Isnin, 25 Jun 2012

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


homestay <b>di benut</b> city centre | bub&#39;s

Posted: 23 Jun 2012 03:40 AM PDT

homestay di benut city centre

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


MNB: gaa gaa <b>di Kahang</b>

Posted: 24 Jun 2012 11:23 PM PDT


Equipment :-
Canon 5D Mark2
Canon 85mm F1.2
ISO 100
Exposure Time - 125
Canon 580Ex2 (2 unit)
Photix wireless flash trigger
Gary Fong Flash diffuser
Umbrella

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Taiping Mali: Azalina - Ulasan mengenai isu RAPID <b>di Pengerang</b>.flv

Posted: 25 Jun 2012 06:52 AM PDT

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Penembak curi mengganas <b>di SEGAMAT</b> | boyzonne-hijaurimba

Posted: 23 Jun 2012 04:57 PM PDT



Seorang pemandu trak tunda terpaksa menahan kesakitan ketika memandu sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bantuan selepas tangan kanannya terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis BMW di Segamat Baru.
Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, A. Nadarajan, 49, memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan sebelum dihampiri oleh
dua suspek yang menaiki kereta mewah BMW.
Difahamkan, ketika kejadian, penumpang kereta mewah itu melepaskan empat das tembakan menggunakan sepucuk pistol dengan dua daripadanya terkena tangan kanan Nadarajan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, selang 15 minit, polis menerima maklumat berlaku satu lagi kejadian tembakan ke atas sebuah rumah dua tingkat di Bukit Siput di sini dipercayai dilakukan oleh penyerang yang sama.
Jarak lokasi Nadarajan diserang dengan rumah berkenaan kira-kira dua kilometer.
"Polis yang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan dua kejadian tembakan itu ada kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di daerah ini baru-baru ini.
"Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lelaki terlibat tetapi tangkapan masih belum dilakukan," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Hanafi berkata, sejurus terkena tembakan itu, mangsa terus memandu menghala ke Balai Polis Segamat yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan.
"Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Nadarajan kini dilaporkan stabil,'' ujarnya.
Menurutnya, dalam kejadian kedua itu, penyerang melepaskan lima das tembakan yang mengenai tingkap rumah tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan.
Beliau berkata, kejadian tembakan tersebut adalah yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh 10 hari.
Pada 12 Jun lalu, seorang pengusaha kedai barangan binaan di sini maut akibat terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh penyerang bermotosikal.
Ketika kejadian pukul 7.45 pagi itu, Lim Ching Hoon, 63, sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang di sini. Dia mati ditembak dari jarak dekat oleh penyerang menggunakan pistol jenis semi automatik.

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Johor</b> - Feb 2012

Posted: 25 Jun 2012 01:22 PM PDT

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR N41

IKLAN JAWATAN:
http://spaj.johordt.gov.my/pdf/Iklan%20JCS%20N41.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spaj.johordt.gov.my/v1/

TARIKH TUTUP : 13 Julai 2012

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Jalan Nenas 4, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 03:28 AM PDT

  • Auction Date: 3 Julai 2012
  • Property Description: A Single Storey Terrace House End Lot
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,302
  • Tenure: Freehold
  • Street: No 38, Jalan Nenas 4, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: June 22, 2012 6:28 pm
  • Expires: 26 days, 12 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Ad Reference ID: 3944fe4481d1ec61

Jalan Pulasan 5, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2012 08:58 AM PDT

  • Auction Date: 10 Julai 2012
  • Property Description: A Double Storey Medium Cost Terrace House Intermediate Lot
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 775
  • Tenure: Freehold
  • Street: No 87, Jalan Pulasan 5, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: June 23, 2012 11:58 pm
  • Expires: 27 days, 17 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Ad Reference ID: 8754fe5e6ae0bde6

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Lokasi baru GR1M <b>di Pontian</b>

Posted: 07 Jun 2012 07:02 PM PDT

Beberapa lokasi Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) di daerah ini telah dikenal pasti dalam usaha melahirkan lebih ramai peniaga dan usahawan kecil ekoran kejayaan lima buah GR1M fasa pertama.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, usaha sedang dilakukan bagi menjalin kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar turut sama menjayakan transformasi pembangunan ekonomi bagi masyarakat kampung.

"Kewujudan GR1M diharap dapat mencetuskan gelombang baru supaya masyarakat luar bandar turut sama menjayakan transformasi ekonomi seperti yang dijalankan kerajaan.

"Ia diwujudkan dengan konsep pembinaan gerai yang disewakan kepada usahawan dan peniaga bumiputera berbanding Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat," katanya ketika merasmikan GR1M bagi Mukim Api-Api di Kampung Parit Haji Dahlan, di sini baru-baru ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, GR1M Parlimen Pontian diharap menjadi contoh kepada mana-mana agensi yang berminat melahirkan usahawan kecil melalui kos pembinaan yang rendah berbanding sebuah bangunan, carian tapak niaga yang selesa dan lokasi strategik.

Katanya lagi, sewa serendah RM100 sebulan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan, namun peniaga perlu memastikan kualiti barangan yang dijual adalah bermutu walaupun pada harga rendah di samping sentiasa menjaga nama baik GR1M.

Sementara itu, bagi seorang penyewa GR1M, Saadon Sakiman, 56, yang mengusahakan kedai gunting rambut dan jahitan bersama isterinya bersyukur kerana impian memiliki kedai sendiri akhirnya tercapai.

"Sebelum ini kerja-kerja menggunting rambut dan menjahit dilakukan di rumah.

"Tetapi, dengan pembukaan GR1M di Mukim Api-Api ini, akan memudahkan orang ramai atau pelanggan yang ingin berurusan dengan kami datang terus ke kedai kami," katanya.

Berita ini telah dibaca sebanyak 90 kali

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Suatu Pagi <b>Di</b> Taman Rusa UTM <b>SKUDAI</b> ~ Hidup Sebuah <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 04:47 PM PDT

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BUDAYA MELAYU SEMENANJUNG DAN SINGAPURA

Posted: 25 Jun 2012 07:12 AM PDT

Pengasas ASAS '50 Cikgu Mohamad Arif Ahmad (MAS) sewaktu ditemui di rumahnya di Singapura. Foto diabadikan A.F.Yassin ketika penggambaran Jejak Bahasa di Singapura terbitan DBP-TV3 pada tahun 2001.

Menghayati Budaya Melayu di Malaysia dan Singapura

Ada dua petemuan penting bulan Jun lalu jika mahu mencari sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.

 Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.

 Di Rumah Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku "Perjalanan MAS" terbitan ASAS '50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS '50.

 Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.

 Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya  masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.

 Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, dalam ucapan pembukaannya tetap mahu bernostalgia tentang keadaan orang Melayu Singapura dulu-dulu. Sambil itu Ismail menyanjung keupayaan Melayu Singapura bersaing dengan lain-lain etnik. Ia adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup walaupun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran. Orang Melayu Singapura perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan dan proses penyesuaian ini menjadi teras dinamika umat Melayu Singapura.

 Seorang peserta yang hadir menyamakan keadaan Melayu Singapura hampir bersamaan dengan keadaan yang serupa dengan kaum minoriti Cina di Malaysia. "Mereka tidak leka, tidak mengharap dan lebih banyak berdikari," katanya. Ini adalah reaksi spontannya setelah mendengar hujah ahli panel, Djamal. Kata Djamal, "Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani katalah misalnya, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri."

 Menurut Djamal kebanyakan orang Melayu Singapura perlu meningkatkan keupayaan dalam hampir semua bidang. Katanya, "Dalam bidang teknologi maklumat, misalnya, ramai keluarga Melayu sudah mempunyai menguasai teknologi ini. Saya sendiri, bukan nak menyombong, mempunyai tiga komputer di rumah."

 Bagaimanapun, Djamal sedikit resah dengan identiti Melayu di negara pulau itu adalah "sesuatu yang mulai terhakis." Judul kertas kerjanya sendiri mengakui anggapannya ini. Djamal cuba "mendakapnya kembali....asing tapi mesra." Bagi Djamal, ungkapan "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" bagi sesetengah orang  "mulai sedikit demi sedikit  kehilangan nilai dan wibawanya". Bagi orang Singapura identiti Melayu  antara ada dan tidak ada. Djamal mengungkap, "Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras."

 Lain pula halnya dengan pandangan Zainal Borhan. Baginya keMelayuan di Malaysia membawa konotasi nasionalisme, semangat yang pada awalnya diperjuangkan Guru-guru Sekolah Melayu, tidak terkecuali para lulusan Maktab Perguran Sultan Idris. Mohamad Arif, pengasas ASAS '50, yang bukunya dilancarkan di majlis dialog, kini rakyat Singapura merupakan salah seorang anak kandungnya. Semangat nasionalisme Melayu dalam diri Ariff nyata telah "diubahsuai" untuk membolehkannya menjadi pemangkin kepada gerakan reformis minda orang Melayu Singapura. Seperti yang dijelaskan Zainal, "Generasi seperti MAS (Ariff) semasa muda mempunyai pendirian dan pendapat malah kekuatan ideologi mengenai soal-soal penting bangsa. Mereka memiliki idealisme yang bertunjangkan kemelayuan."

 Ariff dan golongan seangkatannya, baik di Singapura lebih-lebih lagi di Malaysia, adalah ibu dan  bapak bangsa Melayu. Zainal merindukan mereka, terutama apabila isu-isu yang berkaitan dengan Melayu hari ini semakin mula dipergonjengkan. Seolah-olah satu azam politik untuk memperkukuh semangat Melayu hampir terhakis punah dibenam oleh dampak pembangunan.

 Zainal mahu semangat nasionalisme untuk pembinaan bangsa oleh generasi perintis terdahulu dan para pemikir bangsa ketika itu yang terdiri daripada guru-guru Melayu perlu digemakan kembali dalam seperti katanya, "kerangka mempertegaskan kebudayaan bangsa secara beterusan... semangat generasi itu diangkat sebagai memori kolektif bangsa untuk menyedarkan para pemimpin politik, ekonomi, pendidikan, birokrat, teknokrat, korporat, akademik dan generasi pembangunisme." Zainal khuatir jika memori kolektif bangsa hilang begitu sahaja maka usaha memajukan bangsa daripada sudut kebudayaan dengan mengenengahkan persoalan bahasa, sastera dan budaya Melayu akan dianggap remeh belaka. Malah akan ada golongan yang mendakwa bahawa memupuk semula semangat nasionalisme sudah ketinggalan zaman.

 Seruan yang ada dan satu-satunya opsyen ialah guru-guru generasi hari ini, terutama guru Melayu, baik di kota mahupun di kampung mesti memanfaat ruang yang wujud di zaman pemimpin baru Malaysia. Hai ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kecerdasan, memperkukuh kemahuan, memperhalus perasaan, memperhebat kecintaan kepada Melayu dan budaya bangsa di setiap hati nurani anak-anak sekolah. Tidak ada jalan lain.

 Di Singapura pula kebersamaan budaya Melayu perlu ditingkatkan penghayatannya seperti yang telah dirintis Ariff. Usaha ini menjadi bertambah penting kerana seperti yang dikatakan Masuri SN, "Orang Melayu, terutama generasi mudanya sudah tidak lagi melihat budayanya sebagai satu yang perlu dipersoalkan lagi. Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu." Hal ini amat terserlah terutama dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu republik itu.

Menurut kajiannya, ada kecenderungan orang Melayu Singapura, terutama golongan remajanya, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan sehari-hari mereka, kecuali ketika bersama keluarga di rumah. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Hanya mereka tidak "merojakkan" kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Setidak-tidaknya inilah hasil kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Putera Malaysia, Ain Nadzimah Abdullah terhadap  60 responden, yang terdiri daripada orang Melayu Singapura. Kajian ini dibentangkan sebagai salah satu kertas kerja penting di Simposium  di Serdang itu.

 Apapun jua keadaan kosmopolitan orang Melayu di Singapura, walaupun baik dari sudut kemajuan bangsa yang bernama Melayu, cenderung untuk menuju ke arah pembentukan sikap dan cara hidup Melayu yang diaspora sifatnya. Melayu Singapura bukan Melayu diaspora. Yang dibimbangkan kekosmopolitannya akan cenderung untuk mewujudkan suasana seperti apa yang berlaku kepada orang Melayu di Afrika Selatan, Nadagaskar atau Sri Lanka. Waris-waris Melayu di sana hari ini menganggap mereka masih Melayu, tetapi cara hidup, tingkah laku, sikap dan dunia fikir semuanya tidak lagi melambangkan keMelayuan yang dirundukan Zainal Abidin Borhan dan mungkin sahaja Djamal atau Ariff sendiri.

 Demikianlah, dua negara jiran yang dahulunya merupakan sebuah entiti politik jua, mengalami proses pembudayaan yang menuju halanya masing-masing, dengan faktor-faktor politik, ekonomi dan budaya setempat memainkan peranan penting. Barangkali pula Melayu Singapura lebih memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk masyarakat Melayunya kembali kepada identiti Melayu yang lebih tradisi dan tulen sifatnya. Sedangkan Melayu di Malaysia perlukan pula penghayatan yang lebih mendalam untuk kembali kepada semangat budaya bangsa. Tidak kiralah apa dan bagaimana bentuknya budaya bangsa itu!

Yaaob Ibrahim, warga Melayu Sngapura
Rencana ini pernah disiarkan dalam Dewan Budaya, majalah bulanan terbitan DBP.         


Ahad, 24 Jun 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kota Tinggi</b> Terkini 2012

Posted: 08 Jun 2012 12:00 AM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 8 Jun 2012

Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri. Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi.

1. Pegawai Tadbir

2. Pegawai Kesihatan Persekitaran

3.Penolong Arkitek Landskap

4. Penolong Jurutera

5. Penolong Pegawai Penilai

6. Penolong Juruaudit

7. Penolong Akauntan

8. Penolong Pegawai Tadbir

9. Penolong Pegawai Undang-Undang

10. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat

11. Pembantu Belia Dan Sukan

12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

13. Pembantu Juruaudit

14. Pembantu Kesihatan Awam

15. Penghantar Notis

16. Pekerja Awam

17. Pegawai Pegawai Undang-Undang

18. Pembantu Penguatkuasa Letak Kereta

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • jawatan kosong majlis perbandaran daerah kota tinggi
  • jawatan kosong terkini di kota tinggi
  • mohon tanah felda di kota tinggi

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Penembak Curi Mengamuk <b>Di Segamat</b>

Posted: 23 Jun 2012 09:53 PM PDT

SEGAMAT – Seorang pemandu trak tunda terpaksa menahan kesakitan ketika memandu sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bantuan selepas tangan kanannya terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis BMW di Segamat Baru di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, A. Nadarajan, 49, memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan sebelum dihampiri oleh dua suspek yang menaiki kereta mewah BMW.

Difahamkan, ketika kejadian, penumpang kereta mewah itu melepaskan empat das tembakan menggunakan sepucuk pistol dengan dua daripadanya terkena tangan kanan Nadarajan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, selang 15 minit, polis menerima maklumat berlaku satu lagi kejadian tembakan ke atas sebuah rumah dua tingkat di Bukit Siput di sini dipercayai dilakukan oleh penyerang yang sama.

Jarak lokasi Nadarajan diserang dengan rumah berkenaan kira-kira dua kilometer.

"Polis yang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan dua kejadian tembakan itu ada kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di daerah ini baru-baru ini.

"Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lelaki terlibat tetapi tangkapan masih belum dilakukan," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Hanafi berkata, sejurus terkena tembakan itu, mangsa terus memandu menghala ke Balai Polis Segamat yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Nadarajan kini dilaporkan stabil," ujarnya.

Menurutnya, dalam kejadian kedua itu, penyerang melepaskan lima das tembakan yang mengenai tingkap rumah tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, kejadian tembakan tersebut adalah yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh 10 hari.

Pada 12 Jun lalu, seorang pengusaha kedai barangan binaan di sini maut akibat terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh penyerang bermotosikal.

Ketika kejadian pukul 7.45 pagi itu, Lim Ching Hoon, 63, sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang di sini. Dia mati ditembak dari jarak dekat oleh penyerang menggunakan pistol jenis semi automatik. – Kosmo Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


Jalan Pulasan 2, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 11:16 AM PDT

  • Auction Date: 26/6/2012
  • Property Description: An intermediate double storey low medium cost terrace house.
  • Land/Floor Area ( in sqft ): - -
  • Tenure: Freehold
  • Street: No. 29, Jalan Pulasan 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: June 22, 2012 2:16 am
  • Expires: 26 days, 20 hours

Description

For Booking Hotline : 0142789061 Suhaimi

Ad Reference ID: 534fe3646c25b38

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Komuniti Blogger Johor Bahru: Rumah Sewa &#39;HomeStay&#39; <b>di Skudai</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 10:08 PM PDT

Komuniti Blogger Johor Bahru: Rumah Sewa 'HomeStay' di Skudai Johor Bahru sila hubungi Hj.Samion 017-7769766. Sesuai untuk keluarga sempena konvokesyen UTM Skudai, bercuti di sekitar Nusajaya, menyertai seminar atau mesyuarat dengan harga yang berpatutan.

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


MELAYU PASIR GUDANG: HASAN BASRI <b>DI PASIR GUDANG</b>

Posted: 24 Jun 2012 08:18 AM PDT

Tiga minggu lepas (8/6/2012) Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga mantan naib Presiden PAS Pusat sendiri yang datang menjelaskan segala kezaliman dan kesesatan PAS, Hasan Ali ini bukan  orng UMNO tapi orang PAS Sendiri. itu pun masih tak terbuka hati ke pengundi Pasir Gudang nie?

Semalam 23/6/2012 Ustaz Tahirruddin yang dah 18 tahun bersama PAS membongkar segala kesesatan PAS, menjelas segala muslihat PAS untuk takluk memerintah Negara hingga sanggup mengadai maruah dan agama demi Putrajaya.

Akan datang 28/6/2012 datang pula mantan ketua penarangan PAS Negeri Selangor Ustaz Hassan Basri ke Pasir Gudang berceramah

Beruntung sungguh pengundi Parlimen Pasir Gudang kerana di pilih oleh Allah S.W.T untuk hadir pada setiap kali tokoh- tokoh terkenal dari PAS ini datang, itu pun masih tak terbuka hati ke pengundi Pasir Gudang nie?
itu pun kalau PRU 13 nanti masih pangkah PAS tak tahu lah apa nak kata mungkin pintu hati dah tertutup rapat untuk menerima kebenaran agaknya.

Juak -juak PAS ayuh kita datang ramai-ramai dengar sendiri apa yang hendak di sampaikan oleh Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor. Tak kan dia nak kempen suruh orang Pasir Gudang sokong PAS kot, sebab dia sendiri dah tak yakin dengan perjuangan dan kepiminan PAS.

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Myla flowergirls <b>di Kluang</b> Mall - GAUN KANAK-KANAK MYLA <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 12:33 AM PDT

Sent from Samsung Mobile

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Tamrin &#39;serang&#39; Muhyiddin <b>di Pagoh</b>

Posted: 17 Jun 2012 11:41 AM PDT

Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.

Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah?

"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.

Tamrin merujuk kepada kes saman ke atas Muhyiddin, ahli perniagaan Datuk Yahya Taib dan Syed Mokhtar yang didakwa berkonspirasi untuk memiliki 6,600 ekar tanah yang dimiliki oleh Stamford Holdings.

Syarikat itu mendakwa telah diugut bahawa, sekiranya ia tidak menyertai usahasama untuk membangunkan tanah tersebut dengan menyerahkan 70 peratus ekuitinya, tanah syarikat itu akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin menafikannya dakwaan tersebut, yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjejaskan kredibiliti dan merosakkan imejnya.

Kes tersebut berakhir dengan penyelesaian luar mahkamah di mana kerajaan negeri dan syarikat berkaitan diperintah membayar RM405 juta berbentuk pampasan untuk pengambilan tanah berkenaan.

ads