ads

Selasa, 26 November 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


Tempat Menarik Dilawati <b>Di Johor Bahru</b> | MummyNemo

Posted: 16 Nov 2013 04:22 AM PST

Kerjaya Dari Rumah
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

jpoJOHOR Bahru jarang dijadikan sebagai tempat percutian kerana sering dilabelkan sebagai pusat perniagaan dan transit untuk ke ibu kota seberang tambak, Singapura.

Bagi mereka yang ingin ke sana, sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, tidak kira faktor sejarah mahupun kemodenannya.

Ini terpulang kepada mereka dengan tujuan apa untuk berkunjung ke ibu negeri di selatan tanah air itu.

Bagi yang pertama kali ke sana, pelbagai laluan boleh digunakan antaranya memandu sendiri di Lebuh Raya Utara Selatan, kereta api, bas mahupun pengangkutan udara.

Penginapan di bandar raya itu ada banyak pilihan, daripada hotel bertaraf lima bintang sehinggalah hotel bajet yang terdapat di sepanjang jalan-jalan utama di bandar raya itu.

Penulis berpeluang singgah di Johor Bahru dalam perjalanan pulang dari Kulaijaya kerana menghadiri jemputan perkahwinan.

Kepesatan bandar raya itu dilihat semakin moden, ditambah pula dengan pembangunan Wilayah Iskandar di Nusajaya.

Pada sebelah pagi, penulis sempat singgah ke Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya, tidak jauh dari pusat bandar raya Johor Bahru.

Di sana pelbagai jenama mewah dijual dengan harga yang lebih murah kerana ia dipasarkan di situ selepas musim jualan di luar negara.

Di sebelah petang pula, kami terus bergerak menuju ke pusat bandar raya. Kami singgah di Danga Bay yang merupakan kawasan tepi pantai yang dibangunkan untuk rekreasi dan riadah.

Dengan menghayati pemandangan indah menunggu matahari terbenam, penulis boleh melihat Singapura yang berada tidak jauh dari situ.

Jika dahulu pantai ini dijadikan tempat mandi-manda, namun kini atas faktor kesihatan dan kebersihan, tidak ada lagi orang ramai yang mandi di pantai ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Menjelang malam, kami mengisi perut di Restoran Singgah Selalu yang terletak di seberang jalan Danga Bay yang terkenal sebagai tempat bersantai oleh keluarga dan rakan-rakan.

Mengikut sejarahnya, restoran ini dahulu terletak di tepi Pantai Lido, namun akibat pembangunan Danga Bay, ia dipindahkan di kawasan yang lebih besar dan selasa kepada pengunjung.

Kehidupan malam di Johor Bahru sememangnya tidak terhenti setakat itu sahaja, banyak kawasan menarik yang boleh dikunjungi apabila meluangkan masa di bandar raya ini.

Penulis membuat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar pusat membeli- belah City Square untuk melihat gelagat orang ramai kerana terdapat pasar larut malam dibuka berhampiran kawasan itu.

Ternyata kawasan itu meriah pada waktu malam dengan kesibukan orang ramai yang keluar masuk ke Singapura. Ini kerana Tambak Johor hanya terletak 500 meter dari kawasan tersebut.

Tidak lengkap jika berada di situ tanpa singgah ke Pasar Karat atau Bazar JB yang terletak di hadapan City Square.

Pelbagai jenis barangan terpakai dan baharu ada dijual di situ, daripada pakaian, kasut, barangan elektrik serta antik.

Setelah puas berjalan, pastinya perut mulai lapar, jadi kami singgah makan di gerai sepanjang lorong belakang bangunan City Square yang penuh dengan warga Malaysia dan Singapura.

Disebabkan hari sudah lewat, kami membuat keputusan untuk bermalam di ibu negeri Johor itu dan pulang ke ibu negara pada keesokan harinya.

Sebelum pulang, kami sempat melawat Bukit Timbalan yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri dan Masjid Sultan Abu Bakar untuk menyaksikan seni bina lama yang masih utuh di tengah-tengah kepesatan bandar raya paling selatan di Semenanjung itu.

Bagi mereka yang belum menjejakkan kaki ke Johor Bahru, mungkin boleh mempertimbangkannya kerana ia menawarkan pelbagai keseronokan dan sejarah yang boleh dilawati.

Incoming search terms:

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved