ads

Jumaat, 24 Mei 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Vadalisme <b>di Kota Tinggi</b>: Bukti Umno semakin dibenci | Free <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2010 08:09 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KOTA TINGGI : Siapakah yang punya angkara membaling cat merah ke kediaman dan gambar bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar di Kota Tinggi? Sehingga hari pihak polis terus menyiasat siapakah 'dalang' di ...

Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kota Tinggi</b>

Posted: 19 May 2013 10:54 AM PDT

Jawatan kosong 2013 di Majlis Daerah Kota Tinggi

Jawatan kosong 2013: Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.

Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.

Majlis Daerah Kota Tinggi dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang
daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. NAMA JAWATAN

BIL

JAWATAN

GRED

KLASIFIKASI
PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI

1 PENOLONG JURUTERA
(TETAP)
J29 PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN RM1,750.82 (MIN)
RM4,456.92 (MAX)
2 PENOLONG PEGAWAI
KESIHATAN PERSEKITARAN
(TETAP)
U29 PERUBATAN DAN KESIHATAN RM1,311.58 (Min)
RM4,508.20 (Max)
3 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
/SETIAUSAHA PEJABAT
(TETAP)
N17 PENTADBIRAN DAN SOKONGAN RM927.03(Min)
RM3,089.68 (Max)
4 PEMBANTU KESIHATAN
AWAM
(TETAP)
U17 PERUBATAN DAN KESIHATAN RM974.88 (Min)
RM2,541.06 (Max)
5 PEMBANTU PENGUATKUASA
(LETAK KERETA)
(LELAKI SAHAJA)
(KONTRAK)
N17 PENTADBIRAN DAN SOKONGAN RM927.03(Min)
RM2,526.03 (Max)
6 PEKERJA AWAM
(TETAP)
R1 MAHIR/SEPARUH MAHIR/TIDAK MAHIR RM731.69 (Min)
RM1,411.63 (Max)
Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada 07 Jun 2013

Muat Turun Iklan Jawatan Kosong
* Pautan Muat Turun (.pdf) mungkin gagal untuk sesetengah komputer, Sila Klik Pautan Muat Turun (.doc) jika ianya berlaku.

CARA MEMOHON:
(a)Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00.
(b)Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal.
(c)Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab "A" Bil.17.
(d)Borang-borang permohonan hendaklah diiisi dengan lengkap dan dihantar kepada:-
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang
81900 Kota Tinggi

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

01 di parit sulong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 12:00 AM PDT

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

Dari kiri: Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar, Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar dan Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar.

KOTA TINGGI – Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.

Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.

Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.

Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.

"Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi.

"Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Peneroka Felda Aping Barat, Husin Japar berkata, kehadiran pembangkang tidak memberikan manfaat kepada penduduk, sebaliknya sekadar menyebar perkara yang tidak benar.

Menurutnya, setiap kali ceramah pembangkang diadakan, hanya beberapa orang penduduk tempatan yang hadir di mana selebihnya adalah orang luar.

"Kita takut berlaku pergaduhan. Tambahan pula, yang hadir ke ceramah mereka adalah penduduk luar. Oleh itu, penduduk kampung di sini telah bersepakat dan bersetuju untuk menyerahkan memorandum ini kepada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Waha, Ab Aziz Abu Bakar berkata, penduduk Felda kini telah menerima pelbagai manfaat dan kesenangan hasil daripada pemerintahan kerajaan sedia ada pada hari ini.

Beliau berkata, peneroka juga sudah tidak perlu berhempas pulas tenaga mencari rezeki, sebaliknya hanya duduk di rumah menikmati hasil yang selama ini diusahakan.

"Penduduk di sini semua bersyukur dengan kemudahan yang mereka peroleh sekarang. Malah jika boleh, kita mahu mencegah anasir luar yang cuba membawa fitnah kepada penduduk.

"Kita tidak mahu kehadiran mereka dalam kawasan kampung kami akan meninggalkan pengaruh negatif kepada penduduk," katanya.- Sinar Harian

01 di bekok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2013 09:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jan 2013 09:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2013 09:42 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 10:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 09:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Nov 2012 09:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Sep 2012 10:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2012 09:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pezol Stylez: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 4 : PUAS

Posted: 28 May 2012 10:05 PM PDT

Part akhir aku dan kengkawan mandi manda kat Air Terjun Bekok, Johor
Setelah puas mandi manda, cuci-cuci mata, lepak-lepak..kitorang pun balik.
Overall, memang best mandi kat air terjun ni
Tenang, damai dan segar..maklumlah dalam hutan kan
Sebelum balik tuh..macam biasalah kena la snap2 gambar kan sebagai kenangan
Posing ala-ala model gitewwww..hahaha
Paling best, on the way nak balik tu kitorang singgah makan durian jap
Sedappppp uols !! Ok lah itu la saja entry aku kat air terjun ni
Korng2 yang nak datang sini tu,meh la datang. Besttt!!
Entry lain yang mungkin korang belum baca: 
Part 1 : Plan Last Minit
Part 2 : Batu Berdiri
Part 3 : Basah

Pezol Stylez: BERCANDA <b>DI</b> AIR TERJUN <b>BEKOK</b> PART 3 : BASAH

Posted: 28 May 2012 08:03 AM PDT

Part yang paling aku suka...mandi time !! yeahhh!!
Excited sangat nak mandi air terjun kan...giler kau..sejokkkkkk!!
Tergetar-getar gak bila masuk air tuh..tau-tau la kan air bukit.
Memang puas gile..aku berenang ke sana ke mari
Segala jenis terjunan bagai sume kitorng buat...walaupun lompatan tak dpt markah penuh juri
Sekurang-kurangnya dpt gak lepaskan tekanan buat final projek sarjana muda
overall memang syiokkkkkk abes lah !!
Entry lepas yang mungkin korang tak tengok lagi. Jom terjah jap !!

01 di senai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di senai - Google Blog Search


Wak Long@Man: PM <b>DI SENAI</b>

Posted: 12 Feb 2013 03:18 AM PST

20,000 SAMBUT PM DI SENAI - PAGARPUN PECAH!

20,000 beb yang sambut DS Najib di Econsave Senai sempena meraikan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Johor. Bersesak-sesak orang nak masuk ke kawasan Econsave hingga ada yang tak sabar nak lalu pintu, pagar Econsave dilubangkan. Hebatnya sambutan terhadap DS Najib di Johor sekarang.
Punya le ramai manusia. Tercari-cari juga aku rakan-rakan se Tenggara. Akhirnya jumpa juga. Duduk semeja, tapi pelik pulak. Apa tak peliknya, Ketua Puteri Kulai ada bersama, tapi Ketua Puteri Tenggara tak nampak! Sahhh, Ketua Puteri Tenggara dah ada orang sembunyikan.
Apapun, sambutan kepada DS Najib di Johor memang meriah. Kalau sokongan begini berterusan hingga PRU 13, rasanya kerusi DUN Senai yang DAP pegang sekarang ni boleh dirampas oleh BN. Lebih-lebih lagi kalau dilihat kepada hadirin, ramai golongan pengundi muda yang datang.
Kalau setakat tulis aje, tentu tak seronok, jom kita tengok gambar. Kalau le program PAS macam ni punya ramai, tentu tiga empat tin minyak tanah penuh dengan duit derma jihad!

01 di segamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


KEADILAN ada bukti pembelian undi <b>di Segamat</b> – Jui Meng <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 04:12 AM PDT

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 13 MEI: Calon KEADILAN bagi Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, terdapat pembelian undi yang menyebabkan kehadiran pengundi sehingga 85 peratus pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Menurutnya, daftar pemilih di Segamat mencatatkan 47,115 pengundi, dan kehadiran lebih 85 peratus pada hari mengundi menimbulkan keraguan.

chui-jui-meng"Pengundi dari kawasan Felda Palong Timur sahaja mencatatkan 90 peratus jumlah pengundi. Ia berlaku ekoran kes pembelian undi," katanya kepada Keadilan Daily.

Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, separuh daripada jumlah 90 peratus tersebut melibatkan pengundi anak muda iaitu dari saluran 5 dan 6.

"Kita ada bukti berkenaan perkara itu, dan kita tidak menolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun terlibat," katanya yang enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.

"Sememangnya Segamat ada penipuan. Ia perlu disiasat dan setakat ini semua bukti sudah pun kita serahkan kepada Rafizi (Ramli) untuk tindakan selanjutnya," jelas Jui Meng yang juga Pengerusi KEADILAN Johor.

Parlimen Segamat merupakan antara 27 kawasan yang disenaraipendek untuk siasatan lanjut berhubung isu penipuan pilihan raya.

Rafizi yang mengetuai pasukan Siasat PRU 13 hari ini memaklumkan, 237 laporan diterima berhubung isu itu sepanjang minggu ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52033

Lakaran sejarah Pakatan Rakyat <b>di Segamat</b> - Harakahdaily

Posted: 14 Apr 2013 06:48 PM PDT

36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

01 di pengerang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


Dayangku Intan tidak cukup bagus dan popular untuk wakili PKR <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2013 08:21 PM PDT

Jika pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Datuk Seri Azalina Othman Said menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang, namun pada PRU13 ini, beliau mendapat tentangan daripada dua pencabar.

 Pertarungan tiga penjuru bakal menyaksikan pertembungan penyandang kerusi yang juga bekas Ketua Puteri Umno dengan penyanyi era 80-an, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (PKR) dan bekas guru, Mohd Azaman Johari (Bebas).

 Ketiga-tiga calon mewakili Barisan Nasional (BN), PKR dan Bebas masing-masing sudah melaungkan keyakinan mampu menawan hati pengundi, sekali gus menang kerusi berkenaan. Tengku Intan atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai seorang artis, percaya 70 peratus daripada penduduk menuntut perubahan berdasarkan kepada sambutan diterima sepanjang berkempen.

 Katanya, walaupun terdapat masalah berbangkit ketika berkempen, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat (PR) beroleh kemenangan.

 "Mendengar rungutan penduduk yang masih menantikan janji-janji yang masih belum ditunaikan oleh pihak kepimpinan sebelum ini memberi kelebihan buat kita. "Kita tidak melihat penduduk Felda yang merupakan majoriti penduduk di sini tidak menyokong kita. Mereka bukan tak menyebelahi kita, cuma takut nak tunjuk dan menterjemahkan sokongan sahaja. "Mereka menerima kedatangan kita setiap kali kempen lawatan rumah ke rumah penduduk Felda," katanya kepada media.

 Bagi Mohd Azaman, berstatus sebagai anak tempatan memberi kelebihan kepadanya untuk meraih undi, sekali gus menang kerusi Parlimen Pengerang. Beliau berkata, masyarakat akar umbi sudah mengenalinya dan ia memudahkan lagi kempennya pada pertarungan tiga penjuru itu. "Saya akan melakukan sebaik yang mungkin untuk memperjuangkan nasib rakyat di kawasan Pengerang ini," katanya.

 Sementara itu, Azalina sudah dua penggal menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan, berkeyakinan dengan keupayaan jentera pilihan raya dan sokongan penduduk setempat akan terus kekal menyokong BN. Beliau berkata, Parlimen Pengerang akan terus menjadi kubu kuat BN khususnya Umno walaupun berdepan cabaran Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid dan Mohd Azaman Johari.

 "Kita masih yakin rakyat Pengerang tidak akan termakan dengan apa yang dikatakan calon lawan (PR dan Bebas) sebab mereka di sini banyak tahu jasa yang telah BN buat kepada rakyat. "Malah dari dulu lagi, Pengerang menjadi kubu kuat BN dan kita percaya kawasan ini selamanya akan terus menjadi kubu kuat BN," katanya.

01 di stulang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di stulang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di stulang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2013 11:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rio Azzaro: Makan aje <b>di</b> Ambang 2012

Posted: 31 Dec 2012 11:48 PM PST

Makan Tengahari @ Restoran MS Beriani BBU

Haaaa esok dah nak masuk tahun 2013.Maka bertambah la lagi setahun blog RA ini.Dan entah apa angin bapak RA hari nie lepas je RA bangun jam 1030pagi dia ajak RA makan nasi beriani kat Bandar Baru Uda.Jadi lepas je RA basuh baju dan mandi kami gerak terus ke BBU dan seperti yang di jangka laluan depan Plaza Angsana menuju ke BBU sesak teruk.Tak tahu lah apa yang diaorang nak beli kat Angsana tu lagi.RA terus menuju ke Restoran MS Beriani yang terletak di Jalan Padi Emas yang sederet dengan Restoran Chicken Rice Shop.Kedai ini paling tak banyak menu.Menu nasi berianinya cuma ada Beriani Ayam & Kambing sahaja.Kuah Dalca.Acar buah,Acar Nenas,Papedom itu sahaja.RA mintak Beriani Ayam dan bapak RA mintak Beriani Kambing dan selang seminit Nasi Beriani kami pun tiba.Beriani ini berharga RM8.50 sepinggan dan kalau nak acar buah dan papedom lain kira yea.

 Oklah tu dah kenyang makan misi memecahkan lemak pulak di mulakan.Selepas menghantar bapak RA pulang ke rumah,RA bersiap-siap ke GIM pulak.Saat tu cuaca masih lagi mendung.Lama jugak RA lepak di Gim ini.Dari jam 2pagi sampai 430petang.Jam 4petang hujan pun turun mencurah-curah tanpa henti.Leh nampakkan betapa lebatnya hujan dari lokasi gim RA di Danga Bay ini.

Minum petang a.k.a (Tea Break) @ Kafe 60an Stulang Laut

Setelah habis membakar lemak sekitar 450kalori,sesi pengisian semula pula di adakan setelah menerima hasutan makan oleh kawan-kawan mengeteh RA.Nak mengeteh di Kafe Enam Puluhan kat Stulang Laut katernya.Tapi laluan ke sana sesak teruk di sebabkan air naik dan menyebabkan banjir kecil menutupi sebelah jalan di hadapan Villa Nabila (Laluan pantai Lido ke bandar).Nak tak nak kena redah jugak,jam 525petang barulah RA tiba di Kafe ini.(gambar pun kena edit ikut zaman 60an)

Nostalgia tul tempat ini,RA dah mula ke sini sejak diaorang baru buka sekitar tahun 2002 lagi.Yealah tempat jatuh lagi di kenanglah katakan.Dulu selalu lepak makan kat sini tapi sekarang dah jarang datang.

 Inilah dia menu wajib RA tiap kali datang ke sini.(rasanya tetap tak berubah-sedap)

Mee Rebus Asal Stulang + Nes Bangkok + Roti Sambal


Ehem-ehem,RA makan dulu yea & korang tengok je lah RA makan ini."Bismillah" hehe.

 Inilah pakar-pakar dalam akta hasutan makanan 1999 hehe.(jangan marah haa,gurau jek).Yang paling tepi baju kemeja belang gelap bercermin mata tu paling riuh kat kedai makan ini.Tapi bila makanan dia sampai di atas meja terus terkedu senyap seribu bahasa,bak mulut terkunci bila di patuk dua ekor ular tedung.(aaarrrghhhhhhh - menjerit satu kedai dengar)

  Ini pulak menu tambahan pilihan abang Mork.Cucur ikan bilis....yummy sangat.

Jam 7 petang sesi pergulungan telah pun di buat tetapi sesi ini akan bersambung pada jam 9 malam.Di atas permintaan Abang Mat dan Kak Ros kami akan jumpa lagi jam 9malam di Restoran Nasi Kandar Shafina Johor yang terletak di hadapan Apartment Lagenda di hadapan Tasek Utara.(ala malam tak hujan katernya)

 

MAKAN MALAM @ NASI KANDAR SHAFINA 

Nah amik kau janji nak jumpa kul 9malam,jam 920malam baru si Olie dan Azie sampai.Abang Yunus lak jam 10malam baru dia sampai (dalam perjalanan katernya-maklumlah rumah dia kat Kluang).Dan perancang program pada malam ini iaitu Kak Ros dan Abang Mat tak muncul-muncul,sampai ada orang meracau jerit-jerit tengok filem Cina tau.Penat kitaorang nak tenangkan dia.maklumlah jiwa kacau.(rasa nak balik je lepas dia jerit tu hehe)

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved