ads

Sabtu, 5 Oktober 2013

01 di gelang patah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di gelang patah - Google Blog Search


Kit Siang jemput Mahathir bertanding <b>di Gelang Patah</b> | roketkini.com

Posted: 01 Apr 2013 10:09 PM PDT

JOHOR JAYA, 2 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah mempelawa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanding di kerusi Parlimen itu bagi menentukan samada karier politik beliau atau Mahathir yang berkubur.

Beliau berkata, ini kerana Mahathir ketika membantu kempen UMNO/Barisan Nasional (BN) di Johor meminta rakyat negeri itu menamatkan karier politiknya di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Selain itu, Mahathir juga menganggap tindakan Kit Siang bertanding di kubu kuat UMNO di Johor sebagai tidak masuk akal dan bodoh sebaliknya boleh menerima jika pemimpin veteran DAP itu bertanding di Pulau Pinang, Melaka atau Perak.

Bekas Perdana Menteri paling lama memerintah iaitu 22 tahun juga meminta rakyat Johor memastikan Kit Siang kalah di Gelang Patah antara Parlimen yang menjadikan negeri itu kekal sebagai 'deposit tetap' BN.

"Mahathir tidak mahu rakyat Johor ubah dan tukar kerajaan yang diterjaui BN sekarang, sebaliknya mengalahkan pemimpin veteran DAP itu di Gelang Patah.

"Mengikut Mahathir BN sudah tukar enam Perdana Menteri sejak merdeka, tetapi Kit Siang masih tidak berubah dan sepatut patut beri peluang kepada anak cucu beliau," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu ketika melawat Taman Molek, di sini, semalam.

Menurut Kit Siang, Mahathir sebenarnya belum bersara daripada politik sebaliknya sekarang dia lebih berkuasa daripada sebelumnya sehingga mampu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan BN kalah teruk pada PRU 2008.

Katanya, Mahathir juga baru-baru ini secara terbuka mengancam untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri jika BN gagal mencatat kemenangan lebih baik pada PRU-13 nanti.

"Tidak keterlaluan kalau saya katakan Mahathir adalah sebenarnya "de facto" Perdana Menteri, yang ditakuti Najib kerana boleh menentukan nasib politik Najib," katanya.

Menurut Kit Siang, berdasarkan pengaruhnya yang kuat dalam UMNO, beliau mencabar Mahathir bertanding di Gelang Patah supaya rakyat Johor memutuskan samada beliau atau Mahathir akan dikuburkan.

"Saya bersedia menyerahkan karier politik saya kepada pengundi Gelang Patah, yang terdiri daripada 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus pengundi Melayu dan selebihnya 12 peratus pengundi India.

"Sanggupkah Mahathir menamatkan karier politiknya untuk ditentukan pengundi Gelang Patah yang mendakwa menjadi kubu kuat BN setelah memenangi dengan majoriti 9,000 undi pada PRU 2008 dan lebih 31,000 undi pada PRU 2004," tambahnya. – Roketkini.com

01 di kempas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kempas - Google Blog Search


MAJLIS RAHMAT RAMADHAN (TADARUS & KHATAM QURAN <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2013 09:49 PM PDT

02 Ogos, 2013   –   Briged Sukarelawan Khidmat Negara telah terlibat dalam Majlis Rahmat Ramadhan bertempat di Masjid Jamek Felda Kahang Timur, Johor. Majlis ini telah melibatkan lebih kurang 150 orang ahli. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; Dato' Abdul Hadi Awang Kechil.

01 di segamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


Kanak-kanak Riang <b>Di</b> Sambutan Aidilfitri FELDA Wilayah <b>Segamat</b> <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 07:19 PM PDT

Kanak-kanak Riang Di Sambutan Aidilfitri FELDA Wilayah Segamat

IMG-20130821-WA0004

SEGAMAT – Sambutan Aidilfitri FELDA Wilayah Segamat telah diadakan semalam (20hb Ogos 2013) di Pejabat FELDA Wilayah Segamat bermula seawal jam 8.30 malam dan berkahir jam 11.30 malam.

Lebih 500 orang tetamu telah hadir di majlis sambutan ini.

Seperti kebiasaan, kanak-kanak pasti tersenyum riang apabila dihadiahkan duit raya dan pada sambutan di sini, Pengurus Besar FELDA Wilayah, Mohd Rizal Abd Rahim telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih kurang 50 orang kanak-kanak yang hadir.

Majlis sambutan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Segamat, Hj Abd Rahim Nin; Ketua Seranta FELDA JPM Wilayah, Mohd Nazir Hashim; dan selain itu, rakan-rakan dari Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Segamat dan MBFM Negeri Melaka turut tidak ketinggalan.

Dibawah beberapa paparan gambar menarik sekitar majlis;

IMG-20130821-WA0007

IMG-20130821-WA0005

Untuk melihat gambar-gambar lain, sila lihat di galeri gambar [KLIK].

Wartawan: Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada August 21, 2013 - 10:19 am oleh Shazuein Azmaini

01 di batu pahat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


pernah tahu apa terjadi <b>di</b> muar dan <b>batu pahat</b> pada <b>...</b> - headbomb

Posted: 16 Sep 2013 06:00 AM PDT

selalu aku hairan, ada juga orang melayu yang sangat bebal, bebal yang teratas yang sanggup kerana politik dendam, kerana politk cap ayam, mengaku saja komunis itu adalah pejuang sebenar kemerdekaan, oi bangsat.. tahu tak apa jadi pada zaman darurat? pernah tanya orang-orang lama apa terjadi pada zaman tu?

meh kita baca siapa dia itu pejuang kemerdekaan terunggul di muar dan batu pahat, kiai salleh!!

SEJARAH KIAI SALLEH

Tiada erti M.E.R.D.E.K.A jika tidak mengingati asal-usul dan menyelusuri selingkoh hidup pejuang-pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Mereka rela bergadai nyawa bagi menentang penjajah yang menindas. Bukan nyawa mereka sahaja yang terancam, tetapi nyawa keluarga mereka turut menjadi taruhan. Bergitulah yang terjadi kepada Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Dol Said, Haji Abdulrahman Limbong dan ramai lagi. Namun, dalam ramai-ramai pejuang Melayu yang banyak tercatit kisahnya dalam buku sejarah ini hanya terdapat seorang insan yang menarik perhatian penulis. Insan ini adalah Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau antara insan yang berjuang menentang keganasan komunis di kawasan sekitar Batu Pahat dan Muar. Kenalkah pembaca dengan insan ini?

Kiai Salleh-Panglima Selempang Merah

Insan yang berasal daripada Muar dilahirkan pada tahun 1916. Insan ini nama asalnya adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim namun beliau sering dikenali dengan Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau berketurunan daripada Banjar. Ada pendapat mengatakan beliau berketurunan India Muslim daripada Penang. Berkulit sawo matang dan berketinggian sederhana namun kehebatannya usah diperlekehkan. Pada ketika dahulu, menyebut namanya sahaja digeruni oleh tentera Komunis apatah lagi melihat kelibatnya menghunus pedang raja Riau miliknya.

Pada masa muda, Kiai Salleh banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu kerohanian seperti mengaji Al-Quran dan ilmu persilatan. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al-Quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor.

Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten adalah insan yang bertanggungjawab mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar dan keluarganya ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an. Berkat doanya, keluarga sultan Johor ini langsung tidak diusik oleh tentera-tentera Jepun yang bermaharajalela. Wirid Khaujakan pula adalah wirid-wirid yang mengandungi doa-doa dan zikir-zikir bagi membersihkan diri yang biasa diamalkan oleh tarikat Naqshabandiah.

Kiai Fadhil al-Banteni adalah ahli sufi yang juga penasihat agama diraja Johor.
Keperwiraan Kiai Salleh

Penjuangan Kiai Salleh bermula apabila beliau dipilih mengetuai satu angkatan untuk melawan Komunis yang pada ketika itu membunuh sewenang-wenangnya ketua-ketua dan imam-imam kampung sekitar Batu Pahat dan Muar.

Beliau dengan rasa tanggungjawab telah menubuhkan satu angkatan pahlawan berani mati yang di'isi' dengan ilmu persilatan melayu. Sehingga hari ini, angkatan ini terkenal dengan jolokan Tentera selempang merah. Jolokan selempang merah adalah kerana identiti selempang merah yang selalu dipakai oleh setiap pejuang-pejuangnya semasa berperang dengan komunis. Antara identiti lain mereka adalah parang panjang. Oleh sebab itu, terdapat sebilangan orang memanggilnya Tentera parang panjang. Kiai Salleh sendiri mempunyai parang panjangnya sendiri yang digelar Pedang Raja Riau. Perang ini diperoleh hasil pajak gadai seorang individu kerana kesempitan wang. Tertera di atas padang ini kalimah La ilaha Illa Allah.

Kiai Salleh telah memimpin tentera selempang merah menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga(Komunis) di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Dicerita turun-temurun oleh penduduk kampung sekitar Batu Pahat bahawa Kiai Salleh ketika giliran beliau menjaga kampung waktu malam(difahamkan setiap malam akan diberi giliran menjaga kampung kepada tentera selempang merah), beliau tanpa gentarnya mengelilingi kampung dengan menunggang basikal berserta pedang yang terhunus. Namun, tiada seorang pun komunis atau tentera bintang tiga menghampirinya. Bergitulah beraninya Kiai Salleh sehingga beliau amat dibenci oleh komunis dan konco-konconya.

Pedang raja Riau milik Kiai Salleh
Kehebatan Batin Kiai Salleh

Kiai Salleh dipercayai mempunyai ilmu-ilmu kebatinan seperti ilmu kebal dan ilmu terbang. Sumber daripada tentera selempang merah sendiri memberitahu bagaimana peristiwa tentera Komunis gentar melihat tentera selempang merah berubah menjadi besar menggalah tingginya dengan jumlah beribu-ribu orang miskipun tentera selempang merah ketika itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja.

Cerita-cerita lain mengenai kehebatan batin Kiai Salleh adalah kebolehan beliau terbang bak burung. Pernah satu peristiwa di mana Komunis dengan tanpa henti membedil tentera pimpinan Kiai Salleh dari atas bukit. Bimbang keselamatan pasukannya, Kiai Salleh dengan tangkasnya meluncur terbang ke arah komunis yang menembak dari atas bukit itu dan memenggal kepala mereka satu persatu.

Pernah juga diceritakan di mana tiga orang Kiai atau pahlawan daripada Indonesia diupah oleh Komunis Malaya dengan kerjasama Komunis Indonesia(kemungkinan atas ehsan Sukarno kerana Sukarno sememangnya pengikut Komunis dalam 'selimut') untuk menewaskan Kiai Salleh. Namun, ketiga-tiga mereka yang dikatakan kebal gagal menewaskan keperwiraan Kiai Salleh. Ketiga-tiga mereka tersungkur menyembah bumi.

Dikellingi oleh rakan-rakan
Pengiktirafan Jasa

Kiai Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 mengintisyharkan bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Kiai Salleh mendapat gelaran Panglima. Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955.

Kembali ke Rahmatullah

Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959  di Muar,Johor.

ps: di mana bumi dipijak disitu langit ku junjung!! komunis tetap durjana, tetap lahanat, mereka telah buat satu perkara paling teruk pada zaman darurat!! 

01 di endau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di endau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2013 09:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2013 09:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Negara <b>Endau</b> Rompin | DrPlaces

Posted: 18 Jan 2006 07:45 AM PST

Taman Negeri Endau Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

Cara ke sana

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.

Attractions

masalah lembu berkeliaran <b>di</b> jalan mersing dan <b>endau</b> tiada <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 04:53 PM PDT

1.Masalah lembu2 berkeliaran di sesetengah jalan di mersing dan endau tiada kesudahannya hahahaha..lembu2 ni ada lesen memandu sepertimana tuan2 lembu ni bekali..ni aku jumpa time nak pergi membuat satu siasatan kes kemalangan kat kampung teluk lipat endau :)
2.Situasi sebeginilah yang menyebabkan ramai kalangan pekerja yang menunggang motorsikal tercium kaki atau badan lembu di atas jalan raya..sudahnya aku jugak yang kena siasat kemalangan tersebut..nasihat aku selain berhati2 dengan lori yang agak banyak mengunakan laluan mersing/endau/jalan haji arifin/kamu juga perlu sentiasa berhati hati dengan kemunculan rombongan lembu2 yang bebas berkeliaran..banyak geng kes kemalangan melibatkan lembu2 di kawasan ni..tak caya taip je lah kat google belambak hangpa jumpa :)

Kenangan <b>di Endau</b>-Bersama Guru Alias,Yahya dan Aziz

Posted: 26 Feb 2013 07:13 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ANDAI ROBOH KOTA MELAKA. PAPAN DI JAWA KAMI DIRIKAN. BUAH PUKUL LIAN PADUKA. SEKALI MARA DIUNDUR JANGAN. Tuesday, 26 February 2013. Kenangan di Endau-Bersama Guru Alias,Yahya dan Aziz ...

01 di plentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


Perkhidmatan Catering <b>Di Plentong</b>,Johor. - sajian ibunda enterprise

Posted: 14 Apr 2013 09:31 PM PDT


Catering Sajian Ibunda Enterprise di Dewan Serbaguna Taman Plentong Baru..

 Dibawah ini disertakan beberapa menu pilihan keluarga mempelai....
 


01 di pagoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


30,000 kunjungi rumah terbuka Muhyiddin <b>di Pagoh</b> ABN News | BM

Posted: 08 Aug 2013 11:12 PM PDT

PAGOH – Kira-kira 30,000 pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini, hari ini.

Rumah terbuka yang diadakan pada raya kedua setiap tahun itu, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Kumpulan Muzik Kombo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pelbagai hidangan disajikan antaranya, nasi beriani, mi bandung Muar, laksa Johor dan sate.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Parlimen Pagoh mengambil kesempatan bersalaman dengan Muhyiddin yang juga ahli Parliman kawasan itu serta isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Muhyiddin kemudiannya menyertai penduduk setempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh. – Bernama

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved