ribuan ekar, tapi sebaliknya mengambil tanah penduduk kampung?

"Sedangkan, tanah penduduk ini merupakan kawasan untuk mereka menyara kehidupan."

 Selain itu, isu kehilangan sumber kehidupan turut menjadi perhatian himpunan berkenaan di samping jaminan anak-anak dan generasi penduduk kampung akan diberikan peluang dalam sektor pekerjaan sebaik sahaja projek itu dimulakan.

"Dengan tanah yang diganti, adalah tidak sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti seperti sedia kala. 

"Golongan petani yang mempunyai tanah yang siap dituai pula perlu menunggu untuk menuai hasil kerana mereka perlu menm semula tanaman mereka, ini menjejaskan pendapatan penduduk."

 Beliau turut membangkitkan soal kesan alam sekitar kerana Pengerang terkenal dengan destinasi pelancongan, dan pembangunan projek tersebut dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan marin seperti dugong dan udang kara di sekitar kawasan Pengerang dan Sebana.

"Pembangunan projek ini akan merubah status pelancongan kepada perindustrian dan memberikan kesan kepada alam sekitar.

"Ia akan memberikan kesan kepada Desaru dan Sebana," katanya, merujuk kepada lokasi pelancongan popular di daerah tersebut. Malah, Anis Afida juga turut meluhakan rasa kesal kerana usahanya memelihara Pengerang seakan tidak dihargai oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang makluman daripada memorandum dan referendum yang dihantar pihaknya.

"Antara usaha kami adalah menghantar memorandum kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Perdana Menteri, sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

"Namun, respon yang diberikan tidak memuaskan. Ini membayangkan seolah-olah kerajaan lebih mementingkan ekonomi dan keuntungan berbanding kebajikan masa depan rakyat."

 Untuk maklumat lanjut berhubung perhimpunan tersebut, pihak jawatankuasa mempelawa orang ramai untuk melawat laman web www.hijau.info.

Sumber : themalaysianinsider.com

** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **
Daftar PASTI Gelang Patah 2013 Sekarang!
Mulakan Pengambilan Supplement Kesihatan Anda Hari Ini!
Jom Shopping Pakaian Muslimah Di SINI~~~

(Gambar) Himpunan Hijau Lestari <b>Di Pengerang</b> Catat Kejayaan <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2012 12:36 AM PDT

Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

LAPORAN LANGSUNG

11.45am: Juruacara Hishamuddin Rais mengetuai peserta perhimpunan untuk menyanyikan lagu Suara Rakyat dan membaca deklarasi Earth Charter.Deklarasi sama dicetak di baju hijau yang dipakai peserta.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa perhimpunan itu tamat dengan kehadiran 6,000 peserta.

Aktivis itu juga menggesa para peserta mengutip sampah ketika bersurai.Sumber polis menganggarkan 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini.

11.25am: Chua juga berjanji bahawa projek Rapid akan dihentikan sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya."Kita (PKR) sudahpun mewakili orang di sini. Peguyam kita telah mengemukakan petisyen terhadap projek ini di mahkamah," katanya.

11.20am: Pesuruhjaya PAS Johor juga berucap berhuung isu pembangunan lestari dengan pandangan bahawa parti itu menentang pembangunan yang hanya menguntungkan kroni.

Katanya, PAS akan mempertahankan hak orang Johor di Pengerang sekiranya berjaya menewaskan BN.Ketua PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng pula berucap mengenai prestasi MP Pengerang dalam mempertahankan hak warga Pengerang."Di mana Azalina? Adakah dia berada di hotel?

Katanya, Pakatan akan menghentikan semua "projek berbahaya" sekiranya berjaya merampas Johor.

11.10am: Anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan Clement Gan berkata negara jiran perlu bimbang dengan kerosakan alam sekitar di sini, kerana menurutnya ia juga akan menjejaskan negara tersebut.

"Bila saya lihat udang karang di sini, saya rasa kasihan kerana ia akan menjadi toksik, dan jika ia berenang ke Kuantan, ia akan menjadi radiokatif," katanya.

Ceramah kemudian diserahkan kepada pemimpin politik. ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa peserta supaya "menghijaukan" seluruh Johor dan Malaysia."Ini adalah untuk anak-anak kita pada generasi depan," katany ADUN Skudai itu.

10.45am: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan.

10.30am: Dalam ucapannya, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat berkata rakyat akan membuang kerajaan ke "tong sampah sejarah" sekiranya menggadaikan hak dan tanah mereka."Kita tidak mahu tanah kita menjadi tong sampah Australia dan Taiwan," katanya.

10.20am: Jumlah peserta perhimpunan di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada 3,000 orang apabila disertai kumpulan yang berarak.Presiden Jawatankuasa Bertindak Pengerang Prihatin (Prihatin) berucap di hadapan peserta perhimpunan.Kerusi yang dikhaskan untuk MP Pengerang Datuk Azalina Othman diketepikan untuk memberi ruang kepada VIP yang hadir.

10.15am: Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang.Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar.

10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa.Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini,  Azizan Yunos mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini."Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya.

Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai Lim Hwee Seng, seorang bekas guru di Pengerang yang melawati kawasan tersebut.Kereta yang digunakan Lim diparkir di hadapan kereta Azizan turut menjadi sasaran dalam serangan itu.

9.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara.

Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.

9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.

Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang".

9.05am:Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai.

7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain.

Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang.

"Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong.Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru. ~mkini




01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2012 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Pulasan 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:58 AM PDT

  • Street: No 28, Jalan Pulasan 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 26 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Dua Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 882
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 9, 2012 11:58 pm
  • Expires: 176 days, 17 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 5804ffaff2f7c28a

Jalan Bacang 2, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2012 06:49 PM PDT

  • Street: No. 22, Jalan Bacang 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
  • Auction Date: 30/7/2012
  • Property Description: An intermediate single storey terrace house
  • Land/Floor Area ( in sqft ): --
  • Tenure: Freehold
  • City: Johor Bahru
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 6, 2012 9:49 am
  • Expires: 173 days, 3 hours

Description

For Booking Hotline : 014-2789061 Suhaimi

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 9394ff6439b472e1

01 di stulang - Google Blog Search

01 di stulang - Google Blog Search


RESTOREN SEAFOOD PAK SOH, <b>STULANG</b> LAUT, JOHOR BAHRU

Posted: 27 Sep 2012 08:53 PM PDT

Di Johor Bahru, ada dua tempat yang femes dengan jaluran restoren2 seafood. Pertama di Senibong dan kedua Stulang Laut.

Tekak saya ni kurang serasi sikit dengan Stulang Laut KECUALI Restoren Pak Soh yang teramat marbeles SIAKAP STIM LIMAU dan tomyam seafood. Sapa2 yang first time rasa dua masakan ni pasti jatuh cinta!!

ADDRESS: 56-C Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, Johor Bahru

Kedai ni mengadap Selat Tebrau....pemandangan cantik.... angin nyaman....kalau ada awek sebelah gerenti bukan setakat siakap jer yang stim!!

Sempat jugak tu klik klik menu untuk tontonan bloggers ku semua cecece.....bolih la survey harga2 sebelum bawak awek dating. Malam tu saya bayar RM80 untuk 4 orang makan...siakap (large uihhh), tomyam seafood, sotong goreng tepung, bistik, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya dan minuman. Bolih laaa....mana ada seafood yang murah akhir zaman nih.

Jom terjah Restoren Pak Soh pulak.....!! 

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


<b>DI</b> UTM <b>SKUDAI</b> JOHOR – JOHOR | Mykeledek

Posted: 12 Sep 2012 03:51 PM PDT

Ada ramai kawan yang lepasan / belajar UTM Skudai nie. For sure sesiapa yang dapat belajar kat sini orangnya pandai pandai belaka + bertuah – my personal view.

Keadaan persekitarannya cantik. Sangat berbeza dengan keadaan persekitaran di Ex-University aku dulu. Nyaman je suasana kat sini :) Sesuailah tu dengan environment pelajar utk belajar. Tak gitu?

Ini bangunan cerap. Khabarnya salah satu tempat untuk tengok bulan ada kat sini. Tinggi dan OTW nak ke sini ada monyet2 liar. Pengsan. Dari kawasan sini je dah boleh nampak kawasan sekitar. Nice kalau jogging pagi2 nie.

Aku yakin kat sini tak 'sesak'

See, ada banyak lagi kawasan tanah lapang kat sini. Sesuailah tu nak baring2 ala2 bollywood. Masjidnya pun besar + cantik

Can you imagine one day aku akan berkonvo kat sini :) hihi

Ada tasik!!! hebat tak? Rasa macam nak memancing pun ada gak. Teringin nak belajar memancing sebenarnya. Oh, tempat idaman aku untuk melancong ialah Tasik Kenyir :) Aku bukanlah seorang yang bercita2 cita besar nak melancong oversea bagai haha. Percaya tak?

Comel kan? Disinilah tempat belajar idaman aku.

Related posts:

  1. TAIPING BANDAR WARISAN
  2. MAKAN NASI LEMAK DI SENIBONG, JOHOR BHARU
  3. DANGA BAY, JOHOR BHARU
  4. TAMAN WETLAND SI BUAH PINGGANG PUTRAJAYA
  5. JOM MEMANCING

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


"Pesta 1 Malaysia" <b>Di</b> Highway <b>Pasir Gudang</b> yg sungguh - Miss Mirror

Posted: 09 Sep 2012 06:11 AM PDT


Usai merayau  di  Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, kami mengorak langkah untuk membeli barang dapur di JJ Tebrau pula.... tapi tetiba di tengah highway...
Ribut taufan melanda..   inilah ribut paling dasyat pernah I nampak kat Malaysia buat setakat ni.. (paling dasyat tentulah di Bir Ali yg pernah I ceritakan dulu, ibarat filem Twister).

Apa pulak la kat depan tu?.

"Pokok tumbang la..."  Kata IRP...

Ha'a la... patut la keta depan tu tak bergerak... mari kita close up...


Mengenangkan tak nampak berlaku sebarang kemalangan jiwa, hati I tak de la gabra sgt ketika itu cuma  kebarangkalian paling teruk pun tentulah terpaksa tersekat lama dalam jem.. .. ah itu I tak kisah...  tapi tetiba..

"Better you gerakkan lagi keta you atas ni, pokok besar atas  tu pun  mungkin boleh tumbang"  Seorang pemuda tiong hwa yg sedang basah dlm hujan berkata2 pada IRP.

Aduhh ye ke?.   Tak terpikir pulak aku??.   Cemas aku tetiba.    Qistina mula merengek.  Shashal tetap tenang di kerusi belakang.

"Qistina pun dah terfikir dari tadi Ma...  ".   Aduh budak ni, menambah debaran aku je lahh.

"Maafkan saya... ini semua salah saya, lain kali kita takyah gi Pasir Gudang lagi, kita gi Angsana jelah..".  Shashal pula tetiba berdailog ala upin dan ipin..   Rasa bersalah pulak budak ni, padahal memang kami nak gi Pasir Gudang pun arini, banyak benda penting kena  buat di sana. 


Tak mungkin la pokok sebesar ni boleh tumbang... nauzubillah.  Keta kami betul2 tersekat kat bawah pokok besar yg mengadap flat ini.   Ya Allah selamatkan kami.
Luhurnya hati pemuda tiong hwa ini, berseorangan dlm hujan mengambil penukul dan cuba membuka divider.. dgn harapan kami semua akan dapat la buat U-Turn di situ.   Rasa bersalah, IRP pun  turun dan mengambil tool dlm keta untuk sama2 membantu.
Rupa2nya pemuda tersebut lg malang,  keretanya dah terperosok di balik pokok yg tumbang itu.... laaa kesiannya.

(Oh ya panggilan kpd pihak berkenaan dah pun IRP buat masa pkl 2.45 tadi).


Akhirnya dari 1/2 Malaysia tadinya (IRP dan pemuda tionghawa tersebut) kini  dah jadi 1 Malaysia pula, tak kira Melayu, Cina, India, Jawa semua turut turun dari kenderaan masing2  untuk bertungkus lumus membuka skru divider.  Hujan mula reda.  Hati aku kian lega..


"Pesta Satu Malaysia" Di Pasir Gudang.... 
Polis pun tiba.. Alhamdulillah berjaya dibuka akhirnya...  3.45 ptg ketika ini.   Syukur kepadamu Ya Allah, masih panjang umur kami.   Kalau tak... korang pun tak dapat la baca entry aku ni... :D
Update :  Difahamkan melalui berita di akhbar2 hari ini ... ribut tersebut membawa hujan air batu (sorry I dlm keta, jadi tak perasan akan kewujudan kiub2 ice tersebut)... dan lebih 30 pokok tumbang dan bumbung rumah banyak yg tercabut.

Mujur arini naik 4 wheel drive... dapat la "memanjat" ke ruang divider yg permukaan tanahnya lebih tinggi  dari tempat keta kami tersekat tadi dgn lebih mudah..
Kesian... di belakang orang masih ramai tersekat.

Nota :   Dlm islam, even hanya membuang seketul batu yg menghalang perjalanan orang pun dah dijanjikan Allah  pahala yg sgt BESARRRRR.... ini kan pula bertukul bagai di tengah hujan begitu...  terima kasih kpd semua rakyat Malaysia yg baik ati pada petang tadi.   Moga balasan kebaikan buatmu. Aamiin.

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Free Download Movie : <b>Parit Jawa</b> (2011) HDTV 720p x264-haQeim <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2012 11:33 AM PDT

ads