Sistem pengurusan  sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai satu cara pentadbiran pengurusan yang  bijaksana serta berkesan dalam mengawal sisa bahan pepejal yang akan dibuang  dan dilupuskan. Sisa pepejal adalah merupakan segala sisa yang dijanakan  daripada aktiviti manusia dan juga haiwan dalam bentuk yang dibuang dan tidak  diperlukan lagi. Di antara sisa pepejal dan separa pepejal yang biasa didapati  sebagai bahan buangan adalah seperti plastik, kaca, logam, kertas, kayu,  sisa-sisa makanan, sisa toksid dan sebagainya.
                  Sisa-sisa  pepejal dan separa pepejal ini perlu diurus dengan baik supaya tidak mengganggu  kesejahteraan manusia. Antara sistem yang diguna pakai adalah sistem pemungutan  dan sistem penyimpanan. Terdapat beberapa jenis sistem pemungutan yang biasa  dilaksanakan iaitu sistem bekas pegun dan sistem bekas diangkut. Bagi sistem  penyimpanan, terdapat beberapa kaedah yang digunakan seperti individual container, communal container dan on site collection. 
                  Bagi  penduduk yang tinggal dikawasan rumah pangsa, sistem yang digunakan adalah  sistem pemungutan bekas pegun. Kaedah yang sering digunakan adalah seperti  kaedah angkut keluar seperti yang diamalkan di Australia dan kaedah pelongsoran  yang sering diamalkan di negara matahari terbit, Jepun. Kajian yang dilakukan  ini akan menyingkap keberkesanan kaedah pelongsoran yang diamalkan di rumah  pangsa di Taman Kenanga, Tampoi. 
      2.0               Latar  Belakang Kajian
      Menurut Tan Sri Razali Ismail iaitu Pengerusi CyEn  Resources Sdn. Bhd, di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Disember 2005,  Malaysia perlu mengurangkan bahan buangan purata 1.5 kilogram setiap orang dan  menyokong peningkatan infrastruktur untuk mengendalikan bahan buangan selaras  dengan pertambahan penduduk.
                  Menurut beliau lagi,  Malaysia kini berada dalam situasi di mana penduduk menghasilkan lebih banyak  bahan buangan pepejal berbanding keluasan tanah bagi menampung bahan buangan  ini yang semakin berkurang. 
                  Secara amnya kawasan Johor  bahru Tengah yang dipilih mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi meliputi  kira-kira 500,000 penduduk (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 1997).  Di samping kajian yang luas dan dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu  kawasan Timur dan Barat iaitu mempunyai keluasan 303.48 kilometer persegi dan  adalah merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai  pegangan harta tertinngi di antara PBT lain di Malaysia sebanyak 170,099 unit  (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, 2003).
      Pertambahan penduduk yang semakin meningkat  mempengaruhi kapasiti sampah. Di dalam Rancangan Struktur MPJBT 1991-2010,  kuantiti penjanaan sisa pepepal dijangka meningkat sehingga 40,400 tan pada  tahun 2010. Di dalam laporan ini juga, ada dinyatakan tentang anggaran pembuangan  sampah sisa pepejal dan peniagaan bagi tahun 1987 adalah sebanyak 370 tan  sehari, tahun 1996 adalah sebanyak 570 tan sehari dan dijangka tahun 2010 ianya  semakin meningkat iaitu sebanyak 870 tan sehari.
                              Perkhidmatan pengurusan sisa-sisa pepejal di Johor Bahru  Tengah masih tidak memuaskan dan belum dapat mencapai tahap kualiti yang  secukupnya walaupun ada diantaranya telah diswastakan berdasarkan aduan awam  yang diterima. Pihak yang telah dipertanggungjawabkan ini masih lagi gagal  memberi pengurusan yang berkesan seperti perkhidmatan kerja dijalankan tidak  mengikut jadual, spesifikasi kerja tidak dipatuhi, aduan sisa peepjal lambat  atau tidak diambil tindakan serta terdapat kawasan perumahan yang masih tidak  diberi perkhidmatan pemungutan sampah walaupun perumahan tersebut telah  mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (C.F.O).
       Bagi  mengatasi timbunan sampah sarap yang dihasilkan tatkala kita bergerak ke arah  wawasan 2020, kita mesti memperbaiki kecekapan dalam pengurusan sisa buangan  dalam melantik para professional dan pada masa yang sama mendidik masyarakat.  Inilah satu-satunya cara menghalang krisis persekitaran. 
      Oleh yang demikian, kajian mengenai keberkesanan  sistem pengurusan sisa pepejal di kawasan Penguasa Tempatan Johor Bahru Tengah  perlu dijalankan bagi mewujudkan alam persekitaran yang sihat dan bebas dari  unsur-unsur pencemaran di masa depan. 
                  Secara khususnya  kawasan kajian yang terlibat dalam kajian keberkesanan pengurusan sisa pepejal  adalah merupakan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk dan  terletak di Tampoi, Johor Bahru. Taman kenanga  merupakan salah satu flat daripada beberapa taman-taman flat yang lain. 
      Bangunan flat ini  merupakan projek percubaan pasang siap bangunan flat di Johor Bahru. Mula  didirikan flat ini sekitar penghujung 1980-an dan diduduki pada tahun 1993.  Terdiri daripada 70 unit rumah, 6 unit kedai dan sebuah dewan. 
        3.0       Pernyataan  Masalah
                  Sistem  pelongsor sampah merupakan salah satu daripada sistem pembuangan sisa pepejal  di kawasan perumahan. Pihak yang dipertanggungjawabkan perlu menyelia keadaan  kawasan tersebut agar berada dalam keadaan baik dan teratur seperti yang  ditetapkan dalam Akta Alam Sekeliling 1974. Pembinaan sistem pembuangan sampah  dan kawasan persekitaran hendaklah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Ini  bertujuan untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang dibuat tidak  menimbulkan bau busuk dan pemcemaran alam sekitar. Bagaimanapun lawatan ke  kawasan perumahan pangsa Blok Kenanga 5, Taman Kenanga, Tampoi mendapati  beberapa masalah telah wujud seperti bau yang kurang menyenangkan serta  pemandangan yang tidak mata memandang. Ini mengganggu penduduk setempat  terutamanya kawasan perumahan yang berhampiran. 
    4.0      Persoalan Kajian
        Menurut Abd Majid  (2001), persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu  fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini membolehkan penyelidik  mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian kes ini  persoalan-persoalan kajian adalah :-
    - Apakah sistem pembuangan sampah yang digunakan?
- Apakah kesan daripada penggunaan sistem ini?
- Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengendalikan       pengurusan sampah di tempat kajian?
  5.0               Obejktif  Kajian         
        Berpandukan kepada persoalan kajian  di atas, objektif kajian ini adalah :
    - Mengenalpasti sistem pembuangan sampah yang       digunakan.
- Mengenalpasti kesan daripada penggunaan sistem       pembuangan sampah.
- Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam       mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.
  6.0       Dapatan dan Perbincangan Kajian
        6.1       Pengenalan 
      Dalam bab ini, diterangkan berkenaan dengan dapatan  kajian yang telah diperolehi melalui kaedah pemerhatian, tinjauan dan temubual  keatas penduduk setempat.  Perbincangan  kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mengikut objektif kajian, di  mana objektif yang pertama berkenaan sistem yang digunakan, kesan daripada  penggunaan sistem pembuangan sampah ini dan pihak yang bertanggungjawab dalam  mengendalikan pengurusan sampah di tempat kajian.
        6.2      Sistem Pembuangan  Sampah yang Digunakan.
      Kadar pembungan sisa  pepejal adalah berkadar terus dengan kepadatan penduduk di sesuatu  kawasan.  Pertambahan kepadatan penduduk  akan menambahkan lagi kadar pembuangan sisa pepejal.  Oleh yang demikian pembuangan sisa pepejal  secara berterusan tanpa pengurusan yang cekap dan berkualiti akan menyebabkan  kerosakan kepada alam sekitar dan gangguan kepada kehidupan persekitaran.  Pengurusan yang terancang, terurus, efisien,  efektif dan berteknologi tinggi di dalam sistem perlaksanaannya akan menjamin  kesejahteraan kepada kehidupan manusia dan haiwan serta alam persekitaran di  muka bumi ini.
      Daripada tinjauan dan  pemerhatian yang dijalankan, didapati sistem  pembuangan sampah yang dijalankan di kawasan kajian ini ialah sistem pelongsor  sampah.  Di mana sistem ini menggunakan  peti yang didalamnya terdapat saluran pelongsor yang disambungkan dari tingkat  atas hingga tingkat bawah.  Peti ini  disediakan di bahagian tangga di setiap aras bangunan.  
      Rajah 1 dan Rajah 2  dibawah menunjukkan peti yang dimaksudkan di atas yang berukuran 30 cm x 30  cm.  Pada peti ini terdapat pintu di mana  pintu ini adalah untuk keselamatan penduduk terutama sekali bagi golongan  kanak-kanak.
     full report ada di 
Click ads for your tq or like.