ads

Jumaat, 29 November 2013

01 di masai johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Nov 2013 03:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2013 03:29 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Agent / Pengedar Shaklee <b>Di</b> Pasir Gudang dan <b>Masai</b>, <b>Johor</b>

Posted: 18 Nov 2013 05:35 PM PST

Assalamulaikum...Saya pengedar Shaklee di Pasir Gudang, Masai Johor dan kawasan sekitar. Untuk COD anda boleh la hubungi saya Mariam (sms/call 016-2228053), pm di facebook Mariam Mustapha Antara produk yang disediakan adalah Set hamil, Set pantang, Set Penyusuan, Set kesihatan optimum, Set Kesihatan optimum, Set alahan / resdung / alergi , Vitamin untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi hanya yang terbaik dari Shaklee. "
Alhamdulillah...Makin lama makin bertambah pengedar-pengedar Shaklee dibawah bimbingan saya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk secara cod di kawasan pasir gudang dan masai, johor.boleh la berhubung dengan Mariam ye.Mariam kini aktif di laman facebook. Jika tidak keberatan boleh add friend dengan nya.
Untuk info lanjut atau pesanan
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam 

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

YJM COMMUNITY 2013: TAMAN RINTING, <b>MASAI</b>, <b>JOHOR</b>

Posted: 29 Oct 2013 10:05 AM PDT

Lokasi: Dewan JKKK Taman Rinting, Masai, Johor
Tarikh: 14 April 2013


Program Yayasan Jantung Malaysia dalam bulan April 2013 diteruskan dengan Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung pada 14 April 2013 bertempat di SJK (Cina) Masai, Johor. 
Seramai 85 penduduk Taman Rinting, Masai telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang program dijalankan selama sehari. 

SRJK (CINA) MASAI, JOHOR


Masai adalah sebuah bandar terletak di timur Daerah Johor Bahru dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru. Ia terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Masai terletak di jalan J10 yang menghala ke Kong Kong, satu perkampungan di sepanjang Sungai Johor.
Banyak bangunan-bangunan lama sebelum perang yang masih kukuh. Masai, seperti kebanyakan pekan di daerah Johor Bahru, mempunyai penduduk luar bandar, pekerja-pekerja, kaum petani dan peladang getah sepanjang awal dan pertengahan abad ke-20.
Masai terkenal ketika 70-an sebagai satu emporium yang murah, dengan barangan elektronik dan barang-barang pengguna. Kerana berhampiran dengan Pasir Gudang, kini kedainya dipernuhi oleh pembeli dari Pasir Gudang serta penduduk yang sedang membangun dengan pantas seperti dari kawasan perumahan berdekatan seperti Kota Masai, Bandar Seri Alam, Taman Rinting, Taman Megah Ria, Nusa Damai, Taman Scientex, Kota Puteri dan Taman Bukit Dahlia.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Masai telah hilang alunan pembangunannya dan terus berubah menjadi bandar kecil iaitu satu daripada banyak bandar-bandar di Johor. Sekolah Rendah Cina Masai kini telah menerima lebih daripada 5000 orang murid. Pasar raya besar seperti Todays dan Tesco kini boleh dijumpai di Masai.
T.S. Hotel - kami menginap di hotel ini sepanjang program dijalankan. 
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya di Pekan Masai ini. Ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja Malaysia, ketika kapal berada di Malaysian Shipyard and Engineering di Pasir Gudang Johor, saya sering ke Bandar Masai ketika kelepasan. Pekan Masai banyak meninggalkan kenangan manis ketika dalam TLDM dulu. 
Alhamdullillah semasa berada di Masai saya telah berkesempatan bertemu dengan sahabat lama saya satu intake dalam TLDM iaitu Samad yang kini menetap di Masai, Johor. Samad adalah bekas Jurulatih Jasmani dalam TLDM. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah tahun 1995 ketika bertugas di SKTLDM Kuantan. 

01 di desaru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Nov 2013 01:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ting Ting: Post 108: Raya <b>di Desaru</b>

Posted: 07 Sep 2013 09:35 AM PDT

Raya ke-3 sampai lah raya ke-6 aku berholiday di Desaru, Johor. Last year raya di Krabi, Thailand. Time tu consider as a babymoon. Ha, before bergerak ke Johor sempatlah jugak singgah raya kat kampung husband aku. Amik masa dalam 45minit dari rumah mak aku ker kampung husband aku ni. Tak jauh mane pon. Kami sampai ke Johor dalam pukul 7mlm. Kitorang duk apartment jer kat Lotus Desaru. Untuk hotel PIL dah settlekan. Mak lang & family je yang join family trip ni. Should be pak busu & family join, last minute terpaksa cancel sbb anak dia demam and pakcek pon dah ade plan sendiri berholiday di Krabi. Incomplete....
"Amar Asyraf nak tidor ni, penat naik kete. Esok Amar nak main air."

Kat Lotus Desaru ni boleh buat pelbagai aktiviti macm indoor, outdoor dan sea sport activities. First aktiviti kitorang kat waterpark. Nasib Amar Asyraf baby lagi. Kalau tak mesti riang ria di hari raya beliau main air kat sini. Daptlah aku dengn husband main 3,4 round kat waterpark ni. Mula aku and husband gilir-gilir main. Paham-paham je lah Amar Asyraf tu, bukannya nak kat orang pon. Tak de chance mama beliau nak berdating dgn papa. haha. Then my MIL surh jer main, tingglkan Amar Asyraf kat mummy. Tu yang dapat main 3,4 kali and daptlah berduaan sekejap. haha. Dah puas kitorang main, pergi kat mummy, tengok Amar Asyraf dah meraung-raung macam kene dera. haha. Aku pon dukung lah beliau, peluk-peluk, pujuk-pujuk, cium-cium beliau nak bagi stop nangis. Nanti start lah die bebel kat mama & papa. Sayang taw kat awak Amar Asyraf. Dah besar nanti jaga papa & mama baik2 yer nak.
Ha, nak main kat waterpark ni ada time yang ditentukan. Tak sentiasa open sbb ada lah mat bangla dok jaga kat starting point utk sliding. Ni pon as a safety purpose.
Petang nya aku, husband and Amar melepak je kat bilik. Malas nak pergi pool. Kesian kat Amar penat beliau.

Malamnya pulak makan lobster kat Teluk Ramonia. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari apartment.

Lobster, tauhu lembut, kangkung belacan, ikan masak stim (tak ingt ikan ape), siput (tak taw name), baby sotong dan lemonade menajdi hidangan kitorang mlm tu. Macam biasa time makan laki bine kene ikut turn, dah anak bujang sorang ni tak nak orang. haha.

Amar Asyraf nak kat aunt che je. Lepas Sarah (adik husbnd) makan dia amik Amar Asyraf. Layan Amar Asyraf, bawak Amar tengok lobster lah, kucing lah. Dapatlah aku and husband makan dengan rakusnya. Come to mama lobster!! Untuk 12 orang makan lebih kurang Rm600++. Amik kau!! haha. Baby sotong tu best. Terasa comel je masuk dalam mulut. Overall sume sedap termasuk lemonade. haha

Second morning day, kitorang pergi ke pantai pula. Naik tuk tuk je dari apartment. Tuk tuk ke?? Teksi la kot. Kene tunggu tuk tuk ni kat lobby hotel yer.

 Amar Asyraf dengan baju dan topi spongebob. Papa belikan kat US.

Menikmati keindahan pantai yang mendamaikan.

Husband aku tak minat sangat nak mandi pantai ni. Panas katanya. Mengada ok! Aku pon bawak Amar Asyraf main pasir kat tepi-tepi air tu. Dengar je bunyi ombak, nangis nak peluk. Takut!! Dan dan melepak je lah tepi pantai tu. Dah bosan ke pantai, kami pergi mandi kat swimming pool tu jer. Kat sini strict sikit, kene pakai proper swimming suit, no tshirt except kat tempat kids jer. tu pon sbb parent nak kene care their kids. Amar pon mandi gak kat pool, no photos, tak do sapo  nak amek kan gambar. Mama Amar busy ajar Amar berenang. Haha
Amar dh kepenatan mandi, apa lagi susu lah. NIP kat tepi pool tu.

Lunch kat apartment je. Dah beli food siap2 kat restoren tepi swimming pool. Apartment pula ada provide fridge, microwave and kettle. My MIL pon dah bawak beras, laukpauk and fresh veggies dari rumah. After lunch terbongkang lah kami bertiga, yang lain pergi main kat waterpark. Malamnya pula konon nak makan seafood kat Tanjung Balau, malangnya kedai tutup. Tokey tengah beraya lagi. hahaha. End up makan kat restoran dalam hotel jer.
"Amar nak order burger boleh tok mi?"

"Amar minum susu jer dulu e yang" kata Tok Mi
Papa & mama amek gambar, Amar pon nak gak
lepas gedik-gedik dengan papa beliau, pergi kat mama pula sambung minum susu
Perut kenyang, hati pon manyak senang. On the way pulang ke hotel, stop main bola jap
Amar Asyraf dah kepenatan time ni. Dah tido tak sedarkan diri, padahal bising kat sini, orang tengah main chicken dance dengan badut. Sian beliau.

Last day sempatlah sibling and cousins main kat waterpark. Aku and husband banyak relax kat apartment jer. While tunggu orang lain bersiap pulang, sempat Amar Asyraf tidor lagi ni ha.


Next destination before KL ialah Johor Premium Outlet. Jalan-jalan je kat situ. Beli selipar kat Vincci jer, nak masuk Coach kene line up pulak. Malas acik. Then lepak-lepak anak beranak sementara tunggu orang lain shopping.
Bapak & anak pose sama-sama. haha. Comel gambar nih!!
Oh before blik KL, aku singgah rumah mak aku dulu. Amek barang-barang sikit dan packing kuih raya mak. Hehe. Tak senonoh.
Ha, Amar Asyraf kan dh start solid food. Puas lah aku google tips untuk travel dgn food baby. Nak bawak frozen puree tu agak melecehkan. So alternative aku beli je puree dalam botol cap Heinz tu. Balik dari vacation ni, ngam-ngam Amar Asyraf turn 7months, baru aku introducekan bubur kat beliau. 
K. bye! Cerita raya next year plak, In Sha Allah.

BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2013 01:07 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nazainik blog @_@: Berbabeque <b>di desaru</b>

Posted: 06 Nov 2013 07:01 AM PST

Ni plan budak2 lab tempat aku kerja
Dorang pla  nak bbq kat desaru..
Aku on jerk kalo laki aku pun on hihi

Bila aku tanye laki aku,die kate ok jerk,,,
Ape lg pergi la kitotang ke desaru pada hujung minggu.
Plan mmg tak nak tido sana....
Gi sana just buat bbq,mkn2 pastu balik.

Masa ni aku larat lagi
Sebab usia kandungan ku baru 7bln lbh huhu
Citer banyak tak guna
Jom layan gambo hahaha

Khemah tu aku beli kat situ sbb ujan daaaaa.mahal tu..tension
Buat bbq dlm ujan hahaha
Layanzzzzz
Nasib la tak hujan satu hari....

encik arman: Pulai <b>Desaru</b> Beach Resort - Pengalaman bercuti

Posted: 08 Nov 2013 02:15 AM PST

Cuti Deepavali lepas, aku sempat pegi jalan-jalan kat Johor plak, biasa kat belah-belah pantai timur tuh, biasa sangat. Lagipun hujan sekarang ni tak sesuai ke pantai timur. Kali ni ke selatan, Johor. Pulai Desaru Beach Resort and Spa menjadi tempat tinggal kali nih. Sebelum pegi, hotel kena settle dulu beb sebab musim cuti ni biasanya ramai orang kat hotel takut takde kosong plak kan. Sebelum-sebelum ni aku pernah kongsikan pengalaman aku jalan di Awana Kijal Terengganu, perabih duit di Melaka, Teluk Batik, Cameron Highland dan Langkawi.

Jalan ke Desaru dari KL

Kat Pulai Desaru Beach Resort and Spa ramai orang Singapura duduk sini, bercuti. Local ada jugak la. Dalam 4 jam perjalanan dari KL, ambil PLUS highway, keluar kat exit Senai Utama, lalu JPO ( Johor Premium Outlets ) masuk Senai-Desaru Expressway, keluar dekat dengan Desaru. Senangje cari jalannya, tahu membaca jumpa lah tuh.

Yang Hampeh



Sampai hotel pukul 4.30 petang, bilik ada kosong sebab dah book awal-awal tapi belum kemas le pulak, tunggu jap sambil ronda-ronda. Pukul 6.30 petang, bilik belum kemas lagik. Apa punya servis la Pulai Desaru Beach Resort and Spa ni ( kasi nama buruk skit  hoho ). Buat-buat muka masam skit, siap le bilik.

Aktiviti di Desaru

Mandi kolam

Resort ni tepi laut, budak-budak memang suka berendam dalam air kolam hotel nih, view cantik baq hang.

Makan malam ni Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly

Restoran ni atas air beb, terampung-ampung. Makanan seafood, harga boleh tahan mahalnya kalau banding dengan restoran kat Shah Alam. Kat sini jugak ada boat untuk pergi tengok kunang-kunang selama 20 minit. Malam tengok-tengok view kat tepi pantai dekat dengan hotel, fuhhh... segarnya rasa di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Esoknya...

Lepas breakfeast, mandi kolam lagik. Aikk... banyaknya mandi kolam.


Lepas tuh check out hotel, pergi jalan-jalan cari makan di Sungai Renggit, dengar citer best makan kat sini.

Johor Premium Outlets (JPO)

Lepas makan, kenyang, pegi cari JPO ( Johor Premium Outlets ). Tempat beli barang-barang branded yang harga mahal-mahal tuh, tapi cukai takde. Kalau dah ada plan nak beli beg ke, kasut ker, sini bagus le sebab takde cukai kan.
Balik ke KL malam-malam buta, dari JPO pukul 8 malam, sampai rumah sudah letih ooo, duit pun habis.Keseronokkan bercuti ni memang best, terutamanya budak-budak. Dengar pergi hotel je, melompat-lompat.

01 di permas jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di permas jaya - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit sulong</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2013 11:35 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Homestay Felda <b>Lok Heng</b> Barat - portal felda <b>lok heng</b> barat - Blogger

Posted: 07 Nov 2013 02:54 AM PST

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia
Felda Lok Heng Barat telah merasmikan pembukaan Homestay terbaru kepada semua pengunjung dan pelawat yang bertandang dan ingin menginap di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor.
Homestay yang juga merupakan bangunan GPW ini baru siap dibina dengan memiliki 2 ruang bilik yang sangat luas, ruang bilik solat, ruang mesyuarat, ruang dapur dan bilik air. Dengan hiasan yang cantik dan menarik pasti memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung yang menginap di sini.
Ruang tamu ini sesuai untuk majlis mesyuarat, taklimat, majlis makan dan pelbagai
 Bangunan homestay ini memiliki 2 ruang bilik tidur yang mana setiap satu bilik berkeluasan anggaran 10 kaki X 20 kaki
Homestay Felda Lok Heng Barat ini bukan saja merupakan bangunan baru, malahan lengkap dengan kemudahan seperti dapur, televisyen, peti sejuk dan meja mesyuarat.

Rekabentuk tandas yang cantik dan sentiasa bersih
Keselesaan dan keselamatan pengunjung adalah terjamin disini, dengan anggaran kapasiti pengunjung dalam satu-satu masa sekitar 30 orang. Ianya amat berbaloi bagi anda yang bermalam disini di mana lokasi homestay yang sangat dekat dengan masjid, kedai makan, kedai runcit, perkhidmatan teksi, pasar malam, serta merupakan lokasi paling strategik di dalam Felda Lok Heng Barat.

Para pelajar USM bergambar dihadapan Homestay Felda Lok Heng Barat

Homestay Felda Lok Heng Barat ini dijangka bakal dikunjungi oleh ramai pengunjung luar samada pelancong asing, felda-felda luar, individu persendirian, mahupun pelajar-pelajar universiti. Admin sempat merakamkan gambar kenangan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) semasa kajian lapangan mereka di Felda Lok Heng Barat berkaitan Kajian Kemenangan AKKF Felda Lok Heng Barat. Apa yang menariknya, mereka amat berpuas hati dengan layanan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan malahan seluruh warga Felda Lok Heng Barat dalam menjayakan misi kajian AKKF mereka sepanjang berada di sini.
Sebarang Tempahan / Pertanyaan Boleh Hubungi :

Kajian AKKF Pelajar USM Penang - portal felda <b>lok heng</b> barat

Posted: 03 Nov 2013 12:00 AM PDT

Pada 03 November 2013 yang lepas, Felda Lok Heng Barat telah menerima kunjungan dari sekumpulan pelajar USM Pulau Pinang, kedatangan mereka adalah berkaitan kajian kesan sebelum dan selepas menjuarai AKKF 2013 terhadap masyarakat warga Felda Lok Heng Barat. Kajian lapangan yang dianggotai 4 orang mahasiswi cantik USM ini diketuai oleh Saudari Syarifah, Saudari As, Saudari Ain & Saudari Fathia berlangsung seperti yang dirancang mengikut agenda mereka setelah tiba di Felda Lok Heng Barat.
Sessi wawancara pelajar USM dan Tuan Pengurus Felda Lok Heng Barat


Sessi pemberian cenderahati kepada Pengurus Felda Lok Heng Barat, Tuan Mahmud
Kajian mereka dimulai dengan mewawancara warga ibu yang mengusahakan projek IKS di bangunan UMNO Felda Lok Heng Barat
 Pelajar USM bergambar bersama para wargawati IKS Felda Lok Heng Barat

Agenda seterusnya, mereka dibawa menemuramah salah satu warga peneroka Encik Saat yang kreatif dengan laman rumah berkonsepkan kolam air terjun yang cantik 

Gambar kenangan di laman berkonsepkan kolam air terjun


Saudari Syarifah dan Saudari As bergambar bersama adik-adik yang sedang membuat 'study group'
 Turut tidak ketinggalan, Saudari Ain bergambar bersama kumpulan adik-adik Felda
Rumah seterusnya adalah milik Encik Supan Bin Kembang, dengan laman konsep botanical garden yang cantik dan ceria. Malahan, seisi keluarga ini turut ceria menerima kunjungan kami

Kunjungan seterusnya adalah menemuramah para belia Felda Lok Heng Barat, kajian tertumpu disekitar kawasan belia yang menjadi tumpuan belia bersukan & beriadah di waktu petang.
 Pada malam harinya, para pelajar mewawancara Saudara Muzaidee selaku Presiden Belia Felda Wilayah Selatan yang juga merupakan Pengerusi Belia Felda Lok Heng Barat. Aktiviti malam berakhir sekitar jam 11:30 malam.

Kajian hari kedua diteruskan di rumah cantik yang dimiliki Haji Karno (panggilan masyarakat felda)


 Konsep laman rumah yang cantik dan bersih, berkonsepkan ala 'British Design' dengan penuh hiasan bonsai dan kolam teratai menghiasi laman rumah.

Sessi wawancara dan perkongsian ilmu oleh Haji Karno tentang pengalaman berniaga beliau, serta banyak ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama pelajar USM.
 Aktiviti kajian yang dijangka selama 3 hari telah selesai dalam masa 2 hari sahaja, komitmen dan kerjasama seluruh warga Felda Lok Heng Barat sangat diluar jangkaan mereka. Syukur alhamduillah ~

Bergambar bersama admin sebelum berangkat pulang, semoga kunjungan mahasiswi USM ini membuahkan kejayaan dan turut menumpang bangga kerana saya juga adalah merupakan bekas pelajar Sarjana Muda USM & Sarjana UTM. Terima Kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia..!
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved